WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak lalu menatap WANITA dengan pasti).. Kamu, tulang rusukku..
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis utk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dlm kesibukan masing2 dan kelelahan hidup yg ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yg kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mula menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan dia berteriak, "kamu tidak cintakan saya lagi!!!"
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, "saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba2 WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yg sudah dia lafazkan. Tetapi seperti air yg telah tertumpah tidak mungkin utk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang2nya bertekad utk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing2."
Lima tahun berlalu....
LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA yang selama ini berada di luar negara telah kembali. Dia juga pernah berkahwin dgn seorang lelaki asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya. Dan di tengah malam yg sunyi LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yg hilang?
LELAKI: Belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York sebentar lagi. Saya akan kembali dalam masa 2 minggu. Telefon saya jika kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya bukan? Tidak ada yg berubah.
WANITA tersenyum manis dan berlalu. Di hujung katanya WANITA melafazkan "selamat tinggal"....
Satu minggu kemudian LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban menara WTC. Malam itu sekali lagi LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yg telah dia patahkan begitu sahaja.
********************************************
Kita menempiaskan 99% kemarahan walaupun kpd orang yg dicintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya. Akibatnya kita menyedari kesalah kita, semuanya sudah terlambat.
Kerana itu jagalah dan sayangilah org yg dicintai dgn sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata2 yg diucapkan itu akan menyakiti hati org yg dicintai.
Prinsip ABC
A - Ambil yg baik
B - Buang yg buruk
C - Ciptakan yg baru
1 comment:
i like..
Post a Comment