Selepas beberapa hari di Madinah, kami berangkat ke Mekah pula. Perjalanan memang jauh tapi cukup menyeronokkan. Satu pengalaman yang memang setiap orang tak boleh dilupakan. Kalau tak silap kami gerak waktu pagi sebelum Zohor dan sampai ke Mekah lebih kurang jam 12 tengah malam.
Sampai saja terus check-in hotel dulu. Tapi kita ke sana bukan untuk bercuti jadinya faham2 sajalah macam mana nak tunggu giliran untuk bagi bilik, bagi kunci. Kena cari beg lagi. Itu semua adalah ujian bagi setiap manusia di Tanah Haram.
Lepas je dapat kunci bilik kami pun bersihkanlah diri. Kami dah bersiap sedia untuk menunaikan umrah. Sebelum masuk ke Tanah Haram kami dah berniat umrah di Miqat. Maka, kenalah jaga pantang sepanjang dalam ihram. Lepas dah berniat tu maka dengarlah ustaz baca talbiyyah:-
"Labbaik Allahumma Labbaik.. Labbaika La Syarika Laka Labbaik"
Tiada sekutu bagiMu dan kami inshaallah memenuhi panggilanMu
Kami bergerak ke Masjidil Haram dalam beberapa kumpulan. Kalau tak silap masa itu kumpulan aku terdiri dari lebih kurang 12 orang termasuk ibu, ayah dan anyah. Pertama kali jejak kaki ke Masjidil Haram, subhanallah~ tak boleh nak diucapkan dengan kata-kata. Macam2 perasaan ada. Betul ke aku di sini? Memang sangat2 bertuah dan aku bersyukur sangat2. Masjidil Haram sangat cantik. Ukiran yang halus berseni dan Ka'abah yang sangat indah. Baunya pula harum seharum bau kasturi. Bercahaya, bersinar... Ya Allah.. seronoknya
Pertama kali melihat Ka'abah
Selepas menunaikan umrah wajib. Hampir ke jam 3 pagi waktu Mekah kami selesai tunaikan umrah.
Ibu dan ayah
Sa'ie
Suasana di dalam Masjidil Haram. Punyalah banyak pintu dan alhamdulillah Allah terangkan hati kami sekeluarga. Tidak sesat dan mudah segala urusan sepanjang di sana.
Bergambar kenangan di hadapan salah satu pintu yang ada di Masjidil Haram
Masuk hari seterusnya kami melakukan umrah sunat secara sendiri. Maksudnya kami tidak ikut mutawif. Secara jujur bagi pengalaman aku sendiri, ikut mutawif memang sangat laju. Kami yang tiada pengalaman ini agak tertinggal sedikit di belakang. Yelah, kami pergi berkumpulan. Jadinya faham2 ajelah. Maka sebab itu hari2 berikutnya kami buat umrah sendiri. Nak rasa pengalaman menghabiskan masa untuk setiap perkara yang dibuat. Habiskan masa tawaf, sa'ie dan tahlul.
Antara rukun umrah yang mencabar bagi aku adalah waktu mengerjakan sa'ie. Berulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Rasanya adalah dalam lebih kurang 3km kot. Aku yang sihat tubuh badan ni pun kadang mengah nak jalan jauh2 apatah lagi kalau mak pak, atuk nenek kita kan. Tengok nenek2 yang dah tua, bongkok2 diorang kuat semangat. Gagahkan diri nak buat ibadat. Time tu aku rasa sangat kerdil sekali. Sayu je rasa. Itu baru umrah belum haji. Betapa kuatnya mereka. Betullah kata orang, kita masih sihat lagi sekarang ni eloklah pegi buat haji. Esok dah tua2 tak tau macam mana kan.
Di Masjidil Haram tempat favorite kami adalah di mataf. Di situ walaupun tiada aircond tetapi sangat selesa. Masih lagi boleh nampak Kaabah secara jelas.
Pemandangan dari Mataf
Laluan ke Mataf. Kami bertiga sekali dengan ayah akan selalu solat di sini. Tapi kami tak pernah berjanji dengan ayah untuk jumpa di mana2 bila abis solat. Selalunya kami akan terus jumpa di hotel saja. Tapi sebenarnya kuasa Allah tu besar. Selalu aku berdoa abis solat je mudah2an Allah pertemukan kami dengan ayah di tengah jalan supaya boleh pulang sama2 ke hotel. Alhamdulillah memang Allah berkenankan doa aku. Syukur sangat2. Asal abis solat je kalau tak terjumpa di Mataf kami akan jumpa di tengah jalan. Punyalah besar kuasa Allah tu.
Paling aku suka adalah suasana subuh sebab sejuk dan menyegarkan. Kat sini ramai peniaga2 kami lima menjual barang2 murah. Ada jubah, beg, souvenir macam2 lah. Tapi mereka dikira peniaga haram. Maksudnya peniaga tanpa lesen. Ada juga ye di Mekah macam ni ingat kat Malaysia je. Heheheh...
Dengan kuasa Allah di sana juga aku jumpa rakan2 aku. Salah seorang adalah Rosimawati Abu Bakar. Rakan sekelas aku semasa di tingkatan 4 & 5. Bayangkan lepas je tamat sekolah kami tak pernah contact. Aku dengan dia pun bukanlah rapat mana. Tapi kami boleh berjumpa dengan tanah suci dan kami dalam agnsi yang sama sebenarnya. Di bawah agensi Ukhwah Firdausi. Dia datang bersama mak dan adik lelaki dia. Mak dia sakit, tak berapa nak sihat. Dan sebabkan keadaan mak dia, aku jarang jumpa dia di hotel atau mana2.
Tapi ada sekali aku pernah solat sebelah dia. Bukan dirancang. Kebetulan. Waktu tu ibu di tempat lain dan dalam keadaan tak mengizinkan anyah di hotel. Aku dan ibu terpisah sebab aku ke tempat lain dulu. Jadinya aku carilah mana2 tempat yang kosong untuk solat. Tau2 je aku boleh solat sebelah Ros. Besar tak besar kuasa Allah tu. Kat situlah baru aku tau serba sedikit kisah dia especially mak dia yang sakit tu. Rupanya mak dia ada kanser payudara tahap kritikal. Hari2 dia kena cuci luka mak dia. Rasa sebak bila dengar cerita Ros.
Tapi saat cerita ni ditulis, mak Ros dah kembali ke rahmatullah. Mudah2 an rohnya di cucuri rahmat dan mudah2 Ros pun kuat. Sayangnya tak sempat nak bergambar dengan Ros.
Beberapa hari selepas itu aku terserempak dengan En Megat. En Megat ni salah seorang staff yg bekerja di tempat aku. Walaupun lain company tapi kami saling mengenali. Aku hanya terselisih saja dengan dia. Tak sempat nak tegur dan dia pun tak nampak aku. Bila aku balik Malaysia, baru lady boss aku bagitau yang En Megat pun ada di Mekah. Dan selang beberapa bulan, dengar berita dia dah meninggal. Dia pun ada sakit sebenarnya.
Di waktu siang
Di waktu malam
Selalu orang akan kata city that never sleeps adalah kota New York. Tapi rasanya kota Mekah ni baru betul city that never sleeps. Sepanjang masa, 24 jam akan dipenuhi umat manusia. Takkan berhenti.
Di dalam Masjidil Haram
Escalator memang banyak
Air zam zam. Kat sana memang kami banyak minum air zam zam. Sangat sejuk dan menyegarkan.
Kat Mekah tak macam di Madinah. Di Madinah keadaan terjaga. Agak ketat kawalan. Di Mekah mungkin terlalu ramai orang sampaikan susah nak kawal. Cer tengok kat gambar atas. Dah terang2 kata tu kawasan muslimah tapi ada je kaum muslimin yang masuk. Kami yang perempuan ni cuba2 la bagi hint cakap ni kawasan perempuan. Tapi nampak gaya cam xde perasaan je. Ke tak paham. Entahlah. Last2 ade petugas kat situ perasan dan suruh keluar barulah nak keluar.
Ada satu lagi pengalaman aku masa nak ambil wuduk. Selalu kami berwuduk di hotel tapi paham2 lah kadang aku ni selalulah nak rasa terkencing nak buang angin. Jadinya pergilah amik wuduk. Tempat wuduk dengan toilet jauh tau. Yelah, toilet mana boleh diletakkan di dalam kawasan masjid. Jadinya kenalah keluar. Alhamdulillah aku berjaya jalan seorang diri. Tetiba dah abis amik wuduk tu aku nampak ada lelaki dalam kawasan wuduk perempuan. Hailah... tak tau nk tegur camne. Tak paham agaknya orang ni. Macam2 manusia ni kan.
Salah satu perkara yang aku suka tengok semasa di Mekah. Pembersihan lantai di lakukan.
Seronok dapat tengok diorang cuci. Sepakat je. Bayangkan kalau ada lagu dipasang time diorang cuci tu, confirm2 dah macam cite hindustran. Berirama sungguh diorang bekerja.
Maaf gambar terbalik. Sebab nak tunjuk cara diorang bersihkan tu yang upload jugak tu. Hehehe
Di kawasan sini banyak burung. Dan banyak juga tahi burung. Jadinya janganlah sesekali kata pasal tahi burung ni. Lalulah banyak mana pun kalau kita jaga mulut, burung berak merata pun takkan kena.
Tapi nasib aku taklah berapa baik. Terkena juga aku dengan tahi burung. Tapi bukan kat kawasan situ. Aku kena masa kat hotel. Masa tu kami nak keluar pergi ziarah tempat2 bersejarah. Sesambil tunggu bas tu, poopp... jatuhlah tahi burung kena ujung jubah aku. Nak tak nak terpaksalah naik bilik tukar baju.
Tapi nasib aku taklah berapa baik. Terkena juga aku dengan tahi burung. Tapi bukan kat kawasan situ. Aku kena masa kat hotel. Masa tu kami nak keluar pergi ziarah tempat2 bersejarah. Sesambil tunggu bas tu, poopp... jatuhlah tahi burung kena ujung jubah aku. Nak tak nak terpaksalah naik bilik tukar baju.
Yang tak bestnya taulah time2 tu orang memang ramai dan lift menjadi masalah kepada penghuni di hotel tu. Kami lak duk tingkat 12 ke 13 entah. Jenuh weyh nak tunggu lift. Sampai je bilik kelam kabut tukar baju. Nasib kat sini takyah fikir nak gosok baju atau gosok tudung. Sauk je memana baju pun. Habis tu, tunggu lift nak turun lak. Ya Rabbi... punyalah lama. Anyah dah call banyak kali kata bas dah sampai. Cemas gak aku time tu. So nak tak nak turun tanggalah gamaknya aku. Letih juga tapi dah takde pilihan.
Tempat sidai baju di hotel kami atas bumbung. Kami menginap di hotel yang jaraknya lebih kurang 200 meter ke Masjidil Haram. Hotel apa namanya memang dah lupa. Ada 15 tingkat dan 2 lift. Kami dapat bilik satu keluarga untuk 4 orang. Biliknya lebih besar berbanding bilik di Madinah. Sangat selesa. Cuma lift sajalah perlu di tingkatkan lagi.
Menara Zam Zam atau Clock Tower. Ada cerita di sebalik menara zam zam ni. Salah seorang mutawif kami kata sekarang ni tanda2 akhir zaman memang sangat ketara. Salah satunya di Mekah. Adanya menara zam zam, bangunan pencakar langit.
Nabi Muhammad SAW pernah menjelaskan ada sahabatnya bahawa kiamat akan terjadi jika As-Sa'ah membentangkan bayangannya sehingga bayangan Ka'abah tidak nampak. As-Sa'ah merupakan salah satu kiasan tentang kiamat. Dalam bahasa arab pula As-Sa'ah diertikan sebagai jam. Maka, kiamat semakin menghampiri apabila bayang menara jam telah menutupi Ka'abah sehingga ianya tidak kelihatan. Dan faktanya sekarang sudah tidak kelihatan.
Antara tanda lain adalah gunung-gunung di Mekah mulai berlubang. Mula2 tak faham juga tapi setelah diterangkan dan difikir secara logik memang betul. Di sana, banyak gunung2 ditarah dan dijadikan terowong.
“ (HR Muslim).”
Di Mekah memang sangat panas dan kering. Macam padang pasir. Ikut logik kalau kering kontang macam tu mana nak datang tumbuhan kan. Tapi Allah maha kuasa. Kiamat makin menghampiri. Tempat panas tapi banyak pokok yang tumbuh. Allahu Akbar!! Peringatan kepada kita semua.
....bersambung
No comments:
Post a Comment