Monday, November 30, 2009

Kenduri Kahwin

Hari rasa penat sangat. Pagi tadi ikut ibu dengan ayah balik Johor. De kenduri kahwin anak mak long kimah kat simpang renggam. Erm.... rasa cam dah lama tak pegi sana. Walaupun setiap tahun akan balik tengok kubur atuk harun tapi kitorang tak pernah singgah sana. So tadi pergi sana dapatlah gak aku tengok rumah pusaka tempat ayah membesar, Kampung Sahari.



Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Kalo dah balik Simpang tu, of course lah kena dok lama2 kat situ. Almaklumlah dah lama x jumpa sepupu sepapat, dua pupu, tiga pupu, kawan2 lama ayah, nenek tu.. nenek nie... So, kitorang yang muda2 nie (muda ke...??) juz dok dalam umah sambil tengok Astro. Hehe.....

Dekat kul 3:15 gerak balik Seremban. Xsinggah pun Kluang sbb nk elak jem. Kat highway kete memang banyak almaklumlah orang dh nk start keje. Sampai je kat Ayer Keroh dh start jem, beratur punyelah panjang, so terus masuk tol Pedas-Linggi. Konon nk elak jem, tapi sama jerk. Start kat Pedas memang jem giler. Lagi dahsyat daripada highway aku rasa. Haha... padan muka!

Opps!!! lupe lak.. juz nk post gambar2 semasa kenduri akikah aritu. Tapi gambar xbanyak amik sbb juru2 kameranya bz memanjang...


Majlis Doa Selamat



Sekitar majlis berzanji, marhabban & cukur jambul



Corat-coret

Saturday, November 28, 2009

Juadah Hari Raya

Sempena hari raya, tak kisahlah raya puasa atau raya haji mesti de ketupat. Dan menganyam ketupat macam dah jadi tugas aku. Tapi nasib baik tak banyak yg nak kena anyam. Adalah dalam 35 kelongsong. Apapun aku bangga sebab aku sekarang dah pandai menganyam ketupat.


Kalo dah de ketupat mestilah de rendang. Berbeza dengan raya puasa, kalo time raya haji nie masak taklah banyak sangat. Cume de ketupat dengan rendang, masak lodeh dengan kuah kacang.

Then, malam tu kitorang juz nk try2 wat brownies. So petang raya tu pegilah beli barang kat Seremban. Tapi dah balik umah, check punye check salah beli da!!!.... Patutnya kena guna choc emulco 20gram tp kitorang beli 10g choc emulco, 10g coffee emulco. Jadinya kitorang juz wat utk setengah adunan je lah..


Bahan-bahan:
250g butter
400g chocolate masak
6 biji telur
340g brown sugar
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g chocolote powder
140g kacang walnut/ pecan/ almond

Cara-cara:









Then, masak begedil goreng lak.



Satu lagi menu adalah ayam panggang Singapore. Resipi nie kitorang dapat daripada atuk itam yang duduk di Singapore. Actually dah lama dah resepi nie kitorang simpan. Rasanya dekat setengah tahun dah kot. Cuma baru hari nie kitorang berpeluang nk try. Tapi bukan aku yg buat, angah yang buat.....




Thursday, November 26, 2009

Jom Masak!

Hari ni nk cite lain sket daripada yg len. Tenghari tadi menu utama aku adalah ayam masak merah. Setelah lebih 2 jam aku berada di dapur selain ayam masak merah, adalah dapat ikan goreng cecah dengan sambal kicap, kacang panjang goreng, ulam timun dan yang paling penting de ikan pekasam. Memang best!!




De bawang besar, bawang putih, halia, cili api (tapi xleh banyak2 sbb along xleh makan pedas), lada merah dengan serai. Tapi actually bahan2 nye masih tak cukup. Tak de kulit kayu manis, buah pelaga dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. And of courselah kene ada sos cili, sos tomato, cili kering dengan tomato puri kalau ade.













Tuesday, November 24, 2009

Tak Kisahlah Apa Orang Nak Kata.......

www.nuraidahsulaiman.blogspot.com

Hehehe... skema tak nama blog aku?.. Yelah mane tak skema kalo letak full name siap nama ayah sekali. Actually aku wat blog nie pun bukan atas kehendak aku sebenarnya. De cite disebalik blog nie. Semuanya bermula sekitar Februari 2009. De satu subjek tu, BEL492 - Presentation Skills.... kitorang kene create blog sendiri. Kat blog tu kene letak segala asignment2, speech outline dll.

Kalo xsilap aku 3 hari kot lec tu bg masa create blog pastu kene bg nama blog kat die. So nak pk nama punyelah payah. Aku dahlah sepatah haram pun xtau pasal blog2 nie. Juz dengar2 camtu jer. Dengan nk pk pasal speech lagi, slide lagi dah tu kene lak pk pasal nama utk blog nie. Macam2 nama aku letak tp sumenya tak available. Masa pun dah suntuk. Jadi penyelesaian terakhir aku letaklah nuraidahsulaiman.blogspot.com. hahaha........

Konon dulu ingatkan wat blog ni juz nk dapatkan markah utk subjek BEL tu. Tapi alang2 dh de blog nie, terus kan jelah walaupun ramai yg kata, "xde nama lain ke nak letak?"... Kalo nk tukar nama len dah tentu xboleh. Kalo nk kenelah create blog yg baru. Aku sebenarnya sayang nk biarkan blog nie camtu je walaupun ramai kawan2 aku yg len dah tak update blog diorang. So, tak kisahlah nama apa pun, janji sekarang nie aku dah tau camne nk design blog aku. Thanks to along sbb ajar aku cara2 nk mengedit dan mencantikkan blog aku yg kadang2 xberapa nk cantik nie...

Monday, November 23, 2009

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Abis je kenduri barulah terasa betapa penatnya, sakit pinggang, lenguh kaki.... macam2 lagilah. Ari Jumaat aritu kat rumah xde orang. Tapi nasib baik usu datang awal. Jadi usu lah yang banyak tolong sampaikan tangan kami dah luka akibat mengupas bawang putih. Bila dah petang tu barulah ibu balik dari keje. Then, pas maghrib aku gi Port Dickson teman angah gi nikah kawan die. Boleh tahan meriah gaklah kenduri tu. Lepas nikah, de percikan bunga api then pengantin terus tukar baju utk majlis berinai.

Dekat kul 11 malam baru kitorang sampai umah. Dari dalam kete aku dah nampak abang Zeli. Kalo dh npk abg Zeli of course lah mak long n pak long pun ade. Abang Zahar pun ade. Then, nampak kete in-law along. Masuk2 je rumah orang dah ramai. Kat depan de abang ipar along. Masuk je dapur lagi ramai. De acik, mak long, usu, mak mertua along. Kat belakang... hui!!! lagi meriah!... Sume orang tengah sibuk nk memasak. Kalo style pak long die akan masak lepas tengah malam. Dalam kul 2 camtu lah. So kaum2 adam nie kenalah stay-up sampai pagi. Ala... xpe diorang nie dah biasa. Hehe....

Pagi esok kul 7 aku dah bangun. Bangun2 je terus mandi then kemas rumah. Pastu tolong Azie wat sarapan. Die nak masak nasi goreng. Sarapan pagi tu memang mengenyangkan. De nasi goreng, nasi lemak, roti canai, jemput2, ubi goreng, kuih koci. Tapi banyak2 makanan tu, ramai yang tertunggu2 lauk daripada pak long.

Dalam kul 10, majlis dimulakan dengan doa selamat daripada saudara abang long. Pastu dalam kul 11 majlis marhabban dan cukur jambul pula. Aku pun apa lagi ambillah kesempatan nie utk mencukur sekali jambul Firas tu. Huhu..... Tapi yg tak syoknye, time aku nk gunting rambut die, time tulah die nk nangis. Time orang len x pula. Sabar je lah.....

Time tengah marhabban tu atuk itam dari Singapore pun datang. Kali nie atuk itam de bawa cucu die sekali Muhd Fitri Amir. Budak nie memang best. Tak takut dengan orang. Pastu kalo cakap nk speaking je. Padahal umur baru je 4 tahun. Almaklumlah tak mau kalah dengan abang2 sepupunya.

Ramai gaklah yang datang majlis kali nie. Kebanyakkan sedara mara, kawan2 dan jiran tetangga. Sampaikan tetamu terakhir pulang pada pukul 1:40 pagi. Ya Allah........ time tu hanya Tuhan je yg tau betapa ngantuknye aku!

Then, pagi Ahadnya tu de lagi yang datang. Acik Samsor sekeluarga pula. Tapi nasib baik time tu ayah n ibu dah bersiap2 nk ke Johor de kenduri kahwin. Jadi acik Samsor pun xlah lama kat sini. Lagipun time tu pak long pun dah nak balik. Juz borak2, makan pastu dalam kul 12 diorang pun berangkat pulang. Elok je tetamu pulang, aku pun apa lagi terus tido sampailah ke petang.

p/s: gambar2 x dapat nk transfer sbb kabel kat angah. So kene tunggu next week.

Wednesday, November 18, 2009

Allianz

Minggu lepas jalan2 kat KL lalu kat depan Plaza Sentral. Tibe2 teringat zaman2 keje kat Allianz dulu.... memang best walaupun aku cuma merasa keje kat sana selama 2 bulan setengah. Aku dapat keje kat sana pun sebab Eddy, staff MPS masa aku practical dulu. Ingat lagi dulu die penah tanya, "Aida... nak keje tak? Eddy de sorang kawan leh tolong"... Memandangkan lepas practical tu aku dah terus abis diploma, so pe salahnye keje terus. So, aku terus anta resume kat Eddy sekali dengan Kyra.

Then, abis je kitorang practical kat MPS, kitorang dapat panggilan temuduga. Suruh kitorang gi interview kat Plaza Sentral. Preparation utk interview aku tak wat sangat sbb tak tau nk prepare ape. Ingat lagi masa aku dgn Kyra sampai kat Plaza Sentral, Eddy pesan soh jumpe Azlan member die yang keje kat situ. So dier bagilah no Azlan. Sampai sane je terus kitorang message Azlan cakap dah sampai. Kite kene bitau die sbb kitorang xleh masuk sesuka hati kene de pin code.

First time melangkah kaki masuk Allianz... wow!!! memang cantik, menarik kau memang da boom!... superb!! office nyer memang class.. dah ala2 macam syarikat2 besar yg selalu kite tgk dalam tv tu tapi yang nie lagi meletup. Almaklumlah syarikat Jerman....



Bila time aku di interview memang tak boleh blah!... Dahlah salah pronounce nama syarikat. A.L.L.I.A.N.Z... aku sebut ae-la-yenz.... tapi yang sebenarnya a-li-yenz. Pastu dah lah tak tau ape2 pasal company tu. So aku taklah mengharap sangat. Then, abis interview terus kitorang balik umah. Petang tu, terus de call mengatakan kitorang dah diterima bekerja. What????... dah dapat kerja?... kelakarnya, padahal interview teruk. Tak pelah, mungkin dah rezeki. Thanks to Azlan sbb recomend kan kitorang pada boss.

Tapi Kyra dier tolak job nie. Ayah dier xbenarkan dier keje kat KL. Nak tak nak terpaksalah aku pergi sorang. First time aku keje kat situ, aku ditempatkan di bahagian Bancassurance. Staff2 kat situ majority lelaki dan kaum cina + mat2 dan minah2 saleh. Pompuan melayu berapa kerat je. Dan nasib baik aku dapat Azlan selaku aku nyer team leader. Dier lah yang kena memastikan aku mahir dalam dunia perbankan insurans nie selama seminggu. Borak punye borak, nak dijadikan citer rupe2 nye Azlan nie die pun dok Seremban gak dan selalu ulang alik KL-Seremban. So, aku aderlah member pergi balik keje.

Ingatlah lagi.... first day aku lunch dengan 7 orang lelaki. Iyelah... orang pompuan kebanyakkan kaum Cina dan berpangkat tinggi so seganlah aku nk join diorang. Lepas dah lama sket keje kat situ barulah aku kenal dengan kaum2 hawa kat department yang lain.

Keje kat Allianz memang best. Walaupun terpaksa bangun kul 5 pagi, then naik bas kul 6 terus naik train ke KL Sentral tapi sume tu amat bermakna sekali. Kalo tak kerana aku sambung degree, dah tentu aku masih lagi di sana. Minggu2 terakhir memang sedey. Dan minggu terakhir gak aku kene wat presentation depan big2 boss. Ya Rabbi... memang nervous gile lah time tu nk present depan big boss yang bermacam2 kaum dan budaya tu.

Pastu nak berenti punyalah payah. Dalam offer letter dah tertulis notis berenti keje 30 hari. Keputusan kemasukan utk UiTM dibuka 2 minggu sebelum pendaftaran. So bermakna tak cukup 30 hari. Jadi terpaksalah aku turun naik HR department tu. Boss pun xdapat nak tolong sebab nie berkaitan HR, dah tertulis dalam polisi syarikat... tak dapat nak ubah. Kalo notis tak cukup kenalah aku bayar gaji sebulan. Huish.... nak mampus! Nak daftar UiTM kene duit gak. Tak boleh... tak boleh....

So, baki ari yang ade tu aku abiskan dengan tolak cuti aku yang tinggal. Ala... tapi berapalah sangat. Then, lebih tu aku terpaksalah ulang alik dari Melaka - Seremban - KL... Fuh!!! memang dahsyatlah. Thanks to En. Fadhly, my koordinator program sbb luluskan cuti aku selama seminggu.

Kalo nak ikutkan hati aku, practical utk degree nie aku nk kat Allianz tapi aku dah survey kat situ tak amik student practical. Sedeyne....... Yang wat aku terkilan sbb gambar2 aku kat Allianz sume dah ilang. Cume tinggal 5, 6 keping jerk. Tak pelah... daripada tak de langsung.



1. Bersama Khairul, Marketing Exec kat Bancassurance
2. Malam terakhir bersama Khairul, kak Asmah (admin) + Ain (staff baru)
3. Abg. Pirhat my second team leader yg suka membuli tapi selalu meng 'defend' aku depan boss


Macam2 lah kenangan + pengalaman yang aku kutip walaupun sekejap je keje kat situ. Thank's to all. Credit to.....

Azlan - orang yang merecommendkan aku pada boss, mengajar aku selama di Allianz dan jadi teman aku pergi dan balik keje. Sori Azlan, gambar u takde.. xdpt nk diselamatkan.

Abg. Pirhat - my team leader selepas Azlan ditukarkan ke cawangan Seremban. Orang yang giler2 dan baik hati. Tapi bile time angin dier datang memang dahsyat. Habis sume orang kene sembur!

Kak Asmah - selalu jadi peneman aku dan banyak rahsia dia yang aku simpan.

Khairul - happy go lucky dan sering buat aku ketawa. Tapi tersangatlah metrosexual..... kalah orang pompuan!

Puan Zatina - boss yang cerewet tapi tak lokek utk kongsi pengalaman. Dan yang penting Puan Tina memang vogue!!!....

Kak Zunita - walaupun dier pangkat tinggi tapi sangat baik. Selalu bagi aku nasihat. Dan dialah orang yang aku selalu rujuk kalo de masalah.

Azizi & Nazri - thanks sbb jadi my good member sepanjang keje kat Allianz.

Tak lupe gak pada sume team2 banca dan team2 dari tele-marketing. To my big boss, Mr. Andrew thanks sbb selalu bagi nasi lemak kat aku sampai staff2 yang lain jelous. Huhu..... Dan of coz tue Eddy yang tolong aku dapatkan job nie..

Tuesday, November 17, 2009

Semester yang mencabar

Yahoo!!! Lepas nie boleh ar aku selalu update blog sbbnye aku dah abis final. Tepat jam 12:00 tengahari pada 15 Nov lepas bertempat di G1-1 berakhirlah sudah paper aku yang terakhir. Entahlah..... untuk semester nie aku tak berapa nak mengharap sangat. Sebabnye utk semester nie memang mencabar giler dan soklan pun memang tahap membunuh. Tunggu dan lihat jer la keputusan nanti.

Habis je paper, aku terus balik Seremban. Dah tak sanggup nk tunggu lama2 kat Melaka dah. Huhu... Sem nie mmg dahsyat.. sume orang rasa tension jerk. Erm... utk hilangkan tension, kitorang sempat gak berlibur kat Dataran Pahlawan tu.. sempat gak gi tengok wayang... tengok citer 2012, memang terbaeekk..... pisau cukur, so happening.... then gi makan2, makan kat kenny rogers, sushi king, burger king (thanks to nini belanja makan) ... lepak kat kedai makan tengah malam (yang nie abong belanja).... macam2 lagi lah...

Balik Seremban nie pun bukannye leh rehat sangat. Sabtu nie de majlis akikah & cukur jambul untuk anak buah aku, Firas. So kenalah bersiap sedia dan buat ape2 yang patut. So, kepada sume pembaca2 blog nie, anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.




Sunday, November 8, 2009

Satu Hari di Kuala Lumpur

Pagi tadi dalam kul 6:45 gerak gi KL anta boy ke Grand Continental. Sementara nk tunggu boy abis, aku dengan angah cadang nk jenjalan sekitar Jalan TAR. Tapi sebelum tu singgah gi sarapan kat area Kg. Baru. So dah de kat sana angah bawalah pegi makan nasi lemak antarabangsa yg glamer kat situ. Selama nie aku juz tengok kat tv je tp arini aku berpeluang merasainya sendiri. Rupa2 nye peniaga kat situ datangnya dari seberang. Tempat makannye, erm... rasanya orang2 KL tau kot camne keadaan kat situ. Tapi jangan memain, ramai orang terkenal makan kat situ. Kat kedai tu siap de papan hitam yg tulis komen daripada artis2 dan orang2 terkenal. Antaranya Datuk Seri Rahim Thamby Chik, Aida Aris, M. Rajoli, Hatttan, selebriti dari Philiphina, Perancis, Thailand, Jepun ramai lagi lah....

Abis je makan tengok jam baru pukul 9. Masih awal lagi, kedai pun tak buka. So, dah tak tau nak gi mana, kitorang pergilah car wash kat area Kg. Baru tu. Erm... leh tahan ramai gak orang kat situ. Nasib baik kitorang datang awal. Takdelah nk kena queue cam orang lain. Yang bestnya kat car wash tu de cafe compare kat Seremban. So, sambil orang tunggu kereta mereka dibasuh, leh ar minum kat situ. Pastu tetibe je orang kat situ tanya, "kak, mau di vakum dalamnya?"... lor, orang seberang juga ke?... erm, memang pandai diorang wat business kat sini. Bak kata angah kat area Kg. Baru tu mmg ramai orang dari seberang.

Pastu terus pegi Sogo, park kereta kat sana then kitorang jalan kaki pegi Jalan TAR. Angah nk cari baju punjabi utk function dier nanti. So, kat situ memanglah banyak pilihan. Agak lama gaklah kitorang jenjalan kat situ. Then, masuk Sogo lak... sambung shopping kat situ. Aku taklah shopping sangat cuma beli 2 buku Sudoku jer.

Angah nk cari car lock tapi kat Sogo tak de. So message boy tanya dier abis kul bape. Boy kata dalam kul 2 abislah. Jadi, masa de lagi satu jam. Kitorang pun dah tak tau nk ke mana terus ke Carrefour Wangsa Maju. Saja nk jenjalan jauh sket. Lalu lah depan umah acik tapi kami tak singgahlah. Kitorang de kat situ waktu tengahari, so angah kata "Kalo boy de leh terus lunch kat restoran Cheng Ho, tempat Amy Search."

Dari Wangsa Maju terus patah balik ke Jalan TAR, pergi Grand Continental amik boy. Pastu kitorang nk gi makan tengahari tp tak tau nk ke mana. Jadi angah bawalah pergi restoran Cheng Ho. Maknanya kitorang patah balik semula ke area Wangsa Maju. Tapi sampai sana tengok orang tak ramai, almaklumlah dah dekat kul 2:30 petang. So last2 kitorang gi Alpha Angel @ Jusco Wangsa Maju. Mula2 ingat nak makan kat foodcourt tp dah lalu depan Nando's terus kitorang masuk sana. Kepada along, jangan jeles ea... nanti senang2 kite pergi sama2...

Abis makan, jenjalan kejap kat situ. Pastu dah tak tau nk ke mana kitorang decide balik Seremban je lah. Jadi angah anta sampai kat Central Market, kitorang naik bas... angah terus balik rumah dierlah. Dan of cozlah naik bas feberet aku, Suasana Edaran compare to Transnasional. Huhu.... erm.. naik bas nie teringat zaman2 keje kat Allianz dulu.

Bas penuh je terus jalan. Elok je lepas tol Sungai Besi aku terus tido, ngantuk sangat. Boy pun aku tengok dier tido gak. Pastu sebelum sampai tol Seremban, boy soh kol ibu. Boy kata ibu kat Seremban. Baguslah camtu. Ikut perancangan aku dengan boy nak naik bas je dari terminal ke rumah tp dah alang2 ibu dengan ayah de kat Seremban, okeylah.

Sampai terminal dekat kul 5:45 pastu kitorang direct pergi Restoran Negeri... jumpa ibu dengan ayah kat sana. Abis je minum, terus balik. Tapi sampai rumah je aku ajak boy gi Petronas kat Seremban Jaya nie, nak beli tiket. Patutnya nk beli kat terminal, tp orang jaga kaunternya pergi rehat jap. Tu yang terus gi Petronas beli tiket. Almaklumlah, esok dah nak kena balik Melaka. Bosannya!!!..... Tak sabar nk tunggu 15hb nie.......


Thursday, November 5, 2009

Seremban vs Melaka

Rasanya cam dah lama x update blog, almaklumlah skrg nie bz sket dengan exam... tu yang jarang nk online tu. Setakat nie 3 paper dah lepas so de lagi 3 paper. Tak sabar nk abiskan sume paper nie, so tak yah nak kena stay-up sampai pagi lagi. Semester nie skali lagi aku ulang alik Seremban - Melaka utk final cume utk beberapa paper je la sbb gap panjang. Tapi lepas nie aku kena stay kat Melaka smpai 15hb... erm, mesti bosan... study kat rumah sewa dengan rumah sendiri lain rasanya.

Tapi mungkin orang akan kata kalo balik rumah susah nk study. Iye ke??.. Aku tak rasa macam tu. Bagi aku kalo balik rumah rasanye lebih tenang dan fokus. Kite rasa enjoy dan tak tension. Entahlah... mungkin aku suka balik rumah agaknya kot. Tapi actually tu sebenarnya depends pada individu tu sendiri, study kat mane2 pun sama je asalkan kite tau apa yg kita nak.