Saturday, August 25, 2018

Umrah 2016 - Part 5 (Mekah)

Pertama kali mengerjakan ibadah umrah memang pengalaman yang sangat indah. Jumpa ramai orang dari pelbagai negara. Berbilang bangsa, berbeza warna kulit tapi datang untuk tujuan yang sama. Ingin menyerahkan diri sepenuhnya terhadap Allah SWT. Alhamdulillah aku diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah. Dugaan banyak tapi taklah terlalu besar. Boleh aku simpulkan, dugaan kami banyak diuji sebelum kami tiba di rumah Allah. Flight delay, last minit preparation dan lain2 lagi. Tapi Alhamdulillah urusan kami di Tanah Suci sangat dipermudahkan.











Juga, Alhamdulillah sepanjang aku di sana takde pulak kejadian yang aneh. Selalu dengar macam2 kan especially kalau baca Mastika. Hehehe... tu sume secondary saja. Bukan nak cakap besar lah tapi banyak2 kanlah berzikir dan sentiasa ingat Allah, insha Allah akan selamat.

Satu lagi orang kata niat kita ke sana. Kena tahu apa sebab kita ke sana. Kadang bila tedetik dalam hati, kalau nak jadi maka jadilah. Kun fayakun~























Di Mekah kami juga dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah. Waktu ni tengah tunggu bas datang.




Antara tempat yang kami lawati adalah Arafah. Arafah adalah antara tempat penting untuk menunaikan fardhu haji di mana ianya tempat melakukan wukuf. Bezanya antara haji dan umrah adalah wukuf selain niat. Wukuf merupakan rukun haji. Tak buat wukuf maknanya haji tidak sah.








Wukuf ertinya berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah pada tanggal 9 Zulhijjah antara tergelincirnya matahari sampai terbenamnya matahari. Pada waktu itu semua umat disarankan untuk memperbanyakkan doa, memperbanyakkan taubat dan mohon ampun kepada Allah SWT. Sebab waktu wukuf adalah waktu utama untuk berdoa. Salah satu doa yang diangkat adalah waktu wukuf. Tak kira di mana kita berada, even di Malaysia sekalipun kalau tibanya waktu wukuf, maka berdoalah banyak-banyak.







Kami dibawa melihat di sekitar kawasan Arafah. Di mana semua umat Islam berkumpul. Ustaz pun tunjuklah khemah biasa untuk rakyat Malaysia. Bila tiba waktu haji, kata ustaz semunya sama. Kau Tan Sri ke, lawyer ke, profesor ke, tak ada beza pun. Takde satu pun kenderaan yang lalu di kawasan Arafah pada waktu haji. Yang ada pun satu kenderaan je. Itupun wheelchair. Huhu... ustaz yang kata ye.. Aku repeat je.. 













Kemudian ke Jabal Rahmah. Jabal Rahmah beerti bukit penuh rahmat. Diriwayatkan di sinilah Nabi Adam A.S berjumpa dengan isterinya, Hawa setelah diturunkan dari muka bumi. Sebab itulah katanya kalau nak berdoa bertemu jodoh sangatlah digalakkan.

Tapi kata ustaz, kalau nak ikutkan doa mana2 tempat pun sama asalkan niat yang baik, menghadap kiblat dan penuh khusyuk. Tak semestinya kena naik bukit baru leh berdoa. Sebab ramai orang2 terlalu taksub sampai menyembah ke bukit, gunung ganang. Itu dah boleh terjerumus kepada syirik.











Semoga jodoh ibu dan ayah kekal berpanjangan sehingga ke syurga. Inshaallah amin~










Acik Enon (telekung hitam) bersama suaminya. Mereka lah yang banyak membantu kami ke sana, memberi tunjuk ajar dan nasihat. Dan Allah menghantar mereka kepada kami sekeluarga untuk mengerjakan ibadah umrah.




Ustaz tak galakkan kami panjat sampai ke atas. 






Aku mampu panjat separuh aje. Ustaz pun kata jangan pergi jauh2 nak boleh sesat. Ya, memang betul kata ustaz. Kami taklah sesat cuma tak jumpa bas. Bas kat sana memang banyak dan semuanya hampir sama. Jadinya tercari2 lah juga kami mana satu bas yang bawa jemaah kami. 






Inilah bas kami. Alhamdulillah 5 minit mencari akhirnya kami jumpa.











Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami ziarah. Antaranya Gua Hira, Jabal Nur, Muzium, macam2 lah. Okey, scroll je ye gambar2 di bawah. Banyak dah rasa ni. Kalau nak cerita satu satu memang takkan abis sebab aku ke sana bukan 3, 4 hari. Lebih dari 10 hari. 





Di kawasan Jabal Nur




Itulah ustaz kami. Tengah tunggu semua jemaah berkumpul untuk diberikan penerangan.












 Melawat ladang unta pula. Kat sini boleh bergambar secara bebas dengan unta dan boleh minum susu unta fresh dan segar. Ini baru betul dari ladang.


















Tengah perah susu unta









Sape yang suka minum susu fresh boleh lah minum. Aku tak minum susu. Aku hanya minum susu soya dan susu dutch lady coklat je. Jadinya confirmlah taklah aku rasa kan.




Ustaz buat teka teki apa beza unta di Arab dan unta di negara omputih. Ce teka..




Jawapannya di negara omputih bonggol unta ada 2. Tapi unta di Mekah bonggolnya 1. Itulah perbezaannya.










 Kawasan sini pun ada jual kacang juga. Murah2 dan sedap. Boleh free testing lagi.










Masjid Hudaibiyah yang berada di perjalanan antara Mekah ke Jeddah. Lebih kurang 25km dari Masjidil Haram.




Inilah bekas tapak Masjid Hudaibiyah yang lama




Ke Muzium Mekah pula










Di sini ditempatkan banyak replika2 yang ada di bandar Mekah dan Madinah. Antaranya adalah Masjidil Haram.


















Me with Ayah




 


....bersambung

No comments: