Kenapa sekarang aku rasa kejap sangat masa berlalu. Dua jam lagi dah masuk 3 Ramadhan. Bila time keje, puasa tak terasa letih cuma mengantuk tu biasalah. Mana tak ngantuk kalau tidur lewat then bangun sahur pula. Kat office, tersenguk2. Huhu... Takpe, itulah cabaran namanya. Dan nasib baik time bulan pose dapat balik awal. Kalau ikutkan, "orang besar" dah keluarkan kenyataan supaya balik cam biasa. Then, sib baik de one of the subsidiaries of the group yg fight abis2an pada "orang besar" tu supaya tukar working hours. Dan akhirnya dapatlah kami balik awal except for the non-Muslim yg working hoursnya cam biasa melainkan kalo diorang request nk balik awal.
Beberapa ari sebelum Ramadhan, dah macam raya aku rasa. Mana taknya, dua tiga hari sebelum tu seminggu aku makan free sbb de je yg buat jamuan, de je orang yang bagi makanan. Then, sehari sebelum Ramadhan, orang2 kat sini sumenya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain tak kiralah orang besar ke orang sederhana ke atau orang kecil. Mungkin memang dah jadi tradisi di sini supaya bila berpuasa nanti ianya lebih berkat dan jiwa kita akan lebih tenang. Masa time bermaaf-maafan tu aku rasa....... wah, syahdunya...
Semalam, de tazkirah sempena Ramadhan. Actually every 2 weeks memang de tazkirah tapi kali nie rasanya lebih bermakna sebab masanya lebih panjang dan diikuti dengan solat jemaah yg digabung bersama subsidiaries yg lain juga. Untuk next week, de majlis berbuka pose bersama anak yatim + solat terawih di Masjid Muadz, Setiawangsa. Sume anak2 syarikat di jemput hadir.
Di kesempatan ini, aku nk ucapkan salam Ramadhan untuk semua dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Amin~
No comments:
Post a Comment