Thursday, September 30, 2010
Realiti Kehidupan
Tuesday, September 28, 2010
Ketenangan yang dicari
Monday, September 27, 2010
Tanpa perancangan apa akan jadi?
Pagi2 Sabtu aku dah dikejutkan. Ayah tanya nk ikut pergi Melaka tak, de kenduri kawin adik ipar abg Zahar. Dan oleh kerana aku tido lambat sebelum tu makanya jawapan aku adalah TAK MAHU. Then, beberapa jam kemudian Angah lak kejutkan aku kata ayah soh pergi gak. Oh no! Even alasan yg selalu aku bagi, "tak bolehlah.. keje tak siap lagi" tak pun "ala.. baju tak gosok. Nanti lambat siap". Sumenya tak jalan.
Dari rumah pengantin kami terus ke rumah abg Zahar di Asahan bersama pak long dan usu talib sekeluarga. Duduk lepak2 smpai petang then makan gulai landak. Owh... aku tak berapa minat sangat.
Lepas Maghrib kami sume jalan2 makan angin di bandar Melaka. Agak lama aku tidak ke sana. Dan oleh kerana aku nie pernah dok di sana maka akulah yg bertindak sbg tourist guide. Oh, sangat tak best kot jadi tourist guide sbb sume orang dok mengharapkan kite. Takut gak kalo salah jalan kan. Hehe... sib baik daya ingatan aku nie masih kuat lagi.
Tempat pertama yang kami tuju adalah Melaka River Cruise. Almaklumlah orang dari KL teringin bebenor nk naik boat tu. Kali nie aku naik harga dh naik sket, RM10 compare masa naik dgn kawan2 dlu, RM5 je dan orang memang ramai time weekend nie.
Dari Melaka River Cruise kami terus ke Jonker Walk pula. Time kami pergi dah lewat malam jadi ramai peniaga dah siap2 nk berkemas. Tapi orang still ramai lagi.
Ikut perancangan, lepas dah jalan2 kat bandar Melaka kami sume akan terus gerak balik Seremban. Pastu tetiba lak ayah tanya, "kat mana Mydin yg 24 jam tu?". Oh, rupa2 nya ayah mau beli baju sbb nk tido di rumah abg Zahar. Dan of courselah mana ada shopping complex yg buka lagi time2 dah kul 11 malam camtu kecuali Mydin. Alamak, tak syoknye sbb aku xprepare apa2 pun lebih2 lagi di saat aku sedang 'bercuti'.
Nak tak nak kami sume gi Mydin belilah barang2 keperluan. Beli baju tidur, seluar tidur, seluar kecik, berus gigi dan paling penting 'barang' aku. Huhu... Ops, lupa lak. Selimut pun ayah beli. Itulah padahnya bila takde planning. Dan kami sangat bernasib baik sbb aritu last day Mydin buka 24 hours. Lepas nie dah tak de dah. Nape ek, okey apa buka 24 jam.
Bila dah puas berjalan tu barulah terasa lapar. Pukul 1 pagi barulah kami sume berenti makan kat Asahan. Balik umah dah penat. Dekat kul 3 baru tido. Dan esoknya bangun agak lambat sket. Hehehe...
Lepas Zohor baru kami semua baru bertolak balik ke Seremban. Sepanjang perjalanan tu aku tido jer. Syok tu lebih2 lagi time ujan lebat. Dah sampai Seremban pun aku masih sambung tido. Lama gak aku tido. Uish... penat seyh this week. Ingat kalo balik Seremban nk rehat2 tapi memang tak boleh. Nak kemas bilik pun kena tangguh lagi. Next 2 week akan ke Kota Tinggi pula. Erm.. utk next week aku tak pasti camne. Hopefully dapatlah bermalas-malasan di rumah.
Sunday, September 26, 2010
TARA
Tapi dalam byk2 season aku suka season 2.
Lagipun dlam season 2 aku suka tengok gaya & aksi dua beradik nie...
Then, masuk season 3 aku suka tengok sbb de Ida Nerina dengan kawannya. Dioarang dapat no. 3. Okey apa, at least still dapat masuk final.
Saturday, September 25, 2010
Fully-booked
So tadi sekali lagi boss pesan soh datang umah dia. Aku mmg dh berniat nk balik Seremban so jawapan selamat yg aku bagi pada dia, "saya tak tau rumah akak katne." Pastu dia tanya aku, "penah pergi One Utama?" Dalam fikiran aku, One Utama tu dekat dengan rumah Along. Jadinya sekali lagi aku bagi jawapan selamat, "saya xde transport" (padahal secretary dia dh ajak aku pergi sekali.. saja cari alasan, huhu....). Bila aku jawab camtu, terus dia kata "alah, apa susahnya. xxx kan ada. Tak pun tumpang xxx, xxx ke... tak susah pun. Datang ye nanti." Erm.... sume nama yg dicadangkan tu sumenya lelaki. Tak maulah aku tumpang. Last2 xmau panjang cite aku kata "tengoklah nanti tapi saya tak janji ya".
Dan akhirnya lepas abis keje aku terus pulang ke Seremban. Dalam bas pun de cite yg tersendiri. Aku dan Angah akan naik bas 2 tingkat, laluan khas ke Senawang. Selalunya kami akan dok tingkat atas tp sebab atas dh hampir penuh tu yg kena dok bawah. Tapi aku tak sangka pula kat tingkat bawah nie pun dah hampir penuh. Nasib baik Angah dah naik dulu. Bukan penuh apa tapi diorang sudah copkan tempat utk kawan2 dioarang. Amboi... macam bas sekolah pula nak main cop2 tempat nie.
Actually tak salah nk cop utk orang lain tp berpada2 lah. Nie kat setiap seat ada diletakkan barang tanda tempat tu konon dah berpunya. Letak beglah, letak pastiklah, letak paperlah..... Tapi takpe aku tak kisah pun. Cume yg aku rasa bagusnya sbb diorang yg kat tingkat bawah nie bukanlah satu pejabat tapi diorang macam dah lama kenal. Mungkin ari2 dah travel Seremban-KL yg membuatkan diorang kenal antara satu-sama lain. Siap boleh passing2 kuih raya lagi tu.
Then, kat tingkat bawah nie de sorang kakak yg bertindak selaku ketua. Tiba2 je dia minta "ha... 6 inggit 6 inggit, tambang bas." Aku dan angah dah saling berpandangan. Owh.. termasuk kite berdua gak ya. Hahaha.. senanglah keje konduktor bas tu xyah nk kutip pada setiap orang. Paling best, selain jadi tukang cop tempat dan konduktor xbertauliah, kakak tu juga jadi tukang belikan pas bulanan pada sesiapa yg berminat. Wah, dahsyat sungguh diorang!
Monday, September 20, 2010
Saya yang menurut perintah
Yang menjadi permasalahannya sekarang, boss aku wat makan2 kat umah die ari Sabtu.. tu yg agak leceh sket walaupun aku tak tau tarikh yg specific. Almaklumlah, ujung minggu time aku pulang ke Seremban. Time utk bersenang-lenang. Dan orang2 kat office tu pun dah tahu aktiviti ujung minggu. Sampaikan adalah somebody tu gelarkan aku 'budak Seremban'. Ah, peduli apa aku. Janji aku boleh balik. Tapi boleh ke aku balik nanti. Kang kalo tak pergi tak syoklah pula. Tengoklah nnti camne...
[p/s : hari nie kasut aku putus lagi. 3 kali sudah. Lain2 kasut lain2 tempat]
Sunday, September 19, 2010
Raya dah abes....
Pagi2 lagi aku dah dikejutkan untuk jadi chef. Ada tetamu yang datang dari Segamat. Erm, nak tak nak kenalah bangun pagi2. Dahlah malam tadi tido lambat. Then, lepas tetamu balik ikut ayah pergi kenduri akikah dan kenduri kawin di 2 buah rumah yang berbeza. Walaupun penat tapi at least rasa seronok gaklah sbb dapat jumpa balik jiran2 lama dulu.
Kejap lagi nak bertolak ke KL, nak melawat orang di KL pula. Dan alang2 tu leh lah aku terus balik Keramat. Makanya esok aku tak perlulah nk bangun pagi2. Huhu...
Friday, September 17, 2010
Lagi Cerita Raya
Monday, September 13, 2010
Raya... Raya... Raya
Pagi-pagi raya, lepas bermaaf-maafan kami terus pergi ke kubur. Tempat wajib yang perlu dikunjungi walaupun hujan di pagi raya.
Pastu pergi beraya di rumah sanak-saudara. Dari Kluang kami ke Simpang Renggam kemudian ke Kota Tinggi pula.
Tahun nie memang beraya sakan, dari pagi sampailah ke malam. Baju pun tak sempat nk salin. Paling best bila tahun nie aku still dapat duit raya lagi. Cam tak caye je kan. Iyalah umur pun dah meningkat. Lagipun aku still belajar lagi. Mungkin ini tahun terakhir aku dapat duit raya agaknya. Tapi bukan aku saja yg dapat Angah yg dah bekerja tu pun tetap dapat duit raya. Tapi takleh lawan akulah. Huhu....
Bila datang berkunjung ke rumah saudara mara, dah tentulah akan mengambil masa yg lama. Iyalah, orang dok sibuk nk tanya khabar... borak2. Macam gambar kat bawah nie...
Bila dah sembang-menyembang dah tentulah ada makan2. Paling best kami taklah dihadapkan makan dgn makanan raya saja macam ketupat, lontong atau lemang tapi setiap rumah yg kami pergi mesti akan hidangkan makanan yg berbeza. Antaranya nasi beriyani, laksa, soto, mee goreng dan macam2 lagi.
Wednesday, September 8, 2010
Multi-tasking
Cite aku menganyam ketupat tak abis sampai di situ. Orang kat tingkat bawah pun tau. Abis aku kalau "orang besar" dapat tau aku dok sibuk menganyam ketupat dengan staff dia. Almaklumlah Manager dari HR Group nie bukan under company aku tapi merangkumi keseluruhan anak syarikat yang ada. Kira Manager nie pangkat dia lagi besar dari boss aku sekarang. Erm... paham ke? Peningkan... Tulah, banyak sangat boss. Okeylah, smbung balik cite pasal ketupat tadi. Satu Vista Tower nie tau aku dok sibuk menganyam ketupat sampaikan akunye AM call tanya aku,
"betul ke I dengar you menganyam ketupat dengan xxx tadi? Pandainya kamu menganyam".
AM aku tak dok satu floor dengan aku tu sbb dia tak tau. Huhu.. sib baik AM aku nie sporting gile. Siap mention lagi tu, "kalo taulah, I bawa daun ketupat soh you anyam". Erm.. rata2 orang kat opis tu tak tau menganyam ketupat. Tu pasallah bila diorang tau aku tgh bz menganyam dengan Manager tu, diorang jadi terkesima kejap. Tu belum boss aku sendiri yg tau. Almaklumlah dia dah cuti. Kalau dia tau lagi dia bangga agaknya. Huhu.... Sbb dia nie lain daripada yg lain.
Untuk arinie aku rasa sangat seronok sbb macam2 keje aku buat. Dari menganyam ketupat sampailah keje kerani, keje postman, receptionist pun aku gak, jadi secretary kejap, customer service, macam2 lah. Nak wat camne orang dah takde. Sampaikan orang lain pun leh perasan. Jadi, macam2 lah ayat yg aku dengar....
"Eh, receptionist baru ke?"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"
Tapi dalam banyak2 pertanyaan + pendapat + ayat penyata yg aku dengar arini, satu je pertanyaan yg aku akan ingat sampai bila2. Tapi xleh nk reveal kat sinilah ye. Agak surprise gaklah bila dia tanya soalan tu pada aku sbb selama nie aku tak pernah bercakap dengan dia. Juz bertembung gitu2 then senyum jelah. Tak sangka lak dia sanggup berpatah balik bila dia nampak aku kat situ semata2 nk tanya satu soalan yang sukar untuk ditafsirkan.
Oklah, stop cite pasal opis. Kalau cite pasal opis confirm satu hari pun tak abis. Huhu... Esok last puasa. Aku rasa cam baru je aku berpose tup2 lusa dah nak raya. Kejap je kan. Arini aku berbuka makan McD saja sbb kat bazar orang dah xberapa jual. Yang ada pun cuma orang2 yg aku tak berkenan saja. Pagi2 sebelum pegi keje, jalan mmg jem gila sbb tepi jalan orang dah dok sibuk jual ayam. Then, de yg bakar lemang gak. Nie baru waktu pagi. Paling aku teruja bila tengok orang dah gantung daging lembu. Pergh... semangat nk raya. Tapi bila balik keje jalan lenggang sbb orang dah tak pergi bazar. Ingatkan pas abis keje tadi nk terus balik Seremban tapi bila fikirkan baju tak kering lagi alamatnya esoklah aku pulang. Dan nasib baik raya bukan esokkan. Hehehe....
Suasana Hari Raya
Monday, September 6, 2010
Bila cuti sudah bermula
Seminggu sebelum raya
Herankan... napalah tengah2 malam kami sibuk nak mengemas. Bukannya apa, dis week sume orang balik rumah. Jadinya mmg takde harapanlah kalau nak mengemas bila sumenya sudah berkumpul lebih2 lagi bila ada si kecil nie......
Untuk weekend kali nie, aku dah pencen untuk nak masak. Nak masak pun kena tengok mood gakkan. Hehe... tapi at least ari Sabtu aritu sempat gaklah aku menjala. Aku rasa roti jala tu dah macam menu favorite pula utk bulan pose kali nie. Erm.. kuih raya pun kami dah makan. Iyalah, kalo tunggu raya uish memang tak makanlah gamaknya. Jadi sementara teringin nk makan kuih raya nie, baiklah kite hadap je kan daripada membazir tak makan nanti, betul tak?
Friday, September 3, 2010
Aku Bukan Nak Merungut
Lokasi : Jalan Keramat
Masa : 7.30 pagi
Hei, tak nampak ke lampu merah tu? Nama je ada lesen tapi tak tau undang2! Kalau dah merah tu berhentilah. Bukan salah aku. Aku bukannya melintas time waktu lampu hijau. Aku tunggu sampai merah baru aku jalan. Tapi bila dah merah yg kau sibuk nk jalan sama tu kenapa? Nasib baik aku berhenti. Kalau kau langgar aku, kau yang salah. Aku ikut undang2. Lintas atas zebra line time lampu hijau utk pejalan kaki. Dan kau nk jeling2 aku tu kenapa? Ada aku kesah???
Kisah 2
Kenapalah dah last2 minute baru nak bagi kerja. Time2 dah nak dekat balik time tulah sibuk nak itu nak ini. Aiyoo.... Dahtu elok je aku dah siapkan, de lagi yg tak kena. Nak yg macam itu pula. Okey fine. Ikutkan aje, still de masa lebih kurang lagi 10 minit sebelum nak balik.
"Dah.. saya dah siap". Elok je aku dah nak berkemas, "eh.. ada lagilah... yang nie kena pecah2kan. yang nie kena kira jumlahnya supaya teli dengan yg nie... yang nie kena tgk berapa balance yg dia ada"... Uish....... yang nielah yang tulah... tension aku! Rasa cam nak nangis pun ada. Nak tak nak aku buat gaklah walaupun dengan hati yg berat. Kenapalah tak cakap sekali harung je tadi, kan senang. Takyahlah aku nk wat tiga empat kali keje. Kesimpulannya arini aku balik lambat. Lepas berbuka barulah balik Seremban.
Kisah3
Masa : 6.00 petang
Lokasi : Ampang Park
Lokasi : Bazar Datuk Keramat
Masa : 6.15 petang
Abis sume orang kat bazar tu aku rempuh. Ah, lantaklah! Yang lelaki tu, tak gentleman langsung. Bagilah pompuan lalu dulu. Uish........... Pula tu, time2 ginilah nk korek jalan. Dah takde waktu lain ke.
Kesimpulan
Aku tak tau kenapa aku jadi emotional hari ni. Nie sume faktor2 luaran dan dalaman. Aku bukan nak merungut tapi berpada2 lah. Maaf pada sesiapa yg telah jadi mangsa aku.
~Sekian~