Saturday, April 9, 2011

2 Hari 1 Malam

26hb March ekspedisi ke Kuala Selangor. Pulang ke kampung salah seorang teman, Diyana. On da way ke sana, singgah makan Mee Udang Banjir yg sangat popular. JJCM penah ke sana. Kawan2 aku yg lain sume penah merasa kecuali aku je. So aku pun orderlah menu utamanya, mee udang. Memang puaslah makan. Kuahnye secukup rasa, tak terlalu manis dan paling penting udang memang banjir!!









Abis je makan singgah pasar malam jap. Layan jelah gambar ea. Cite dh lama, basi sudah. Tak tau nk cite ape. Hehehe....




Sampai je kampung Diyana, wow aku suka sangat. Indah permai gitu. Paling best kampung Diyana ni selalu masuk tv. Ramai orang berlakon kat situ. Antaranya dah tentulah cite favorite aku, Nur Kasih. Memang cantik gile!... Dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku masuk ke dalam sawah bendang. Sangat mengujakan! Bestnye...........




Dapat pula kawan yg wat freelance photography. So apalagi, kami jadi model kejap la kat sana. Tapi tak semualah gambar aku dpt upload. Penat seyh nk tunggu gambar utk di upload. Mana yang ada jelah ye...







Memang sungguh tenang berada di sana. Cuaca pula seolah2 menyambut kehadiran kami. Cantik sangat tempat die.











Selepas puas jalan2 kat sawah padi, main layang-layang pula. Selama ni kalau main layang2 main yg cikai punye. Juz buat pakai surat khabar je. Tapi kali ni layang2 yg betul punya. Main kat tengah sawah, memang bestlah. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang aku bulatkan tu, itulah layang2 yang telah aku terbangkan. Actually bukan aku, kawan aku yg terbangkan. Aku juz tukang mainkan saje. Hehehe....









Banyak sebenarnya aktiviti yg kitorang buat. Memancing pun tak ketinggalan. Dan aku buat pertama kalinya belajar memancing. Bukan saja belajar memancing tapi belajar menggunakan joran, belajar memasang mata kail dan paling best belajar memegang cengkerik untuk dibuat sebagai umpan. Jangan tak caya, aku boleh dapat ikan tau. Tapi aku tak ingat ikan ape yg aku dapat. Panjang sangat nama dia. Kawan2 aku yang lain dpt ikan puyu, ikan belida dan paling best dapat ikan haruan.















Penat memancing, sesi photo shoot pula bermula. Yang banyak jadi model dh tentulah dua beradik tu, Sufi Shahleena dan Na'il Shaheem. Kami yg besar ni hanya jadi model tambahan plus project director jelah.



















Taiping

3 minggu sepi tanpa cerita. So, kali ni aku nk update abis2an. Tengok jelah gambar2 sume nie. Start pada 19 March, ekspedisi ke Taiping. Menghadiri kenduri kawin seorang teman punye teman.











Abis je kenduri kawin, tukar baju then terus round2 sekitar Taiping. Of courselah kalau dah ke Taiping mesti akan singgah ke Zoo Taiping punye. Ingatkan nk pergi Safari Night tp memandangkan masa masih awal dan kami pun tak tau nk ke mana2 makanya pergilah waktu petang tu. Jalan2 di zoo dengan menaiki train. Elok je dh abis pusing satu zoo, ujan pun turun dgn lebat. Nasib baik naik train.





Thursday, March 31, 2011

RGS - Satu hari tanpa support

Kebizian mula melanda. Kerja semakin banyak. Stress?? Tension?? Erm.. taklah rasa sangat pun. Cuma rasa penat dan mengantuk sahaja. Cuaca tak menentu. Kejap panas kejap ujan. Dalam opis, aircond. Akibatnya dah 2 minggu aku batuk. Dan selama 5 bulan aku di RGS, semalam buat kali pertamanya aku amik MC. Nak dijadikan cerita, bukan aku sorang saja yg bercuti semalam tapi de 3 org kawan aku yg lain juga. Memang takde orglah jawabnya.

Saturday, March 12, 2011

masak masak

Tarikh : 8 Mac 2010 (Selasa)
Lokasi : AU4, Keramat
Masa : 7 ptg - 11:30 mlm


Tujuan
Ada orang dok bercerita aku masak sambal udang petai weekend yg lepas. Jadi, ada pula yg demand minta aku masakkan. Kononnya teringin nak makan sambal udang petai yg orang lain dok sibuk bercerita tuh. Nak tak nak aku penuhi jugalah permintaanya. Dengan muka yang berminyak lagi kepenatan dan badan melekit2 tak mandi tuh, maka bermulalah operasi masak memasak.


Setelah penat balik keje, amek kau... terus kena dera!



Menu yang sama... sambal udang petai



Bukan saja anak dara, anak teruna pun nak tunjuk skill memasak juga



Yang ini tunjuk skill memotong buah tembikai


Our dinner on that day



Ayam kunyit cili padi



Sosej & nugget sweet sour



Sayur taugeh goreng



Pembuka selera - ikan masin




Kari daging


Ayam goreng panggang



Yang ni hasil kerja aku - sambal udang petai




Macam biasa 2 jam aku berada di dapur. Tapi kali ni aku masak agak cepat berbanding sebelumnya. Almaklumlah masing2 dh penah dan perut dah berbunyi2. Then, ikut perancangan sepatutnya weekend kali ni nk masak nasi lemak. Tapi memandangkan aku pulang ke Seremban dan separuh drp kawan2 pun balik kampung sbb cuti sekolah maka rancangan tersebut ditangguhkan. Jadi, next week lah operasi membuat nasi lemak!

Wednesday, March 9, 2011

BBQ & Birthday Party

Ini last weekend punye cite. Kami adakan BBQ + birthday party anak2 staff RGS pada Jumaat yg lepas. Lokasi adalah di AU4 Keramat, rumah salah sorang staff RGS. Nape wat kat umah??? Saje... utk rasa lebih meriah dan lebih seronok. Jumaat lepas abis keje terus gerak ke AU4. Sampai sana rilex2 kejap, mandi dan setup apa2 yg patut. Oklah, malas nk cite lebih2, layan jelah gambar2 kat bawah nie....

Kaum adam ditugaskan untuk menyediakan minuman


Menu utama malam tu adalah chicken & lamb with black pepper source. Fuhh!!!! memang sangat best. Kalah Tony Romas tau! hehehe...





Makan malam tu memang mengenyangkan. Selain lamb & chicken grill, byk lagi menu2 yang lain. Ada nachos with salsa dip, grilled tomato with cheese, baked cheese potatos, sweet jelly desserts, snacks, banyak lagi lah. Paling penting... durian pun ada tau. D24 lagi tuh!








Abis je BBQ antara 8-10 malam, time for movie pula. Yang bestnye kitorang tgk movie cam tgk wayang. Tengok pakai projector lagi tu. Barulah puas bile tgk ramai2. First movie yg kami tengok adalah ROCK. Walaupun xberapa nk best tapi layan je lah.




Tepat je kul 12 malam time orang dok sibuk tgk cite Hantu kak Limah, wayang dihentikan buat seketika utk sambutan hari jadi Sufi, Na'il dan Dina yg sambut birthday pada bulan March. Utk Dina xdelah surprise sbb dia dah besar. Cuma Nai'l dan Sufi jelah yg telah disurprisekan.





Untuk sambutan birthday nie adalah 3 jenis kek disediakan. Cup cakes, lemon cheese cake dgn chocolate cake. Lebih kurang 1 jam sambut birthday party, sambung balik tgk kak Limah. Lepas tu cite Khurafat lak. Time khurafat tu lah mata aku dh xboleh nk buka. Sambil tgk sambil pejam mata. Tapi tak tido gak. Abis je khurafat, Paranormal Activity lak. Mula2 tgk 2nd punye pastu smbung yg first lak. Time tu aku dh tidolah. Sampailah kul 5 pagi, still de lg orang yg dok layan movie.

Pagi esok bangun kul 7. Sementara yg lain dok beli sarapan, aku ditugaskan utk buat air. Okey ape, senang sket. Agak tengahari sket baru balik umah masing2. Tapi malam tu, kami de misi iaitu masak beramai2. Tapi yang tak syoknye, anak dara saja yg kena masak. Wow! Dahlah anak dara tinggal 2 orang je. So nak tak nak terpaksalah. Paling tak ku sangka, aku diminta utk masak sambal udang petai. Mak ai! Time tu gak aku terkedu sebentar.

Yang bestnya bila kami berdua dok dapur tak de sape pun yg kacau. Cam tau2 je aku tak suka orang tengok bila aku masak. Hehehe... dan setelah 2 jam berada di dapur plus borak2 lagi, maka siaplah sambal udang petai aku dgn sup sayur. Pedas mmg tok sah cakaplah tp berbaloi2. Huhu....

Monday, March 7, 2011

i'm lovin' it!

Semalam Liverpool menang lawan MU 3-1. Seperti yg penah aku cite, aku bukanlah peminat bola. Tapi malam tadi sempat gaklah aku lepak2 dengan member2 RGS menonton bola. Ala, bukan tengok pun aku hanya dok sibuk melantak je. Hahaha.... Dan disebabkan bola juga, pagi tadi de orang sponsor McD as a breakfast. Big breakfast, hotcakes dengan hash brown. Terima kasih *_*

Tuesday, March 1, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak lalu menatap WANITA dengan pasti).. Kamu, tulang rusukku..

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis utk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dlm kesibukan masing2 dan kelelahan hidup yg ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yg kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mula menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan dia berteriak, "kamu tidak cintakan saya lagi!!!"

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, "saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba2 WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yg sudah dia lafazkan. Tetapi seperti air yg telah tertumpah tidak mungkin utk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang2nya bertekad utk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing2."

Lima tahun berlalu....

LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA yang selama ini berada di luar negara telah kembali. Dia juga pernah berkahwin dgn seorang lelaki asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya. Dan di tengah malam yg sunyi LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yg hilang?

LELAKI: Belum

WANITA: Saya akan terbang ke New York sebentar lagi. Saya akan kembali dalam masa 2 minggu. Telefon saya jika kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya bukan? Tidak ada yg berubah.

WANITA tersenyum manis dan berlalu. Di hujung katanya WANITA melafazkan "selamat tinggal"....

Satu minggu kemudian LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban menara WTC. Malam itu sekali lagi LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yg telah dia patahkan begitu sahaja.


********************************************

Kita menempiaskan 99% kemarahan walaupun kpd orang yg dicintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya. Akibatnya kita menyedari kesalah kita, semuanya sudah terlambat.

Kerana itu jagalah dan sayangilah org yg dicintai dgn sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata2 yg diucapkan itu akan menyakiti hati org yg dicintai.


Prinsip ABC

A - Ambil yg baik
B - Buang yg buruk
C - Ciptakan yg baru

Saturday, February 19, 2011

CNY Celebration

Thanks to Mr. VP sebab belanja makan sempena CNY. Mula2 ingatkan nk pegi makan kat Chinese Restaurant. Tapi last2 western juga jadi pilihan. Oh yeah, seronoknye rasa. Pagi2 lagi, secretary Mr. VP dah edarkan menu utk kitorang pilih. Yelah, kalau nk order bile dh smpai nnti takut lambat lak. So kenalah wat reservation awal2, order siap2. Bila aku tgk je menu yang ada tu agak terkesima gaklah. Yelah, paling murah RM39.90. Tu tak masuk tips lagi. Cuba bayangkan kalau dah satu RGS pergi lebih kurang dalam 18 orang, berapa agaknya kos sume??... Hurm.... Tapi nk wat camne dah Mr. VP yg nk belanja, terima jelah. Huhu... then waktu lunch hour, apalagi satu company pergi serang Tony Roma's Ampang. Yahoo!!!!!!......


Tony Roma's yang menawarkan ribs, seafood & steaks sbg menu utama


Memang bestlah makan kat situ. Sangat mengeyangkan. Aku order Roma's Ribs yang ada 3 ribs. Tapi aku berjaya abiskan 2 ribs shaja sbb terlampau kenyang. Lagi satu ribs aku kasi kat budak2 lelaki yg memang kaki makan. Fries dgn coeslow pun aku tak abis.


Menu pilihan aku yang berharga RM49.90 satu pinggan



Makan sampai pengsan...


Dah abis makan yang berat2, then time utk desert lah pula.

Ice cream + chocolate cake yg sangat mengujakan

Bile time nak bayar pula, lagilah aku terkesima sebab tengok jumlah sumenya RM1,000 +++. Wah, kalau ari2 camni leh bankrup alamatnye. So, Mr. VP pun bayarlah guna credit card die. Kalau camtu maknanya pakai duit dia sendirilah kan, bukannya duit company. Betul tak?

Apa2 pun aku sangat seronok. Aku tau kalau dok kat RGS memang istimewa sket berbanding company lain. Itu memang tak dapat nk dinafikan. Tapi biasalah setiap company mesti ada pro and cons nye kan. Begitu juga dgn RGS. Walau bagaimanapun, aku tetap happy. Terima kasih sekali lagi kepada Mr. Vice President. Semoga dia dimurahkan rezeki dan ingat kepada staff2 dia selalu.

[p/s: Dengar cite Mr. VP tak berkira soal duit. Org rapat dia kata kalau sape2 xde duit dan minta pada Mr. VP, dia akan kasi duit tanpa banyak soal.. Hurm????... btw, tak sabar nk tunggu BBQ party lak lepas ni]

Wednesday, February 16, 2011

Rezeki

Alhamdulillah...

Pagi tadi personal butler buatkan breakfast. Secawan cappucino. Walaupun hanya air sahaja tapi aku tetap bersyukur. Kemudian tengahari tadi. Sambil2 tengah makan, Mr. VP lalu. Then one of my frenz panggil die. Mr. VP datang. Ingatkan nk join sekali. Rupa2nye dia keluarkan duit dan kasi pada kitorang. Apalagi, daripada makan nasi campur terus bercampur2 makanan kitorang order. And this coming Friday, Mr. VP nk celebrate CNY. Not sure nak makan mana tapi yg sure2 nye Chinese foodlah. Dah nama pun CNY kan. Huhu.. Syukur Alhamdulillah...

Monday, February 14, 2011

Food Channel

Sekarang jam menunjukkan 2 pagi. Nape aku masih tak tido2 lagi sedangkan esok aku keje. Nak kena bangun seawal kul 5:30. Tapi gara2 aku tengok AFC tadi, chef tu masak something yg menyebabkan aku teringin nak makan sekali lagi... oh tidak, kali ketiga sebenarnya selepas dah makan nasi kul 11 then telur separuh masak kul 12 lebih dan sekarang ini dia. Tada........




Aku makan 3 kali bukan sebab aku lapar tapi aku tak berselera. Almaklumlah skrang nie tekak tak berapa sedap. Selesema lagi, batuk lagi... Dah 2 ari aku demam. Sumenya gara2 aircond dan cuaca yg tak menentu. Tapi arini dah okey sket. So, xbolehlah nk amik MC esok sbb demam dah kebah. But.. who knows?????.................

Tuesday, February 8, 2011

On diet

Opps!!! Jangan salah sangka. Aku bukan on diet. Tapi orang2 di sekeliling aku yang tengah berdiet sekarang nie. Diet dengan perempuan memang tak boleh nak dipisahkan. Dahlah di opis aku skrang nie hanya tinggal 3 orang saja perempuan. Nak dijadikan cerita kedua2 kawan pompuan aku tuh, dua2 nye on diet. Maka tinggallah aku keseorangan yang makan tanpa mengira had dan waktu. Huhu.... Walaupun diorang tengah berdiet tapi diorang tetap join kami utk keluar lunch. Cuma mereka makan dalam kuantiti yg sedikit + jaga pemakanan masing2.

Tapi biasalah kan, bila dah ramai staff lelaki dan diorang nie pula kaki mengusik, confirmlah mereka tu selalu dijadikan bahan usikan lebih2 lagi kalau time lunch hanya makan seekor ikan, sup sayur, 2 biji tempe dengan sedikit sayur goreng. Dan selalulah kena tahan godaan bila mereka2 nie ajak makan kat tempat yg best2. Tapi rasanya diorang tu jenis yg berdisplin. Rajin jaga kesihatan. Mana taknya, selalu pergi gim, swimming, masuk dancing class, macam2 lah. Lepas tu aku ingatkan orang kat opis je yg berdiet, tapi bila aku balik rumah (yakni rumah di Serembanlah kan..) my sis juga sedang berdiet. Hehehe.... Btw, tak salah okey kalau nk berdiet. Yang salahnya bile kata berdiet mesti xnak makan. Jadi, fikir2 kanlah....


Wednesday, February 2, 2011

Protokol di tempat kerja

Sekarang secara rasminya aku telah ke tempat baru. Tapi rasmi tak rasmi gaklah sbb aku tak dok kat tempat yg sepatutnye aku dok skrg. Tempat aku yang sepatutnye ada orang tumpang wat sementara. Secretary Tan Sri dok situ. Almaklumlah opis TSHM masih dlm proses. Nak renovate opis die cantik2 amik masa dalam 2 bulan. So nak tak nak hari2 aku yg mendatang memanglah menghadap TSHM tu.

Sebelum aku datang tempat baru tu, aku dan rakan2 RGS telah diwarning awal2 supaya tak buat bising. Almaklumlah orang2 RGS kan sumenya havoc2 belaka. Sape tak kenal dengan RGS yg selalu wat kecoh tu. So bile orang2 korporat dok kat tmpat kitorang secara tak langsung kami sume kenalah jaga tatasusila. Tak leh wat bising, tak leh datang lewat, jaga PC masing2 daripada nk beronline atau berYM.. heheh...

First day aku dok situ, aku dh dengar TSHM tu menjerit. TSHM tu ada angin satu badan. Janganlah sape2 wat hal dgn die. Sekali die jeling, abislah. Tapi yang bestnye dok sana aku pun merasa high-class kejap. Hehehe.... Macam tadi, personal butler die hidangkan aku secawan espresso. Yang bestnye khas utk aku sorang je tau! Smpai kawan2 yg lain jeles. Hahaha.... Tapi tadi elok je personal butler die kasi aku air, terus TSHM keluar bilik. Dahlah tempat aku depan je bilik die. Apalagi, kelam kabutlah aku sorokkan air tu. Takut die marah sbb aku minum air mahal die. Cawan die.. Huhu....


Espresso for me


Sekali teguk sahaja.. thanks to abg wan


[p/s: janggal rasanya aku nak panggil minah salleh yg hot lagi vogue tu dgn panggilan Puan Sri... hehehe]

Monday, January 31, 2011

Keranamu mee bandung

Wah... bestnya cuti CNY kali nie. Sape2 yg dok KL confirmlah leh cuti lama, almaklumlah sbb de cuti hari wilayah. Tapi aku tak amik cuti pun. Pekerja contohlah katakan... pergh.. ayat tak bleh tahan!... Malam nie separuh rakan2 di RGS dah pegi bercuti kat Hadyai. Wow, seronok gile diorang gi sana. Actually ikut perancangan aku pun patutnya menjoinkan diri ke sana. Tapi atas sebab2 yang tertentu maka terpaksalah aku menarik diri saat2 akhir. Seronoknye dapat pegi sana. Pergi Hadyai pergi Krabi. Diorang nak wat scuba diving. Sangat jeles okey!

Tapi takpe, ada separuh lagi rakan2 RGS yang tak bercuti. So makanya secara tak langsung aku ikutlah mereka2 yang tak bercuti nie berjalan dalam Malaysia jer. Hari Sabtu petang aku keluar jenjalan sekitar KL bersama teman di RGS. Pastu, malamnye kami buat keje gile. Kalo dulu time study aku dgn Kyra wat keje gila berjalan dari Melaka - Bangi. Tapi kali nie, time keje aku dan rakan2 wat keje gile berjalan dari KL - Muar semata2 kerana mee bandung.



Mee bandung Muar yang sangat lazat. Kami dapat layanan 1st class dari tauke kedai.


Bayangkan kul 9 lebih kitorang bertolak dari KL then singgah di Melaka kejap. Lepas tu, kul 1 pagi kitorang smpai di Muar. Abis makan, dekat kul 2 terus gerak balik KL. Sampai KL dalam pukul 4 pagi. Lepas tu terus masuk opis baru. Rajin gilakan kami nie sume. Huhu... Dalam pukul 6 pagi kami breakfast kat Kampung Baru. Then, kul 7.30 barulah aku sampai Keramat dan terus zzzzzzz.....

Pukul 6 petang ari Ahad jalan2 lagi sekitar KL. Then, malam lepak kat tempat favorite kitorang, AU4 Keramat. Lepak2 sampailah kul 11 malam. Pastu cam biasa masuk opis jap. Ni aku baru je smpai umah nie terus update blog. Almaklumlah dh de PC baru. Huhu...

Sunday, January 30, 2011

Thanks to all



Akhirnya satu set PC telah selamat sampai di rumah aku. Terima kasih abg Lan, Syaiful, Umar dan Akim. Juga Mr. A sbb kasi green light untuk hadiahkan aku PC.

Monday, January 24, 2011

Time is running out

Bosan! bosan! ngantuk! ngantuk!... Semalam dahlah tido lambat gara2 menyiapkan 'tugasan' dari kakak angah. Hehe.... By da way msinsiyur, I dh settlekan assignment yg u kasi I. Don't forget to read ur email okey. Thank u very much. Then cam biasalah, setiap ari Isnin akan bgun seawal jam 5 pagi. Dalam bas lak tak leh tido. Lepas Sg. Besi baru mata nie terhegeh2 nk tertutup. Bencinye.... Sampai office seperti yg aku jangkakan = KOSONG. Ingatkan hanya kosong je tp nie betul2 punye KOSONG. Pantry, surau, toilet sumenya takde. Erm.. xpaham kan? Never mind, biarlah hanya aku je yg memahaminya. Yang penting aku kena bersiap sedia selalu sbb bila2 masa saja aku akan meninggalkan ET yang gah lagi exclusive ni. Goodbye my sweetheart~

[p/s: dalam kepala tgh pk, apa aku nk masak malam nie??...)

Friday, January 14, 2011

Aku suka makan

Semalam lepas abis keje ingatkan nak balik awal sbb nak anta form to my sis. So, around 5:30 aku dah keluar. Tapi elok je lif tu nk turun ke lobby, benti lak kat level 21. Paling tak syok bila aku tgk Mr. VP and all the datuk2 baru abis meeting. Aku pun tunggu jelah dlm lif tu kasi diorang masuk. Pastu tetibe Mr. VP panggil aku keluar. Ingatkan nak kasi Datuk2 tu masuk dulu tp rupa2nye dia minta aku kemaskan meeting room tu. Tunggu kat situ smpai secretary dia datang. Okey, fine.. Aku pun tunggulah situ smbil mengemas. Abis je chow cincaulah.

Then, ikut perancangan aku nk jmpe my sis kat Asia Jaya tapi last minit tukar venue. Jumpe kat stesen Universiti. My favorite station actually sbb kat situ byk makanan. Hahaha.... Okey, sebut pasal makan semalam aku jmpe sorang staff RBSB nie. Dia kata sejak aku dok RGS aku dah makin berisi especially tang pipi. Owh.. yeke.. Mana tak berisi sbb orang2 kat RGS nie sumenya suka makan. Ada je tempat makan yg nak di cubanya. Tu pasallah aku pun secara tak langsung dah terikut budaya diorang. Heheh... Tapi napalah asal aku timbang je berat aku still 45kg dari dulu. Ke timbang kat umah tu dah rosak??

Lepas tu semalam bila dah ke Universiti tu macam2 lah aku rasa nak beli. Aku rasa cam excited je tgk orang jual2, buka gerai kat tepi jalan. Menu pilihan aku dah tentulah nasi kukus. Walaupun simple je nasi kukus dia tapi sedap gile. Aku suka sambal die yg manis2 pedas tu. Terangkat beb! Rasa cam tak cukup je. Kalaulah dari tempat aku nk ke sana tu kejap, confirm selalulah aku ke sana. Ini tak... pergi balik je dah hampir satu jam.

Morning Story

Semalam hari yang memenatkan bagi aku. Pagi2 lagi dah kena kemaskan barang2. Penatnye. Dahlah banyak habuk. Bertambah teruklah batuk aku. Aiyo... Pastu aku terima satu berita yg agak mengejutkan. Suddenly, one of my friends akan resign dalam masa terdekat ni. She's Chinese but different with others. So nice and humble. Hanya dia sorang saja Chinese yg rapat dalam group Malay kitorang. Lunch together, gossip2 together. Then, bila tau die nak resign, aku rasa sedih jer. Lagipun dia kat sini banyak tolong aku. Dahtu dia dok sebelah aku so byklah cerita2 kitorang kongsikan. Even kalau die tak datang pun aku rasa sunyi je sbb xde orang aku nk gaduh. Huhu...

Sume kat RGS nie terkejut bila dengar berita tu. Apalagi, telefon aku pun berdering2 lah. Kawan2 kat tempat baru sume tanye betul ke berita yg diorang dengar. Amboi, cepat sungguh berita tu sampai sana!... Untuk dapatkan kepastian, diorang kat tempat baru sume datang sini lunch together dengan all ladies yg masih tinggal kat sini. Time lunch tu lah kitorang buat sesi interview. Yelah, we all pun faham... this Chinese lady de masalah yg tersendiri. Lagipun die baru je dapat baby and always EL because of her baby. Takpelah, mgkin dia dah pk masak2 mana yg terbaik untuk dirinya. Cuma paling tak best, before CNY nie dia dah resign dah. Cepat sungguh. Nampak gayanya nnti tinggal 3 orang je kaum hawa di RGS. Sob... sob... sob...

Okey, lupakan cite sedih. Kita cite yg hepi2 pula. Oleh sebab kitorang akan berpindah dlm masa terdekat nie so banyaklah barang2 yg perlu dilupuskan. Dan aku sangat bernasib baik sbb Mr. A kasi green light untuk bagi satu set komputer kepada aku. Wah, bestnye. So lepas nie leh la aku on9 malam2 kat umah. Laptop aku tu suka wat hal. Almaklumlah benda dah lama. Takpe2, lepas nie aku leh bawa laptop aku gi opis minta tolong my fren tengokkan.

Tuesday, January 11, 2011

Mood mood mood~

Today's mood:-

Suram sebab kat opis nie sunyi je. Sometimes rasa kosong walaupun orang selalu keluar masuk. Tapi tulah, masing2 sibuk buat hal sendiri. On-off pegi sana sini.

Hepi bila dah petang sket. Biasalah mood kdg2 boleh berubah. Tadi sempat tu aku main kejar2 dlm opis dgn sorang sis yg sangat vogue! Tak peduli aku Mr. VP de guests ke, Mr. A tgh dok bz pasal connection ke, yg penting aku kena kejar dia sbb kemain lagi die mengusik aku. Hahaha.. satu opis riuh tadi. Conpius tgk adegan kejar mengejar.

Dalam dilema sbb tak tau mau ikut mana satu. Actually utk CNY nie diorang dh wat perancangan nk gi holiday. Dah lama dah rancang. Tapi tulah, last2 minute ni de je benda yg berlaku membuatkan aku dalam dilema lak. Aku tak suka betullah berada di tengah2 nie..

Excited sbb macam2 berita aku terima arini. Kalo dah excited tu of cozlah berita yg hepi kan. Huhu...

Tension sbb arini je telefon tetibe asyik berdering je. Then, mailbox penuh. Penat nak jawab sume. Tapi xpe sbb arini aku seronok sket compare others day. Hehehe...

Friday, January 7, 2011

Makan free lagi!!

Hari ini sekali lagi Mr. A belanja breakfast. Wah, dah 2 ari berturut2 nie. Kalo semalam hanya aku yg dibawanya tapi arini die belanja sume staff di RGS. Ikutkan tadi kami nk breakfast kat luar tp disebabkan ada something yg berlaku so maka juz tapau jelah. Rakan2 yg berada di tempat baru yg tolong tapaukan dan kami makan ramai2 di Empire Tower nie. Thank you thank you.

(p/s: Lunch ni mau pergi SOGO. Almaklumlah rehat lama kan.. Let's go!)

Thursday, January 6, 2011

Time aku jadi student

Oleh kerana aku dah ditag oleh my fren, merangkap ex-roomate aku dlm bab2 jarah-menjarah nie, so aku pun nk gaklah menceritakan detik2 masam manis time study dulu. Alrite, straight to the point...

1. Kalau cik Kayra Kamal kata die rindu nk bawa payung 7E die tu, aku pula rindu nak menggayakan payung Watson aku. Hahaha.... payung yg ku beli semata2 utk menuntut ilmu. Dan sekarang payung tu telah ku wasiatkan kepada my brother yang kini telah pun pulang ke kampusnya minggu lepas. Rindu untuk aku sangkutkan payung kesayanganku itu pada beg coklat yg byk berbakti pada aku selama ini.

2. Aku rindu pada sardin yg selalu kitorang masak. Pedas baek punye! Sangat memikat. Lagi satu ikan bilis goreng dengan lobak asin. Pergh... my favorite. Jangan tak tau smpai ke hari ni aku masih lg mencari lobak asin yg macam kat Melaka punye. Tapi tak jumpe2. Yang ada pun xmemikat citarasa aku. Mana taknye kalo jenamanya dari kategori non-Muslim. Tak naklah aku.

3. Rindu nak pergi HRS meeting. Sebabnya kat sana jelah aku leh nyanyi lagu Negaraku, lagu UiTM di Hati dgn Wawasan Setia Pelajar. Lepas ni kalo nk nyanyi lagi camtu kenalah tunggu time konvo nnti. Kalo tak pun, karaoke lah sendiri dalam bilik. Huhu...

4. Rindu nak pakai baju korporat HR. Aku hanya penah pakai baju tu sekali jer. Beli mahal2 pastu tak pakai dah. Pakai pun sebab time pergi trip ke MMHE. Tak tau bile lagi mau pakai baju tu lepas ni.

5. Rindu nak buat aktiviti2 menarik dgn Kayra. Karaoke dlm bilik tengah2 malam terutamanya time2 tgh final exam. Yelah, time tu kan tengah mereng sket. Otak tak berapa nk betul sbb tido tak cukup. Betullah cakap Kayra, kami mmg selalu berlumba2 sape tido dlu, berkepang, bergosip, jadi mak jarah kejap, "menconteng" dinding rumah auntie tempat kami sewa tu. Ingat lagi time tu, kami dok sedap2 tido tetiba dgr sore auntie tu dalam rumah. Dengan muka cemberut yg baru bangun tido, rambut kusut masai terus kitorang buang balik hasil2 seni lukisan kat dinding dalam bilik tu. Hehehe...

6. Then, aku rindu nak wat keje gila dengan pergi membawa diri ke Bangi pd waktu malam sedangkan malam esoknye ada test Compensation. Gila tak gila. Tapi mmg fun abes. Ha.. lagi satu rindu nk berpoco-poco masa zaman2 dok kat kolej dulu. Kan Kayra kan kan...

7. Rindu nak main rebut2. Rebut2 kat lif dengan rebut2 nak naik bas. Walaupun time tu rasa hangin je tapi bile difikirkan balik sangat seronok apa. Bila rebut nak naik bas mesti ada yg tercicir seliparnya. Takpun beg tersangkut. Heheh... macam budak2 pun ada gak. Then kalo naik lif kdg2 tu adakalanya kena marah dengan lecturer sbb sibuk nak naik lif staff. Kononnye lah yg tu lif staff....

8. Rindu nak masuk class Employment Law. Sebabnya rindu nk kena denda naik kerusi oleh Miss Afzan yg konon2 nye garang tapi sebenarnya gila2 gak.

9. Rindu dengan makanan2 kat sana. Rindu nak makan kat kafe, makan kat depan Bank Rakyat, MARA, Subaidah, makan nasi goreng ayam kat kedai uncle dan paling aku rindu nak minum air three layer yg sedap yg sukar nk dapat kat mana2. Bilalah aku nk rasa tu sume lagi ek?

10. Rindu nak abiskan masa dengan kawan2, pergi jenjalan, naik river cruise, pergi funfair, naik kete kancil Kayra yg leh memuatkan 8 orang... memang satu kenangan yang manis.

11. Rindu nak berpuasa masa zaman belajar dlu. Pergi bazar kat Taman Cempaka takpun masak kat umah. Then buka pose... sahur. Pastu jalan kaki dari rumah ke kampus 20 minit. Sangat mencabar keimanan time2 pose dengan panas teriknya, anjing yg bersepah2... sangat penat. Serious tak tipu!!

12. Actually kalo nk diikutkan mmg byk perkara2 yg aku rindu time study dulu. Rindu nak pergi class, rindu nk jalan kaki walaupun penat, rindu dengan kg. morten, rindu dgn lecturer2 yg baik hati + garang + kekwat, rindu nak tgk tv kat library, rindu dgn abg teksi Pierre Andre yg baik tu, rindu nk kena marah dengan MJ sbb tak kasi kitorang balik Seremban, rindu dgn kenangan bersama En. Fad yg suka marah2 sayang dgn kitorang especially bile hampir satu class fail test QMT. Hehehe.... sangat sweet je rasa time tu. Betullah, rindu nk kembali pada zaman itu.

Orait, now time for me to tag others. Aku tak tau nk tag sape, ingatkan nak tag org yg tgh aktif berblogging skrg sape lagi kalo bukan ms insiyur. Tapi rasa2 nye die dh penah cite kot kat blog die. Tapi kalo die still mau cite xpelah. Takpe2... aku nk tag org yg xbrp nk aktif blogging, sape lagi kalo bukan cik sweetzme. Lagipun die dah lama meninggalkan campus life die. Silalah jawab ye. Hehehe....

What a good day

Kalau semalam kira hari yg mendung bagi aku tapi hari ini pelangi yg menyinar. Syukur Alhamduillah... kan best kalo ari2 camni. Sekarang kat opis tinggal berdua je. Yang lain on-off tempat baru. Aku???.. Hurm, Mr. A kata tunggu arahan dari Mr. VP. Buat masa ni Mr. VP soh aku dok sini lagi, so tunggu jelah. Okey gak tu. At least leh aku abiskan masa2 terindah aku di sini. Sunyi sepi tanpa gangguan. Huhu....

Awal2 pagi tadi time aku smpai Mr. A dah cakap pasal MAKAN. Actually petang semalam die kata nk belanja KFC tp dh nak dekat balik baru die inform. So kami minta postpone lah soh belanja breakfast. (Agak tak malu sebenarnya kan minta orang postpone belanja. Tapi watpe nk malu dgn Mr A... hihi..)

Then pagi tadi Mr. A bawa aku breakfast kat opis baru. Yang wat aku surprise juz ME, MYSELF ONLY yg dia ajak pergi sama. 2 of us. Staff yg lain die tak pelawa pun. Hurm...... Mula2 tu segan gak aku nak ikut tp bila pk balik, mesti kawan2 aku kata sana pun ada sekali so kira okey la tu. Kdg2 aku rasa aku nie dh jadi macam secretary die lah pula. Ikut mana dia pergi, sediakan apa dia nak, tolong die pack barang, cari document yg dia nak. Masuk meeting catit apa yg dia cakap. Arrange appoitnment untuk dia. Almaklumlah orang xde secretary walaupun jd Manager. Nak tak nak ikut jelah. Apapun, thanks to him coz belanja aku breakfast hari ini.

Wednesday, January 5, 2011

Iceberg = Dingin

Hari ini hari yg mendung bagi aku. Aku rasa something... macam2 yg aku fikirkan. Sedih, kecewa, terasing, tertipu, nak marah.. semuanyalah. Dan seperti yg aku duga, soalan itu akan ditanya pd aku. Tapi kali ini aku bersedia menjawab. Menjawab dgn penuh keyakinan. Ya.. aku maksudkan apa yg aku luahkan. Dan aku tahu apa yang dia fikirkan. Bila berkongsi cerita, dengar pengalaman rakan2 di sini membuatkan apa yg aku fikir selama ini memang ada kebenarannya. Thanks for sharing that things with me. And now I know.... and I always know...

Aku ke??

1) Salah aku ke kalo aku wat keje aku?

2) Salah aku ke kalo die yang mulakan dulu?

3) Salah aku ke kalo die kata begitu?

4) Salah aku ke kalo aku disini?

5) Salah aku ke kalo aku yg berprasangka bukan2?

6) Dan salah aku ke kalo sume ini terjadi?


(p/s: nie sume xde kene mengena pasal keje atau kawasan2 yg sewaktu dengannya..)

Monday, January 3, 2011

Bila kebosanan datang melanda

Hari pertama keje dalam tahun baru sepatutnye bersemangat. Tapi aku lain. Malas.. tak bersemangat.. ngantuk.. bosan yg teramat amat... Sebabnye? Entah.. mungkin sini orang tak ramai. Juz tinggal berempat jer. Kadang2 berdua. Tapi still rasa cam keseorangan. Walaupun macam2 entertainment yg ada tapi still ttp rasa sunyi. BOSAN!!!!

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Today is the first day of the year 2011. Wish you all happy new year. Bila melangkah ke tahun baru rasa2nye takde apepun yg berbeza. Bagi aku tetap sama. Yang berbeza pun mungkin dari status aku: student - employees. Starting from January until December. Azam seorang pelajar dgn seorang pekerja mestilah lain kan. Azam aku ??? Hurm... Cakap pasal keje ni, pagi2 lagi aku dah dapat message dari my boss, Mr. A. Katanya, "hye Aida.. Happy new year 2011". Owh, nasib baik msg tu yg die bagi. Kot2 die bagi msg untuk stand-by keje tak ke haru jer rasa. Huhu...