Orang selalu kata jangan terlalu rapat dengan orang HR. Orang HR tak boleh dipercayai, nanti diri sendiri yang terkena. Betul ke? Entahlah... mungkin ada kebenarannya. Tapi orang HR pun de prinsip yang tersendiri dan ada etika yang perlu dipatuhi. Macam etika seorang doktor, peguam mahupun Perdana Menteri. Setiap pekerjaan ada had2 yang perlu kita letakkan. Ada jurang yang memisahkan.
Jadi orang yang selalu mendengar masalah orang lain kadang2 membuatkan kita lebih banyak berfikir. Buatkan kita lebih berhati2. Buatkan kita lebih memahami. Tapi adakalanya ia juga membuatkan kita terpengaruh. Aku sendiri kadang2 merasa keliru. Kadang2 merasa simpati. Kadang2 sukar nak mengerti. Berada ditengah2 menyukarkan aku untuk menilai. Aku tak mahu membuat pilihan. Tapi adakalanya utk mendapatkan sesuatu jawapan kita perlu memilih.
Kita tak tahu apa pandangan orang terhadap kita tapi kita boleh merasainya berdasarkan gerak hati. Apa yang aku lakukan kini hanyalah mengikut gerak hati. Tapi kadang kala gerak hati kita sendiri pun sukar untuk dinilai. Pada saat ini aku rasa nak lari jauh2. Jauh daripada manusia2 yang kadang2 sukar utk dimengertikan perasaannya.
2 comments:
a'ah kak aida
ape2 yg xkena mesti salahkan hr
dah setahun dok kat hr, kdg2 tension gile. huhu
izaidah mst lg byk xperience kan. almaklumlah dh lama jd org HR. mst dh rasa mcm2
Post a Comment