Tuesday, June 1, 2010

First day

First day dok umah baru....


Tak best ke dok umah baru? Bilik sorang satu, memang betul2 privacy. Nak buat apa pun buatlah. Housemate pun de 2 orang je. Bilik menghadap KLCC lagi tu. Pemandangan waktu malam memang cantik. Dekat dengan stesen Putra LRT. Sewa pun kira okeylah. Tapi aku tetap tak suka. Tak suka dok sini. Tapi kalo tak kerana beberapa faktor, aku lebih rela ulang alik Seremban - KL.

First day masuk keje....

Ha.... masuk keje memang best. Pagi tadi bangun kul 6:45 ingat dh lambat walaupun sebenarnya 10 minit je nk gi office yang start kul 8:30. Actually kunci jam kul 6:30 tapi oleh kerana kepenatan sbb kemas bilik semalam tu yg terlajak tido tu. Then, kul 7:30 baru terkedek2 aku nak keluar rumah. Nasib baik train xpenuh sangat. Kul 8 aku dah terpacak kat level 23.

Tapi tunggu punya tunggu then de sorang pakcik nie datang tanya sama ada aku nak attend interview ke. Then aku pun jawablah. "Saya dtg nak lapor diri utk wat practical. Sy nk jumpa Pn. R". Pakcik tu kerut dahi kejap sambil cakap "Kalo Pn. R kat tingkat 26. Awak attached kat department mane? Kalo HR memang kat tingkat 26". Aku pun apalagi, jadi cuak kejap. Bukannye cuak ape tapi cuak sbb tak reti nak naik lif. Dahlah lif kat situ xleh naik sesuka ati kena ikut level. Tapi nasib baik de org tolong antakan ke level 26. Actually lif tu taklah susah sangat tp aku nie yg gayat agaknya tak penah naik lif automatik camtu. Takyah nak mandai2 tekan butang ape2 pun, die akan terbuka dengan sendirinya. Huhu....

Datang2 je aku dah diberi workstation sendiri dengan pc sekali. Atas meja tu dh disiapkan dengan note book, stationary dengan login id utk access system. Baru duduk kejap then ada tea lady bawakan coffee. Memang best.

Keje okeylah boleh tahan gak. Tapi selalunya kalo first day masuk akan dikenalkan pada sume staff tp aku lain. First job aku kena uruskan training program. Sampaikan aku nk pergi mana2 pun, tak kisahlah nak ke pantry ke, surau ke, toilet ke atau lalu je depan orang len mesti de yang tanya, "baru ke?" So aku pun perkenalkanlah diri. Dah petang dekat kul 4 baru aku diperkenalkan dengan sume staff. Dari tingkat 22, 23, 24, 26 memang penat. Bukannya aku ingat pun sume nama2 staff kat situ. Yang aku ingat area department aku je lah. Paling penting ari Jumaat nie, Ass. Manager kat situ dah siap mention ari Jumaat ni de induction. Pergh, nasib baik aku tak "apply" cuti. Selamat...

Part yang paling aku suka of courselah waktu lunch. Kalo time lunch xyah susah2 nk gi cari makan kat luar. Juz tengok kat company bulletin hari ni menu ape. Then, emailkan saja. Pastu nanti akan ada orang hantar. Harga pun berpatutan. Untuk arini aku order nasi beriyani ayam, harganya RM4.50, memang berbaloi.

Hurm... boleh tak aku nak tido sekarang? Penatlah....

[p/s: ingat nk postkan gambar. tapi tetiba kabel lak takde. tunggulah nanti...]

3 comments:

xhn said...

huk aloh!bes giler tmpt kje gitu!cemburu i...

aIDA sULAIMAN said...

kak an, actually byk lagi benda nk cite. tp xleh nk post kat sini. very private & confidential. tp nnti kite jumpa kite sembang2 lah ya.

Marissa Ayesha said...

best2.. rugi x apply ranhill..heheh