Confirm opis sunyi. Sangat bebas aku rasa. Pagi2 je lagi, belum pun aku sempat on PC, Manager dari HR Group tanya aku.... "Aida, you tau anyam ketupat?"... Dan aku apalagi, bersinar2 mata! Almaklumlah dah setahun tak mengasah bakat. Dan raya tahun nie, confirm aku tak dapat menganyam kat rumah sbb dah kesuntukan masa. And for your information, nie bukan anyam ketupat yg mengumpat tu ye tapi nie anyam ketupat betul2 punye. Hahaha... satu beg plastik Manager tu bawa daun utk dianyam di opis, sangat best. Agak2 tugas menganyam ketupat tu, leh tak aku letak dalam buku log?...
Cite aku menganyam ketupat tak abis sampai di situ. Orang kat tingkat bawah pun tau. Abis aku kalau "orang besar" dapat tau aku dok sibuk menganyam ketupat dengan staff dia. Almaklumlah Manager dari HR Group nie bukan under company aku tapi merangkumi keseluruhan anak syarikat yang ada. Kira Manager nie pangkat dia lagi besar dari boss aku sekarang. Erm... paham ke? Peningkan... Tulah, banyak sangat boss. Okeylah, smbung balik cite pasal ketupat tadi. Satu Vista Tower nie tau aku dok sibuk menganyam ketupat sampaikan akunye AM call tanya aku,
"betul ke I dengar you menganyam ketupat dengan xxx tadi? Pandainya kamu menganyam".
AM aku tak dok satu floor dengan aku tu sbb dia tak tau. Huhu.. sib baik AM aku nie sporting gile. Siap mention lagi tu, "kalo taulah, I bawa daun ketupat soh you anyam". Erm.. rata2 orang kat opis tu tak tau menganyam ketupat. Tu pasallah bila diorang tau aku tgh bz menganyam dengan Manager tu, diorang jadi terkesima kejap. Tu belum boss aku sendiri yg tau. Almaklumlah dia dah cuti. Kalau dia tau lagi dia bangga agaknya. Huhu.... Sbb dia nie lain daripada yg lain.
Untuk arinie aku rasa sangat seronok sbb macam2 keje aku buat. Dari menganyam ketupat sampailah keje kerani, keje postman, receptionist pun aku gak, jadi secretary kejap, customer service, macam2 lah. Nak wat camne orang dah takde. Sampaikan orang lain pun leh perasan. Jadi, macam2 lah ayat yg aku dengar....
"Eh, receptionist baru ke?"
"Tadi u bukan dekat level 26 ke? Camne leh sampai kat sini?"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"
Tapi dalam banyak2 pertanyaan + pendapat + ayat penyata yg aku dengar arini, satu je pertanyaan yg aku akan ingat sampai bila2. Tapi xleh nk reveal kat sinilah ye. Agak surprise gaklah bila dia tanya soalan tu pada aku sbb selama nie aku tak pernah bercakap dengan dia. Juz bertembung gitu2 then senyum jelah. Tak sangka lak dia sanggup berpatah balik bila dia nampak aku kat situ semata2 nk tanya satu soalan yang sukar untuk ditafsirkan.
Oklah, stop cite pasal opis. Kalau cite pasal opis confirm satu hari pun tak abis. Huhu... Esok last puasa. Aku rasa cam baru je aku berpose tup2 lusa dah nak raya. Kejap je kan. Arini aku berbuka makan McD saja sbb kat bazar orang dah xberapa jual. Yang ada pun cuma orang2 yg aku tak berkenan saja. Pagi2 sebelum pegi keje, jalan mmg jem gila sbb tepi jalan orang dah dok sibuk jual ayam. Then, de yg bakar lemang gak. Nie baru waktu pagi. Paling aku teruja bila tengok orang dah gantung daging lembu. Pergh... semangat nk raya. Tapi bila balik keje jalan lenggang sbb orang dah tak pergi bazar. Ingatkan pas abis keje tadi nk terus balik Seremban tapi bila fikirkan baju tak kering lagi alamatnya esoklah aku pulang. Dan nasib baik raya bukan esokkan. Hehehe....
No comments:
Post a Comment