Thursday, September 30, 2010

Realiti Kehidupan

Orang selalu kata jangan terlalu rapat dengan orang HR. Orang HR tak boleh dipercayai, nanti diri sendiri yang terkena. Betul ke? Entahlah... mungkin ada kebenarannya. Tapi orang HR pun de prinsip yang tersendiri dan ada etika yang perlu dipatuhi. Macam etika seorang doktor, peguam mahupun Perdana Menteri. Setiap pekerjaan ada had2 yang perlu kita letakkan. Ada jurang yang memisahkan.

Jadi orang yang selalu mendengar masalah orang lain kadang2 membuatkan kita lebih banyak berfikir. Buatkan kita lebih berhati2. Buatkan kita lebih memahami. Tapi adakalanya ia juga membuatkan kita terpengaruh. Aku sendiri kadang2 merasa keliru. Kadang2 merasa simpati. Kadang2 sukar nak mengerti. Berada ditengah2 menyukarkan aku untuk menilai. Aku tak mahu membuat pilihan. Tapi adakalanya utk mendapatkan sesuatu jawapan kita perlu memilih.

Kita tak tahu apa pandangan orang terhadap kita tapi kita boleh merasainya berdasarkan gerak hati. Apa yang aku lakukan kini hanyalah mengikut gerak hati. Tapi kadang kala gerak hati kita sendiri pun sukar untuk dinilai. Pada saat ini aku rasa nak lari jauh2. Jauh daripada manusia2 yang kadang2 sukar utk dimengertikan perasaannya.

Tuesday, September 28, 2010

Ketenangan yang dicari

Entah kenapa aku rasa nak lari daripada semua perkara. Sebab itulah aku apply cuti Jumaat nie tanpa sebab. Alhamdulillah cuti aku pun dah diiluluskan. Alasan aku utk bercuti adalah nk jumpa lecturer walaupun pd hakikat sebenarnya lecturer xminta pun nk jumpa. Aku yg beriya2 nk jumpa dia. Padahal selama nie aku bukanlah rajin sgt pun nk turun Melaka. Tapi disebabkan aku nk mencari ketenangan.... takpelah, at least aku leh settlekan aku punya project paper.

Lepas je setengah jam cuti aku dh diluluskan, borang pun dah difailkan... akhirnya boss minta aku cancelkan cuti. Alasannya sbb Jumaat nie de jamuan hari raya, HR combine dgn Mechy. Owh.. nk tak nk aku terpaksa cancelkan cuti setelah ramai yg mendesak. Pastu konon igt nk apply cuti ari Isnin depan tp still xboleh sbb ari tu sports club pula yg wat jamuan. Oh no! Utk sports club nie sume orang turut serta tp yg paling best sume kena pakai baju raya. Dan yg lelaki of courselah baju Melayu. Hahaha... camne lah diorang pakai baju Melayu pd ari Isnin kan. Tapi xpe, at least time nielah dpt tgk diorang pakai baju Melayu lengkap.

Last2 aku putuskan xperlulah apply cuti lagi. Tunggu jelah bila dah abis nanti. Erm... bilalah aku nk rehatkan diri sepuas2nya nie. Badan aku cam dah xleh nk terima je sume nie.

Monday, September 27, 2010

Tanpa perancangan apa akan jadi?


Pagi2 Sabtu aku dah dikejutkan. Ayah tanya nk ikut pergi Melaka tak, de kenduri kawin adik ipar abg Zahar. Dan oleh kerana aku tido lambat sebelum tu makanya jawapan aku adalah TAK MAHU. Then, beberapa jam kemudian Angah lak kejutkan aku kata ayah soh pergi gak. Oh no! Even alasan yg selalu aku bagi, "tak bolehlah.. keje tak siap lagi" tak pun "ala.. baju tak gosok. Nanti lambat siap". Sumenya tak jalan.

Dari rumah pengantin kami terus ke rumah abg Zahar di Asahan bersama pak long dan usu talib sekeluarga. Duduk lepak2 smpai petang then makan gulai landak. Owh... aku tak berapa minat sangat.

Lepas Maghrib kami sume jalan2 makan angin di bandar Melaka. Agak lama aku tidak ke sana. Dan oleh kerana aku nie pernah dok di sana maka akulah yg bertindak sbg tourist guide. Oh, sangat tak best kot jadi tourist guide sbb sume orang dok mengharapkan kite. Takut gak kalo salah jalan kan. Hehe... sib baik daya ingatan aku nie masih kuat lagi.


Sebelum berjalan moh kite bergambar dulu...


Tempat pertama yang kami tuju adalah Melaka River Cruise. Almaklumlah orang dari KL teringin bebenor nk naik boat tu. Kali nie aku naik harga dh naik sket, RM10 compare masa naik dgn kawan2 dlu, RM5 je dan orang memang ramai time weekend nie.


Our first destination, Melaka River Cruise


Kali nie tempat nie dah upgrade sket berbanding aku pergi dulu


Dari Melaka River Cruise kami terus ke Jonker Walk pula. Time kami pergi dah lewat malam jadi ramai peniaga dah siap2 nk berkemas. Tapi orang still ramai lagi.


Jonker Walk


Ikut perancangan, lepas dah jalan2 kat bandar Melaka kami sume akan terus gerak balik Seremban. Pastu tetiba lak ayah tanya, "kat mana Mydin yg 24 jam tu?". Oh, rupa2 nya ayah mau beli baju sbb nk tido di rumah abg Zahar. Dan of courselah mana ada shopping complex yg buka lagi time2 dah kul 11 malam camtu kecuali Mydin. Alamak, tak syoknye sbb aku xprepare apa2 pun lebih2 lagi di saat aku sedang 'bercuti'.

Nak tak nak kami sume gi Mydin belilah barang2 keperluan. Beli baju tidur, seluar tidur, seluar kecik, berus gigi dan paling penting 'barang' aku. Huhu... Ops, lupa lak. Selimut pun ayah beli. Itulah padahnya bila takde planning. Dan kami sangat bernasib baik sbb aritu last day Mydin buka 24 hours. Lepas nie dah tak de dah. Nape ek, okey apa buka 24 jam.

Bila dah puas berjalan tu barulah terasa lapar. Pukul 1 pagi barulah kami sume berenti makan kat Asahan. Balik umah dah penat. Dekat kul 3 baru tido. Dan esoknya bangun agak lambat sket. Hehehe...

Lepas Zohor baru kami semua baru bertolak balik ke Seremban. Sepanjang perjalanan tu aku tido jer. Syok tu lebih2 lagi time ujan lebat. Dah sampai Seremban pun aku masih sambung tido. Lama gak aku tido. Uish... penat seyh this week. Ingat kalo balik Seremban nk rehat2 tapi memang tak boleh. Nak kemas bilik pun kena tangguh lagi. Next 2 week akan ke Kota Tinggi pula. Erm.. utk next week aku tak pasti camne. Hopefully dapatlah bermalas-malasan di rumah.

Sunday, September 26, 2010

TARA

The Amazing Race Asia musim ke-4 kembali lagi. Wah, sangat syiok! Tak boleh missed nk tengok cite nie walaupun aku hanya tengok ulangannya saja. Almaklumlah aku hanya menonton tv pada weekend jadi tgk ulangan jelah.

Tapi yg xsyok nye sbb Jehan Miskin tak tersenarai. Tak taulah betul ke tidak tp seperti yg digembar gemburkan sebelum nie, Jehan Miskin merupakan salah seorang peserta Malaysia yg hantar nama utk memasuki reality show nie. Mungkin dia hanya smpai ke peringkat saringan sahaja tak pun tu sume hanyalah sekadar rumors. Seperti musim2 yg sebelumnya Malaysia akan hantar 2 wakil. Untuk season kali nie tak de pun wakil Malaysia yg tergolong dalam kumpulan selebriti.

Tapi dalam byk2 season aku suka season 2.

Season 2 team


Lagipun dlam season 2 aku suka tengok gaya & aksi dua beradik nie...

Pamela & Vanessa - adik beradik kepada penyanyi Vince (AF1). Tak sangka diorang leh dapat no.2 dan paling penting dapat kalahkan pasangan yg hebat lagi macho


Marc & Rowilson - boleh dikatakan every week dpt tempat pertama tapi at the end hanya mampu meraih tempat ketiga. Sian~~


Then, masuk season 3 aku suka tengok sbb de Ida Nerina dengan kawannya. Dioarang dapat no. 3. Okey apa, at least still dapat masuk final.


Ida Nerina & Tania Khan


Hopefully utk season kali ni, Malaysia still ada dalam senarai top 3 lagi. Ne tau tahun nie leh ulang sejarah Zabrina & Jojer (TARA 1) yg dapat tempat pertama. Almaklumlah utk first week aritu pasangan Ethan & Khairie dapat no. 1, di negara sendiri lagi tu!

Saturday, September 25, 2010

Fully-booked

N3 sblm nie aku de mention yg boss aku de wat makan2 kat umah dia ari Sabtu. Tapi de latest news yg aku terima boss nk wat open house hari Ahad nie. Maksudnya kalo wat open house bukanlah hanya kami di HR department je tapi seluruh kenalan ahli keluarganya. Ikutkan email jemputan yg aku terima tu mmg ramailah yg dijemput, siap pasang khemah lagi tu. Lagilah aku segan nk datang.

So tadi sekali lagi boss pesan soh datang umah dia. Aku mmg dh berniat nk balik Seremban so jawapan selamat yg aku bagi pada dia, "saya tak tau rumah akak katne." Pastu dia tanya aku, "penah pergi One Utama?" Dalam fikiran aku, One Utama tu dekat dengan rumah Along. Jadinya sekali lagi aku bagi jawapan selamat, "saya xde transport" (padahal secretary dia dh ajak aku pergi sekali.. saja cari alasan, huhu....). Bila aku jawab camtu, terus dia kata "alah, apa susahnya. xxx kan ada. Tak pun tumpang xxx, xxx ke... tak susah pun. Datang ye nanti." Erm.... sume nama yg dicadangkan tu sumenya lelaki. Tak maulah aku tumpang. Last2 xmau panjang cite aku kata "tengoklah nanti tapi saya tak janji ya".

Dan akhirnya lepas abis keje aku terus pulang ke Seremban. Dalam bas pun de cite yg tersendiri. Aku dan Angah akan naik bas 2 tingkat, laluan khas ke Senawang. Selalunya kami akan dok tingkat atas tp sebab atas dh hampir penuh tu yg kena dok bawah. Tapi aku tak sangka pula kat tingkat bawah nie pun dah hampir penuh. Nasib baik Angah dah naik dulu. Bukan penuh apa tapi diorang sudah copkan tempat utk kawan2 dioarang. Amboi... macam bas sekolah pula nak main cop2 tempat nie.

Actually tak salah nk cop utk orang lain tp berpada2 lah. Nie kat setiap seat ada diletakkan barang tanda tempat tu konon dah berpunya. Letak beglah, letak pastiklah, letak paperlah..... Tapi takpe aku tak kisah pun. Cume yg aku rasa bagusnya sbb diorang yg kat tingkat bawah nie bukanlah satu pejabat tapi diorang macam dah lama kenal. Mungkin ari2 dah travel Seremban-KL yg membuatkan diorang kenal antara satu-sama lain. Siap boleh passing2 kuih raya lagi tu.

Then, kat tingkat bawah nie de sorang kakak yg bertindak selaku ketua. Tiba2 je dia minta "ha... 6 inggit 6 inggit, tambang bas." Aku dan angah dah saling berpandangan. Owh.. termasuk kite berdua gak ya. Hahaha.. senanglah keje konduktor bas tu xyah nk kutip pada setiap orang. Paling best, selain jadi tukang cop tempat dan konduktor xbertauliah, kakak tu juga jadi tukang belikan pas bulanan pada sesiapa yg berminat. Wah, dahsyat sungguh diorang!

Monday, September 20, 2010

Saya yang menurut perintah

Situasi nie berlaku beberapa minit selepas abis waktu keje. Boss aku dah siap2 nak balik. Aku lak time tu baru balik dari toilet. Then, elok je boss nampak aku terus dia kata pada secretarynya, "jangan lupa bawa Aida sekali." Alamak, boss sebut nama akulah. Time tu diorang dok bercerita pasal rumah terbuka.

HR Exec : Aida, you kena ikut kitorang pergi rumah boss nanti.

Aku : Boss buat open house ke?

HR Exec : Actually die wat open house bulan 10 nanti. Time tu memang ramai orang dia jemput. Yang nie dia juz wat open house utk kite2 je. Jadi taklah segan sangat.

Aku : Untuk kite2 je? Ala... tu lagi segan.

HR Exec : Nak segan apa. Macamlah tak biasa dengan dia. Buat die macam kawan2 je. xxx ko dengar tak apa yg boss cakap tadi?

Secretary : Ya, aku dengar. Boss suruh bawa Aida. Maknanya dia memang kene ikut kite.

Aku : Memang kena??

Aku dengar boss cakap tadi. Biasanya bila orang ajak datang rumah, tu kira satu pelawaan kan. Tapi tak taulah pula aku kalau itu satu arahan. Kalau waktu luar pejabat pun aku still kena ikut cakap boss ke? Aku tak kisah pun nak pergi beraya rumah boss. Lagipun aku rasa dalam banyak2 majikan yg pernah aku keje dengan diorang, boss nielah yg paling sporting sekali.

Yang menjadi permasalahannya sekarang, boss aku wat makan2 kat umah die ari Sabtu.. tu yg agak leceh sket walaupun aku tak tau tarikh yg specific. Almaklumlah, ujung minggu time aku pulang ke Seremban. Time utk bersenang-lenang. Dan orang2 kat office tu pun dah tahu aktiviti ujung minggu. Sampaikan adalah somebody tu gelarkan aku 'budak Seremban'. Ah, peduli apa aku. Janji aku boleh balik. Tapi boleh ke aku balik nanti. Kang kalo tak pergi tak syoklah pula. Tengoklah nnti camne...

[p/s : hari nie kasut aku putus lagi. 3 kali sudah. Lain2 kasut lain2 tempat]

Sunday, September 19, 2010

Raya dah abes....

Hari nie kire last day bagi aku utk beraya. Esok dh start keje betul2 mesti dah kureng rasa nk beraya. Malasnya nk mulakan keje walaupun ari Jumaat aritu aku dh start keje. Boleh tak nak sambung cuti lagi. Takpelah, tinggal lagi sebulan je. Tabahkanlah hati. Pastu leh rehat sepuas-puasnya.

Pagi2 lagi aku dah dikejutkan untuk jadi chef. Ada tetamu yang datang dari Segamat. Erm, nak tak nak kenalah bangun pagi2. Dahlah malam tadi tido lambat. Then, lepas tetamu balik ikut ayah pergi kenduri akikah dan kenduri kawin di 2 buah rumah yang berbeza. Walaupun penat tapi at least rasa seronok gaklah sbb dapat jumpa balik jiran2 lama dulu.

Kejap lagi nak bertolak ke KL, nak melawat orang di KL pula. Dan alang2 tu leh lah aku terus balik Keramat. Makanya esok aku tak perlulah nk bangun pagi2. Huhu...

Friday, September 17, 2010

Lagi Cerita Raya

Hari nie aku dah start keje. Perkara pertama yg ada dalam fikiran aku ialah Nescaffe. Uish.. lama dah tak rasa nikmat air buatan tea lady tu, sangat sedaaap.... Mood utk keje tak berapa nk ada tapi keje still kena teruskan. Time keje tu terbayang2 kuih raya kat rumah, terbayang2 time pergi beraya aritu.

Seronoknya bila sume orang berkumpul...



Dapat bergambar bersama-sama...



Macam-macam aksi yang ada....



Tengok ada apa kat tangan aku... duit raya!!!



Raya ke-4 kami ke sini pula...



Beraya di rumah omm....



Aik!! Yang nie kenapa pula? Sian Firas asyik kena buli aje...

Monday, September 13, 2010

Raya... Raya... Raya

Hari Raya tak sah kalo tak pulang ke kampung kan. Dan seperti tahun2 sebelumnya tahun ni kami sekeluarga pulang ke Johor except Along yg pulang ke rumah mertuanya di Perak. Sehari sebelum raya aku still lagi bekerja. Tapi mood utk bekerja tak terasa sbb kat office dah tak ramai. Tak mengapalah, yang penting lepas raya aku cuti selama 3 hari. Tu tak termasuk dengan Sabtu Ahad dan hari Malaysia lagi. Yahooo.... cuti lama!!

Memandangkan esok nak raya, ari ni company isytihar half day bagi Muslim. Makanya tepat kul 1 tgh terus aku gerak balik. Best gile kat KL sbb orang xramai dan paling syok jalan tak jem. Makanya cepatlah aku sampai Seremban. Then, balik umah ingatkan leh terus rehat tapi kena masak daa. Sempena nk raya esoknya, ayah soh aku masak sambal goreng iaitu menu popular di negeri Johor. Lepas berbuka baru gerak balik Johor.


Meriahkan raya di Johor. Selain ada marhabban, rumah2 di sana meriah dengan pelita minyak tanah.



Cantikkan pelita yang dipasang...


Pagi-pagi raya, lepas bermaaf-maafan kami terus pergi ke kubur. Tempat wajib yang perlu dikunjungi walaupun hujan di pagi raya.



Pastu pergi beraya di rumah sanak-saudara. Dari Kluang kami ke Simpang Renggam kemudian ke Kota Tinggi pula.


Jom ikut kami pergi beraya...


Tahun nie memang beraya sakan, dari pagi sampailah ke malam. Baju pun tak sempat nk salin. Paling best bila tahun nie aku still dapat duit raya lagi. Cam tak caye je kan. Iyalah umur pun dah meningkat. Lagipun aku still belajar lagi. Mungkin ini tahun terakhir aku dapat duit raya agaknya. Tapi bukan aku saja yg dapat Angah yg dah bekerja tu pun tetap dapat duit raya. Tapi takleh lawan akulah. Huhu....

Bila datang berkunjung ke rumah saudara mara, dah tentulah akan mengambil masa yg lama. Iyalah, orang dok sibuk nk tanya khabar... borak2. Macam gambar kat bawah nie...


Para-para ibu sedang kusyuk bercerita....



Kaum-kaum lelaki duduk berborak di bawah... huhu....


Bila dah sembang-menyembang dah tentulah ada makan2. Paling best kami taklah dihadapkan makan dgn makanan raya saja macam ketupat, lontong atau lemang tapi setiap rumah yg kami pergi mesti akan hidangkan makanan yg berbeza. Antaranya nasi beriyani, laksa, soto, mee goreng dan macam2 lagi.


Time nie kat rumah mak long Kimah makan nasi beriyani...



Makan sampai kenyang



Makan lagi....


Dan lagi...


Selain tu, aktiviti wajib kami setiap tahun adalah bergambar.


Tak kira walau di mana pun kami berada...



Bersama anak-anak buah sepupu kami...



Cousins...



Kami memang suka bergambar....



Bergambar itu hobi kami...



Tengoklah gambar sekerat nie. Tak taulah cameramannye dengki ke atau terlebih kreatif. Thanks ye Fadhil. Apapun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Wednesday, September 8, 2010

Multi-tasking

Confirm opis sunyi. Sangat bebas aku rasa. Pagi2 je lagi, belum pun aku sempat on PC, Manager dari HR Group tanya aku.... "Aida, you tau anyam ketupat?"... Dan aku apalagi, bersinar2 mata! Almaklumlah dah setahun tak mengasah bakat. Dan raya tahun nie, confirm aku tak dapat menganyam kat rumah sbb dah kesuntukan masa. And for your information, nie bukan anyam ketupat yg mengumpat tu ye tapi nie anyam ketupat betul2 punye. Hahaha... satu beg plastik Manager tu bawa daun utk dianyam di opis, sangat best. Agak2 tugas menganyam ketupat tu, leh tak aku letak dalam buku log?...

Cite aku menganyam ketupat tak abis sampai di situ. Orang kat tingkat bawah pun tau. Abis aku kalau "orang besar" dapat tau aku dok sibuk menganyam ketupat dengan staff dia. Almaklumlah Manager dari HR Group nie bukan under company aku tapi merangkumi keseluruhan anak syarikat yang ada. Kira Manager nie pangkat dia lagi besar dari boss aku sekarang. Erm... paham ke? Peningkan... Tulah, banyak sangat boss. Okeylah, smbung balik cite pasal ketupat tadi. Satu Vista Tower nie tau aku dok sibuk menganyam ketupat sampaikan akunye AM call tanya aku,

"betul ke I dengar you menganyam ketupat dengan xxx tadi? Pandainya kamu menganyam".

AM aku tak dok satu floor dengan aku tu sbb dia tak tau. Huhu.. sib baik AM aku nie sporting gile. Siap mention lagi tu, "kalo taulah, I bawa daun ketupat soh you anyam". Erm.. rata2 orang kat opis tu tak tau menganyam ketupat. Tu pasallah bila diorang tau aku tgh bz menganyam dengan Manager tu, diorang jadi terkesima kejap. Tu belum boss aku sendiri yg tau. Almaklumlah dia dah cuti. Kalau dia tau lagi dia bangga agaknya. Huhu.... Sbb dia nie lain daripada yg lain.

Untuk arinie aku rasa sangat seronok sbb macam2 keje aku buat. Dari menganyam ketupat sampailah keje kerani, keje postman, receptionist pun aku gak, jadi secretary kejap, customer service, macam2 lah. Nak wat camne orang dah takde. Sampaikan orang lain pun leh perasan. Jadi, macam2 lah ayat yg aku dengar....

"Eh, receptionist baru ke?"
"Tadi u bukan dekat level 26 ke? Camne leh sampai kat sini?"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"

Tapi dalam banyak2 pertanyaan + pendapat + ayat penyata yg aku dengar arini, satu je pertanyaan yg aku akan ingat sampai bila2. Tapi xleh nk reveal kat sinilah ye. Agak surprise gaklah bila dia tanya soalan tu pada aku sbb selama nie aku tak pernah bercakap dengan dia. Juz bertembung gitu2 then senyum jelah. Tak sangka lak dia sanggup berpatah balik bila dia nampak aku kat situ semata2 nk tanya satu soalan yang sukar untuk ditafsirkan.

Oklah, stop cite pasal opis. Kalau cite pasal opis confirm satu hari pun tak abis. Huhu... Esok last puasa. Aku rasa cam baru je aku berpose tup2 lusa dah nak raya. Kejap je kan. Arini aku berbuka makan McD saja sbb kat bazar orang dah xberapa jual. Yang ada pun cuma orang2 yg aku tak berkenan saja. Pagi2 sebelum pegi keje, jalan mmg jem gila sbb tepi jalan orang dah dok sibuk jual ayam. Then, de yg bakar lemang gak. Nie baru waktu pagi. Paling aku teruja bila tengok orang dah gantung daging lembu. Pergh... semangat nk raya. Tapi bila balik keje jalan lenggang sbb orang dah tak pergi bazar. Ingatkan pas abis keje tadi nk terus balik Seremban tapi bila fikirkan baju tak kering lagi alamatnya esoklah aku pulang. Dan nasib baik raya bukan esokkan. Hehehe....

Suasana Hari Raya

Sebelum balik tadi, sumenya dok sibuk bermaaf-maafan. Almaklumlah esok ramai yang dah mula bercuti. Makanya tinggallah aku bertiga sahaja di office nanti. Boss xde xsyok gak sbb pasnie dah takde dah orang yg nak panggil aku lagi. Dan bila orang xde makanya keje mmg banyak. Apapun, tak sabar nak tunggu ari Khamis sbb aritu half-day boleh balik awal, yahoo!!!

Tadi Boy dengan ibu datang. Angah ari rabu dah cuti, syoklah. Jadinya masa boy + ibu datang, kakak angah pun ikutlah balik sekali. Aku tengah pk... nak ikut ke tak. Nak berulang ke tidak pergi keje nnti. Oklah, ikutlah diorang balik Seremban.

Elok tengah kemas barang, tetiba aku teringat "alamak! baju tengah basuh. camne nie?" Ibu kata bawa jelah balik. Okey gak tu. Tapi bila difikir2 kan semula, nnti susah aku nk angkut semula, then bilik nk kena kemas. Barang pun xabis packing lagi. Nanti kalo last minit kemas mesti de barang yg tertinggal. Akhirnya, aku tak jadi ikut mereka balik. Huwaa... tak syoknye. Takpelah, insyaAllah esok aku leh terus balik Seremban even though Khamis kena keje. Ulang alik pun ulang aliklah. Macam tak biasa lakkan.

By da way, di kesempatan nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Ampun dan maaf di pinta atas setiap kesalahan, tingkah laku, tutur kata, tulisan serta setiap perkara yang telah terjadi. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tiba akan lebih bermakna dan diberkati. Amin~

video

Monday, September 6, 2010

Bila cuti sudah bermula

Hari nie lambat sket kuar rumah dan naik bas pun lambat. Around 6:35 bas baru masuk tol Seremban. Tapi nasib baik sampai office awal. Alamklumlah, sekarang dah start cuti sekolah. Jalan lenggang, tak berapa nk jem. Aku naik tren pun tak perlu nak berebut2. Kalau hari2 camni kan best.

Dekat office orang still datang keje lagi. Hari Rabu nie baru ramai yg start bercuti. Mesti rasa sunyi especially bila department aku tinggal 3 orang saja nanti. Tapi, yg paling best housemate akulah, dah balik kampung dah pun. Seronoknya dapat cuti panjang. Makanya tinggallah aku keseorangan di sini.

Hari nie juga aku rasa hari yang paling mengantuk sekali. Almaklumlah bila puasa nie dah tak boleh nk breakfast dulu. Tak boleh nak minum nescaffe sblm kuar rumah. Tadi masa sahur aku minum milo daa.... tu yg ngantuk gile tu. Tau tadi cilok air kopi Boy sket. Huhu...

Kat office tadi department kami dapat 3 biji kek dari client, memang best. Last week aku dapat coklat dari boss Mechy. Haha.. dia bagi aku saja. Peliknya, napalah dia tak bagi staff die sendiri kan. Apapun, thanks Mr. S....

Seminggu sebelum raya

Setelah macam2 yang berlaku pada ari Jumaat aritu, akhirnya aku sampai Seremban hampir jam 12 tengah malam. Balik je rumah, terus wat gerak gempur mengemas rumah. Hanya aku dan angah sahaja memandangkan yg lainnya sudah balik Johor. Bukan balik beraya tapi balik untuk ambil Boy sempena cuti semesternya.

Herankan... napalah tengah2 malam kami sibuk nak mengemas. Bukannya apa, dis week sume orang balik rumah. Jadinya mmg takde harapanlah kalau nak mengemas bila sumenya sudah berkumpul lebih2 lagi bila ada si kecil nie......


Bila Firas nie ada mmg susahlah nk buat keje. Sebabnya masing2 dok sibuk nk melayan dia. So nak tak nak malam tu gaklah kami ngemas rumah. Hampir jam 4 pagi, setelah sumenya siap barulah kami berdua masuk tidur. Pergh.. memang meletihkan. Esoknya mmg best dapat bangun lambat.

Untuk weekend kali nie, aku dah pencen untuk nak masak. Nak masak pun kena tengok mood gakkan. Hehe... tapi at least ari Sabtu aritu sempat gaklah aku menjala. Aku rasa roti jala tu dah macam menu favorite pula utk bulan pose kali nie. Erm.. kuih raya pun kami dah makan. Iyalah, kalo tunggu raya uish memang tak makanlah gamaknya. Jadi sementara teringin nk makan kuih raya nie, baiklah kite hadap je kan daripada membazir tak makan nanti, betul tak?

Friday, September 3, 2010

Aku Bukan Nak Merungut

Kisah 1

Lokasi : Jalan Keramat
Masa : 7.30 pagi

Hei, tak nampak ke lampu merah tu? Nama je ada lesen tapi tak tau undang2! Kalau dah merah tu berhentilah. Bukan salah aku. Aku bukannya melintas time waktu lampu hijau. Aku tunggu sampai merah baru aku jalan. Tapi bila dah merah yg kau sibuk nk jalan sama tu kenapa? Nasib baik aku berhenti. Kalau kau langgar aku, kau yang salah. Aku ikut undang2. Lintas atas zebra line time lampu hijau utk pejalan kaki. Dan kau nk jeling2 aku tu kenapa? Ada aku kesah???



Kisah 2

Masa : 4 - 6 petang
Lokasi: Office - level 26

Kenapalah dah last2 minute baru nak bagi kerja. Time2 dah nak dekat balik time tulah sibuk nak itu nak ini. Aiyoo.... Dahtu elok je aku dah siapkan, de lagi yg tak kena. Nak yg macam itu pula. Okey fine. Ikutkan aje, still de masa lebih kurang lagi 10 minit sebelum nak balik.

"Dah.. saya dah siap". Elok je aku dah nak berkemas, "eh.. ada lagilah... yang nie kena pecah2kan. yang nie kena kira jumlahnya supaya teli dengan yg nie... yang nie kena tgk berapa balance yg dia ada"... Uish....... yang nielah yang tulah... tension aku! Rasa cam nak nangis pun ada. Nak tak nak aku buat gaklah walaupun dengan hati yg berat. Kenapalah tak cakap sekali harung je tadi, kan senang. Takyahlah aku nk wat tiga empat kali keje. Kesimpulannya arini aku balik lambat. Lepas berbuka barulah balik Seremban.


Kisah3

Masa : 6.00 petang
Lokasi : Ampang Park

Aku dahlah tengah hangin nie, orang pula ramai. Lagi aku hangin bila aku nk cepat boleh lah pula diorang2 nie dok berbincang kat tengah2 alam tu. Tak tau ke orang lain nak lalu. Tu belum masa turun eskalator. Sibuk nak berborak dengan kawan dia sampai kita nk lalu pun susah. Tak reti baca signboard ke, 'berdiri di sebelah kiri untuk memberi laluan'.


Kisah 4

Lokasi : Bazar Datuk Keramat
Masa : 6.15 petang

Abis sume orang kat bazar tu aku rempuh. Ah, lantaklah! Yang lelaki tu, tak gentleman langsung. Bagilah pompuan lalu dulu. Uish........... Pula tu, time2 ginilah nk korek jalan. Dah takde waktu lain ke.


Kesimpulan

Aku tak tau kenapa aku jadi emotional hari ni. Nie sume faktor2 luaran dan dalaman. Aku bukan nak merungut tapi berpada2 lah. Maaf pada sesiapa yg telah jadi mangsa aku.

~Sekian~

Thursday, September 2, 2010

Bila rasa itu mati

Arinie xde mood nk pergi keje. Datang office lambat. Mungkin sebab perkara2 semalam dan perkara2 yg lepas. Tak best!!! Sampaikan orang lain pun leh perasan arini aku monyok. Malah de yg teka dengan tepat sekali kenapa aku bermuram durja. Lagipun arini tetibe je rasa lain macam. Sakit perut, sakit tekak, sakit kaki, sakit badan, nak muntah, pening kepala.... wah, simptom2 nk demam nie. Sejuknya hari ni lain macam sampaikan aku rasa menggigil.

Walaupun takde mood tapi keje tetap kena teruskan. Yang paling best cuti raya aku dah diluluskan. 3 hari bermula dari 13-15hb. Pastu terus sambung cuti hari Malaysia. So Jumaatlah aku akan mula bekerja semula. Tapi de gak yang menghasut aku soh amik EL. Oh tidak... itu bukan style aku. Lainlah kalau kite betul2 de emergency case.

On da way aku balik dari bazar tadi, aku lalulah depan deretan kedai yg jual keperluan raya. Pastu aku de nampak sorang peniaga kedai tu (lelaki) minum air. Aku still tak perasan lagi. Then, tetiba je lelaki tu menyorok. Mungkin tersedar yang dia tu berpuasa takpun mungkin dia tak pose tapi bila dia npk aku terus dia jadi malu. Aku tak taulah dia tu terminum atau sengaja minum tapi yg pasti aku tau dia tu muslim. Dan aku rasa dia tu sebenarnya tak pose sbb masa dia dok sibuk duduk menyorok tu dia still minum lagi. Entahlah.... Lagipun kat area kawasan aku tu mmg ramai kot orang tak pose. Tak pose satu hal pastu leh lak nk tunjuk2 kat orang yg awak tu tak berpose. Especially budak2 sekolah yg suka dok menebeng kat tangga lrt tu. Dahlah ponteng sekolah, tak pose then dengan selambanya boleh hisap rokok. Tu belum kira yg dok sibuk nk mengusha orang lagi tu. Ada ke patut???

[p/s: bila rasa itu mati, hati menjadi kering. lalu, apakah yg terjadi?...]

Wednesday, September 1, 2010

Fitrah Manusia

Macam mana ea nk tolak permintaan orang dengan baik. Kang tolak mentah2 kata kite sombong, kekwat, lorat... tp kalau tak tolak macam2 boleh jadi, boleh timbulkan fitnah. Uish.. itu bahaya sama sekali lebih2 lagi bila permintaan tu melebihi segalanya. Unsangkarable...

Fitrah manusia memang suka pada yang indah2, yang best2, yang terbaik, yang bersih.. yg segala2 nyalah. Itu memang tak boleh dinafikan tapi tak bolehlah ianya dijadikan alasan semata2. Memang tak salah tapi salah kiranya ia menjadi milik mutlak orang lain. Fikir2 kanlah dan renung2 kanlah.