Sunday, April 4, 2010

Bas oh Bas!

Semalam pas abis je event terus gerak balik Seremban. On da way balik tu memang penat giler. Walaupun aku rasa ngantuk sangat tp takkanlah aku sesedap rasa je nk tido dgn membiarkan Kyra drive sendirian. Even dia tak kisah pun sianlah kat die kan. So aku pun menahanlah mata ini. Sampai je rumah juz tinggal along je. Yang len sume gi Pahang. Wah, pergi tak tunggu Aidah pun!!!

Takpelah, at least dapat gak jumpa Firas. Firas yang skarang nie tak banyak nangis dan makin kurang bercakap. Huhu... selama nie die penah bercakap ke??





















Tengoklah si Firas nie. Bila letak je dalam buaian terus tertidur sambil menggigit teether nye.



Oleh kerana balik dh last minute, so petang Sabtu tu terus gi Petronas nk beli tiket. Sampai sana computer system die dh xberfungsi selama 2 hari. Malas nk ajak along gi Seremban so minta tolong angah yang nun jauh di Kuantan tu tolong belikan tiket.

Then, pagi tadi angah call kata tiket yg tinggal hanya jam 5:45 je. Aik... 5:45??? Erm, cam pelik je. Sbb setahu aku tiket slalunya dijual setengah2 atau 1 jam-1 jam macam 5 stengah, 6 stengah, 7 stengah atau kul 2, kul 3, kul 4. Tapi bila angah kata 5:45 aku cam terdiam jap. Okeylah fine. Tiket ada dijual dan dah dibeli pun. So mestilah ada kan.

Bila angah bagi je tiket kat aku, aku lagilah rasa pelik bila tengok seat aku nombor 13. Selama aku naik bas transnasional seat paling last adalah 11. Pelik bin ajaib sungguh. Tadi masa tengah bersiap2 nk balik aku rasa malas je nk balik. Terdetik dihati aku untuk balik esoknya.

Dan betullah naluri aku selama ini. Sampai terminal 2 angah pergi tanya kaunter dan kakak kaunter tu kata bas jam 5:45 nie tak wujud. Paling tak boleh blah die kata kaunter untuk bas tu dah ditutup. Pergh...... gila dahsyat!

Then, rush pergi terminal 1 minta kepastian. Makcik kat situ pun cakap benda yg sama gak. Dia kata orang kat Kuantan tu yg silap. Patutnya tiket tu tak boleh dijual sbb kaunter bas tu dh ditutup. Hanya orang di Seremban je yg tahu pasal hal nie. Mana boleh camtu, patutnya pakai sistem online kenalah standardized, nie tidak. Makcik tu kata kami leh wat aduan kat persatuan pengguna kalau pihak Kuantan tu tak nak bertanggungjawab atau tak mahu bayar ganti rugi.

Aku dah tak de hati nk fikir pasal perkara2 sebegini lagi sbbnya aku memang dh selalu terkena dengan bas transnasional nie. Aku dh penat nak rasa marah, geram, tak puas hati dan sebagainya. Dan sebagai kesimpulannya aku beli tiket balik ari Isnin jam 6:30 pagi. Ha, awal tak... Leh balik sekali dengan angah. Apapun yg berlaku tetap ada hikmahnya. At least aku leh smbung wat assignment aku yg banyak tertangguh. Alhamdulillah, aku berjaya siapkannya.

1 comment:

xhn said...

lepas ni xpayah la naek transnasional tu lg.wat sakit ati je.
so sorry xdpt g seremban belikn tiket.kuar dh ptg sgt + ujan pulak tu.sorry ek.