Saturday, April 9, 2011

Dinner Treat & Birthday Party

Khamis, 7hb April ada dinner treat oleh one staff yg dapat project baek punye. Sambil belanja makan sambil sambut birthday si isteri. Actually ikut perancangan, kitorang nak ke Tony Romas tempat yg Mr. VP belanja aritu. Tapi mengikut kata tuan empunya diri yg nak membelanja, dia kata kalo Tony Romas dia hanya boleh belanja orang2 yg ada staff id saja. Maknanya tak boleh bawa isteri/suami, anak2, tunang, gf/bf atau sape2 jelah.

Makanya setelah perbincangan dibuat, utk memeriahkan lagi suasana Seoul Garden menjadi pilihan. Bolehlah bawa anak2, suami/isteri ataupun tunang masing2. Abis je keje kami ramai2 konvoi ke sana. Dengan bertemakan hitam... Seoul Garden di One Utama terus kami serang!!!!... Kali nie aku takmo cite panjang2, tengok jelah gambar2 kat bawah ni.




Buffet sytle.. makan sampai lebam!


Aku yang kelaparan






Home made cake











Paling best time birthday session. Start je kek keluar, kami pun beramai2 nyanyi lagu. Dan tak sangka satu restaurant turut sama2 menyanyikan lagu. Kebanyakan guests yg datang adalah org Cina. Mereka semua sgt sporting nyanyi bersama2 kitorang smbil bertepuk tangan. Wow, kalau akulah jadi birthday girl time tu mesti terharu gile. Huhu....


Birthday girl.. kak Aida with her daughter, Ain


Inilah orang yg bermurah hati membelanja kami semua, thanks abg Mus!













Pameran Pengantin 2011

3hb April de pameran pengantin di PWTC. One of our frenz, masuk contest tu. Even die tak menang tapi dah dapat masuk top 12 pun dah kira okey. Kami sbg kawan2 hanya berikan sokongan sajalah untuknya. Tahniah ye kak Fidza, next time leh cuba lagi..


Antara jurumekap yg menjadi tumpuan... sebab vogue sangat! huhu....






Penat berdiri dok rehat jap








Week to Eat

28 March sambut birthday party di Full House Jalan Ampang. Tempat tu semua orang tau memang cantiklah kan. Abis keje terus shoot ke sana.



Ini dia birthday girls, si kembar - Nur Mustika & Seri Mustika. Sorang penah keje dgn RGS dan sorang lagi masih bersama RGS. Actually diorang nie secretary pada Mr. VP. Si adik, Seri yang jadi secretary dulu. Tapi lepas dia sambung belajar, si kakak pula yang ganti tempat si adik. Ha.. camtulah citenya.


Nur Mustika & Seri Mustika












Dalam minggu yg sama juga kami beramai2 pegi makan durian kat SS2, Petaling Jaya. Makan style buffet. RM20 satu kepala makanlah banyak manapun. Kalau dh buffet, mmg tak abislah jawabnya. Kenyang dengan durian jelah.





2 Hari 1 Malam

26hb March ekspedisi ke Kuala Selangor. Pulang ke kampung salah seorang teman, Diyana. On da way ke sana, singgah makan Mee Udang Banjir yg sangat popular. JJCM penah ke sana. Kawan2 aku yg lain sume penah merasa kecuali aku je. So aku pun orderlah menu utamanya, mee udang. Memang puaslah makan. Kuahnye secukup rasa, tak terlalu manis dan paling penting udang memang banjir!!









Abis je makan singgah pasar malam jap. Layan jelah gambar ea. Cite dh lama, basi sudah. Tak tau nk cite ape. Hehehe....




Sampai je kampung Diyana, wow aku suka sangat. Indah permai gitu. Paling best kampung Diyana ni selalu masuk tv. Ramai orang berlakon kat situ. Antaranya dah tentulah cite favorite aku, Nur Kasih. Memang cantik gile!... Dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku masuk ke dalam sawah bendang. Sangat mengujakan! Bestnye...........




Dapat pula kawan yg wat freelance photography. So apalagi, kami jadi model kejap la kat sana. Tapi tak semualah gambar aku dpt upload. Penat seyh nk tunggu gambar utk di upload. Mana yang ada jelah ye...







Memang sungguh tenang berada di sana. Cuaca pula seolah2 menyambut kehadiran kami. Cantik sangat tempat die.











Selepas puas jalan2 kat sawah padi, main layang-layang pula. Selama ni kalau main layang2 main yg cikai punye. Juz buat pakai surat khabar je. Tapi kali ni layang2 yg betul punya. Main kat tengah sawah, memang bestlah. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang aku bulatkan tu, itulah layang2 yang telah aku terbangkan. Actually bukan aku, kawan aku yg terbangkan. Aku juz tukang mainkan saje. Hehehe....









Banyak sebenarnya aktiviti yg kitorang buat. Memancing pun tak ketinggalan. Dan aku buat pertama kalinya belajar memancing. Bukan saja belajar memancing tapi belajar menggunakan joran, belajar memasang mata kail dan paling best belajar memegang cengkerik untuk dibuat sebagai umpan. Jangan tak caya, aku boleh dapat ikan tau. Tapi aku tak ingat ikan ape yg aku dapat. Panjang sangat nama dia. Kawan2 aku yang lain dpt ikan puyu, ikan belida dan paling best dapat ikan haruan.















Penat memancing, sesi photo shoot pula bermula. Yang banyak jadi model dh tentulah dua beradik tu, Sufi Shahleena dan Na'il Shaheem. Kami yg besar ni hanya jadi model tambahan plus project director jelah.