Malam tu Diklynn nikah tp aku tak dapat pergi sbb keje. Ramai gak yg soh aku amik MC tapi bila difikir2 kan rasanya tak perlu kot. Abis keje terus rushing pergi KL Sentral sbb nak kejar rapid KL. Aku nie pula tak biasa naik bas rapid so melilaulah mencari bas. Tanya kat kaunter jawapan yg diberikan tak berapa jelas. So aku redah jelah tunggu bas kat Brickfields. Bila naik aje bas aku diberitahu yg sbnrnya aku tersilap arah. Patutnya aku tunggu belah satu lagi. Tapi xpelah, pakcik tu pun baik jadi dia beri aku layanan first class dari KL Sentral sampailah airport Subang. Memang best....
Then, sampai airport lebih kurang 8:30. Nasib baik tak terlepas flight walaupun rushing. Sampai Penang pukul 1030. Sampai sana ujan turun dengan lebatnya. Aku dengan Along memang tak berkesempatanlah menyaksikan majlis pernikahan Diklynn. Gambar die nikah pun kami tak de sbb angah tak sempat nk amik.
5 Jun 2010 (Sabtu)
Hari ni majlis pernikahan pula. Buat kali kedua aku jadi pengapit selepas majlis Amal aritu. Adat dan budaya majlis di Utara dengan Selatan memang berbeza. Jadi banyaklah yg aku dapat pelajari. Jadi pengapit memang penat especially bila kena tunggu pengantin make-up. Kalo tunggu pengantin sorang takpe tapi kalo de berpuluh2 pengantin kat kedai tu pergh... jenuh gaklah menunggu.
Wedding kat Penang style English. Ada guest book, penanda arah, marshmallow, coklat fondant, nak buat gula2 kapas pun boleh. Memang english betullah! Then malam tu de meeting keluarga. Pastu acara diteruskan dengan membuka hadiah. Paling best aku rasa bila Diklynn dpat adiah mixer. Erm... agak jarang kot kalo pengantin dapat hadiah begitu.
English style
Kids area... gula-guka kapas
6 Jun 2010 (Ahad)
Sampai sana pengantin xde. Mereka dah pergi buat outdoor. So juz duduk2 sambil makan2 dan borak2 saja. Pastu lepas Zohor terus gerak. Sebelum balik kami singgah kejap pergi Bukit Bendera. Tapi sayang tak dapat masuk sbb Bukit Bendera ditutup utk kerja2 pembaikpulih. Tahun depan baru buka. Hurm... npknya xde rezki lah.
Dah datang Penang nie tak sah kalo tak makan nasi kandar. Malam tadi ibu beli Nasi Kandar Ali. Makan tengah2 malam dengan nasi yg panas2 memang sedap. Then, tengahari nie pergi cari lagi nasi kandar. Pergilah makan kat Restoran Kassim Mustapha. Aku tak makan sangat juz share dgn angah je sbb dh makan kat rumah mama tadi. Then, kul 4:30 baru start nk bertolak balik.
Minggu lepas majlis Diklynn kat Penang dan minggu nie pula giliran Chik di Pengkalan Hulu, Perak. Kedua2 majlis pernikahan cousin aku, aku tak dapat nk attend sbb sekali lagi aku balik selepas waktu kerja. Cuma yg bezanya kali ni aku naik bas. Keseorangan pula tu. Kira aku nie sorang yg berani jugak ye. Independent la katakan. Huhuhu.... At least minggu lepas de Along dengan Firas. Sekarang nie Puduraya dlm pembinaan so bas menghala ke Utara hanya boleh dapat kat Hentian Duta.
Nie pun satu masalah gak buat aku. Cam biasa aku abis keje kul 5:30. Ingatkan nak keluar lambat sbb bas kul 10:30. Nak balik umah dulu takut tak sempat lak. Tapi tetibe aritu sume orang kena balik awal sbb de hal. Maka nak tak nak aku pun keluarlah office awal, kul 6. Ala, actually boleh je keluar lewat tapi takkanlah aku nk dok sorang2 dlm office tu. So aku pun jalanlah slow2, abiskan masa kat KL Sentral sblum naik Komuter.
Then, sampai Sentul lebih kurang kul 7:20. Terus cari teksi nk ke hentian duta. Aku terlupalah pula yg teksi kat KL nie pakai meter. Jadinya mahallah sket. Dan disebabkan jalan kat KL nie sesak, uncle teksi tu minta aku bayar lebih 3 inggit. Aku pun dh xde choice dan teksi pun hanya beberapa kerat je so terpaksalah ikut demand die. Sampai Hentian duta kul 7:45. Ikut meter aku patut bayar 7.10 tapi oleh sebab aku dh setuju tambah 3 inggit maka aku bayar RM1o.
Sampai sana aku tak tau nk wat ape. Terus je gi makan sorang2. Abis makan doklah melangut kat luar tu. Nk dok dalam sejuk sangat. Dok kat sana memang membosankan. Aku rasa Terminal 1 yg busuk tu pun lebih syok compare Hentian Duta nie. Lebih kurang 2 jam setengah aku tunggu. Pergi toilet 3 kali. Dahsyat tak. Dan kebanyakan bas sume delay sejam. Kesiannya... Nasib baik bas aku tak.
Sampai ke Kroh pukul 3:15 pagi. Angah dan ibu dah siap tunggu kat tepi traffic light tu. Turun bas jalan kaki aje balik hotel. Smpai hotel sempat gak aku mandi, kemas2 then baru tido.
Time nie aku belum sampai lagi...
12 Jun 2010 (Sabtu)
Esoknya pukul 7 ayah, ibu dan angah dah bersiap nk ke rumah ibu Zah. Ayah soh aku rehat dulu. Tido sepuas2nya. Tapi aku takleh tido. Time aku tengah breakfast sorang2 Along datang bilik. Then, kami sarapan nasi lemak dlm bilik otel.
Abis makan ingat nk tido kejap tp tetiba lak de cite Chucky. Layanlah kejap. Abis cite tu baru tido. Tapi xsmpai setengah jam ayah, ibu dengan angah dh balik. Makanya, aku perlu bersiap sbb nk gerak ke rumah pengantin.
Smpai rumah pengantin, kami makan dulu. Makan memang best. De nasi beriyani dengan ayam goreng. Paling aku suka makan laksa yg kuahnya panas2 dengan cili api. Pergh... dahsyat. Mula2 ingat xmau makan laksa tp bila rasa Diklynn punya sedap semacam terus aku gi amik kat belakang. Untuk wedding chik nie, paling aku suka bab makananlah sbb macam2 makanan ada. Huhu.. dhlah time tu aku tengah lapar mmg makan betullah.
Dais...
Bride and groom
Then waktu malam de majlis potong kek dengan buka adiah. Sian pengantin.... oleh kerana time tu de bola ramai yg dok tengok bola aje. Tapi mula2 je lah pastu ramai gak yg dok menunggu tengok pengantin buka adiah. Paling dahysat bila ade sesi calit-mencalit kek kat muka. Sib baik aku tak kena. Cuma kesian kat cameraman yg tengah sibuk wat keje tapi tak pasal2 kena calit kek.
Sekitar majlis potong kek & buka hadiah
13 Jun 2010 (Ahad)
Hari nie majlis kat rumah pengantin lelaki lak. Ikut pada perancangan sume orang patut berkumpul kat rumah ibu Zah kul 11:30 pagi. So pagi2 lagi kami dah bangun. Sebelum tu cam biasa gi breakfast dulu. Kat sana makcik kedai tu tegur kami sbb kata dia muka ibu de iras muka ibu Zah. Sama gak bila kami singgah pasar makcik tu kata, “ibu pakai belacan nie..” Wah, ibu Zah memang popularlah kat kawasan Pengkalan Hulu nie. Mana2 pergi mesti ade orang akan cakap pasal ibu Zah. Dan kami pun terglamourlah sekali. Huhu...
Bila kami smpai kat rumah pengantin sume orang dah berkumpul. Tapi kul 1 gak baru kami sume gerak sbb tunggu pengantin abis make-up then terus konvoi ramai2. Aku rasa inilah kali pertama aku konvoi seramai2 nya. Rasa2 nya lebih kot 15 buah keta. Dahsyatkan....
Kami tak dapat nk lama2 kat sini sbb xnak jadi cam minggu lepas bila smpai KL dah tengah malam. Jadinya, abis je makan terus balik. Elok je naik kete, 15 min dah jalan aku pun jalanlah sekali. Memang penat. Tapi tido tak puas sbb panas terik. Lagipun aku pakai baju kurung rasa tak selesa. So bila berhenti kat hentian Sg. Perak terus tukar baju.
Di rumah pengantin lelaki
Yang penting.... UiTM di hati. I like!!
Then, kali kedua kami berhenti kat hentian Ulu Bernam. Ibu teringin nak makan mee kari special kat situ. Aku pun mula2 tak tau gak apa yg special sangat. Aku orderlah soto. Tapi bila aku dengar de sorang pakcik nie kata, “dik.. bagi mee kari 8 ya.” Umang ai..... 8 mangkuk tu! Dengar je pakcik tu minta 8, terus aku pun tukar order. Rasanya mmg sedap gak sbb de tauhu bakar dengan terung bakar.
Abis makan terus gi Petronas isi minyak. Masa tu ujan turun dengan lebat. Aku dengan angah tunggu kat area kaunter Petronas. Sekali tetibe de sorang lelaki nie jalan smbil pegang botol susu. Eh... macam kenal. La.... rupa2 nya Johan Raja Lawak. Sume orang pandang dia tapi takde orang pun yg tegur. Mungkin segan agaknya.
Dah jumpa Johan terus kami bitau ayah. Bila Johan lalu depan ayah, ayah terus senyum kat dia dan dia pun balaslah senyum ayah tu. Tak sangka boleh jumpa Johan kat sini. Dia naik BMW kale itam. Plat numbernya, WTE... stand for Wati, isteri dia. Huhu....
No comments:
Post a Comment