Sampai je kat stesen Ampang Park aku tengok orang dah makin ramai. Erm.. macam pelik gak sbb selalunya kalo dalam kul 6 lebih orang dah makin kurang. Then, turun je bawah.... fulamak makin penuh dengan orang. Lagilah aku rasa pelik. Penuh teramat sangat. Pastu tren yg menghala ke Kelana Jaya masih terbuka lagi pintunya. Agak lama juga aku berdiri kat situ tapi tren tu still xjalan2 lagi.
Dalam 15 minit camtu sume orang yg dalam tren tu disuruh keluar. Bila diorang keluar je, pergh... lagi xingat sesaknya kat bawah tu. Nasib baiklah stesen nie berair-cond. Pastu de announcement dibuat, katanya de masalah teknikal dari stesen Masjid Jamek sampai Ampang.
Pastu staff kat sana panggil penumpang2 yg menghala ke Gombak naik train KJ tadi. Akulah antaranya penumpangnya tu. Cam kelakar lak bila train tu reverse balik. Huhu.... Stesen yg berikutnya Damai. Sampai sana tren tu berhenti lebih kurang 10 minit dan kami diarah untuk keluar dan tunggu tren di side yg berbeza lak. Aisehmen, bertukar2 tren nampaknya.
Instinct aku nie leh tahan kuat jugalah. Patutlah aku rasa nak balik lambat je rupa2 nye de masalah yg berlaku. Tapi takpe, nasib baiklah rumah aku hanya beza 2 stesen je. Kalo tak gila rasanya asyik tukar2 tren nie. Yang penting esok aku nak balik awal sbb esok Jumaat. Tapi boleh ke? Macam tak boleh je sbb esok kena settlekan pasal gaji. Nak tak nak esok juga.
[p/s: selain dr masalah tren, actually dari pagi tadi banyak perkara2 yg xbest dah berlaku. Tapi xpe, untuk arini still de perkara2 yg membuatkan aku gembira]
No comments:
Post a Comment