Bila dah diberi cuti tak reti2 pula nk dok rumah. Abis nk wat camne dok sini sorang2 bosan giler, tak tau nk wat apa. So tadi satu ari kuar jalan2 pi Sogo dengan Niniey. Kalo pegi Sogo maknanya aku kenalah naik dua tren... PUTRA dan STAR. Bila dah lama tak naik STAR rasa len macam lak. Makanya aku dah jadi macam pelancong asing yg sibuk dok menanya orang arah mana patut aku naik. Huhu... Tulah, sapa soh tak letak signboard dgn jelas. Compare pada PUTRA... tu lagi better. Walaupun STAR lebih selesa, orang tak ramai, bergerabak2 tapi tak boleh menandingi PUTRA yang cepat lagi laju.. lagi best.. lagi cantik.. dan bermacam2 lagi. Sampai je Sogo memang dah macam gula kena hurung dengan semut. Orang memang ramai. Nak gerak pun susah. Tambah sesak lagi bila kat Sogo de Siti Nurhaliza. Actually aku pergi Sogo bukan nk jumpe Siti Nurhaliza semata2 ya. Kebetulan dia wat pelancaran Simply Siti kat situ. Lagipun sebelum nie aku dah pernah jumpe dia. Budak2 lelaki dok sibuk jerit2 nama mak Iti. Siap mention lagi tu, "Siti.. I love you". Nasib baiklah takde Dato' K kat situ. Dan yang peliknya, mat2 salleh pun sibuk berebut nk ambil gambar Siti. Kenal ke diorang tu sape Siti Nurhaliza?? Aku dapat gaklah tengok Siti secara dekat tapi malas nk kuarkan hp amik gambar. Selain Siti Nurhaliza aku de jumpe lagi sorang artis. Artis nie lelaki, dia nie taklah glamour mana. Tapi kalau tengok, mesti kenal punyelah. Selalu berlakon watak samseng dalam cite Yusof Haslam. Ala... yang botak2 tu. Nama die aku tak tau.
Then, bila dah sesak tu keluarlah pergi Jalan TAR. Hurm.. time2 nk dekat raya nie memanglah ramai orang. Lebih2 lagi bila time cuti. Paling kesian bila tengok parents yg bawa baby. Aiyo... dahlah panas terik, orang ramai... sian baby tu jadi mangsa mak ayah diorang nk shopping. Nak shopping boleh tapi tengoklah masa dan tempat. Announcement budak hilang tok sah cakaplah, memang melambak.
Hari ni buka pose aku makan nasi beriyani. Lepas makan sambung jalan2 lagi. Barulah de tenaga dan bersemangat. Then, dekat kul 9 baru nk gerak balik. Dan macam biasalah bile time nk balik tu aku hilang ingatan jap bile smpai stesen LRT. Tak tau nk ke mana. Then sampai umah dekat kul 9 lebih. Time2 camni aku rasa 'kan best kalo ade kosi Ogawa.. tak pun de ikan yg gigit kaki tu'. Penat seyh... esok mau keje. Tapi nasib baik baju sudah gosok. Tak sabar nk tunggu ari Jumaat. Nak balik umah nak tido puas2.
~Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-53~
2 comments:
macam x best je hidup sambil berkerje...hehehehe
alif, keje tu seronok sebenarnya. tp biasalah disebalik keseronokan tu mesti de kekurangannya.
Post a Comment