Saturday, July 24, 2010

R.I.N.D.U

Aku rasa rindu sangat sangat............ Bila momen2 indah tu akan muncul kembali ya. Saat di mana aku sering pulang awal. Walaupun dulu aku balik pukul 6:30 tapi itu dah kira awal bagi aku. Tapi sekarang tidak lagi. Lebih2 lagi sekarang nie waktu yang dianggap genting. Ingatkan bila projek dah siap dah boleh tutup buku. Tapi lagi berbuku2 dibuka adalah.

Isnin nie aku diminta untuk turut serta dalam perbincangan tentang projek tu nanti untuk mewakili orang HR. Tiba2 aku rasa nervous lak. Takut kalo orang2 project tu soal macam2 ditambah pula ada H.O.D dari department lain. Dahlah tadi de 'pop kuiz' dengan HR Manager. Kalo HR Manager company aku xpe, (tu boss aku sendirilah kan)... nie Manager dari HR Group. Besar punye!!! Macam2 yg die tanya tentang Employment Act1955. Asal die soal je aku terbayang wajah Miss Afzan. Huhu... Bukan pop kuiz pasal EA je tapi pasal company handbook pun de gak. Syukur alhamdulillah, nasib baik aku dapat jawab dengan betul.

Even arini ari Jumaat, time aku balik Seremban tapi aku still balik lambat gak. Tak apalah, keje banyak2 leh dapat OT banyak2. Hehe... Ikutkan keje aku masih tak abis lagi dan kena datang esok. Tapi awal2 lagi aku dah 'apply' cuti sbb kononnya nk gi Melaka tapi last minit tak jadi pula.

Azam aku untuk minggu depan nak abiskan keje cepat2, nak balik awal dan tidur awal. Iya ke, boleh ke??... Actually aku tak kisah kalau balik lambat. Balik awal2 pun bukannya ada apapun kat umah. Tapi sekarang nie dah tak boleh. Masa aku terhad. Aku tengah kejar masa nak siapkan proposal tulah sebabnya aku teringin sangat nk balik awal. Adakalanya aku rasa kepenatan yg teramat sangat. Mana tak penat kalo dari pagi smpai petang asyik bekerja. Sampaikan waktu lunch pun kami kena curi2 kerja sebab dateline utk project dah makin hampir.

No comments: