Wednesday, August 25, 2010

Ilalliqa'

Esok seramai 8 orang staff akan berangkat ke Libya. Flight mereka pukul 7:30 malam. Tujuh orang lelaki dan seorang perempuan. Hanya sorang saja yg non-Muslim. Tak lama pun diorang pergi cuma 2 minggu sahaja. Tapi aku pula yang terasa sedih. Even tak sume lapan2 orang tu aku kenal tapi proses diorang nk ke sana secara tak langsung aku juga terlibat sama. Sediakan travel card diorang, passport, form dan segala macam dokumen2 yg berkaitan. Mengikut jangkaan, diorang akan balik ke Malaysia pada hari raya pertama (itu pun kalau hari raya jatuh pada 10hb). Tapi aku tau mereka takkan pulang dlm masa yg ditetapkan. Mesti diorang kena stay lama di sana. Kesiannya... lebih2 lagi pada mereka yang mempunyai anak dan isteri di tanah air.

Paling rasa sedih bila mengenangkan cara hidup mereka di sana. Mengikut kata staff2 yg pernah bekerja di sana, mereka takkan menginap di hotel mewah ataupun di rumah yang cantik. Tapi mereka akan tinggal di kawasan kem. Almaklumlah kalau buat projek jauh dari kota memang begitulah gayanya. Bayangkan kalau di Malaysia nie, orang buat projek perumahan. Then, berdekatan projek tu de satu kawasan rumah yang pasang siap punye. Tempat kontraktor2 Indon tinggal. Ha... camtulah gayanya di Libya tapi keadaannya senonohlah sket. Lebih elok, lebih selesa dan lebih selamat. Ala-ala kem askar tu. Moga2 mereka tabah apabila berada di sana lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie.

Hari nie aku dapat sampul duit raya. Actually sume orang dapat semalam. Ingatkan bahagian aku takde, tapi pagi tadi HR Coordinator tu bagi aku 2 bungkus sampul duit raya. Kepada kak An, amacam... nak tak? Tapi tahun nie punya taklah secantik tahun lepas. Tahun nie bak kata ramai staff, tak de unsur2 raya. Yang banyaknye unsur2 alam sekitar. Tahun lepas punye lagi cantik.

Alhamdulillah... akhirnya aku juga diberi cuti sempena raya nie. Cuti ke?? Tu bukan cuti namanya kalau kena potong allowance. Kalau dah unpaid leave tu maknanya aku kenalah bijak memilih tarikh untuk bercuti. Tak tau lagi nk cuti bile. Kalau ikutkan aku... dah tentulah aku nk cuti 5 hari. So kira genap seminggulah kan. Tapi sayanglah kalau cuti lama2. Sebut pasal cuti nie, terasa jelous pada kakak Angah sebab dah boleh balik esok. Almaklumlah ari Jumaat nie Selangor cuti sempena Nuzul Quran tak macam KL.

[p/s: kak An, utk dis week antara pencuci mulut yg kami fikirkan adalah karipap pusing, sagu mata ikan dan kuih lompang]

No comments: