Thursday, July 29, 2010

Bila aku nak balik lambat

Dua tiga hari lepas aku dapat balik awal sbb boss takde. Awal pun xlah awal sangat sebenarnya tapi kira okeylah. Arini lak aku rasa cam nak balik lambat je. Puas aku dok melambat2kan wat keje tapi still xboleh gak. Nak tak nak arini aku kena balik awal juga.

Sampai je kat stesen Ampang Park aku tengok orang dah makin ramai. Erm.. macam pelik gak sbb selalunya kalo dalam kul 6 lebih orang dah makin kurang. Then, turun je bawah.... fulamak makin penuh dengan orang. Lagilah aku rasa pelik. Penuh teramat sangat. Pastu tren yg menghala ke Kelana Jaya masih terbuka lagi pintunya. Agak lama juga aku berdiri kat situ tapi tren tu still xjalan2 lagi.

Dalam 15 minit camtu sume orang yg dalam tren tu disuruh keluar. Bila diorang keluar je, pergh... lagi xingat sesaknya kat bawah tu. Nasib baiklah stesen nie berair-cond. Pastu de announcement dibuat, katanya de masalah teknikal dari stesen Masjid Jamek sampai Ampang.

Pastu staff kat sana panggil penumpang2 yg menghala ke Gombak naik train KJ tadi. Akulah antaranya penumpangnya tu. Cam kelakar lak bila train tu reverse balik. Huhu.... Stesen yg berikutnya Damai. Sampai sana tren tu berhenti lebih kurang 10 minit dan kami diarah untuk keluar dan tunggu tren di side yg berbeza lak. Aisehmen, bertukar2 tren nampaknya.

Instinct aku nie leh tahan kuat jugalah. Patutlah aku rasa nak balik lambat je rupa2 nye de masalah yg berlaku. Tapi takpe, nasib baiklah rumah aku hanya beza 2 stesen je. Kalo tak gila rasanya asyik tukar2 tren nie. Yang penting esok aku nak balik awal sbb esok Jumaat. Tapi boleh ke? Macam tak boleh je sbb esok kena settlekan pasal gaji. Nak tak nak esok juga.

[p/s: selain dr masalah tren, actually dari pagi tadi banyak perkara2 yg xbest dah berlaku. Tapi xpe, untuk arini still de perkara2 yg membuatkan aku gembira]

Tuesday, July 27, 2010

RBSB SRC Family Outing

Pergi family day Ahad lepas memang berbaloi sbb rasa enjoy sangat2. Paling syok dah tentulah dapat beramah mesra dengan staff2 yg hadir. Mereka sangat sporting dan mudah utk didekati berbanding time keje. Tema utk family day adalah merah. Tapi aku cam biasa... tema entah ke mana. Ala, tak kisahlah sume tu janji aku datang.

Even tak banyak games yg ada tapi sume orang yg pergi memang tak terkecuali utk main dlm games yg disediakan termasuklah anak2 kecil. Untuk aku biasalah game2 yg mencabar diorang bagi. Alah, actually xlah mencabar mana pun. Yang mencabarnya kite kena basah kuyup. Compare pada mak2 orang, games diorang sume yg diatas darat punye.





Dan untuk lelaki biasalah kenalah main games yg macho2. Kenalah yg melibatkan kekuatan kaki dan tangan.


Menang atau kalah tu sume belakang kira. Yang penting sume orang dapat hadiah. Untuk group aku, disebabkan akulah mereka dapat nombor 2 dan disebabkan aku jugalah mereka semua dapat payung compare pada johan yg hanya dapat beg kecik yg ala2 tempat letak make-up punya. Mana class!!

Perbezaan kegembiraan antara kaum adam dan hawa bila dapat hadiah.



Pertandingan karaoke. Entah sape judgenya pun aku tak tau. Tau2 je dah de pemenang.


Start je time aktiviti bebas sumenya dah berkeliaran entah ke mana. Yang bawa family sibuk melayan anak masing2. Yang tak de family nie juz berfamily sesama sendiri jelah. Group bujang2 lah familynya. Dan kami yang perempuan2 nie cam biasalah jadi mangsa buli kaum lelaki. Tapi takpe, kami still enjoy. Adalah lebih 5 kali aku naik gelongsor yang katanya terpanjang di Asia tu.

Acara penutup lebih kurang jam 2 petang. Tapi kami yg berfamily sesama sendiri nie teruskan berendam dalam air sampailah ujan turun dengan lebatnya, barulah kami berhenti. Tapi tak terus balik umah, singgah jap gi minum. Adalah dalam 6 kereta berkonvoi.

Sampai umah dalam kul 6:30 tapi aku tak terus balik umah sebab aku still tumpang tido umah member lagi. Balik umah terus mandi then terus tido. Dekat kul 10 kami gi kuar makan. Ingat nk pergi singgah uptown kat Setiawangsa tapi bila ujan tak berhenti2 tak jadilah.

Esoknya kena pergi keje cam biasa. Ramai gaklah yg mengadu sakit2 badan. Mana tak sakit kalo asyik main tak ingat dunia. Huhu.... Actually nak wat ari Sabtu tapi memandangkan ari Sabtu banyak sangat halangannya maka sebab itulah dibuat pada ari Ahad. Sakit2 badan tak mengapa asalkan H.A.P.P.Y.

Corat-coret sekitar family day:












Saturday, July 24, 2010

R.I.N.D.U

Aku rasa rindu sangat sangat............ Bila momen2 indah tu akan muncul kembali ya. Saat di mana aku sering pulang awal. Walaupun dulu aku balik pukul 6:30 tapi itu dah kira awal bagi aku. Tapi sekarang tidak lagi. Lebih2 lagi sekarang nie waktu yang dianggap genting. Ingatkan bila projek dah siap dah boleh tutup buku. Tapi lagi berbuku2 dibuka adalah.

Isnin nie aku diminta untuk turut serta dalam perbincangan tentang projek tu nanti untuk mewakili orang HR. Tiba2 aku rasa nervous lak. Takut kalo orang2 project tu soal macam2 ditambah pula ada H.O.D dari department lain. Dahlah tadi de 'pop kuiz' dengan HR Manager. Kalo HR Manager company aku xpe, (tu boss aku sendirilah kan)... nie Manager dari HR Group. Besar punye!!! Macam2 yg die tanya tentang Employment Act1955. Asal die soal je aku terbayang wajah Miss Afzan. Huhu... Bukan pop kuiz pasal EA je tapi pasal company handbook pun de gak. Syukur alhamdulillah, nasib baik aku dapat jawab dengan betul.

Even arini ari Jumaat, time aku balik Seremban tapi aku still balik lambat gak. Tak apalah, keje banyak2 leh dapat OT banyak2. Hehe... Ikutkan keje aku masih tak abis lagi dan kena datang esok. Tapi awal2 lagi aku dah 'apply' cuti sbb kononnya nk gi Melaka tapi last minit tak jadi pula.

Azam aku untuk minggu depan nak abiskan keje cepat2, nak balik awal dan tidur awal. Iya ke, boleh ke??... Actually aku tak kisah kalau balik lambat. Balik awal2 pun bukannya ada apapun kat umah. Tapi sekarang nie dah tak boleh. Masa aku terhad. Aku tengah kejar masa nak siapkan proposal tulah sebabnya aku teringin sangat nk balik awal. Adakalanya aku rasa kepenatan yg teramat sangat. Mana tak penat kalo dari pagi smpai petang asyik bekerja. Sampaikan waktu lunch pun kami kena curi2 kerja sebab dateline utk project dah makin hampir.

Thursday, July 22, 2010

Seremban - KL

Minggu nie rasa sekejap je ari Jumaat datang. Mana tak kejap kalo semalam aku cuti then ulang alik Seremban - KL tu yg rasa kejap je. This week, walaupun aku ada family day Ahad nanti aku tetap akan balik Seremban gak esok. Ikutkan malas nk pergi family day, tapi awal2 lagi AM dh anta email personally soh aku pergi. Wajib bagi aku dan 2 lagi rakan2 aku yang baru. Orang lain AM tak kisah, tak anta email tapi tidak bagi kami. Siankan kami bertiga yang menjadi anak dara nie.

Okeylah dapat pergi. At least tak perlulah aku bertolak dari Seremban ke KL subuh2 adam. Kang jadi cam semalam baru tau. Bayangkan... aku keluar rumah cam biasa kul 6:10 pagi tapi aku smpai pukul 8:31 pagi, lewat seminit. Ini sume sebab jem yang teramat sangat. Kalo jem kat KL tak pe lagi, benda dah biasa. Yang jadi masalahnya jem kat highway. 45 minit terperangkap dalam kesesakan dari Bangi sampailah ke persimpangan UPM jem dengan teruknya sbb ada accident. Tu pun nasib aku kira baik sbb dapat pemandu bas yang sangat mementingkan masa dengan menggunakan laluan emergency. Walaupun aku tak berapa suka dengan pemandu yang suka-suki nk menggunakan emergency lane pada waktu kesesakan, tapi pada hari tu aku sangat setuju dengan tindakan pakcik driver tu. Huhu.....

[p/s: arinie sekali lagi kami orang HR dapat coklat dari London pemberian boss department lain. Apakah maksudnya itu??...]

Tuesday, July 20, 2010

My new experience

Hari nie aku rasa sangat puas bila dapat tidur dengan seenaknya. Bayangkan dari pukul 2 petang tadi then kul 5 baru bangun. Ditambah pula dengan hujan lebat kat luar, pergh.... memang best giler. Almaklumlah arinie cuti. Balik Seremban dok umah dapatlah tido puas2. Even waktu weekend pun xdapat macam nie. Huhu....

Pagi tadi pergi Lendu jumpa advisor yang baru. Okey, not bad.... sangat membantu. Sebelum nie dpt advisor yg sempoi, sporting dan tak kisah kite nk wat ape. Tapi kali nie aku dpt advisor yg banyak memberi tunjuk ajar, sama2 beri idea dan paling best dia mengingatkan aku pada boss besar aku, Puan R... huhu... gaya dan cara dia bercakap, sebiji sama.

Cuma satu je, aku kena tukar tajuk baru dan mode yang lain. Jika sebelum nie aku wat mode B tapi dgn advisor kali nie kena wat mode A. Tu yg pening tue. Kalo tukar mode je takpe tp masalahnya kene tukar tajuk sekali. Proposal aku dah siap tapi sebab dah kena tukar tajuk dan tukar mode, so kenalah mula dari bawah balik. Masa dah semakin suntuk nie. Hopefully, AM benarkan aku wat tajuk yg lain.

Erm... nk cite sket tentang pengalaman aku pergi UiTM Kampus Alor Gajah. Pergi sana dengan Nuar... sib baik Nuar de kat rumah so leh lah dia anta. Sampai kat pak guard dh kena soal siasat macam2. Almaklumlah aku datang dengan lelaki. Macam2 lah die tanya. Siap minta IC Nuar lagi tu.

Then, smpai kawasan kampus aku rasa cam dh lost. Bukan tak pernah masuk KAG... pernah.. siap dh masuk bilik Datuk Pengarah lagi tu. Tapi tu bangunan baru. Tanya Afiq aritu die kata blok yg aku nk pergi tu kat bangunan lama. Tu yang sesat kejap tu. Then, dh sesat tu pergilah tanya orang. Tapi bila aku tanya je student2 kat situ diorang akan pandang semacam. Iyalah, pakai matric card so kira pelajar lama lah kan. Then, pergi tanya student yg baru masuk. Paling kelakar, masa aku beratur nk beli air. De la tiga empat kali aku memalukan diri sendiri... erm... bab tu xyahlah citer.. huhu....

Monday, July 19, 2010

New advisor - Part II

Thanks to all yg memberikan nasihat dan pandangan regarding my previous entry. Entahlah... xtau nk explain camne. Macam2 lah kan. Tak apalah, nk wat camne kan. Okeylah, juz nk jawab balik comment2 yg ditinggalkan.

Emiko
Even aku practical tapi aku masih terikat dengan company's rules and policy. Aku pun dilayan sama seperti staff2 yg lain juga. Apa yg staff lain dapat aku pun dapat. Aku juga terima OT, kena datang kerja ari Sabtu kalau perlu, balik lewat malam, dihantar juga pergi training, wajib sertai aktiviti syarikat dan lain2 yg patut aku kena patuhi. Company tu pun xlah kejam sangat. Mereka faham aku practical tp kalo selalu sangat minta cuti, last week cuti then minggu nie pun nk cuti susahlah kan. Kata practical. Kalo practical kenalah praktikkan betul2. Kalo asyik cuti je alamatnya sampai bila aku nk praktikkan apa yg dah aku belajar.

Kak An
Actually Aidah dh call koordinator program tu. Kata die advisor tak boleh nk request. Macam bias pun ade gak sbb de student yg request advisor dan ternyata nasib diorang baik diorang dapat advisor yg diorang minta. Nie bukan gosip tapi lecturer yg telah 'direquest' tu yg beritahu sendiri. So nk tak nak terpaksa terima ajalah.

Dayah
Masa interview dulu kite dh bitau tentang perkara nie. Time tu Assistant Manager (AM) tu dh tanya macam2 perkara. Dia bukan tak benarkan tapi tak galakkan. Dan kite pun kena ikut polisi kalo nk apply cuti kenalah isi borang juga.

And for your information, kite sepatutnya kena jumpa advisor ari Jumaat lepas tp AM tak benarkan. Katanya, "Awak baru cuti minggu lepas. If possible, let have a gap for one or two weeks. Why not you see your lecturer next Friday?" Hurm.. bila die dh cakap camtu nk tak nak terpaksalah call semula advisor minta tukar date. Dan advisor tu pula minta hari Selasa. Bukan kat kampus bandar tapi kena pergi kampus Alor Gajah. Nasib baik AM tu benarkan bercuti ari Selasa nie walaupun gaya suara die cam tak berapa nk suka je.

Monday, July 12, 2010

New advisor

Petang tadi dapat call dari UiTM mengatakan advisor aku telah ditukar. Aiseyman... menyampah betullah aku kalo main tukar2 advisor nie. Aku tak kisah nak tukar berpuluh2 kali sekalipun tetapi janganlah bila aku dh turun ke Melaka semata2 nk pergi jumpa advisor then ditukar pula dgn advisor yg lain. Kata budak yang call aku tu, nie sume KP yang tukar. Sebab musababnye dia sendiri tak tau. Susahlah camnie... proposal aku dh anta. Dah discuss dah pun dengan advisor yg sebelum nie. Dahtu aku baru je minta cuti takkan nk minta cuti lagi semata2 nk jumpa advisor yg baru lak. Pastu kang tak pasal2 tukar lagi advisor. Kan dah menyusahkan orang namanya tu. Apa ingat senang ke nk minta cuti...

Saturday, July 10, 2010

Off day

Pagi semalam aku bangun lewat... pukul 8 pagi. Bangun2 je terus gelabah. Alamak!!! camne nie... tinggal lagi setengah jam je lagi. Mane sempat nk gerak ke KL. Sekarang aku de kat Seremban. Hurm... Seremban?? Nape aku de kat Seremban plak ea? Arini ari Isnin ke? Sebab selalunya pagi2 subuh Isnin je aku akan gerak ke KL. Tak.. arini ari Jumaat. Oppss!! terlupa lak. Hari nie aku patut ke Melaka nk jumpa advisor. Huish... time tu gak aku rasa lega yg teramat sangat. Camnelah aku leh terlupa ek yg aku dh apply cuti untuk ari Jumaat semalam. Hehehe....

Appointment dgn lecturer kul 2 petang. Tapi biasalah... dekat kul 3 baru dapat jumpa. Alhamdulillah nasib baik aku dapat advisor yang okey, kira sporting gaklah. Dan dia juga tak paksa kami utk datang sebulan 2 kali utk jumpa dengannya. Itu yang paling aku suka sbb agak leceh bagi aku utk minta cuti daripada AM dan byk procedure yg aku kena ikut. So, nanti kalo aku de apa2 masalah berkenaan thesis aku, aku boleh anta email saja.

Tapi insyaAllah next 2 week aku akan ke Melaka lagi sebab de jemputan di rumah seorang lecturer nie. Almaklumlah dari dulu kami dh janji nk datang jenguk anak dia... Ilham Nur Kasih tapi sampai sekarang xmuncul2. So, lec tu ajak datang umah die 24hb nie. Erm... camne tu ek sbb 25hb tu company de wat family day. WAJIB untuk aku hadir. Takpelah, tu nnti leh aku fikirkan.

Balik je dari Melaka aku terus ikut Kyra balik kampung dia kat Rembau. Actually aku xmau pergi sbb aku dh beli tiket bas balik Seremban. Tapi mengenangkan dia beria2 ajak aku dan sebab esoknya (Sabtu) de kenduri doa selamat utk abang dia yg nk bertunang Ahad nie... so aku pun bersetujulah ikut dia balik.

Sampai sana dok rehat jap pastu makan. Makanlah masakan kampung. Not bad. Then, sempat gak aku merasa durian kampung, tu yg best tu. Pas makan tolonglah apa2 yg patut. Pastu sempat gak aku ikut Kyra dan mak die pergi beli barang kat pasaraya. Dekat kul 10 malam baru Kyra anta aku pulang.

Friday, July 9, 2010

I'm lost

Arini entah nape tetiba cam rasa malas je nk gantung access card kat leher. Dan akibatnya aku terkurung di dalam toilet... boleh tak. Sangat mencemaskan kot time tu. Actually waktu tu dh abis office hour, around kul 6:10 camtulah. Masa aku nk ke toilet pintu still okey lagi tak perlu nk touch kan access card. Then, elok je aku nk keluar toilet... alamak! Pintu xleh buka. Kena pakai access card. Card pula aku tinggalkan atas meja. Aku pun apalagi keluarlah cari mana2 pintu yg boleh lalu. So ternampak je pintu rintangan api terus masuk sana.

Dari level 26 aku turun ke level 23. Sampai sana aku jadi blur kejap. Rasa cam semacam je terus naik balik ke level 26. Aku tak rasa takut cume rasa nervous je. Sebab aku tau pasti akan ada orang yg akan datang selamatkan aku. Hihi....

Sambil tunggu 'penyelamat' aku doklah dlm tandas tu kebosanan. Yg syok nye dok dlm toilet nie sbb de pasang lagu bad romance - lady gaga. At least leh hilang rasa bosan kan. Then, tetibe je aku dengar bunyi pintu dibuka. Yeah..... de orang. Akhirnya aku berjaya juga diselamatkan. Syukur alhamdulillah.....

Wednesday, July 7, 2010

Kelawar malam

[p/s: title utk entry kali nie pinjam profile name abg ngah kejap...]

Dah beberapa ari aku tido lewat. Tak larat seyh kalo hari2 camni. Kalo dulu xpe... still boleh bangun lambat. Tapi sekarang dah keje, kena bangun pagi. Adusshh.. ngantukla bile pergi keje. Tiap2 ari aku berazam nk tido awal tp de je yang menghalang. Untuk minggu nie dah beberapa ari aku jadi pakar motivasi cinta. Layakkah aku??...

Ingat malam nie nk tido awal.... erm, boleh aje sebenarnya. Tapi masalahnya esok aku nk kena bangun kul 4 pagi. Almaklumlah pagi2 buta esok aku nak jadi chef. Nak wat camne kan... aku nie memilih sket bab makan. Iya ke? Taklah.... aku kalo bab makan sume bedal. Kalo xcaya sualah apa saja pun, letaklah aku kat mana pun. Aku boleh hidup. Kat sini kedai makan tok sah cakaplah.. memang happening giler. Cuma satu je masalah bagi aku.... hurmm........

Tuesday, July 6, 2010

Peristiwa hari ini

Hari nie aku terbangun lambat sket. Ala... bukan lambat mana pun, lmbt 5 minit je. Tapi disebabkan aku bawa bekal maka memang lambatlah aku keluar rumah. Mana taknye utk orang yang macam aku nie nk memanaskan lauk memakan masa yg lama gak. Masa aku smpai office tadi jam di tangan aku menunjukkan pukul 8:35 pagi. Tapi nasib baik bila aku tengok dlm sistem attendance tu tepat2 kul 8:30 aku masuk. Syukurlah... kalo tidak mesti xcun aku punye attendance form.

Abis keje tadi gi KLCC. Gi sana bukannya niat nak bershopping tapi cuma nak beli barang dapur. Sangat tak sesuai! Iyelah, aku kat Ampang Park tu nampak je macam best tapi bukannya ada apa2. Nak beli barang2 basah pun susah. Barang2 kering pun ciput2 je. Kedai kat area rumah aku nie pula juz kedai2 biasa jer. Nak pergi pasar rasa cam tak yakin je. Bukan tak yakin apa cuma pasar tu agak jauh ke dalam. Nak lalu kawasan tu agak malas gak sbb ramai sgt orang2 yang aku tak berkenan kat sana. Dahtu aku sorang lak. So nk tak nak KLCC jelah tempat aku beli barang dapur. Tu je yang paling dekat.

Kat situ masalah gak. Nak beli daging tengok dulu de tanda halal ke tidak. Iyalah, sana tu bukannya Giant atau adik beradiknya. Pastu ingatkan nk beli sushi, tapi tengok takde tanda halal xjadilah. Tukang masaknya pun rasanya orang Jepun tak.

Balik je dari KLCC salah naik tren daa.... Patutnya tunggu belah kiri tapi aku pergi belah kanan. Confident gile masa turun tangga tu. Tak tengok signboard langsung. Masuk je dalam tren.... beberapa minit pastu dengarlah suara 'pompuan simpanan' nie cakap, "stesen berikutnya Kampung Baru. Next station Kampung Baru.".... Alamak, baru aku perasan aku dh salah naik. Smpai Kg Baru terus turun tukar tren. Rupa2 nya aku masih tak hafal lagi laluan LRT kat KL nie. Huhu....

[p/s : semalam pas balik keje terjumpa dengan Norlia Ghani a.k.a Joyah kat Ampang Park]

Sunday, July 4, 2010

Cerita hujung minggu

Sepatutnya kalo weekend mestilah waktu untuk berehat. Tapi lain lak dengan kami. Rasanya dalam sebulan mesti ada dua tiga kali weekend yang akan rasa... mak ai.. penatnya!

Ari Jumaat aritu cam biasa lepas je abis keje terus shoot balik Seremban. Then sampai umah teman Boy gi Giant... beli barang. Dan malam tu gak Along sekeluarga balik Seremban. Tak sampai 5 minit Along balik, Pak Long n family pula yang datang. Selain nk tengok Worldcup sama2 dengan ayah, diorang pun datang sbb nak anta Boy pergi masuk belajar. Masuk mana?...


Sinilah tempat baru Boy. Ada gak wakil kami adik beradik yg study kat Johor. Dulu Angah tapi kejap je sblm tukar kat Perak. Seronoklah Boy dapat jadi orang Johor. Hopefully kalo adik ucuk nk smbung belajar, biarlah kat tempat lain lak. Almaklumlah adik ucuk dengan abangnya tak boleh berpisah. Sejak dari tadika lagi mereka mesti akan bersama. Huhu... Tapi kalo dh dapat sana nk wat camne kan.

Okeylah.. smbung balik cite tadi. Pukul 4 pagi kami dah dikejutkan. Around kul 8 baru bertolak ke Selatan. Tapi Along tak ikut sekali sebab abg long keje malam. Tapi takpelah, mereka jadi wakil ibu dan ayah makan kenduri kat umah sebelah.

Kami sampai di Batu Pahat dalam kul 10 pagi. Macam biasalahkan... kalo nk menunggu pendaftaran nie memang makan masa yang lama. Hampir 3 jam gaklah kami menunggu. Selain Pak Long n family... mak uda, usu dan ijah juga turut serta.



Abis je urusan selesai, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu pergi makan durian. Kami pergi rumah atuk kebun yang memang ada dusun durian. Makanlah sepuas2nya sebab durian di sana tersangatlah banyaknya sampaikan hampir seguni ayah bawa balik.



Lepas je abis melantak durian, kami pun geraklah ke Kluang pula. Hurm... macam hari raya pula rasanya. Di rumah mak uda kami dihidangkan dengan nasi putih berlaukkan ikan yang dipancing oleh pak uda sendiri dan juga nasi himpit beserta kuah kacang. Walaupun simple, tapi 3 kali aku bertambah nasi dan berkali2 aku makan nasi himpit. Tersangatlah sedap dan berselera sekali aku makan. Huhu...

Dalam kul 10 de perlawanan bola. Dan macam biasalah aku akan buat hal sendiri sebab aku bukanlah peminat setia bola sepak. Aku rasa kalaulah aku terjumpa Michael Owen ke, Ronaldo ke, Ronaldinho ke atau sape2 sajalah pemain bola sepak dunia tentu aku buat tak tahu sbb aku tak kenal mereka sume tu. Hahaha.....

Time orang tengok bola aku tidur sepuas2nya sambil berselimut. Sambil2 tu terdengar jugalah jeritan GOLLL!!!!!!!.... Elok je abis bola kami pun terus gerak balik Seremban. Pergh... sangatlah penat. Dan nasib baik aku dah tido kejap so bolehlah temankan angah drive di waktu jam menunjukkan hampir tengah malam. Err... pagi dah kot..



Sekali lagi pagi2 Ahad aku dah dikejutkan. Kali ni aku temankan angah pergi Rembau, kenduri kahwin kawan dia. Balik je dari kenduri, terus tido. Sempat tido sejam je. Pastu ibu kejutkan ajak pergi rumah Along. Okey gak tu... leh lah aku angkut segala barang balik KL. Tak yah susah2 nak naik bas esok pagi. Hehe....

Saturday, July 3, 2010

Makan sampai kenyang

Semalam balik keje terus gi KL Sentral kuar jalan2 dengan Nini. Dua kali aku makan di restoran yang berlainan. Huhu.... Then, time jalan2 angah tipon ajak gi birthday party Azie kat rumah Abang Zahar. Around kul 9:30, aku, angah dengan boy smpai Shah Alam. Sampai2 je sume orang tengah tunggu kami. Wah, cam VIP je rasa....

Dan seperti yang aku jangkakan, menu malam tu adalah nasi beriyani. Haha... kalo dah Pak Long yang jadi chef itulah masakannya. Maklong siap bungkuskan nasi lagi tu. Dan aku apalagi, bawalah bekal ke office... jimatlah sket...

Malam tadi bukan saja meraikan Azie tapi mak long gak.... Tapi maaflah, gambar mereka tak tersnaplah pula. Almaklumlah mereka berdua tu bz bebenor. Yang penting makan memang best. Macam2 ada... sumenya home made, xde yang dibeli...