Friday, September 3, 2010

Aku Bukan Nak Merungut

Kisah 1

Lokasi : Jalan Keramat
Masa : 7.30 pagi

Hei, tak nampak ke lampu merah tu? Nama je ada lesen tapi tak tau undang2! Kalau dah merah tu berhentilah. Bukan salah aku. Aku bukannya melintas time waktu lampu hijau. Aku tunggu sampai merah baru aku jalan. Tapi bila dah merah yg kau sibuk nk jalan sama tu kenapa? Nasib baik aku berhenti. Kalau kau langgar aku, kau yang salah. Aku ikut undang2. Lintas atas zebra line time lampu hijau utk pejalan kaki. Dan kau nk jeling2 aku tu kenapa? Ada aku kesah???



Kisah 2

Masa : 4 - 6 petang
Lokasi: Office - level 26

Kenapalah dah last2 minute baru nak bagi kerja. Time2 dah nak dekat balik time tulah sibuk nak itu nak ini. Aiyoo.... Dahtu elok je aku dah siapkan, de lagi yg tak kena. Nak yg macam itu pula. Okey fine. Ikutkan aje, still de masa lebih kurang lagi 10 minit sebelum nak balik.

"Dah.. saya dah siap". Elok je aku dah nak berkemas, "eh.. ada lagilah... yang nie kena pecah2kan. yang nie kena kira jumlahnya supaya teli dengan yg nie... yang nie kena tgk berapa balance yg dia ada"... Uish....... yang nielah yang tulah... tension aku! Rasa cam nak nangis pun ada. Nak tak nak aku buat gaklah walaupun dengan hati yg berat. Kenapalah tak cakap sekali harung je tadi, kan senang. Takyahlah aku nk wat tiga empat kali keje. Kesimpulannya arini aku balik lambat. Lepas berbuka barulah balik Seremban.


Kisah3

Masa : 6.00 petang
Lokasi : Ampang Park

Aku dahlah tengah hangin nie, orang pula ramai. Lagi aku hangin bila aku nk cepat boleh lah pula diorang2 nie dok berbincang kat tengah2 alam tu. Tak tau ke orang lain nak lalu. Tu belum masa turun eskalator. Sibuk nak berborak dengan kawan dia sampai kita nk lalu pun susah. Tak reti baca signboard ke, 'berdiri di sebelah kiri untuk memberi laluan'.


Kisah 4

Lokasi : Bazar Datuk Keramat
Masa : 6.15 petang

Abis sume orang kat bazar tu aku rempuh. Ah, lantaklah! Yang lelaki tu, tak gentleman langsung. Bagilah pompuan lalu dulu. Uish........... Pula tu, time2 ginilah nk korek jalan. Dah takde waktu lain ke.


Kesimpulan

Aku tak tau kenapa aku jadi emotional hari ni. Nie sume faktor2 luaran dan dalaman. Aku bukan nak merungut tapi berpada2 lah. Maaf pada sesiapa yg telah jadi mangsa aku.

~Sekian~

5 comments:

Nur Hidayah said...

sabar2.. aida pms ke ni? hehe..
pasal keje tu org pon setuju..ade yg style cerewet x leh berlebih kurang ckit.. xpe, berssabar je.. dugaan..hehe

aIDA sULAIMAN said...

dh betul dh tu tekaan dayah, pms... huhu...xpelah kan bersabar jelah. by da way, np blog dayah xleh nk buka. dh private kan ke?

Nur Hidayah said...

x leh bukak ke?x wat private pn rasenye

Nur Hidayah said...

maybe pasal org tuka url kot.. tp xkan la die x automatic change ek.. by t way, ni url bru.. ebotokira.blogspot.com

xhn said...

ahahahaa sesekali klu aidah meletopss bleh tahan jugak ye..dugaannnnnn