Pergi family day Ahad lepas memang berbaloi sbb rasa enjoy sangat2. Paling syok dah tentulah dapat beramah mesra dengan staff2 yg hadir. Mereka sangat sporting dan mudah utk didekati berbanding time keje. Tema utk family day adalah merah. Tapi aku cam biasa... tema entah ke mana. Ala, tak kisahlah sume tu janji aku datang.
Even tak banyak games yg ada tapi sume orang yg pergi memang tak terkecuali utk main dlm games yg disediakan termasuklah anak2 kecil. Untuk aku biasalah game2 yg mencabar diorang bagi. Alah, actually xlah mencabar mana pun. Yang mencabarnya kite kena basah kuyup. Compare pada mak2 orang, games diorang sume yg diatas darat punye.
Dan untuk lelaki biasalah kenalah main games yg macho2. Kenalah yg melibatkan kekuatan kaki dan tangan.
Menang atau kalah tu sume belakang kira. Yang penting sume orang dapat hadiah. Untuk group aku, disebabkan akulah mereka dapat nombor 2 dan disebabkan aku jugalah mereka semua dapat payung compare pada johan yg hanya dapat beg kecik yg ala2 tempat letak make-up punya. Mana class!!
Perbezaan kegembiraan antara kaum adam dan hawa bila dapat hadiah.
Pertandingan karaoke. Entah sape judgenya pun aku tak tau. Tau2 je dah de pemenang.
Start je time aktiviti bebas sumenya dah berkeliaran entah ke mana. Yang bawa family sibuk melayan anak masing2. Yang tak de family nie juz berfamily sesama sendiri jelah. Group bujang2 lah familynya. Dan kami yang perempuan2 nie cam biasalah jadi mangsa buli kaum lelaki. Tapi takpe, kami still enjoy. Adalah lebih 5 kali aku naik gelongsor yang katanya terpanjang di Asia tu.
Acara penutup lebih kurang jam 2 petang. Tapi kami yg berfamily sesama sendiri nie teruskan berendam dalam air sampailah ujan turun dengan lebatnya, barulah kami berhenti. Tapi tak terus balik umah, singgah jap gi minum. Adalah dalam 6 kereta berkonvoi.
Sampai umah dalam kul 6:30 tapi aku tak terus balik umah sebab aku still tumpang tido umah member lagi. Balik umah terus mandi then terus tido. Dekat kul 10 kami gi kuar makan. Ingat nk pergi singgah uptown kat Setiawangsa tapi bila ujan tak berhenti2 tak jadilah.
Esoknya kena pergi keje cam biasa. Ramai gaklah yg mengadu sakit2 badan. Mana tak sakit kalo asyik main tak ingat dunia. Huhu.... Actually nak wat ari Sabtu tapi memandangkan ari Sabtu banyak sangat halangannya maka sebab itulah dibuat pada ari Ahad. Sakit2 badan tak mengapa asalkan H.A.P.P.Y.
Corat-coret sekitar family day:
No comments:
Post a Comment