Sinilah tempat baru Boy. Ada gak wakil kami adik beradik yg study kat Johor. Dulu Angah tapi kejap je sblm tukar kat Perak. Seronoklah Boy dapat jadi orang Johor. Hopefully kalo adik ucuk nk smbung belajar, biarlah kat tempat lain lak. Almaklumlah adik ucuk dengan abangnya tak boleh berpisah. Sejak dari tadika lagi mereka mesti akan bersama. Huhu... Tapi kalo dh dapat sana nk wat camne kan.
Okeylah.. smbung balik cite tadi. Pukul 4 pagi kami dah dikejutkan. Around kul 8 baru bertolak ke Selatan. Tapi Along tak ikut sekali sebab abg long keje malam. Tapi takpelah, mereka jadi wakil ibu dan ayah makan kenduri kat umah sebelah.
Kami sampai di Batu Pahat dalam kul 10 pagi. Macam biasalahkan... kalo nk menunggu pendaftaran nie memang makan masa yang lama. Hampir 3 jam gaklah kami menunggu. Selain Pak Long n family... mak uda, usu dan ijah juga turut serta.
Abis je urusan selesai, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu pergi makan durian. Kami pergi rumah atuk kebun yang memang ada dusun durian. Makanlah sepuas2nya sebab durian di sana tersangatlah banyaknya sampaikan hampir seguni ayah bawa balik.
Lepas je abis melantak durian, kami pun geraklah ke Kluang pula. Hurm... macam hari raya pula rasanya. Di rumah mak uda kami dihidangkan dengan nasi putih berlaukkan ikan yang dipancing oleh pak uda sendiri dan juga nasi himpit beserta kuah kacang. Walaupun simple, tapi 3 kali aku bertambah nasi dan berkali2 aku makan nasi himpit. Tersangatlah sedap dan berselera sekali aku makan. Huhu...
Dalam kul 10 de perlawanan bola. Dan macam biasalah aku akan buat hal sendiri sebab aku bukanlah peminat setia bola sepak. Aku rasa kalaulah aku terjumpa Michael Owen ke, Ronaldo ke, Ronaldinho ke atau sape2 sajalah pemain bola sepak dunia tentu aku buat tak tahu sbb aku tak kenal mereka sume tu. Hahaha.....
Time orang tengok bola aku tidur sepuas2nya sambil berselimut. Sambil2 tu terdengar jugalah jeritan GOLLL!!!!!!!.... Elok je abis bola kami pun terus gerak balik Seremban. Pergh... sangatlah penat. Dan nasib baik aku dah tido kejap so bolehlah temankan angah drive di waktu jam menunjukkan hampir tengah malam. Err... pagi dah kot..
No comments:
Post a Comment