Monday, September 4, 2017

Umrah 2016 - Part 2 (Airport)


Flight kami dijadualkan berlepas jam 5 petang pada 17 November 2016. Tapi kami diminta berkumpul kat KLIA2 jam 12 tengahari. Tapi rutin pagi kami cam biasa la kena keluar sarapan dulu. Hehehe... then balik breakfast buat final check barang2 yg nak bawa. Sebelum gerak dari rumah ada kawan ayah, sepasang suami isteri datang ziarah.

Sampai di KLIA2 dah tengahari. Orang ramai dari Group Ukhwah Firdausi Travel dah berkumpul kat KLIA2. Nasib baiklah KLIA2 nie besar so taklah rasa sempit sangat even orang memang ramai. Bayangkan Ukhwah Firdausi Travel mereka chartered 1 flight seramai 288 penumpang untuk bawa kami ke sana.


















Perasaan masa kat airport??? Macam2 rasa ada. Gembira, excited, sedih, sayu semuanya bercampur.







Tengok ni, sebahagian daripada group kami. Yang berdiri kat tengah2 tu adalah Azizul Khamis. Penyanyi dan pelakon zaman2 90an dlu kalau tak silap. Ada gak Ayu Damit (penyayi Malaysian Idol kalau tak silap). Dia kerja bawah Ukhwah Firdausi.

Masa ni tengah pembahagian passport, flight ticket dengan tag. Yang ni aku rasa patut kena perbaiki lagi. Yelah dok terjerit2 mana lah orang nak dengar sangat kan. Nasib baiklah berkumpul kat tempat khas. Taklah bercampur sangat dengan outsider. But still perlu banyak kena improve la part ni.





Yeay.. my tag... i like it very much !!!












Oke, ni masa dah berpisah dengan ahli keluarga yang lain. Dah masuk kawasan boarding. So get ready ajelah.













Kami naik penerbangan Maldives Airlines. So memang transit Maldives la. Tapi taklah sampai nak kena keluar flight. Just transit camtu je. Acah2 nak isi minyak je.









Untung nasib dapat duduk sebelah Anyah. Kitorang banyak yang dok pisah2. Ibu lain ayah lain. Kami ada rezeki dapatlah dok seblah menyebelah. Mereka kata kalau boleh jangan tukar tempat. Yelah, nak memudahkan urusan semua eloklah duduk mana2 tempat yang dah diberikan. Taklah dalam flight nak cari mak ayah laki bini anak sume kan. Oklah, nak pergi buat ibadah taknaklah susahkan orang lain. So kita follow jelah rules selagi tak melanggar batas2 dan syariat Islam..







Kalau ikutkan dari KL ke Madinah perjalanan lebih kurang 5 jam tapi sebab kami transit Maldives dulu jadi perjalanan tu makin panjang. 12 jam okey. So bayangkan lah betapa lamanya dok dalam flight tu. Nasib baik kami dapat duduk kawasan emergency lane. So memang lapang dan besar la. Memang selesa sangat. Tapi kesian kat ibu ayahlah mereka dok kawasan yg agak sempit sket. Nak buat camne kan. Katanya emergency lane ni tak digalakkan untuk mereka yang berusia. Takut apa2 terjadi so yang muda2 ni dulu lah harus kena bantu. 

First time fly jauh nie so macam2 rasa. Flight kami berlepas lebih kurang jam 5.30 petang camtu. Kebetulan pulak time tu ujan lebat. So memang akan nampak kilat sabung menyabung kat atas ni. Flash sana sini. Asyik goyang2 je flight kali ni. Debau nye toksah cakaplah kan. Banyakkan lah berdoa.

Masa kami nak berlepas ada satu incident yang terjadi. De sorang atuk ni die tak berapa nak sihat. Actually sihat sebenarnya tapi mungkin Tuhan nak uji kan. Dia ada semput. Pastu Maldives Airlines ni sebelum berlepas mereka ada buat satu semburan. Aku pun tak berapa pastilah semburan ape tu.

Elok je berlepas, atuk ni pun sesak nafas. Kelam kabutlah flight attendant sume. Kami yang jemaah ni apatah lagi kan. Tengok flight attendant tu bawa satu tong gas besar. Maunye kami sume tak panik. Takut ape2 terjadi kan. Siap buat announcement lagi tanya sapa2 yang Doktor atau Jururawat minta tampil beri bantuan. Tapi sayang takde sape2 antara kami yang bergelar Doktor mahupun Jururawat. So flight attendant tu cubalah sehabis baik. Alhamdulillah atuk tu pun takde apa2.

12 jam memang sangat lama okey. Pegi tandas pun berulang kali. Tapi bukan aku lah. Aku sekali je. Atuk2 nenek2 yang lain memang beratur nak ke toilet.




Bab makan tak ingat lak berapa kali. Kalo tak silap dalam 3 kali kot ke lebih. Heheh.. tak ingat sudah. Yang aku ingat asal nak tidur je dan2 tu flight attendant anta datang makan. So memang tidur2 ayam jelah. Flight depart petang tapi makan ada breakfast ada lunch. Mungkin peredaran masa kot tu yang bagi 2 kali tu. Entahlah...




Makanannya biasa2 jelah. Rasa tak leh lawan Air Asia kot. Hehe.. tapi bersyukurlah janji ada makanan..




Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Abdul Aziz Jeddah. Kalau tak silap rasanya dalam waktu subuh kami sampai. 



Kena naik bas dulu untuk sampai ke Terminal






Muka 12 jam dalam flight




Alhamdulillah proses di Imigresen tidak begitu lama. Adalah dalam 45 minit kira oklah kan sebab aku ada baca dan dengar dari pengalaman yang lain, kat imigresen mesti lama. Mungkin masa kami tiba takde lagi penerbangan yang lain. Ada la juga tapi bukan penerbangan khusus untuk jemaah nak buat umrah. Jadinya taklah beratur panjang ataupun sangkut kat Imigresen.





Settle kat Imigresen terus naik bas. Bas mana?? Mana2 pun boleh. Hahahha.. Ok, bab ni Ukhwah Firdausi perlu perbaiki juga. Sebab mereka takde bas yang khusus atau yang tetap. Maksudnya takde penerangan tentang bas dan penumpang. Susah kalau apa2 terjadi. Kot silap bas ke orang tertinggal ke kan susah. At least awal2 mereka kena bagi nombor bas senang kami jemaah2 nie naik bas.





Semasa kami kat sana passport disimpan oleh agent. So bawa saje tag sebagai  pengenalan diri. Bagus juga senang kami nak buat ibadat. Karang tak pasal2 ada yang cicir passport naya je..

Dari airport kami terus bergerak ke Madinah. Rasanya dalam 7-8 jam perjalanan kot dalam bas. Subuh kami gerak then sampai Madinah dah nak dekat waktu Zohor.





Berhenti solat Subuh dahulu. Ramainya orang toksah cakaplah. Ni baru buat umrah belum lagi haji kan...





Lepas solat Subuh mereka ada sediakan makan. So duduklah depan masjid makan ramai2. Meriahnya suasana kat sana. Seronok je rasa walau makan di tepi jalan



Nasi berlaukkan ayam, telur dan timun. Sedak gak makan time2 Subuh gini










Suka bas kat sana. Selesa dan cantik. Laju pun laju gak driver tu bawa




Pemandangan di sepanjang perjalan ke Madinah. Memang panas, tandus dan kering




Bandar Madinah








Madinah sangat bersih dan teratur berbanding di Mekah





.... bersambung

Wednesday, February 1, 2017

Umrah 2016 - Part 1 (Persediaan)

Alhamdulillah akhirnya pertama kali aku dijemput untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama ibu ayah dan anyah. Ini semua rezeki yang tidak di sangka. Kami memang tak rancang pun. Tau2 ibu tanya nak gi umrah tak sebab kawan ibu aka jiran kami, cik enon ada tolong anak buah dia utk uruskan jemaah umrah. Time tu mmg cakap nak jelah tanpa fikirkan apa2. Tapi tipulah kan mesti kena fikir gak bab duit. Ok, duit dalam bank stakat ni alhamdulillah cukup. So apa lagi teruslah kata nak kan.

Bulan 8 tu terus letak nama, anta borang sekali dengan passport dan gambar. Lepas tu tunggulah apa2 tindakan. Tapi serious cakap masa aku anta borang tu aku tak yakin aku boleh pergi sebab passport aku akan tamat bulan 1 2017. Almaklumlah nak pegi sana passport kena sekurang-kurangnya valid 6 bulan sebelum dari tarikh berlepas. So aku pun buat endah tak endah je sbb aku rasa permohonan aku akan reject punya. Jadinya memang xde persediaan langsung. Dan ada banyak benda yang berlaku pada aku yg aku rasa aku belum layak jadi tetamunya.

Sampailah pertengahan bulan 10 masa nak bayar deposit tu. Time tu baru aku sibuk nak renew passport. Nak dijadikan cite time tu lak ada isu kata passport sekarang susah nak renew. Dari subuh lagi orang ramai dah beratur kat Immigresen.

Tapi memang betul. First aku try gi UTC Datuk Keramat. Kali pertama pergi katanya tak boleh buat waktu malam. Kena datang waktu siang. Yelah, aku ni kerja makan gaji. Pagi sampailah ke malam. Nak tak nak mmg kena buat time malam la. Ok fine... kata dah tak boleh buat. Then minggu tu balik Seremban pegilah kat Wisma Negeri. Pergh... beratur panjang. Kul 7.30 pagi aku sampai. Malas nak tunggu balik ajela. Next week try lagi pegi UTC Datuk Keramat. Jawapan yang sama aku dapat. Pastu gi pulak UTC Pudu. Lagi panjang nak beratur. Aku kan malas pastu hati pun rasa cam nak tak nak je pegi. Sebab xde persediaan langsung.

Tapi bila fikir2 kan balik bila lagi aku nak gi sana. Bukan aku leh gi sorang2 selagi umur tak cecah 45 tahun. Kena ada mahram. So by hook or by crook aku kena settle sebelum 24 October. Sebab ape 24hb. Sebab 24 October birthday aku. Hehehe.. no lah. Sebab utamanya 24hb aku nak gi Sabah. Dah plan holiday awal2. Jadi kena settlekan lah cepat2 passport ni.

Aritu kul 7.30 pagi aku gi Wisma Negeri. So kali ni gi awal sket. Dalam 7 suku aku sampai sana tapi still dah beratur panjang. Nombor yang ada hanya 150 aje. Aku pun tawakal jelah beratur. Dah nak sampai ni turn aku. Depan aku ada 2 orang. Then pegawai tu cakap tinggal lagi 2 nombor je. Kira2 balik memang sampai budak pompuan depan aku tu je. Sedih mak weyh....

Tapi tetibe budak tu kata die tak renew passport. Dia just teman kawan dia je. Alhamdulillah memang rezeki aku. Dapatlah nombor 150 untuk aku. Nombor terakhir. Sian pakcik belakang aku tu.


150 - nombor terakhir


Siap je passport terus serah pada Cik Enon sekali dengan bayaran penuh. Next action, kena amik vaksin pula. Vaksin ni namanya Meningococcal Meningitis kalau tak silap aku. Tapi senang cakap suntikan umrah la. Aku gi amik kat Klinik Rantau. Harganya RM120 sekali suntikan. Dua tiga kali gaklah pegi klinik ni. First, kena buat appointment dulu. Maklumlah tak tau. Ingat datang klinik jumpe doktor then terus inject. Rupa2 nya kena tempah dulu vaksinnya. Nak tak nak kena datang lagi sekali untuk second time. Third time lak pegi untuk ambil pil perancang. Maklumlah orang pompuan ni special sket. Kenalah ada precaution sebelum apa2 terjadi.



Tunggu nombor dipanggil




Sementara doktor tengah sibuk dok prepare vaksin kite bergambar dulu ye :)


Ok settle. Pastu 20hb ibu cakap weekend ni de kursus perdana untuk jemaah umrah. Alamak sekali lagi aku diduga. Weekend ni aku nak ke Sabah. Tiket flight, hotel sume dah settle. Awal tahun aritu prepare. So macam mana? Discuss punya discuss ibu kata tak pegi kali ni xpe boleh join next kursus. Oklah kan.. tapi still aku tetap rasa ralat. Yelah, kite ni ilmu taklah tinggi mana. First time lak tu nak gi umrah tapi satu persediaan langsung takde. Oklah, redha jelah~



Hari yang sepatutnya aku kena gi kursus umrah tapi aku di sini....


Balik je dari Sabah, dengarlah penerangan dari Anyah sikit2. Walaupun aku tak pegi, tapi still dapat belajar dari Anyah. Thanks Anyah!

Buku ni pihak ajen - Ukhwah Firdausi Travel yang bagi. Jadi, pandai2 lah nak belajar kan. Bukan harap pada kursus je. Boleh google kalau nak. Sekarang sume dihujung jari. Terpulang pada diri sendiri.


Tapi nasib baik ada satu lagi kursus umrah buat di masjid dekat dengan rumah aku. Alhamdulillah bolehlah aku belajar kan.



Masjid Taman Seremban Jaya




Belajar dari buku lain belajar dari ustaz lain




Study jangan tak study!



Anyah... nanti kat sana kalau Ateh tak tau Ateh tanya Anyah tau =p


Awal bulan 11 nak tak nak aku kena bagitau boss.Yelah, next month nak fly. Bulan Disember banyak benda nak buat. Dengan annual dinner lagi, company trip lagi then bonus lagi. Sebelum jumpe lady boss aku doa banyak2 semoga dipermudahkan. Yelah, mereka ni non-Muslim, so tak tau camne penerimaan mereka. Nasib baik si lady boss ni faham.

Pastu buatlah persediaan sikit2. Beli barang2 keperluan umrah. Apa yg perlu bawa apa yg tak perlu. Ikutkan banyak juga baju aku bawa. Rasa2 dalam 7 helai jubah kot. Ikutkan tak perlu bawa banyak sebab kat sana kite boleh basuh baju. Tapi dah kebiasaan aku baju mesti bawa lebih so keinginan nak bawa baju banyak2 tu memang melampau. Hehe...


Barang2 umrah kalau nak murah boleh cari kat Mydin. Kami cari kat Mydin Subang, Mydin Seremban dan Mydin Senawang. Memang banyak pilihan dan murah2.




Mangga, face mask, ubat-ubatan, stationery, torch light nak kena prepare



Hanger kena bawa sebab nak basuh baju nanti senang


Barang dah beli tapi beg tak kemas lagi. Yelah sebab tau masih ada masa kan. Lagi sebulan lagi. Tapi tup-tup malam Sabtu tu, adik aku Boy datang kat aku. "Ateh.. ko tak nak dengar cite baru ke? Minggu depan ko kena fly tau".. Aku yang dengar tu boleh buat tak tau je. Yelah, time tu aku dok sibuk layan drama Korea aku. So aku buat taktau jelah sbb aku tau dia nak kacau aku.

Tapi aku boleh dengar suara Anyah dan Ibu sedang berdiskusi. So aku pun apalagi, tanya betul2 kat Boy, betul ke? Aku tak puas hati terus aku masuk bilik dengar sendiri dari Anyah dan Ibu. Yeszza, memang betul. Aku akan fly next week. 17 November 2016 bukan 15 Disember seperti yang dimaklumkan. Alamak! 

Dalam fikiran terus terbayangkan kerja. Camne ni? Aku ditugaskan untuk annual dinner company. Tahun ni GenP jadi tuan rumah. Then, kerja2 yang lain sape nak take over. Ada seminggu je lagi. Pastu time tu baru aku rasa nervous yang teramat sangat. Baru sekarang aku terfikir macam2. Dah bersedia ke aku? Cukup ke ilmu aku? Ya Allah... time tu aku hanya berdoa dan berserah aje. Kata cik enon fikirkan yang positif. Mungkin Allah nak kita jadi tetamu yang awal datang. Ada hikmah yang tersembunyi. Kita jangan fikir macam2.

Esoknya, pepagi lepas breakfast terus gi jumpe Cik Enon. Sian Cik Enon dia yang paling serabut sebab nak settlekan jemaah umrah dan persiapkan diri dia lagi. Kata Cik Enon kami kena naik flight awal sebab kerajaan saudi dah naikkan harga visa pada mereka yang dah pernah pegi sebelum ini. Maknanya sape yang dah pergi gi umrah sebelum ni dan nak pergi lagi, then mereka kena bayar visa tambahan. RM2,000++ tak silap aku. Harga sebenar aku tak berapa sure. Ada hikmah juga visa dinaikkan sbb at least boleh bagi peluang jemaah lain yang tak pernah pegi. Lepas tu, mereka taknak umrah ni dibuat macam pegi melancong. Ada duit, tiap2 tahun boleh pergi. Niat dah lain. Hurm.. bila difikirkan betul juga tu. Oleh sebab itu, ramai yang tarik diri dan kami yang dah settle passort dan visa, tarikh penerbangan dipercepatkan.



Dengar nasihat dari Cik Enon yang dah ada pengalaman ke sana. Cik Enon minta kami sume banyakkan doa. Minta dipermudahkan segalanya.


Cik Enon yang busy. Ni sume buku suntikan jemaah Cik Enon.


Masuk je kerja pagi2 terus bincang dengan lady boss. Terkejut die dengar kata aku nak fly next week. Terus die suruh aku jumpe direct dengan boss. Aik, aritu kata die nak cakap dengan boss. Hmph... non hado! Oklah nak tak nak kenalah direct facing big boss kan. Bawalah surat yang pihak ajen bagi. Knock2 bilik boss.


Me : Can I discuss with you something? -sambil pegang kertas kat tangan-
Boss :  What is it? Have a seat. -dengan muka terkejut tengok aku-
(Aik boss ni, tak penah2 layan aku gini. Selalu kalo aku kata nak discuss tak penah dia nak bagi aku duduk. Kali ni dah kenapa? Agaknya dia ingat aku nak resign kot sbb aku tunjuk surat kat dia tadi)

Explain punye explain then at last boss kata "means, you can't attend our annual dinner right? Ok, I have no objection if all your work is done and hand-over properly"


Yess, alhamdulillah settle bab cuti. Tapi terpaksalah aku amik satu hari unpaid leave sbb aku nak cuti lebih dari 12 hari termasuk hari rehat dan hari persiapan. Huhu....

Minggu weekend sebelum nak fly tu memang kelam kabut dibuatnya. Nasib baik barang dah beli. Ikutkan memang kami cadang nak shopping awal bulan 12. Tapi itulah, hati tergerak nk sediakan awal2.



Time nie baru kelam kabut nak pack barang. Tapi tak masuk dalam beg lagi sebab beg belum sampai. Last minute kan so memang kena sabar sket la. Just susun2 je mana yang nak bawa.




Dengar je kami nak fly next week, ramai sedara mara datang turun ziarah kami. Wah, time tu rasa sayu je. Huhu~


Hari Khamis kami akan fly tapi hari Rabu baru aku start cuti. Selasa malam tu balik Seremban terus kemas apa2 yang patut. Rabu pagi sekali lagi gi umah Cik Enon sebab nak amik beg.




Ni sume beg2 untuk jemaah dibawah Cik Enon. Kebanyakan mereka orang Seremban juga. Kami ni jiran selorong je so datang amik sendiri jelah lagi senang.



Dapat beg terus kemas barang2 yang nak bawa.




Jubah banyak aku bawa color yang gelap2. Senang sket tak mudah kotor camtu gak dengan tudung. Cari yang instant saja takyah nak berkerongsang bagai. Dan paling penting tak perlu gosok.




Ni malam sebelum nak fly. Esok flight kul 4 petang so kul 10 pagi dah kena gerak. Barang sume dah susun baik. Kami dapat 3 buah beg setiap sorang. Beg sandang, beg galas dan beg baju. Memang sangat cukup.


Pagi 17 November 2016, lepas Subuh macam biasa kami siap2 nak pergi breakfast. Along dan Asu dah standby arini nak anta kami ke airport sekali dengan Boy. So mereka sume amik cuti arini. Dalam 7.45 pagi Ibu dapat whatsapp dari Cik Enon. Katanya, flight MegaMaldives yang dijadualkan ke Jeddah hari ini ditangguhkan.  Sebabnya kerajaan Arab tak benarkan MegaMaldives masuk ke negara mereka. Tak tau sebab apa. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Hanya Tuhan aje yang tahu perasaan kami ketika itu. Kami tak marah tapi kami rasa sedih. Sedih sebab tak dapat nak jejakkan kaki ke rumah Allah. Betullah kata orang, rezeki ni Tuhan yang beri. Kun Fayakun.

Masa tulah macam2 terlintas dalam fikiran. Betul ke ajen yang kami pergi ni? Cek sana cek sini, call ajen, call KLIA, call MegaMaldives sume mengesahkan yang flight kami akan tertangguh. Tak tau tangguh berapa lama. Sehari? Dua hari? Seminggu? Sebulan?

Hari Jumaat 18 November masih tak ada berita. Keluarga, kawan2 sume bertanya tapi kami takde jawapan. Jumaat malam pun masih takde jawapan. Bayangkan jemaah dari serata negeri. Sabah terutamanya. Mereka sume tiba kat KLIA2 Khamis pagi. Bila dapat berita macam ni apa yang mereka rasa. Nasib baik pihak ajen bagi mereka tempat tinggal dan makan minum. Hanya perlu berserah saje.

Sabtu pagi, 19 November 2016 barulah kami diberitahu yang kami akan berlepas pada petang Sabtu tu juga jam 5 petang. Masa dapat tau berita tu, memang rasa nak nangis. Sayu je rasa. Alhamdulillah, Tuhan memperkenankan doa kami. Dia mahu kami jadi tetamunya juga walau apa cara sekalipun. Tapi, biasalah kita sebagai manusia ni bila dah terkena baru nak berwaspada. Bagi aku, selagi aku belum jejakkan kaki ke sana selagi itu rasa tak selesa. Yelah, macam2 perkara boleh terjadi. Even, kat airport pun boleh terjadi macam2. Passport hilang ke, flight rosak ke. Hanya Tuhan yang maha mengetahui. Kita sebagai hamba-Nya perlulah banyak berdoa.



Bila dah dapat passport dengan flight ticket kat tangan, barulah perasaan risau tu hilang sikit2




Visa valid selama 30 hari




My passport sekali dengan tag. Tag nama ni harus dipakai selalu sebab passport akan disimpan oleh pihak ajen sepanjang kita berada di Tanah Suci. So tag ni lah yang melambangkan identiti diri kita.



....bersambung