Monday, September 27, 2010

Tanpa perancangan apa akan jadi?


Pagi2 Sabtu aku dah dikejutkan. Ayah tanya nk ikut pergi Melaka tak, de kenduri kawin adik ipar abg Zahar. Dan oleh kerana aku tido lambat sebelum tu makanya jawapan aku adalah TAK MAHU. Then, beberapa jam kemudian Angah lak kejutkan aku kata ayah soh pergi gak. Oh no! Even alasan yg selalu aku bagi, "tak bolehlah.. keje tak siap lagi" tak pun "ala.. baju tak gosok. Nanti lambat siap". Sumenya tak jalan.

Dari rumah pengantin kami terus ke rumah abg Zahar di Asahan bersama pak long dan usu talib sekeluarga. Duduk lepak2 smpai petang then makan gulai landak. Owh... aku tak berapa minat sangat.

Lepas Maghrib kami sume jalan2 makan angin di bandar Melaka. Agak lama aku tidak ke sana. Dan oleh kerana aku nie pernah dok di sana maka akulah yg bertindak sbg tourist guide. Oh, sangat tak best kot jadi tourist guide sbb sume orang dok mengharapkan kite. Takut gak kalo salah jalan kan. Hehe... sib baik daya ingatan aku nie masih kuat lagi.


Sebelum berjalan moh kite bergambar dulu...


Tempat pertama yang kami tuju adalah Melaka River Cruise. Almaklumlah orang dari KL teringin bebenor nk naik boat tu. Kali nie aku naik harga dh naik sket, RM10 compare masa naik dgn kawan2 dlu, RM5 je dan orang memang ramai time weekend nie.


Our first destination, Melaka River Cruise


Kali nie tempat nie dah upgrade sket berbanding aku pergi dulu


Dari Melaka River Cruise kami terus ke Jonker Walk pula. Time kami pergi dah lewat malam jadi ramai peniaga dah siap2 nk berkemas. Tapi orang still ramai lagi.


Jonker Walk


Ikut perancangan, lepas dah jalan2 kat bandar Melaka kami sume akan terus gerak balik Seremban. Pastu tetiba lak ayah tanya, "kat mana Mydin yg 24 jam tu?". Oh, rupa2 nya ayah mau beli baju sbb nk tido di rumah abg Zahar. Dan of courselah mana ada shopping complex yg buka lagi time2 dah kul 11 malam camtu kecuali Mydin. Alamak, tak syoknye sbb aku xprepare apa2 pun lebih2 lagi di saat aku sedang 'bercuti'.

Nak tak nak kami sume gi Mydin belilah barang2 keperluan. Beli baju tidur, seluar tidur, seluar kecik, berus gigi dan paling penting 'barang' aku. Huhu... Ops, lupa lak. Selimut pun ayah beli. Itulah padahnya bila takde planning. Dan kami sangat bernasib baik sbb aritu last day Mydin buka 24 hours. Lepas nie dah tak de dah. Nape ek, okey apa buka 24 jam.

Bila dah puas berjalan tu barulah terasa lapar. Pukul 1 pagi barulah kami sume berenti makan kat Asahan. Balik umah dah penat. Dekat kul 3 baru tido. Dan esoknya bangun agak lambat sket. Hehehe...

Lepas Zohor baru kami semua baru bertolak balik ke Seremban. Sepanjang perjalanan tu aku tido jer. Syok tu lebih2 lagi time ujan lebat. Dah sampai Seremban pun aku masih sambung tido. Lama gak aku tido. Uish... penat seyh this week. Ingat kalo balik Seremban nk rehat2 tapi memang tak boleh. Nak kemas bilik pun kena tangguh lagi. Next 2 week akan ke Kota Tinggi pula. Erm.. utk next week aku tak pasti camne. Hopefully dapatlah bermalas-malasan di rumah.

No comments: