Monday, June 21, 2010

Wedding - Part II

Hari nie tiba giliran wedding Diklynn di rumah pengantin lelaki pula kat Teluk Intan. Dari Seremban kami bertolak kul 7:30 pagi. Oleh kerana ini merupakan minggu terakhir cuti sekolah, jadi kereta pun banyaklah. On the way nk ke Teluk Intan ada 2 kemalangan yg berlaku. Satu kat Bukit Jelutong tapi di arah yg bertentangan dan satu lagi dekat highway.

Tapi masa kat highway jem memang teruk gila masa kat persimpangan Bukit Tagar. Oleh sbb nk sampai cepat ke destinasi, maka kami pun ikutlah jalan lama. Masuklah Bukit Tagar walaupun xtau jalan. Jalan kat situ memang pelik sket sbb kami melalui kawasan felda. Jadi bila ada kedai kopi, kami pun apalagi singgahlah minum kat situ dulu.



Kami smpai ke rumah persinggahan di Teluk Intan jam 11:30 pagi. Pastu geraklah ke destinasi rumah pengantin lelaki di IPD Teluk Intan. Kali nie pengantin pakai baju warna pink, so cute.









Pastu kami teruk gerak ke rumah bang long di Trolak. Sampai sana lebih kurang jam 3:30 petang. Sampai2 je terus makan walaupun sebenarnya kami baru je makan kat rumah pengantin. Bukan setakat makan nasi tapi kami juga berkesempatan makan bubur kacang yg baru dimasak time kami datang. Dan bila disana, apalagi... melayanlah si Firas yg semakin hari semakin mengeluarkan suara.



Untuk tahun nie, wedding utk cousin2 sumenya dah abis. Pasni yang tinggal cuma majlis pertunangan yg bakal berlangsung di Kota Tinggi, Johor utk bulan Oktober nanti.

2 comments:

xhn said...

oohh?confirm dh ek oct ni?bpe hb?

aIDA sULAIMAN said...

10.10.2010... tu tarikh yg diorang nk buat tp xsure lg jadi ke tak tarikh tu sbb 10hb jatuh ari ahad. ayh minta tukar ari sabtu. tp yg pasti bulan 10 mmg jadi majlis pertunangannya.