Monday, June 28, 2010

Reunion First Batch KAA 1998

Malam semalam join reunion yg dibuat di Doll Tomyam Senawang. Total jumlah yg berjaya menghadirkan diri adalah seramami 21 orang tak termasuk yg bawa pasangan/keluarga. Agak meriah gaklah reunion kali ini. Ada sesi tukar menukar hadiah dan sesi mengisi borang. Pergh... dahsyat tak. Walaupun kebanyakannya dah keluar dari daerah Seremban, kami masing2 berjaya memberi sokongan dalam mengadakan reunion pada kali ini. Tahniahlah buat semua especially kepada Presidennya, Hadzwan Ekhsan.

Aku dan Hanim adalah antara orang yang terawal datang. Then around 8:30 barulah ramai yang muncul. Semua yg datang tu semuanya aku kenal kecuali Faizzah Salim. Bukan aku je yg tak cam tapi ramai gak yg tak perasan dia. Almaklumlah sejak dah jadi ibu beranak 3 nie, memang dah banyak berubah. Dan biasalah bila dah 10 tahun xjumpa, soalan yg paling famous akan ditanya adalah, "buat apa sekarang?" tak pun.... "bila nak kahwin?". Itulah antara soalan yg wajib ditanya.

Seronok tengok kawan2 yg dah berkahwin dan ada anak. Walaupun mereka dah berkeluarga tetapi mereka sangat sporting. Ada gak kawan2 yg gunakan waktu reunion nie utk menjemput ke majlis perkahwinan mereka yg bakal berlangsung dalam tahun nie. Seronok bila dapat berkumpul semula dan banyaklah cerita2 yg kami bualkan. Hopefully, lepas nie dapatlah berkumpul ramai2 lagi. Sangat rindukan moment2 time zaman sekolah dulu. Sekarang, layan jelah gambar2 di bawah. Maaflah, kebanyakan gambar agak shaking sket. Okeylah tu, daripada takde langsung. Ni pun aku dapat daripada kawan aku. Thanks Faizzah.


Nie antara orang2 terakhir yang tinggal. Time nie ramai yang dah balik.



Aminuddin with his wife and cute daughter.



Me with Hanim and Fairuz



Depan (L-R) : Hazri, Me, Faizzah and Hanim
Belakang (L-R) : Duranny and Mawar



My crazier ex-classmate


Friday, June 25, 2010

Waktu keje + waktu sekolah

Sibuk menyiapkan thesis proposal, dah dua hari tido lambat. Patutnya thesis proposal tu nk kena hantar by this week. Tapi aku still tercari2 satu lagi tajuk makanya terpaksalah aku anta next week. Iyalah nak fikirkan empat tajuk dalam masa seminggu mana sempat. Pastu nk kena wat proposal lagi. Agak2nye AM tolak markah tak kalo aku tak anta esok? Baru wat proposal utk syarikat aku dah pening kepala. Tu belum kira nk kena wat proposal utk advisor lagi tu. Advisor nie pun satu hal gak. Entah bila2 lah nama advisor nie nk keluar. Dah hampir sebulan aku masih tak tahu siapalah yg jadi advisor aku.

Sabtu malam aku de renunion. Renunion selepas 10 tahun zaman persekolahan tamat. Actually tiap2 tahun buat tapi yg kecil2 je. De la tujuh lapan orang yang pergi. Tapi utk tahun nie, kira buat besar-besaran gaklah. Setakat nie dah de seramai 24 orang bekas pelajar KAA. Kiranya dah lebih separuh kelas dah tu. Tu baru pelajar, belum termasuk yg bawa teman, suami/isteri serta anak2. Wah, mesti meriah kali nie.


Wednesday, June 23, 2010

Hanya sebulan

Arini aku berpuasa. Yang paling best asal aku pose je mesti murah rezeki aku. Last week hampir seminggu aku berpuasa, macam2 yg aku dapat. Antaranya dapat kuih muih dari sorang staff. Dia tapaukan untuk aku. Pastu boss aku bagi sebungkus kacang dengan keropok sira. Paling best boss kat Civil department kasi coklat. Aku tak taulah apa motif boss department lain kasi coklat kat kitorang. Setengah orang kata mungkin nk rasuah. Maklumlah kami nie orang HR. Tapi xtaulah kan. Lagipun boss tu baru balik dari London. Coklat dari London tu, rugi kalo tak amik. Hehe.... Untuk arini lak, boss aku kasi kek pisang dengan butter cake. Walaupun aku berpuasa, tapi dia bekalkan aku untuk dibawa balik. Sangat seronok.

Entry sebelum2 nie, aku de mention pasal nk terjah dalam system payroll. Dan alhamdulillah, sekarang nie aku dah selamat pun menerjah dalam sistem penggajian nie. Walaupun aku masih lagi baru, tapi aku dah diberi peluang tersebut. Dalam masa sebulan saja macam2 yang aku tahu. Best sangat2 bila kita diberi peluang utk melihat butir2 gaji yg dibayar pada setiap staff. So, untuk position aku... aku dh tahu dah berapa yg syarikat bayar. Lepas nie kalo nk minta keje kat mane2 bolehlah aku demand setakat yg boleh. Hehehe..... Tapi biasalah sumenya mestilah disimpan secara rahsia. Semakin banyak yang aku tahu, semakin banyaklah juga pantang larang yg aku kena ikut.

Tuesday, June 22, 2010

Aku dan handphone

Hidup aku nie ada episod. Kalo dulu sewaktu di Melaka setiap 2 minggu sekali aku akan sakit perut. Then, 2 minggu lepas episod kasut aku yang asyik tercabut saja tapi untuk minggu nie punya episod berkenaan dengan handphone aku pula.

Alkisahnya begini. Kalo utk cerita semalam handphone aku tiba2 je kembali pada zaman silam. Tapi betullah kata kak An, setelah digodek2 semula akhirnya hp aku berjaya dibetulkan. Apapun thanks to ibu gak sbb tolong kejutkan pagi tadi.

Pastu tadi masa dok sibuk keluarkan barang dari handbag baru aku perasan hp aku takde. Dan baru aku teringat sebelum balik tadi Nuar ada call dan pastu aku terus letak hp atas meja. Oh tidak!!!! Hopefully masih ada lagilah hp aku tu di situ. Takpun, aku harap kakak2 yg balik lambat tu tolonglah simpankannya untuk aku.

Aku xkisah kalo hp takde atau tertinggal kat rumah ke sbb aku nie bukanlah jenis orang yg asyik berkepit dengan hp 24 jam atau nk bergayut smpai panas telinga. Tapi itu tak bermakna aku nk hp aku tu hilang. Yang menjadi masalahnya sekarang camne aku nak bangun pagi esok nie.

Entry semalam aku dengan bangganya kata xmau housemate aku tolong kejutkan. Tapi tulah, perkara tu berbalik semula pada aku. Padan muka aku kan.... So tadi dengan muka tak malunya aku minta tolong kat kakak yg depan bilik aku nie kejutkan esok. Thanks to kak Nora sbb bagi pinjamkan jam meja dia. Tapi dia kata kalo die tgk aku tak bangun esok, dia akan kejutkan juga. Iyalah, nk soh ibu kejutkan camne. Takkan nk soh datang KL kot.

Ikut hati aku nak je aku gi office skrang gi amik hp tu. Tapi gile... tengah2 malam ni nk masuk bangunan tinggi tu. Entahkan boleh naik ke tidak. Itulah, aritu masa aku wat sesi penilaian utk kehadiran staff, aku highlightkan kenapa ada staff datang office pukul 1 pagi. Tapi skrang kalo aku gi office sorang2 pada waktu macam nie, mungkin aku pula yang akan disoal siasat. Tak mahulah aku....

Monday, June 21, 2010

210610

Minggu nie first time balik Seremban. Rindu nak bangun lambat. Tapi yg paling rindu tentulah dengan tv, saluran Astro. Huhu... Almaklumlah dok sini xde tv. Tv ada tp dalam bilik masing2 lah. Cuma biliik aku je yg kekosongan. Tapi xpelah, xpenting pun sume tu. Yang paling dahsyat bagi aku bila dah hampir 4 minggu di sini, aku masih lagi belum bersua muka dengan housemate aku yg lagi sorang. Padahal dia ada dalam rumah nie cuma kami tak pernah terserempak.

Mana nk terserempak kalau aku adalah orang terakhir yang keluar rumah pergi kerja dan orang terakhir yg pulang dari kerja. Weekend pula memang akan balik Seremban punya. Housemate lagi sorang lak, aku rasa seminggu sekali je kot aku cakap dengan dia. Tu pun sbb terserempak secara tak sengaja kat dapur dan hanya berbual kosong selama 5 minit je kot. Dahsyat tak kami sume nie. Tapi itulah yg syok sbb de privacy.

Hari nie byk perancangan aku tak menjadi. Salah satunya nk bangun pagi. Malam tadi kunci jam kul 5 pagi tapi berbunyi kul 6 pagi. Agak kelam kelibut jugalah sbb angah kejutkan aku kul 5:50 sedangkan nk pergi terminal pukul 6:10. Entah napa lak handphone nie buat hal. Sekarang jam kat hp aku menunjukkan pukul 12:19 pagi bertarikh 1 Januari 2000. Sangatlah terkebelakang. Macam mesin Doraemon lah pula boleh pergi zaman silam. Nampak gayanya esok aku kena suruh someone kejutkan aku tp yg penting bukan housemate akulah.

Wedding - Part II

Hari nie tiba giliran wedding Diklynn di rumah pengantin lelaki pula kat Teluk Intan. Dari Seremban kami bertolak kul 7:30 pagi. Oleh kerana ini merupakan minggu terakhir cuti sekolah, jadi kereta pun banyaklah. On the way nk ke Teluk Intan ada 2 kemalangan yg berlaku. Satu kat Bukit Jelutong tapi di arah yg bertentangan dan satu lagi dekat highway.

Tapi masa kat highway jem memang teruk gila masa kat persimpangan Bukit Tagar. Oleh sbb nk sampai cepat ke destinasi, maka kami pun ikutlah jalan lama. Masuklah Bukit Tagar walaupun xtau jalan. Jalan kat situ memang pelik sket sbb kami melalui kawasan felda. Jadi bila ada kedai kopi, kami pun apalagi singgahlah minum kat situ dulu.



Kami smpai ke rumah persinggahan di Teluk Intan jam 11:30 pagi. Pastu geraklah ke destinasi rumah pengantin lelaki di IPD Teluk Intan. Kali nie pengantin pakai baju warna pink, so cute.









Pastu kami teruk gerak ke rumah bang long di Trolak. Sampai sana lebih kurang jam 3:30 petang. Sampai2 je terus makan walaupun sebenarnya kami baru je makan kat rumah pengantin. Bukan setakat makan nasi tapi kami juga berkesempatan makan bubur kacang yg baru dimasak time kami datang. Dan bila disana, apalagi... melayanlah si Firas yg semakin hari semakin mengeluarkan suara.



Untuk tahun nie, wedding utk cousin2 sumenya dah abis. Pasni yang tinggal cuma majlis pertunangan yg bakal berlangsung di Kota Tinggi, Johor utk bulan Oktober nanti.

Friday, June 18, 2010

Human Resources

Rasa2 nya aku hanya berkesempatan nk update blog seminggu sekali je lah. Tu pun time ujung minggu je. Almaklumlah semenjak dah keje nie aku dah kekurangan masa utk mengupdate blog ditambah pula dengan masalah connection dengan broadband ni.

Juz nk share kat sini, end of this month kemungkinan besar aku akan dipertanggungjawabkan utk mencipta satu sistem database utk library di tempat aku praktikal nie. Office aku ada library tau! Tapi mak ai... bila dengar je Assistant Manager (AM) tu kata aku kena "cipta".... aku terdiam sekejap. Aku rasa utk skop HR yg aku belajar selama nie takde pula diajar pasal sistem mereka cipta nie. Ke aku yg tak datang class masa subject tu diajar?... Hurm.. ye ke? Macam mana aku nak buat nie.

Balik Seremban this week, selain untuk menghadiri kenduri kahwin aku juga kena menghabiskan masa utk mencari bahan nk wat thesis. Ni pun satu masalah gak. Next week aku dah nk kena anta thesis proposal pada company berkenaan tajuk yg aku nk wat research. Tu baru nk kena anta pada company belum pada advisor lagi. Macam2 lah kan....

Tapi yg syoknya walaupun aku tak sampai sebulan lagi di sini tapi aku dah semakin didedahkan dengan kerja2 HR. Pasal recruitment aku dah tahu, staff attendance, letter of appointment, KWSP, cuti2 serta bab claim mengelim aku yg buat, fail peribadi staff pun aku dah diexposekan. Bukan utk staff di HQ saja malah utk di Libya juga. Training lagilah... aku nie yg hanya practical student pun dah dihantar pergi training petang tadi. Then, CEO punya hal pun kadang2 aku turut involved sekali.

Dan paling best aku suka bila aku dipertanggungjawabkan utk mengedit dan mengemas kinikan staff details. At least boleh aku tengok staff nie position dia apa, orang mana, qualification background camne, dah berapa tahun keje, ada rekod jenayah ke tidak, dah kahwin ke belum... huhu....

Tapi aku tau sume tu private & confidential. Asal aku diberi tugas je, mesti HR Exec kat situ akan cakap, "Aida, you kena ingat ye. Ni sumenya P&C. Apa2 yang you tahu, you nampak, you dengar sumenya mesti disimpan." Target aku sekarang nie adalah untuk diberi peluang dalam system payroll pula. Ha.. tu paling aku suka. Hopefully aku dapat "terjah" pada skop yang sangat sensitif nie.

Monday, June 14, 2010

Wedding - Part I

[PERINGATAN: Ini adalah entry yg paling panjang sekali...]

4 Jun 2010 (Jumaat)

Malam tu Diklynn nikah tp aku tak dapat pergi sbb keje. Ramai gak yg soh aku amik MC tapi bila difikir2 kan rasanya tak perlu kot. Abis keje terus rushing pergi KL Sentral sbb nak kejar rapid KL. Aku nie pula tak biasa naik bas rapid so melilaulah mencari bas. Tanya kat kaunter jawapan yg diberikan tak berapa jelas. So aku redah jelah tunggu bas kat Brickfields. Bila naik aje bas aku diberitahu yg sbnrnya aku tersilap arah. Patutnya aku tunggu belah satu lagi. Tapi xpelah, pakcik tu pun baik jadi dia beri aku layanan first class dari KL Sentral sampailah airport Subang. Memang best....

Then, sampai airport lebih kurang 8:30. Nasib baik tak terlepas flight walaupun rushing. Sampai Penang pukul 1030. Sampai sana ujan turun dengan lebatnya. Aku dengan Along memang tak berkesempatanlah menyaksikan majlis pernikahan Diklynn. Gambar die nikah pun kami tak de sbb angah tak sempat nk amik.


5 Jun 2010 (Sabtu)

Hari ni majlis pernikahan pula. Buat kali kedua aku jadi pengapit selepas majlis Amal aritu. Adat dan budaya majlis di Utara dengan Selatan memang berbeza. Jadi banyaklah yg aku dapat pelajari. Jadi pengapit memang penat especially bila kena tunggu pengantin make-up. Kalo tunggu pengantin sorang takpe tapi kalo de berpuluh2 pengantin kat kedai tu pergh... jenuh gaklah menunggu.

Wedding kat Penang style English. Ada guest book, penanda arah, marshmallow, coklat fondant, nak buat gula2 kapas pun boleh. Memang english betullah! Then malam tu de meeting keluarga. Pastu acara diteruskan dengan membuka hadiah. Paling best aku rasa bila Diklynn dpat adiah mixer. Erm... agak jarang kot kalo pengantin dapat hadiah begitu.


English style


Kids area... gula-guka kapas



The dais


Bride and groom



Wedding day....

6 Jun 2010 (Ahad)

Pagi2 lagi kami sekeluarga beserta Acik pergi jenjalan kat Batu Feringgi. Tapi yg tak syoknya ujan pula turun time tu. Sebelum bawa Gegirl pergi mandi, kami singgah sarapan dulu. Then baru pergi pantai. Tak lama pun kat sana cuma setengah jam aje. Yelah, kami sume dah besar setakat main air je lah. Pastu singgah masjid terapung pula. Abis jalan2 sekejap balik semula ke rumah penginapan, kemas barang sume then terus gerak gi rumah Mama.

Sampai sana pengantin xde. Mereka dah pergi buat outdoor. So juz duduk2 sambil makan2 dan borak2 saja. Pastu lepas Zohor terus gerak. Sebelum balik kami singgah kejap pergi Bukit Bendera. Tapi sayang tak dapat masuk sbb Bukit Bendera ditutup utk kerja2 pembaikpulih. Tahun depan baru buka. Hurm... npknya xde rezki lah.

Dah datang Penang nie tak sah kalo tak makan nasi kandar. Malam tadi ibu beli Nasi Kandar Ali. Makan tengah2 malam dengan nasi yg panas2 memang sedap. Then, tengahari nie pergi cari lagi nasi kandar. Pergilah makan kat Restoran Kassim Mustapha. Aku tak makan sangat juz share dgn angah je sbb dh makan kat rumah mama tadi. Then, kul 4:30 baru start nk bertolak balik.


Cuti-cuti Malaysia


Makanya aku sampai rumah jam 11:30 malam. Esoknya nk keje. Bila pergi kerja memang meletihkan dan amat mengantuk sekali. Dan of courselah kerja semakin ari semakin banyak. So kepala pun semakin ari semakin pusing.


11 Jun 2010 (Jumaat)

Minggu lepas majlis Diklynn kat Penang dan minggu nie pula giliran Chik di Pengkalan Hulu, Perak. Kedua2 majlis pernikahan cousin aku, aku tak dapat nk attend sbb sekali lagi aku balik selepas waktu kerja. Cuma yg bezanya kali ni aku naik bas. Keseorangan pula tu. Kira aku nie sorang yg berani jugak ye. Independent la katakan. Huhuhu.... At least minggu lepas de Along dengan Firas. Sekarang nie Puduraya dlm pembinaan so bas menghala ke Utara hanya boleh dapat kat Hentian Duta.

Nie pun satu masalah gak buat aku. Cam biasa aku abis keje kul 5:30. Ingatkan nak keluar lambat sbb bas kul 10:30. Nak balik umah dulu takut tak sempat lak. Tapi tetibe aritu sume orang kena balik awal sbb de hal. Maka nak tak nak aku pun keluarlah office awal, kul 6. Ala, actually boleh je keluar lewat tapi takkanlah aku nk dok sorang2 dlm office tu. So aku pun jalanlah slow2, abiskan masa kat KL Sentral sblum naik Komuter.

Then, sampai Sentul lebih kurang kul 7:20. Terus cari teksi nk ke hentian duta. Aku terlupalah pula yg teksi kat KL nie pakai meter. Jadinya mahallah sket. Dan disebabkan jalan kat KL nie sesak, uncle teksi tu minta aku bayar lebih 3 inggit. Aku pun dh xde choice dan teksi pun hanya beberapa kerat je so terpaksalah ikut demand die. Sampai Hentian duta kul 7:45. Ikut meter aku patut bayar 7.10 tapi oleh sebab aku dh setuju tambah 3 inggit maka aku bayar RM1o.

Sampai sana aku tak tau nk wat ape. Terus je gi makan sorang2. Abis makan doklah melangut kat luar tu. Nk dok dalam sejuk sangat. Dok kat sana memang membosankan. Aku rasa Terminal 1 yg busuk tu pun lebih syok compare Hentian Duta nie. Lebih kurang 2 jam setengah aku tunggu. Pergi toilet 3 kali. Dahsyat tak. Dan kebanyakan bas sume delay sejam. Kesiannya... Nasib baik bas aku tak.

Sampai ke Kroh pukul 3:15 pagi. Angah dan ibu dah siap tunggu kat tepi traffic light tu. Turun bas jalan kaki aje balik hotel. Smpai hotel sempat gak aku mandi, kemas2 then baru tido.

Time nie aku belum sampai lagi...


12 Jun 2010 (Sabtu)

Esoknya pukul 7 ayah, ibu dan angah dah bersiap nk ke rumah ibu Zah. Ayah soh aku rehat dulu. Tido sepuas2nya. Tapi aku takleh tido. Time aku tengah breakfast sorang2 Along datang bilik. Then, kami sarapan nasi lemak dlm bilik otel.

Abis makan ingat nk tido kejap tp tetiba lak de cite Chucky. Layanlah kejap. Abis cite tu baru tido. Tapi xsmpai setengah jam ayah, ibu dengan angah dh balik. Makanya, aku perlu bersiap sbb nk gerak ke rumah pengantin.

Smpai rumah pengantin, kami makan dulu. Makan memang best. De nasi beriyani dengan ayam goreng. Paling aku suka makan laksa yg kuahnya panas2 dengan cili api. Pergh... dahsyat. Mula2 ingat xmau makan laksa tp bila rasa Diklynn punya sedap semacam terus aku gi amik kat belakang. Untuk wedding chik nie, paling aku suka bab makananlah sbb macam2 makanan ada. Huhu.. dhlah time tu aku tengah lapar mmg makan betullah.

Turqoise...


Macam-macam aksi


Dais...


Bride and groom


Then waktu malam de majlis potong kek dengan buka adiah. Sian pengantin.... oleh kerana time tu de bola ramai yg dok tengok bola aje. Tapi mula2 je lah pastu ramai gak yg dok menunggu tengok pengantin buka adiah. Paling dahysat bila ade sesi calit-mencalit kek kat muka. Sib baik aku tak kena. Cuma kesian kat cameraman yg tengah sibuk wat keje tapi tak pasal2 kena calit kek.

Sekitar majlis potong kek & buka hadiah


13 Jun 2010 (Ahad)

Hari nie majlis kat rumah pengantin lelaki lak. Ikut pada perancangan sume orang patut berkumpul kat rumah ibu Zah kul 11:30 pagi. So pagi2 lagi kami dah bangun. Sebelum tu cam biasa gi breakfast dulu. Kat sana makcik kedai tu tegur kami sbb kata dia muka ibu de iras muka ibu Zah. Sama gak bila kami singgah pasar makcik tu kata, “ibu pakai belacan nie..” Wah, ibu Zah memang popularlah kat kawasan Pengkalan Hulu nie. Mana2 pergi mesti ade orang akan cakap pasal ibu Zah. Dan kami pun terglamourlah sekali. Huhu...

Bila kami smpai kat rumah pengantin sume orang dah berkumpul. Tapi kul 1 gak baru kami sume gerak sbb tunggu pengantin abis make-up then terus konvoi ramai2. Aku rasa inilah kali pertama aku konvoi seramai2 nya. Rasa2 nya lebih kot 15 buah keta. Dahsyatkan....

Kami tak dapat nk lama2 kat sini sbb xnak jadi cam minggu lepas bila smpai KL dah tengah malam. Jadinya, abis je makan terus balik. Elok je naik kete, 15 min dah jalan aku pun jalanlah sekali. Memang penat. Tapi tido tak puas sbb panas terik. Lagipun aku pakai baju kurung rasa tak selesa. So bila berhenti kat hentian Sg. Perak terus tukar baju.

Di rumah pengantin lelaki


Yang penting.... UiTM di hati. I like!!


Then, kali kedua kami berhenti kat hentian Ulu Bernam. Ibu teringin nak makan mee kari special kat situ. Aku pun mula2 tak tau gak apa yg special sangat. Aku orderlah soto. Tapi bila aku dengar de sorang pakcik nie kata, “dik.. bagi mee kari 8 ya.” Umang ai..... 8 mangkuk tu! Dengar je pakcik tu minta 8, terus aku pun tukar order. Rasanya mmg sedap gak sbb de tauhu bakar dengan terung bakar.

Abis makan terus gi Petronas isi minyak. Masa tu ujan turun dengan lebat. Aku dengan angah tunggu kat area kaunter Petronas. Sekali tetibe de sorang lelaki nie jalan smbil pegang botol susu. Eh... macam kenal. La.... rupa2 nya Johan Raja Lawak. Sume orang pandang dia tapi takde orang pun yg tegur. Mungkin segan agaknya.

Dah jumpa Johan terus kami bitau ayah. Bila Johan lalu depan ayah, ayah terus senyum kat dia dan dia pun balaslah senyum ayah tu. Tak sangka boleh jumpa Johan kat sini. Dia naik BMW kale itam. Plat numbernya, WTE... stand for Wati, isteri dia. Huhu....

Wednesday, June 9, 2010

My second week

Baru beberapa hari xonline rasa rindu nk berblogging. Actually aku tak de masa nk online. Weekend aritu pergi Penang so lagilah busy. Nak cite kat sini pun xsyok sbb gmbar tak de. Tunggulah next week ye sbb dis week aku nk ke Perak pula. Next week pun sama. Huhu... bulan nie bulan jalan2 namanya.

Balik dari Penang aritu memang penat giler. Dahlah sekarang keje melambak2 sampaikan aku kena stay sampai kul 7:30 malam nk siapkan keje. Resume banyak lagi yang aku tak select padahal tarikh memohon dh ditutup. Bayangkan kalo dlm masa sehari je de lebih kurang 80 resume yg aku terima melalui email. Tu belum kira lagi yg hantar by post. Memang penatlah aku nk baca resume diorang yg kebanyakannya panjang menjela.

Walaupun along slalu cakap yg aku nie juz practical je tp aku still balik lambat gak. Actually boleh je smbung esok tp aku malas nk rebut2 train yg penuh tu. Satu lagi, balik umah pun bukan ada apa. Baik aku wat keje. Lagipun aku tak kisah balik lambat sbb aku minat dgn kerja yg aku buat sekarang.

Cuma satu je yg aku tak suka tentang keje nie. Aku semakin hari semakin mengantuk. Kenapa ek? Nak kata tido lambat taklah lambat sangat. Aku paling tak suka bangun pagi. Bosan! Aku rindu nk bangun lambat. Hari ni aku diminta utk semak staff attendance. Time wat keje tu, pergh... ngantuknye tok sah cakaplah. Dahlah nombor2 tu kecik, lagi sakit mata aku. Kalo sume staff datang on-time taklah aku tersiksa begitu smpai nk kena tengok dgn detail exact time pd scanning card diorang. Almaklumlah esok dh nk meeting so report kena siap arini gak jadi senang nk wat appraisal nanti.

Then pagi tadi, HR coordinator tanya aku... "aida, this Saturday u free tak? if there's nothing, can u come to work?". Maaflah ya, even aku suka sangat bekerja tapi kalo ada something yg aku patut dahulukan, keje kenalah tolak tepi dulu. So aku pun cakaplah kat akak tu, "sorry, minggu ni saya nk balik Perak. I have already purchased the tickets. Maybe next time." Makanya hari Sabtu pun kalo boleh kena keje.

Keje sini mmg seronok. Aku dilayan sama rata dengan staff2 yang lain. Lagipun, boss aku kata kalo aku keje lebih masa aku boleh claim OT. Wah, very de bagus. Semalam aku join induction dengan staff2 baru. Aku sorang je yg tersesat student practical kat situ. Hehe.. segan gaklah aku. By da way, de satu lagi cite. Semalam sekali lagi kasut aku tercabut. Tapi kali nie tak terbelah dua cam aritu juz lidah kasut tu terbuka je. Nasib baik tak teruk sangat.

Thursday, June 3, 2010

Sadis

Hari Rabu, 3 Jun 2010 adalah hari paling tak best skali. Kasut aku yang selama ini menjadi pojaan hati telah terputus dua. Padanlah pagi tadi masa jalan tu rasa lain macam je. Then pagi tadi tali kasut tu terputus tp still okey lagi, masih boleh pakai. Tapi petang tadi semuanya hancuss.. Hancus di hadapan para2 engineer yg sedang kusyuk meneliti pelan di atas kertas putih tetapi kemudiannya tertumpu ke arah aku yg tetibe berpaut pada meja. Hahaha.... Then brother tu tanya aku, "are u okey?". Aku dengan perasaan malu tapi still bercover lagi terus kata "opps, sori!!!" sambil membetulkan kasut dan menonong masuk toilet.

Dalam tandas apa lagi, buatlah operasi mengikat kasut dengan getah. Desperate dah tu, tu pasallah ikat dengan getah pun kira jadilah. Hish.. wat malu aku jer. Masa nk balik, aku punyalah cover jalan perlahan2. Jalan sket betulkan kasut. Jalan sket betulkan lagi. Sampai Ampang Park terus beli selipar. Rugi je 20 inggit.

Arini gak aku rasa ngantuk yg teramat giler. Asyik menguap je. Nie mesti penangan keluar malam tadi. Asal wat keje je asyik menguap. Sampaikan waktu lunch pun aku tak mau makan sbb mengantuk punya pasal. Dan arini juga aku tak banyak wat keje sbb kebanyakan staff dah mula bercuti. Almaklumlah cuti sekolah kan ujung minggu nie. Bosanlah gitu kalo tak de keje. Tak pelah, bila memikirkan esok aku dh nk terbang ke Penang membuatkan aku rasa bersemangat kembali. Huhu....

Nak tolong ke tidak?

Selama nie apa yg aku belajar tentang HR hanya sekadar teori saja. Tapi hari nie bila aku ditugaskan utk memilih calon2 engineer yang mungkin bakal di interview, memang memeningkan. Bagi aku kalo sekadar jawatan dalam bidang business admin maybe senang aku nak wat pemilihan. Tapi kalo engineer nie mmg susah aku nk pilih. Sebabnya aku nie tak berapa nk familiar dengan term2 yg berkaitan engineering.

Sebagai contoh, company nk engineer yg related dengan bidang mechanical dgn electronic saja. Tapi taulah kan engineering ni pun de byk cabang gak. Bagi orang lain mungin mereka tau tapi tidak bagi aku. Bila de applicant yg major dalam mechatronic atau robotic aku jadi blur kejap. Bila aku tanya staff kat situ diorang kata kalo gitu tgk pada mereka punya working experience. Tapi kalo working experience die pun aku tak reti nk relate dengan bidang yg diperlukan pun susah gak. Time tu aku rasa cam nk tipon angah je. Nasiblah aku sbb sendiri yg pilih nk practical kat engineering company.

Aku bukannya apa, kalo boleh aku nak pilih sume orang. Tapi takkanlah seramai2 umat tu nk panggil utk attend interview. Tu mustahil sama sekali. Kenalah semak dulu sama ada layak atau tak. Bila resume yang tak terpilih tu aku rasa kesian sangat sampaikan aku check berulang2 kali manalah tau kot2 kalo boleh tolong. Tapi nk wat camne kalo mereka tak memenuhi syarat. Seboleh2nye tak naklah aku letak resume diorang dlm fail yang telah "dikhaskan." Tapi kalo aku mandai2 pilih diorang tanpa mengikut piawaian, tak pasal2 kena soal dengan boss, tu lagi susah mau jawab.

Aku beruntung sbb diberi peluang utk recruit candidates bg jawatan engineer. Banyak yang aku belajar. Betullah kata En. Helmy resume panjang2 orang takkan baca. Resume yg bagus hanya 2 muka surat saja. Kebanyakan resume yg aku tengok de 5 pages. Aku sendiri pun tak larat nk baca resume yang berjela2 tu. Apa yang penting juz tengok pada qualification dengan working experience saja. Yang lain tu buat hiasan je. Tapi aku baca gak mane2 resume yang aku rasa menarik minat aku. Huhu... Macam2 stail ada.

Arini aku balik on-time compare semalam. Kalo ibu dengan ayah tak datang KL tadi confirm aku balik lewat gak. Iyalah, balik awal2 pun bukannya wat ape kat rumah. Baik aku wat keje, lagi best. Hari ni memang penat. Konon ingat nk tido awal tapi tak leh gak. Tadi gi umah acik sekali dengan kakak. Esok ibu akan datang lagi. Tapi aku tak sure lagi nk ikut sekali atau tidak. Tengoklah camne esok. Apa2 pun terima kasih pada tuan rumah sbb tolong bukakan gate yg tak berkunci tadi. Huhu...

[p/s: nasib baik dah gosok baju dari semalam]

Tuesday, June 1, 2010

First day

First day dok umah baru....


Tak best ke dok umah baru? Bilik sorang satu, memang betul2 privacy. Nak buat apa pun buatlah. Housemate pun de 2 orang je. Bilik menghadap KLCC lagi tu. Pemandangan waktu malam memang cantik. Dekat dengan stesen Putra LRT. Sewa pun kira okeylah. Tapi aku tetap tak suka. Tak suka dok sini. Tapi kalo tak kerana beberapa faktor, aku lebih rela ulang alik Seremban - KL.

First day masuk keje....

Ha.... masuk keje memang best. Pagi tadi bangun kul 6:45 ingat dh lambat walaupun sebenarnya 10 minit je nk gi office yang start kul 8:30. Actually kunci jam kul 6:30 tapi oleh kerana kepenatan sbb kemas bilik semalam tu yg terlajak tido tu. Then, kul 7:30 baru terkedek2 aku nak keluar rumah. Nasib baik train xpenuh sangat. Kul 8 aku dah terpacak kat level 23.

Tapi tunggu punya tunggu then de sorang pakcik nie datang tanya sama ada aku nak attend interview ke. Then aku pun jawablah. "Saya dtg nak lapor diri utk wat practical. Sy nk jumpa Pn. R". Pakcik tu kerut dahi kejap sambil cakap "Kalo Pn. R kat tingkat 26. Awak attached kat department mane? Kalo HR memang kat tingkat 26". Aku pun apalagi, jadi cuak kejap. Bukannye cuak ape tapi cuak sbb tak reti nak naik lif. Dahlah lif kat situ xleh naik sesuka ati kena ikut level. Tapi nasib baik de org tolong antakan ke level 26. Actually lif tu taklah susah sangat tp aku nie yg gayat agaknya tak penah naik lif automatik camtu. Takyah nak mandai2 tekan butang ape2 pun, die akan terbuka dengan sendirinya. Huhu....

Datang2 je aku dah diberi workstation sendiri dengan pc sekali. Atas meja tu dh disiapkan dengan note book, stationary dengan login id utk access system. Baru duduk kejap then ada tea lady bawakan coffee. Memang best.

Keje okeylah boleh tahan gak. Tapi selalunya kalo first day masuk akan dikenalkan pada sume staff tp aku lain. First job aku kena uruskan training program. Sampaikan aku nk pergi mana2 pun, tak kisahlah nak ke pantry ke, surau ke, toilet ke atau lalu je depan orang len mesti de yang tanya, "baru ke?" So aku pun perkenalkanlah diri. Dah petang dekat kul 4 baru aku diperkenalkan dengan sume staff. Dari tingkat 22, 23, 24, 26 memang penat. Bukannya aku ingat pun sume nama2 staff kat situ. Yang aku ingat area department aku je lah. Paling penting ari Jumaat nie, Ass. Manager kat situ dah siap mention ari Jumaat ni de induction. Pergh, nasib baik aku tak "apply" cuti. Selamat...

Part yang paling aku suka of courselah waktu lunch. Kalo time lunch xyah susah2 nk gi cari makan kat luar. Juz tengok kat company bulletin hari ni menu ape. Then, emailkan saja. Pastu nanti akan ada orang hantar. Harga pun berpatutan. Untuk arini aku order nasi beriyani ayam, harganya RM4.50, memang berbaloi.

Hurm... boleh tak aku nak tido sekarang? Penatlah....

[p/s: ingat nk postkan gambar. tapi tetiba kabel lak takde. tunggulah nanti...]