Entah kenapa aku rasa nak lari daripada semua perkara. Sebab itulah aku apply cuti Jumaat nie tanpa sebab. Alhamdulillah cuti aku pun dah diiluluskan. Alasan aku utk bercuti adalah nk jumpa lecturer walaupun pd hakikat sebenarnya lecturer xminta pun nk jumpa. Aku yg beriya2 nk jumpa dia. Padahal selama nie aku bukanlah rajin sgt pun nk turun Melaka. Tapi disebabkan aku nk mencari ketenangan.... takpelah, at least aku leh settlekan aku punya project paper.
Lepas je setengah jam cuti aku dh diluluskan, borang pun dah difailkan... akhirnya boss minta aku cancelkan cuti. Alasannya sbb Jumaat nie de jamuan hari raya, HR combine dgn Mechy. Owh.. nk tak nk aku terpaksa cancelkan cuti setelah ramai yg mendesak. Pastu konon igt nk apply cuti ari Isnin depan tp still xboleh sbb ari tu sports club pula yg wat jamuan. Oh no! Utk sports club nie sume orang turut serta tp yg paling best sume kena pakai baju raya. Dan yg lelaki of courselah baju Melayu. Hahaha... camne lah diorang pakai baju Melayu pd ari Isnin kan. Tapi xpe, at least time nielah dpt tgk diorang pakai baju Melayu lengkap.
Last2 aku putuskan xperlulah apply cuti lagi. Tunggu jelah bila dah abis nanti. Erm... bilalah aku nk rehatkan diri sepuas2nya nie. Badan aku cam dah xleh nk terima je sume nie.
No comments:
Post a Comment