Hari-hari terakhir kami banyak berjalan di sekitar Masjidil Haram. Kawasan2 yang menjual pelbagai barangan cenderahati, kurma, jubah2. Kat sana jubah sangat murah dan sangat cantik. Tapi lebih murah di Madinah jika dibandingkan di Mekah. Bila fikirkan pasal luggage, simpan jelah angan2 nak beli macam2. Jangan susahkan diri dan jangan susahkan orang lain ye. Niat kita ke sana untuk beribadat bukan untuk shopping. Tapi adalah kami beli sedikit souvenir sebagai kenangan untuk keluarga dan kawan2.
Kat sini pun ada shopping mall tau. Lagi hebat dari Malaysia. Siap ada Women's Shopping Center. Heheh...
Zain kat sana glamour tau tapi bukan Zain artis. Ini adalah telco. Ala2 macam maxis la kalau kat sini. Yang bestnya queue kat sana di asingkan antara barisan lelaki dan perempuan.
Ada Starbucks okey jangan main2
Time kami buat umrah ada juga ramai retis yang buat umrah dalam masa yang sama. Ini Tanah Suci kami terjumpa Noh Hujan. Bayangkan kat Malaysia tak pernah jumpa tapi kami jumpa di Mekah. Mizz Nina takde masa tu. Noh sorang je tengah makan dan senyum je bila nampak kami orang Malaysia ni. Maaf gambar amik curi2. Rasa tak manis pula kalau nak bergambar di sana. Nak2 lagi dia tu lelaki.
Megi Arab. Tak pernah rasa dan tak beli pun. Ayah je pernah makan megi cup.
Shopping ke?
Kami beli coklat je sebab sana coklat murah2
Antara tempat favorite kami sepanjang di Mekah adalah KFC. Boleh dikatakan selalu gakla kami beli KFC. Ayamnye besar dan sedap. Sebelum ni pernah gak dengar orang kata KFC sana tak sedap. Taktau lah mungkin rezeki kami dapat nikmat rasa KFC yang sedap.
Tapi KFC nye tak macam di Malaysia. Takde set2 macam selalu dan agak mahal. Even mashed potato pun xde. Then tak boleh makan sana sebab takde tempat duduk. Beli pastu duduklah kat food court. Food courtnye cantik tau bersih lagi.
Ni kami beli kat area foodcourt. Tengok tu siap bagi plastik untuk kami lapik meja. Sama ada nk tuang makanan atas plastik tu atau just untuk alas je. Dah abis makan kemas dan buang sendiri dalam tong sampah ye kawan2. Nak dapat pahala buatlah kerja lebih sikit walaupun ada pekerja yang tolong bersihkan.
Nasi Arab. Tapi serious cakap nasi arab kat Malaysia lagi sedap. Terbalikkan patutnya negara asal la lagi sedap. Entah.. mungkin di Malaysia dah di 'improvizekan' masakannya. Time ni memang teringat nasi arab Damsyik kat Senawang tu. Huhuhu....
Roti puri. Ada kisah juga pasal roti ni. Kami dok tengok mamat Arab tu dok makan roti sensorang. Nampak sedap then kami tengok2 la die. Die pun tengok kami. Sebabkan dia dah perasan kami tengok, jadinya aku dengan anyah pergilah tanya kat mana die beli roti tu. Pastu die tunjuklah kedai yang die beli tu. Lepas ucap terima kasih, aku dengan anyah baliklah kat tempat duduk kami tengah fikir2 nak beli ke idok. Tup2 dia pun datang kat kami dan bagi sekeping roti puri sekali dengan kuahnya. Beriyalah kami menolak tapi dia bagi. Dia beli 2 dan 1 tu dia bagi kami. Oklah, rezeki kan. Dia pun nak bersedekah.
Kebab ni kami singgah beli semasa dalam perjalanan ziarah ke tempat bersejarah. Sesambil tunggu jemaah yang lain, aku dengan anyah keluar pergi cari makanan jap. Nampak kedai kebab tapi tak tau camne nak order. Maklumlah bukan pandai berbahasa Arab pun. Dulu time belajar pun just belajar gitu2 je. Still tak pandai2. Tercangak2 gaklah sebab tulisan pun arab. Nak tau gak tu daging ayam ke, lembu ke, unta ke. Nasib baik ada satu hamba Allah dalam kedai tu. Lelaki, warga Indonesia dan fasih berbahasa Arab. Dialah yang tolong kami orderkan. Terima kasih ya Allah datangkan bantuan kepada kami.
Jus mangga. Pun sedap.
Jalan2 sekitar Masjidil Haram
Memang banyaklah kenangan manis di sana. Bila time nak balik tu memang rasa sedih dan sayu. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi kehidupan masih perlu diteruskan. Kita pun ada tanggungjawab lagi. Harus bekerja untuk cari duit. Kumpul duit lagi, doa banyak2 pada Allah supaya kita diberi peluang untuk ke sini lagi. Mana tau mungkin menunaikan haji pula.
Hari2 akhir di Masjidil Haram
Tasbih. Hadiah dari jiran solat kami. Maksudnya semasa di Masjidil Haram duduk solat sebelah jemaah Arab ni, dia bagi kami tasbih. Kat sana ramai orang berlumba2 nak bersedekah. Bukan takat makanan je tasbih pun mereka hadiahkan.
Sebelum pulang dan sementara menunggu flight, kami ke Masjid Arrahmah di Jeddah atau dikenali sebagai masjid terapung.
Masjid ni memang sangat terkenal. Ada yang panggil masjid laut merah juga. Ye betul, memang air lautnya berwarna merah. Dalam gambar tak berapa nak kelihatan.
Semasa di airport Jeddah. Ramainya jemaah tak usah cakaplah. Adalah makan masa lebih kurang 3 jam di sini.
Balik Malaysia kami juga naik MegaMaldives. Singgah transit kat Maldives lebih kurang 2 jam. Tak keluar pun. Abiskan masa kat airport je. Sempat buat Zohor kat sana. Selebihnya tengoklah laut Maldives yang cantik tu kat tingkap je. Cantik memang cantik tapi panas pun tak usah cakaplah. Dekat dengan lautkan.
Antara makanan yang dihidangkan. Dah nak balik baru terasa penat. Jet lag jugak lah. Time balik ni memang aku banyak tidur dalam flight.
Waktu balik kami dapat duduk sebaris. Senang sikit
Sampai di Malaysia tak silap aku 29 November tengah malam. Flight memang delay. Jadinya kami dapat rehat sehari je sebelum memulakan tugas. 1 Disember 2016 hari Jumaat baru aku masuk kerja balik. Di KLIA2, proses mengambil beg dan air zam zam sangat lama. Tak ingat berapa lama tapi lebih lama berbanding di airport Jeddah. Penat sangat waktu tu. Yelah, dah lewat kan dengan flight delay lagi. Tapi tu semua pengalaman yang sangat berharga. Tak semua orang boleh merasainya.
Dah pergi kali pertama of courselah ada niat nak pergi lagi. First time pegi kiranya masih dalam proses pembelajaran. Ada pengalaman sikit inshaallah ada rezeki untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya boleh lah kami lebih fokus untuk beribadah. Lepas ni inshaAllah kalau ada rezeki mungkin awal tahun 2019 aku akan ke sana lagi. Doa2 kan ye mudah2 an diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment