Hari Raya tak sah kalo tak pulang ke kampung kan. Dan seperti tahun2 sebelumnya tahun ni kami sekeluarga pulang ke Johor except Along yg pulang ke rumah mertuanya di Perak. Sehari sebelum raya aku still lagi bekerja. Tapi mood utk bekerja tak terasa sbb kat office dah tak ramai. Tak mengapalah, yang penting lepas raya aku cuti selama 3 hari. Tu tak termasuk dengan Sabtu Ahad dan hari Malaysia lagi. Yahooo.... cuti lama!!
Memandangkan esok nak raya, ari ni company isytihar half day bagi Muslim. Makanya tepat kul 1 tgh terus aku gerak balik. Best gile kat KL sbb orang xramai dan paling syok jalan tak jem. Makanya cepatlah aku sampai Seremban. Then, balik umah ingatkan leh terus rehat tapi kena masak daa. Sempena nk raya esoknya, ayah soh aku masak sambal goreng iaitu menu popular di negeri Johor. Lepas berbuka baru gerak balik Johor.
Meriahkan raya di Johor. Selain ada marhabban, rumah2 di sana meriah dengan pelita minyak tanah.
Pagi-pagi raya, lepas bermaaf-maafan kami terus pergi ke kubur. Tempat wajib yang perlu dikunjungi walaupun hujan di pagi raya.
Pastu pergi beraya di rumah sanak-saudara. Dari Kluang kami ke Simpang Renggam kemudian ke Kota Tinggi pula.
Jom ikut kami pergi beraya...
Tahun nie memang beraya sakan, dari pagi sampailah ke malam. Baju pun tak sempat nk salin. Paling best bila tahun nie aku still dapat duit raya lagi. Cam tak caye je kan. Iyalah umur pun dah meningkat. Lagipun aku still belajar lagi. Mungkin ini tahun terakhir aku dapat duit raya agaknya. Tapi bukan aku saja yg dapat Angah yg dah bekerja tu pun tetap dapat duit raya. Tapi takleh lawan akulah. Huhu....
Bila datang berkunjung ke rumah saudara mara, dah tentulah akan mengambil masa yg lama. Iyalah, orang dok sibuk nk tanya khabar... borak2. Macam gambar kat bawah nie...
Para-para ibu sedang kusyuk bercerita....
Kaum-kaum lelaki duduk berborak di bawah... huhu....
Bila dah sembang-menyembang dah tentulah ada makan2. Paling best kami taklah dihadapkan makan dgn makanan raya saja macam ketupat, lontong atau lemang tapi setiap rumah yg kami pergi mesti akan hidangkan makanan yg berbeza. Antaranya nasi beriyani, laksa, soto, mee goreng dan macam2 lagi.
Time nie kat rumah mak long Kimah makan nasi beriyani...
Makan sampai kenyang
Makan lagi....
Dan lagi...
Selain tu, aktiviti wajib kami setiap tahun adalah bergambar.
Tak kira walau di mana pun kami berada...
Bersama anak-anak buah sepupu kami...
Cousins...
Kami memang suka bergambar....
Bergambar itu hobi kami...
Tengoklah gambar sekerat nie. Tak taulah cameramannye dengki ke atau terlebih kreatif. Thanks ye Fadhil. Apapun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment