Tuesday, August 31, 2010

Bila tiba musim raya

Bila dah diberi cuti tak reti2 pula nk dok rumah. Abis nk wat camne dok sini sorang2 bosan giler, tak tau nk wat apa. So tadi satu ari kuar jalan2 pi Sogo dengan Niniey. Kalo pegi Sogo maknanya aku kenalah naik dua tren... PUTRA dan STAR. Bila dah lama tak naik STAR rasa len macam lak. Makanya aku dah jadi macam pelancong asing yg sibuk dok menanya orang arah mana patut aku naik. Huhu... Tulah, sapa soh tak letak signboard dgn jelas. Compare pada PUTRA... tu lagi better. Walaupun STAR lebih selesa, orang tak ramai, bergerabak2 tapi tak boleh menandingi PUTRA yang cepat lagi laju.. lagi best.. lagi cantik.. dan bermacam2 lagi.

Sampai je Sogo memang dah macam gula kena hurung dengan semut. Orang memang ramai. Nak gerak pun susah. Tambah sesak lagi bila kat Sogo de Siti Nurhaliza. Actually aku pergi Sogo bukan nk jumpe Siti Nurhaliza semata2 ya. Kebetulan dia wat pelancaran Simply Siti kat situ. Lagipun sebelum nie aku dah pernah jumpe dia. Budak2 lelaki dok sibuk jerit2 nama mak Iti. Siap mention lagi tu, "Siti.. I love you". Nasib baiklah takde Dato' K kat situ. Dan yang peliknya, mat2 salleh pun sibuk berebut nk ambil gambar Siti. Kenal ke diorang tu sape Siti Nurhaliza?? Aku dapat gaklah tengok Siti secara dekat tapi malas nk kuarkan hp amik gambar.

Selain Siti Nurhaliza aku de jumpe lagi sorang artis. Artis nie lelaki, dia nie taklah glamour mana. Tapi kalau tengok, mesti kenal punyelah. Selalu berlakon watak samseng dalam cite Yusof Haslam. Ala... yang botak2 tu. Nama die aku tak tau.

Then, bila dah sesak tu keluarlah pergi Jalan TAR. Hurm.. time2 nk dekat raya nie memanglah ramai orang. Lebih2 lagi bila time cuti. Paling kesian bila tengok parents yg bawa baby. Aiyo... dahlah panas terik, orang ramai... sian baby tu jadi mangsa mak ayah diorang nk shopping. Nak shopping boleh tapi tengoklah masa dan tempat. Announcement budak hilang tok sah cakaplah, memang melambak.

Hari ni buka pose aku makan nasi beriyani. Lepas makan sambung jalan2 lagi. Barulah de tenaga dan bersemangat. Then, dekat kul 9 baru nk gerak balik. Dan macam biasalah bile time nk balik tu aku hilang ingatan jap bile smpai stesen LRT. Tak tau nk ke mana. Then sampai umah dekat kul 9 lebih. Time2 camni aku rasa 'kan best kalo ade kosi Ogawa.. tak pun de ikan yg gigit kaki tu'. Penat seyh... esok mau keje. Tapi nasib baik baju sudah gosok. Tak sabar nk tunggu ari Jumaat. Nak balik umah nak tido puas2.

~Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-53~

Monday, August 30, 2010

Hari yang ceria

Semalam balik dari umah Along terus gosok baju. Badan dah terasa letih dan mata dah semakin mengantuk. Elok pas gosok baju, dalam kul 11 lebih terus masuk tido. Golek punya golek punya golek... smpai pukul 3 still tak boleh nk tido. Then dalam kul 4 lebih aku terjaga (walaupun aku tak kunci jam) terus aku bangun pergi goreng karipap. Huhu....

Pergi keja sib baik tak mengantuk sangat sbb aku dah breakfast dulu. Pekena nescaffe yang kaw-kaw punye. Paling best arini aku leh naik train dengan aman damai. Tak perlu nk berebut2. Almaklumlah ramai orang yg sambung cuti.

Hari nie buka pose kat HR Steak House, Kampung Baru dengan Niniey. Menu yg aku order adalah chicken sizling dengan iced mochacino. Sangat sedap dan sangat murah. Aku de snap gambar makanan tadi tp tetibe lak boleh terhilang. Takpelah, hanya gambar aku je yg ado. Hehe....


Tengoklah mataku yg tak cukup tido tu....


Thanks to Niniey coz belanja aku makan. Almaklumlah orang dapat bonus. Pas nie leh belanja kat restoran berputar lak ye.. *_*

Sunday, August 29, 2010

Karipap vs. Ketupat = LULUS

Menu sampingan untuk berbuka pada hari ini ialah tadaa......... karipap pusing...



Walaupun karipap nie kakak Angah yang buat dengan bantuan ibu, tapi aku de gak try buat lima enam ketul. Dan hasilnya tengoklah yg de symbol pointing hand tu. Ha.. yg tu aku yg kelim sendiri. Cantik tak?... Oklah kan, not bad. At least menjadi gak. Dan aku masih ingat lagi kata2 Dr. Fazley. Waktu tu dia still belum kahwin. Dia kata mak dia bilang, kalau nk cari isteri carilah isteri yg pandai buat karipap dan yg pandai menganyam ketupat.

Aku tak tau apa kaitan antara nk cari isteri dengan karipap + anyam ketupat. Maybe sbb dua perkara nie memerlukan kesabaran yg tinggi di samping kreativiti. Almaklumlah di zaman yg serba moden nie tak semua orang boleh mengelim karipap dan tak semua orang boleh menganyam ketupat. Dan aku telah mempelajari kedua2 bidang nie. Kira okeylah kan. Lengkaplah ciri2 perempuan melayu sejati... *_*

Wednesday, August 25, 2010

Ilalliqa'

Esok seramai 8 orang staff akan berangkat ke Libya. Flight mereka pukul 7:30 malam. Tujuh orang lelaki dan seorang perempuan. Hanya sorang saja yg non-Muslim. Tak lama pun diorang pergi cuma 2 minggu sahaja. Tapi aku pula yang terasa sedih. Even tak sume lapan2 orang tu aku kenal tapi proses diorang nk ke sana secara tak langsung aku juga terlibat sama. Sediakan travel card diorang, passport, form dan segala macam dokumen2 yg berkaitan. Mengikut jangkaan, diorang akan balik ke Malaysia pada hari raya pertama (itu pun kalau hari raya jatuh pada 10hb). Tapi aku tau mereka takkan pulang dlm masa yg ditetapkan. Mesti diorang kena stay lama di sana. Kesiannya... lebih2 lagi pada mereka yang mempunyai anak dan isteri di tanah air.

Paling rasa sedih bila mengenangkan cara hidup mereka di sana. Mengikut kata staff2 yg pernah bekerja di sana, mereka takkan menginap di hotel mewah ataupun di rumah yang cantik. Tapi mereka akan tinggal di kawasan kem. Almaklumlah kalau buat projek jauh dari kota memang begitulah gayanya. Bayangkan kalau di Malaysia nie, orang buat projek perumahan. Then, berdekatan projek tu de satu kawasan rumah yang pasang siap punye. Tempat kontraktor2 Indon tinggal. Ha... camtulah gayanya di Libya tapi keadaannya senonohlah sket. Lebih elok, lebih selesa dan lebih selamat. Ala-ala kem askar tu. Moga2 mereka tabah apabila berada di sana lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie.

Hari nie aku dapat sampul duit raya. Actually sume orang dapat semalam. Ingatkan bahagian aku takde, tapi pagi tadi HR Coordinator tu bagi aku 2 bungkus sampul duit raya. Kepada kak An, amacam... nak tak? Tapi tahun nie punya taklah secantik tahun lepas. Tahun nie bak kata ramai staff, tak de unsur2 raya. Yang banyaknye unsur2 alam sekitar. Tahun lepas punye lagi cantik.

Alhamdulillah... akhirnya aku juga diberi cuti sempena raya nie. Cuti ke?? Tu bukan cuti namanya kalau kena potong allowance. Kalau dah unpaid leave tu maknanya aku kenalah bijak memilih tarikh untuk bercuti. Tak tau lagi nk cuti bile. Kalau ikutkan aku... dah tentulah aku nk cuti 5 hari. So kira genap seminggulah kan. Tapi sayanglah kalau cuti lama2. Sebut pasal cuti nie, terasa jelous pada kakak Angah sebab dah boleh balik esok. Almaklumlah ari Jumaat nie Selangor cuti sempena Nuzul Quran tak macam KL.

[p/s: kak An, utk dis week antara pencuci mulut yg kami fikirkan adalah karipap pusing, sagu mata ikan dan kuih lompang]

Monday, August 23, 2010

Puasa ke-13

Hari nie dah 13 Ramadhan, rasa sekejap je rasa. Weekend aritu balik Seremban, buka ramai2. Along and family pun de sekali except Boy je yg takde. Menu macam biasalah. Time2 weekend nie barulah nk tunjukkan skill memasak. Oleh kerana last week kami wat roti jala + ondeh2, so dis week kami ulang balik menu tu. Almaklumlah kak An teringin nk merasanya. Dan untuk weekend next week kami dah de plan nk masak apa. Huhu...

Dan utk arini aku rasa lega sket sbb tak perlu nk rushing tiap2 malam nk settlekan thesis aku tu. Alhamdulillah, dah hampir 70% siap. Paling best lecturer aku pun dah terima aku punye proposal tanpa de sebarang pindaan. Untuk second advisor pun aku dah anta. Tapi bukan aku yg hantarlah. Aku punye lecturer yg tolong antakan.

Thursday, August 19, 2010

Tajuk ape nk taruk....

Esok aku kena pergi awal sbb kunci bilik bos ada pada aku. Kenapa ada pada aku ea?... Actually selalunya secretary dia yg pegang tp memandangkan tadi sec boss aku tu balik awal so akulah yg kena simpankan. Alah, boleh je soh orang lain pegang. Saje je nk soh aku datang awallah tu. Almaklumlah selalunya boss aku sampai dulu daripada aku. Nak tak nak esok aku rasa kul 7 agaknya aku dah kena keluar. Alamak, gila awal!!!

Oklah, malas sudah nk cite banyak2. Aku nk settlekan proposal aku wat kali terakhir nie. Aritu dah anta melalui email dan Alhamduillah tiada apa2 yg perlu aku ubah walaupun satu ayat. Makanya, ari Sabtu nie dah nk kena submit. Nasib baik lecturer aku suggestkan datang ari Sabtu. Cam tau2 je aku nie susah dapat cuti.

Wednesday, August 18, 2010

Puasa ke-8

Hari ni dah masuk 8 Ramadhan dan Alhamdulillah aku masih lagi berpose cam biasa. Cuma kali nie every day aku dapat bangun sahur compare last week yg asyik terbabas je nk bersahur. Except kalo balik Seremban lah kan. Dan utk berbuka arinie aku juz beli kuih karipap singgit dengan cendol. Tetibe lak terliur nengok cendol yg dijual, tu yg terus beli je. Sikit kan menu berbuka aku?... Taklah, actually kang aku nk masak sardin. Kat opis semalam orang dok sibuk bercerita pasal sardin, tu yg aku teringin nk makan sardin + telur dadar yg gebu.

Keje cam biasa, still tak pernah abis. Even working hours dah dipendekkan, aku tetap ikut yg lama punya, 5:30. So tadi, masa aku dalam lif, aku sorang jelah yg Muslim dalam tu. Yang lain sume non-Muslim. Then de sorang bos nie tanya, "you're not going home yet?"... Macam mana nak balik kalo keje xsiap. Tapi tak pe, setiap ari Jumaat aku akan pastikan aku balik on-time.

On da way nk balik tadi masa kat Ampang Park orang dah dok sibuk pasang lagu raya. Pergh.. gila awal. Tapi suasana raya tu aku masih tak terasa lagi. Entahlah... mungkin aku dah dewasa kot, dah kurang rasanya sakan nak beraya. Dulu2 bolehlah. Dan untuk hari ni aku dapat hadiah dari Bank Muamalat. Ala, bukan hadiah apapun. Masa kat LRT tadi, diorang passing2 goodie bag tu bagi pada orang Muslim. So dapatlah mineral water, biskut dengan kurma 4 biji. Orang dah bagi apalagi.... kita promotelah!

Monday, August 16, 2010

Monday's story mori...

Arini rasa penat yg teramat sangat. Bukan penat sbb berpuasa tp penat sbb tahan mengantuk. Gila punya ngantuk dah. Padahal malam tadi aku tido awal. Pagi tadi kuar umah lepas sahur, kul 5:45. Almaklumlah skrg working hours dh berubah so jadual balik KL pun kenalah ubah. Dahtu masa dlm bas mata nie bukannya boleh lelap pun. Elok dah masuk Sungai Besi barulah aku tertido.

Sampai CM kul 7:20++. Okey, still masih awal lagi. Bukan jauh pun dari CM ke Ampang Park. Tapi bila aku naik je eskalator tu, orang dh ramai beratur. Ramainya orang bukan seperti selalu. Pastu de pengumuman dibuat. Lor... train delay lagi. Aku rasa utk bulan nie saja dah 3 kali kot train delay. Every month de je train yg delay. Makin teruk kot rasanya sekarang LRT nie. Dan akibatnya aku smpai opis lewat satu minit. Satu minit tu amat berharga bagi aku tau. Wawaaa.... rekod aku dah tak cantik! Tolong!!!!!...

Utk arinie macam2 berita yg aku terima. Tapi de yg aku takleh nk reveal kat sini. Private and Confidential. Wah, skrg nie ape2 sket sumenya P&C... Huhu... Okeylah, juz a few things yg aku boleh kongsikan bersama.

First, confirm company tempat aku praktikal akan berpindah tempat. Dan yg paling aku risau adalah company tu pindah time aku masih praktikal. Jadinya macam mane aku nk pergi keje nanti sbb opis baru tu xde public transport. Tak tau camne nk gi keje nanti. Second, dapat satu panggilan. Dan ini merupakan kali kedua aku menolak rezeki itu begitu saja. Rasa ralat plak bila aku lepaskan peluang tu. Agak2nya ada tak peluang aku untuk kali ketiga???....

Third, utk raya nanti aku tak diberi cuti. Sedeynye... tapi xlah sedih sgt pon. Cume bile mengenangkan akan sunyi sepi opis tu nnti tu yg rasa xsyok tu. Almaklumlah level tempat aku tu kebanyakkan Muslim compare level lain yg majoritynya non-Muslim. Tu yg terasa sangat tu... Ceh... belum tiba masanya lagi dah tau camne rasanyakan. Dan aku mungkin akan tinggal keseorangan dirumah sewa yg indah permai nie memandangkan housemate aku sumenya mula bercuti pada hari Selasa sedangkan aku hari Khamis masih perlu bekerja. Yg paling aku sedihkan... dhlah aku xde cuti... boleh lak Admin Coordinator tu teranta email pada aku utk apply cuti sebelum 19hb. Padahal nama aku tak tercalon pun dalam senarai tu. Sob sob sob.... aku dpt bayangkan malam raya tu aku masih berada di pejabat. Opss.. bukan! Di atas jalan raya yg penuh dengan kesesakan. Then, siapa yg akan menganyam ketupat nanti???

[p/s: pose lom smpai seminggu dah sibuk nk pk pasal raya kan.. xpelah, bak kata boss aku planning tu penting.. hehe...]

Sunday, August 15, 2010

Diari Ramadhan

Hari Pertama

Sehari sebelum Ramadhan, lepas abis keje pergi KLCC beli barang dapur. Excite nk berpose besoknya, malam tu aku buat ayam masak lemak cili padi. Kalo orang lain masak gulai lemak diorang blend tapi aku tumbuk sumenya. Bukan rajin sgt pun sebenarnya tp cari blender xjumpe2. Huhu.... Pastu kul 4 pagi bangunlah bersahur then tido balik.

First day pose, kat office rasa sunyi sangat padahal orang ramai je. Tak taulah np sume orang senyap je. Simpan sore kot. Abis je keje, misi aku adalah mencari bazar Ramadhan. Kata Acik kat kawasan rumah aku tu mmg de bazar. Sampai je bazar tu, perkara pertama yg aku buat ialah dengar dulu peniaga tu "cakap". Owh... okey, aku suka bazar nie!


Hari ke-2


Kunci jam kul 4 pagi nk bangun sahur tapi kul 6:05 baru aku terjaga. Alamak, dah terlajak sudah. Hari kedua aku kuar opis lambat. Dekat kul 6 gaklah. Keluar lambat alamatnya memang jem teruklah. Jem kat bazar. Huish.. menyampah betul dengan keadaan yg sesak mesak tu. Sakit jiwa gaklah. Abis nk wat camne kan, dh sibuk sgt nk gi bazar kenalah tahan. Nak masak malas. Tapi dalam dok ramai2 orang tu aku pun tercari2 gaklah kot2 kalo terjumpe Acik ke... yelah, diorang nie suka shopping kuih muih kat bazar Keramat nie. Huhu....


Hari ke-3


Sama macam semalam punye cite. Sekali lagi aku tak bangun sahur. Kul 6 baru aku terjaga. Hari Jumaat aritu first time aku balik on-time. Pukul 4 suku aku dah get ready nk balik dah. Meja dah clear abis. Tinggal nk off-kan PC je. Tepat je 4:30 terus aku angkat kaki. Orang kat opis pun naik heran. Tapi diorang tak berapa nk heran sgt sbb diorang tahu setiap ari Jumaat je aku akan balik ke Seremban. Cume yg bezanya kali ni aku balik on time. Yahoo.... balik rumah! Kul 6 dah sampai Seremban, nasib baik sempat kan...


Hari ke-4

Hujung minggulah timenya nk tunjukkan skill memasak. Iyalah, kalo dok umah sewa sapa pulaklah yg nk makan. Then, semalam ari Sabtu masak daging bakar cicah dengan air asam. Then, first time try buat roti jala dan hasilnya memang menjadi. Rasa cam tak cukup pula. Tamak-minah sungguh aku nie kan!


Hari ke-5

Hari ni tiba2 kakak Angah teringin nk masak rendang style Negeri Sembilan. Even kami nie dah lebih 20 tahun dok sini, tapi bab masak memasak style N9 nie masih dlm proses pembelajaran. Bila dah berkawan dgn org2 yg mmg anak jati N9 barulah kenal dgn macam2 masakan N9. So untuk menu berbuka arini, Angah masak rendang N9 bersama daun puding. Daun puding tulah yg menyedapkan masakan nie sebenarnya.








Dan aku pula menunjukkan skill memasak kuih buah melaka atau orang panggil ondeh2 ataupun kuih kelempung. Camtu ke ejaannya?... Tibai je lah... Okey ape kuih nie dan cam biasa masih rasa tak cukup. Huish... sekali lagi perasaan tamak menguasai diri aku!

Tapi xpe, arini adik Ucuk de beli kuih donat atau ayah panggil "kuih Jepun". Hahaha... Mula2 aku ingatkan sushi tapi bila tgk balik donat daa..... Tapi style ala2 sushi gitu sampaikan diberi nama DonaShi.



Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Kenapa sekarang aku rasa kejap sangat masa berlalu. Dua jam lagi dah masuk 3 Ramadhan. Bila time keje, puasa tak terasa letih cuma mengantuk tu biasalah. Mana tak ngantuk kalau tidur lewat then bangun sahur pula. Kat office, tersenguk2. Huhu... Takpe, itulah cabaran namanya. Dan nasib baik time bulan pose dapat balik awal. Kalau ikutkan, "orang besar" dah keluarkan kenyataan supaya balik cam biasa. Then, sib baik de one of the subsidiaries of the group yg fight abis2an pada "orang besar" tu supaya tukar working hours. Dan akhirnya dapatlah kami balik awal except for the non-Muslim yg working hoursnya cam biasa melainkan kalo diorang request nk balik awal.

Beberapa ari sebelum Ramadhan, dah macam raya aku rasa. Mana taknya, dua tiga hari sebelum tu seminggu aku makan free sbb de je yg buat jamuan, de je orang yang bagi makanan. Then, sehari sebelum Ramadhan, orang2 kat sini sumenya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain tak kiralah orang besar ke orang sederhana ke atau orang kecil. Mungkin memang dah jadi tradisi di sini supaya bila berpuasa nanti ianya lebih berkat dan jiwa kita akan lebih tenang. Masa time bermaaf-maafan tu aku rasa....... wah, syahdunya...

Semalam, de tazkirah sempena Ramadhan. Actually every 2 weeks memang de tazkirah tapi kali nie rasanya lebih bermakna sebab masanya lebih panjang dan diikuti dengan solat jemaah yg digabung bersama subsidiaries yg lain juga. Untuk next week, de majlis berbuka pose bersama anak yatim + solat terawih di Masjid Muadz, Setiawangsa. Sume anak2 syarikat di jemput hadir.

Di kesempatan ini, aku nk ucapkan salam Ramadhan untuk semua dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Amin~

Saturday, August 7, 2010

Blues di pagi hari

sekarang dah bulan 8
maknanya de 2 bulan stengah je lagi
eh bukan... juz another 45 days to go
tu lom lg tolak cuti
cuti balik campus, cuti raya, cuti merdeka, cuti hari malaysia

rasa kejap sangat masa berlalu
masa mula2 dulu rasa malas je nk wat praktikal
tapi skrg aku rasa... "kan bagus kalo aku lama lagi di sini"

ada perkara yg masih aku belum capai
ada perkara yg masih aku cari
tapi ada banyak perkara yg dah aku pelajari

dah ujung2 nk abis nie macam2 benda yg manis berlaku
macam2 juga benda yg pahit terjadi
juga perkara yg tak terduga
dan dot dot dot....

erm.. np kejap sangat ek
tp kalo lama2 pun susah gak
sebab??
hanya aku, kamu dan dia yang tahu

Wednesday, August 4, 2010

pre-RAMADHAN mood

Kalo aritu along wat entry pasal pre-RAYA mood kali nie aku nk ciplak tajuk dia pula cuma tukar sket aje, pre-RAMADHAN mood. Hahaha... sesuai ke? Sesuai tak sesuai takpelah, dh malas nk pk tajuk apa dah.

Minggu depan dah nak puasa. Kalo tahun sudah aku berpuasa di Melaka tapi tahun nie di Kuala Lumpur. Tapi tahun sudah de member2, tahun nie kesoranganlah. Sebelum nk puasa nie, murah rezeki aku. Semalam de sorang staff nie dia masak makaroni goreng dan sedekah pada department kitorang. Pagi tu pula, de orang belanja aku breakfast.

Then, ari Isnin aritu aku dapat sourvenior dari Libya. Actually minggu nie ramai staff2 dari Libya balik ke Malaysia. Ada drafter tu dia baru je abis project kat sana so bile dia balik sini, dia bagi aku cenderahati berbentuk kasut. Sangat comel ^-^. Selain tu dia bagi coklat gak. Memang bestlah coklatnya.

Pastu tadi de sorang engineer nie dia balik bercuti ke Malaysia, jd bila singgah ke office macam2 yg dia bawa. Dan of courselah HR department yg akan dapat segala macam yg dia bawa tu. Antaranya buah kurma, buah thin, kismis, coklat, gula2, minyak atar pun tak terkecuali. Memang banyaklah yg aku dapat. Syukur Alhamdulillah... De lagi..... untuk next Monday department aku de wat makan2. Of courselah makan free kan. Boss aku tak bagi bawa apa2 tapi tak syoklah pula kalo aku xbawa apa.

Cite pasal boss aku nie, tadi aku discuss dengan dia pasal research aku. Erm, tak sangka aku dalam diam2 dia ikut gak perkembangan aku. Ingatkan juz tau sket2 je tapi... dahsyat juga dia. Yelah, selama nie aku byk rujuk pada AM. AM yg jadi aku punye supervisor. Tapi tadi macam2 yg boss aku bagi idea dan dia sangat membantu aku.