Monday, September 20, 2010

Saya yang menurut perintah

Situasi nie berlaku beberapa minit selepas abis waktu keje. Boss aku dah siap2 nak balik. Aku lak time tu baru balik dari toilet. Then, elok je boss nampak aku terus dia kata pada secretarynya, "jangan lupa bawa Aida sekali." Alamak, boss sebut nama akulah. Time tu diorang dok bercerita pasal rumah terbuka.

HR Exec : Aida, you kena ikut kitorang pergi rumah boss nanti.

Aku : Boss buat open house ke?

HR Exec : Actually die wat open house bulan 10 nanti. Time tu memang ramai orang dia jemput. Yang nie dia juz wat open house utk kite2 je. Jadi taklah segan sangat.

Aku : Untuk kite2 je? Ala... tu lagi segan.

HR Exec : Nak segan apa. Macamlah tak biasa dengan dia. Buat die macam kawan2 je. xxx ko dengar tak apa yg boss cakap tadi?

Secretary : Ya, aku dengar. Boss suruh bawa Aida. Maknanya dia memang kene ikut kite.

Aku : Memang kena??

Aku dengar boss cakap tadi. Biasanya bila orang ajak datang rumah, tu kira satu pelawaan kan. Tapi tak taulah pula aku kalau itu satu arahan. Kalau waktu luar pejabat pun aku still kena ikut cakap boss ke? Aku tak kisah pun nak pergi beraya rumah boss. Lagipun aku rasa dalam banyak2 majikan yg pernah aku keje dengan diorang, boss nielah yg paling sporting sekali.

Yang menjadi permasalahannya sekarang, boss aku wat makan2 kat umah die ari Sabtu.. tu yg agak leceh sket walaupun aku tak tau tarikh yg specific. Almaklumlah, ujung minggu time aku pulang ke Seremban. Time utk bersenang-lenang. Dan orang2 kat office tu pun dah tahu aktiviti ujung minggu. Sampaikan adalah somebody tu gelarkan aku 'budak Seremban'. Ah, peduli apa aku. Janji aku boleh balik. Tapi boleh ke aku balik nanti. Kang kalo tak pergi tak syoklah pula. Tengoklah nnti camne...

[p/s : hari nie kasut aku putus lagi. 3 kali sudah. Lain2 kasut lain2 tempat]

2 comments:

I E Z S M Y said...

gi je..makan free..hehe..
bos kak aida tu laki ke pompuan?
siap sebut name suruh dtg..huhu

aIDA sULAIMAN said...

boss kite pompuanlah.. HR kat sini tak ramai tu yg agaknya die soh datang tu.