Sunday, April 25, 2010

Bila tiba saatnya

Hari yg ditunggu2 bakal menjelang tiba. Tak sabar rasanya nk menunggu waktu dan saat itu. Takpe, nak dekat dah.... Bersabar sajalah. Tapi mungkin time tu akan rasa kesedihan dan kerinduan. Entahlah.. biasalah tu manusia memang tak pernah rasa puas. Bila ada tak dihargai cuba bila dah takde waktu itulah akan tercari-cari. Tapi masa yg ada sekarang nie pun aku tak manfaatkannya dengan betul. Rugilah aku~

Singgah halaman lain membuatkan aku rasa jauh ketinggalan kebelakang. Selama nie aku sedar tp kenapa baru sekarang aku begitu terasa sekali. Mungkin faktor persekitaran dan masa yang membuatkan aku berfikir sedemikian. Sangatlah sweet kalau perkara yg sama boleh berlaku kepada aku juga. Tak apalah, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti aku. Mudah-mudahan~

Wednesday, April 21, 2010

Final Exam

Esok, paper pertama aku akan bermula. Tak sabar aku nak abiskan paper aku yang terakhir pada 6 Mei nie. Hopefully semuanya berjalan dengan baik. Cuti ulangkaji aku banyak dihabiskan di Kluang, Johor. Actually tak rancang pun nk ke sana. Sempatlah kami bermalam di sana selama 2 malam. Malas aku nk ulas lebih lanjut tentang kepulangan kami ke Kluang, cuma aku nk kongsikan di sini, semasa kami di sana aku rasa kitorang asyik makan saja. Sampaikan perut aku yg baru nk baik nie, datang balik sakit die. Harap2 lah perut nie tak meragam masa aku tengah exam esok.

Friday, April 16, 2010

Suratan atau Kebetulan

Setiap ari Jumaat je mesti aku sakit perut. Aku tak kisah sakit perut tapi yg aku kisahkan setiap ari Jumaat aku mesti balik Seremban. So aku tak mau sakit perut dalam bas. Tapi tadi perkara tu terjadi. Actually dari class tadi tapi still okey je. Cuma dalam bas tadi sakit die memang teruk. Lom sampai Alor Gajah lagi perut aku dh memulas2. Masuk je highway lagi teruk. Bukan setakat perut tapi aku rasa nk termuntah sekali.

Sepanjang perjalanan tu aku dh tak keruan. Elok je masuk tol Seremban aku dh nk termuntah. Even dari tol nk ke terminal tu 10 minit je tp aku dh tak boleh tahan. Terus aku capai beg plastik, bersiap sedia nk muntah. Sampai je terminal pergi toilet terus dan selamat...........

Aku rasa nie sume penangan makan kat Umbai la aritu. Bak kata kakak angah, kami nie tak boleh nk makan kat luar. Kalo makan kat luar ha macam2 lah yang terjadi. Mungkin perut aku nie ikut perut ayah kot yg tak boleh makan sembarangan. Yang aku musykil tu setiap ari Jumaat kot aku akan sakit perut.

Thursday, April 15, 2010

A Day to Remember

Bestnye kalo wat seminar then de pulangan yg besar. Macam seminar Dr. Fazley yg kitorang wat aritu memang menguntungkan. De la lebihan dlm 1,000++. Tapi half drp duit tu kami akan dermakan pd rumah anak yatim. Actually ikut perancangan arini kitorang akan ke rumah ank yatim meraikan mereka tp sbb xde sp yg nk in-charge bende ni so kitorang tukar plan. Juz beli barang2 dapur then hantar pada rumah ank yatim tersebut. So, malam tadi kami student issue bersama PM Sha de dinner kat Umbai. Sangat best.... Berbaloi amik subject issue nie^_^

Tiga kereta konvoi ke Umbai. Sebelum tu kami sume berkumpul kat Taman Rempah dulu. Thanks to abong's frenz sbb pinjamkan keretanya yg sangat bermakna buat kami berempat. - aku, Kyra, Farah, Aisyah. Masa pergi okey tp balik problem sket. Kerete tu xde air-cond so bile nk balik, ujan tersangatlah lebatnya. Jadi kami sume telah menjadi "viper" kpd abong. Haha... Kyra di depan, aku dgn farah di belakang dan aisyah di tepi. Sangat sweet....

Then, pas gi umbai kami sume lepak2 di Jeti. First time kot aku gi situ. Sangat teruja amik gmbar disana. Paling best, dapat naik "keretapi".. Pastu, singgah minum kat tempat biasa, Elizad.. Lebih kurang kul 3:30 baru kami sampai umah. So, pada kak Fiza, Ecah dan Nadiah yg naik kete dgn madam memang rugi sbb xdpt join kitorang. Huhu....



















Tuesday, April 13, 2010

Which one is better?

Seronok je rasa arini tak pergi class tp at the same time rasa bosan gak. Esok de test then Jumaat pun de test lagi. Tp dengar cite ari Jumaat lecturer sume de meeting akademik kat Lendu. So, camne dgn test kami???.... Kalo takde ape2 leh balik awal, huhu.... Seronoknye dh nk abis blajar. Pasni selamat tinggallah bandaraya Melaka. Aku akan ke negeri lain pula utk menjalani latihan practical.

Sebut pasal practical nie satu lagi masalah buat aku. Last week Prasarana de call tp aku tak angkat. So die call umah cakap dengan ayah. Then ayah terus call aku kata Prasaran offer tempat practical. Aisehmen, lambat sangatlah offernye. Tadi aku check email de gak offer letter dari Prasarana. So skrg aku dh berbelah bagi. Tak tau yang mane satu aku nk. Ranhill aku dh terima tp bila Prasarana offer tempat aku dh jadi rambang mata. Camne nie ek??.. Bak kata Kyra pilih je la dua2. Pagi kat Ranhill petang kat Prasarana. Owh... alangkah bagusnya kalo boleh buat begitu.

Kalo ikut benefit, dua2 company akan tempatkan aku kat bahagian HR. Kalo ikut kemudahan, dua2 company terletak berhadapan stesen LRT. Tapi kalo ikut allowance, Prasarana offer lagi tinggi. Dan secara kebetulan orang yang offer tempat nie nama mereka sama cuma ejaan yang berbeza. Ranhill - Rosmayati, Prasarana - Rusmayati. Opps, sebelum tu Allianz pun de offer tempat tp aku dah reject awal2. Even aku suka keja kat Allianz tp at least aku nk cari pengalaman kat tempat baru.

Sekarang ni aku dh dalam dilema pula. Bila takde tempat susah, tp bile de byk tempat lagi susah nk wat pilihan. Apepun aku dh terima Ranhill. Rugila kot, bersusah payah aku attend interview die aritu takkan nk reject camtu je. Hopefully company yg aku pilih ni dpt berikan byk pendedahan kepada aku. Amin~

Pre Graduation Night

Arini sungguh penat skali. Malam tadi tido lambat sbb settlekan sume assignment. Alhamdulillah, sumenya telah aku siapkan malam tadi gak. BEL, Compensation + report utk Issues. Sangat penat dan letih. Untuk test Issues aku tak baca langsung semata2 nk siapkan sume assignment bagi semester yang terakhir ni.

So tadi abis je class terus rush gi CC sbb nk print segala bagai assignment tu. Ingatkan de gap 2 jam bolehlah belek2 notes Issues jap tp haram..... masa 2 jam tu byk dihabiskan di CC semata2. Tapi yg bestnya kat cc tadi jumpe Ecah. Dia mention madam tak masuk. Jadinya, open book test, leh discuss. Wah, leganya rasa. Thanks to PM Sha coz sangatlah sporting dlm hal2 camni. Huhu....

Abis je test dlm kul 4:30 terus balik rumah dan curi2 tido jap. Almaklumlah malam nk gi dinner. Pre-Graduation Night yg lebih pada Seminar Kecemerlangan Akademik, Etika & Protokol Pelajar Semester Akhir. Buat kat Dewan Seri Negeri Ayer Keroh memang nampak gah. Mana tak gah kalo dewan tu selalunya digunakan utk acara2 rasmi kerajaan negeri Melaka. First time masuk situ sesat gaklah kami sbb nk cari pintu masuk dewan.

Masa mula2 datang aku dah rasa ilang mood sket dgn PGN nie. Cam sedey jer rasa. Member2 aku pun sama gak. De lah something yg dh berlaku.... Tapi lama2 perasaan tu hilang camtu je. Mungkin sebab xnk spoilkan masa2 terakhir kami sebagai pelajar, tu yang masing2 bersemangat waja bila bab2 bergambar nie.

Bab makan susah nk explain. Cam biasa susah sbnrnya nk cari makan yg serasi dengan tekak kita. Walaupun style hidang tp still xmemuaskan. Makan je dh dekat kul 10 malam. Bak kata Datuk Pengarah Kampus, makan tu bukan agenda utama. Ish... mane leh camtu, orang sume dh lapar.

Secara overallnya aku rasa dinner HRS aritu lagi meriah kot. Iyalah, time tu suka hati kite nk buat apa. Pakai baju ape pun xkisah. Yang nie kena pakai baju kurung dan baju melayu lengkap bersamping bagi pelajar lagi. Dinner HRS aritu tak berapa nk ikut protokol sgt. Nie sumenya kena ikut etika. Dari segi pakaian smpailah ke sesi bergambar. Apepun okeylah kot, bile lg nk enjoy kan......

[p/s: sedey.... kali ni takde sorang pun group kami yg dapat lucky draw. 072 tak bertuah langsung!]


Yeay.. dok meja no dua puluh empat. 2410...



Inilah PM Shahariah yang paling sporting tu



Cuba teka yg mana satu lecturer kitorang, Miss Afzan...




With our new coordinator program, En. Rosmi




Siapakah yang paling serasi?

Friday, April 9, 2010

Apa Nak Buat

Tetibe je rasa cam arini ari terakhir class. Biar betul?? De lagi da next week. Ingat minggu depan kalo tak de apa2 leh balik awal. Almaklumlah next Thursday seluruh negeri Melaka akan bercuti sempena dgn hari Melaka Bandaraya Bersejarah. So class ari Jumaat tu dh tentulah akan hilang begitu saja. Elok je En. Helmy dah batalkan class Compensation ingatlah leh lah bercuti terus. Tapi sumenya tinggal angan2. Masa class knowledge tadi, Encik Za'bah kata test akan dibuat next Friday. Oh... sangat tak suka! Selalunya kalo dh last class nie motivation mesti akan down sket lebih2 lagi kalo cuti hampir seminggu.

Thursday, April 8, 2010

Catatan Hari Khamis

Hari nie merupakan class terakhir bagi CTU553 (Ethnic Relations). Tetibe rasa sedih lak padahal subjek nie bukanlah subjek feveret aku. Tapi tadi teringat kata2 Ustaz Rawi. First time aku jumpe lecturer yg berpesan soh balik umah. Selalunya lec tak galakkan student balik esp waktu study week. Tapi berbeza dgn Ustaz Rawi. Die soh balik sempena exam nk dekat nie. Paling aku tak boleh lupe bile dia kata balik umah bawa jadual exam tunjuk kat mak ayah bile time2 kite periksa. Ustaz kata sapa yg tak pernah buat silalah buat. Tapi aku selalu buat apa cuma dalam cara yg berbeza. Aku selalu bulatkan tarikh exam aku dengan marker besar2 kat kalendar yg tergantung dekat tv ayah tu. Sampaikan Ashiq yg sekali sekala datang umah pun boleh tau tu tarikh exam aku.

Pastu tengahari gi jumpa Dr. Sujatha nk bincang pasal repot BEL. Nasib baik xde ape2 juz betulkan aje mana yg tak betul. Paling penting xyah nk kena redo tajuk balik. Dengar cite de group yg kena wat semula sbb dh lari tajuk. Susahlah camtu....

Patutnya arini leh terus balik awal tp de je yg menghalang. Tunggu En. Rosmi bukan main lama lagi. Tapi sambil2 tu jengah jap bilik En. Azree. Tahniahlah pada En. Azree kerana dh jadi ayah kepada Iham Nur Kasih. Pergh... nama dahsyat tu! Nie mesti terpengaruh tgk cite Nur Kasih dulu nie. Paling seronok bile dgr En. Azree citerkan pengalaman die bila pertama kali melihat bayi dia sendiri. Hahaha... Kesian kat nurse yg kena menjawab segala pertanyaan En. Azree tu.

Wednesday, April 7, 2010

Serangan Peluru Berpandu

Hari ni saja ade 2 presentation, BEL & Strategic Management. Ikut undian, kami adalah group yg kedua yang present. Tapi kedua subject ni kami jadi group yang pertama disebabkan first group de masalah sket. Present BEL memang rasa teruk sesangat. Abis kena tembak dengan Dr. Sujatha. Ada je yang tak kena dimata dia. Itu tak boleh, ini tak boleh. Banyak betullah yang dia tak puas hati. Nasiblah!

Pastu present SM lak. Nasib baik arini Madam okey. Tak berapa nk kene tembak sangat compare masa ari Isnin aritu, ramai group yg present abis kene tembak dgn Madam Zaihan. Tapi kalo kene tembak pun taklah seteruk kene serangan drp Dr. Sujatha, tu lagi dahsyat!... Apepun alhamdulillah, presentation sume dh settle.

Paling best masa class Compensation tadi, En. Helmy kata program finishing school yg patutnya diadakan 3 hari bermula Jumaat nie dipostpone. Wah, syoknye.... Abis class terus gi MC beli tiket. Huhu..... Tp yg tak syoknye program tu tetap akan diadakan lepas final nnti. Lagi tak syok sbb cuti utk semester nie amatlah pendek memandangkan 1hb June dh start practical. Confirm dpt cuti kejap jer. Dahlah utk program asta-la-vista kemungkinan besar akan dibuat time practical atau lepas practical. Paling tak best tak dapat nk pergi Pulau Kapas. Asal kami je sume tak boleh. Jauhlah, bahayalah, budget takdelah..... Hurm...........

Tinggal satu minggu je lagi sebelum final exam tiba. Tapi sebelum tu still de lagi test yg tak settle plus satu lagi assignment yg perlu dihantar dengan report untuk event aritu. So, next week ari Isnin malam de Pre-Graduation Night kat Ayer Keroh. Tp yg musykilnye tu nape nama dinner tu diletakkan sbg Seminar Kecemerlangan Akademik. Kenapa perlu diletakkan perkataan "SEMINAR"? De ceramah ke???



Gerak Usahawan Siswa 2010

Ya, seminar lagi. Tapi kali ni bukan kami sbg organizernya tapi student2 Finance. Sebut pasal usahawan nie mmg aku lemah sket sbb aku nie bukanlah tergolong dlm org yg suka berniaga. So aku tak berapa berminat dlm seminar yg sebegini. Secara overallnya dak Finance mmg berjaya organize seminar nie dgn teratur dan sangat formal. Mana tak formal kalo masa VIP nk masuk audi, dibukanya muzik ala2 gamelan tu. Iye ke gamelan? Ke cak lempong? Apa2 jelah... Rasa cam time konvokesyen je. Dahlah MCnye terdiri daripada lecturer... Antara speaker yg terlibat adalah YBhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim selaku Presiden Johor Corporation (JCorp). Makanya, yg paling kami rasa seronok sekli bila Rasamas dgn baik hatinya telah menaja sarapan dan makan tengahari kami. Alhamdulillah...

Seminar sampai petang tp biasalah kalo kata sampai petang je, aku adalah antara muka2 yang suka lari dari seminar. Huhu.... bukan tak mo pergi tapi sbb aku dan kawan2 terpaksa duduk di pusat pelajar yg panas dan sempit tu, maka kami rasa tidak dihargai. Orang len sedap je dok dalam audi yg berair-cond tu. Tapi kami?? Patutnya mereka dahulukan student yg dh final year compare junior2 nie. Bolehkah begitu?

Tapi petang tu aku hampir terkantoi la pula sbb tak pergi seminar. Masa teman Kyra gi HEP, aku doklah kejap kat luar tu. Then, de sorang lelaki nie dok seblah aku. Nk kata student cam tak. Nak kata lecturer cam tak penah nampak. Staff? Lagi tidak.... Pastu die tetibe tegur aku. Dan kami pun berboraklah kejap. Pastu tetibe je dia tanya soklan maut:,

Dia: Kamu tak pergi ke seminar kat bawah?

Aku: Tak... saya tak terlibat.

Dia buat muka pelik sambil berkerut2 dahinya. Mungkin dia teringat kata2 aku tadi yg aku nie final year student. So, seminar tu pun fokus pada final year student. Pastu cepat2 aku jawab.

Aku: Pagi tadi sy ada pergi. Sempatlah dengar slot Tan Sri tu pasal jihad bisness.

Fuhh selamat. Nasib aku ingat nama slot tu. Pastu die leh uji minda aku lagi.

Dia: Owh... Tan Sri memang bagus. Ada tak dia cakap pasal seekor kata yang mati tersepit?

Aku: ?????? Blur kejap. .Katak ea.. Saya tak perasan pula. Sebab saya dok kat luar. Kat situ sound system tak berapa jelas. Dapat tengok gambar jer. Nak masuk dalam dah penuh. Erm... Encik nie dari JCorp tu ke?

Dia: Eh, taklah. Saya speaker untuk slot Usahawan Kerjaya. Saya dari Takaful.

Dan nasib baiklah time tu Kyra pun keluar. Selamatlah aku dari terkantoi terus. Tapi aku rasa die pun tau aku nie lari dari seminar. Saje je nk kenakan aku.

Monday, April 5, 2010

Aku dah Penat

Pagi tadi bangun kul 5 sbb nk naik bas kul 6:30 pagi. Elok je bas jalan aku pun jalan sekali. Ngantuk giler! Tapi biasalah tido dlm bas bukan leh nyenyak pun. Then, sampai Melaka kul 8 pagi pastu terus amik teksi balik umah. Sampai umah ingat nk tido jap tapi memandangkan baju tak gosok dan de sedikit keje so kim salam je lah. Waktu class SM tadi, bukan main mengantuk lagi aku. Waktu orang present mmg aku focus pandang diorang tp fikiran aku melayang2. Tahan je lah mata.

Kul 2:30 lak class issue. De post mortem pasal event kitorang Sabtu aritu. Alhamdulillah, sumenya berjalan dgn lancar. Overall, event kami PM Sha kata mencapai objektif dan berjaya. Tu yg nk dengar tu.. Huhu... Sini aku nk upload lg gmbar2 masa event kitorang aritu.


Miss Secretaries



Rehearsal time



Holding Room



Guest Speaker : YBhg. Datuk Haji Ameer bin Mydin + Dr. Fazley Yaakob



Sekitar majlis



Sharpen your Knowledge Strive for your Success


Seminar dah tamat. Tinggal beberapa test + presentation lagi. This week bagi aku satu minggu yg amat aku tak suka. Penuh dengan segala2nya. Sekarang aku dah rasa betul-betul penat. Letih sangat. Bukan sebab penat naik bas. Tapi dah penat nk belajar. Camne nie? Aku nk cepat habiskan degree nie supaya aku tak rasa tension, tak sakit hati. Aku tak hidup dalam kepura-puraan lagi. Boleh jadi gila aku camni. Aku tak mahu!!!! Aku nak idup aku teratur seperti sedia kala, aku nak rasa tenang seperti selalu. Bilakah sume ini akan berakhir.....

Sunday, April 4, 2010

Bas oh Bas!

Semalam pas abis je event terus gerak balik Seremban. On da way balik tu memang penat giler. Walaupun aku rasa ngantuk sangat tp takkanlah aku sesedap rasa je nk tido dgn membiarkan Kyra drive sendirian. Even dia tak kisah pun sianlah kat die kan. So aku pun menahanlah mata ini. Sampai je rumah juz tinggal along je. Yang len sume gi Pahang. Wah, pergi tak tunggu Aidah pun!!!

Takpelah, at least dapat gak jumpa Firas. Firas yang skarang nie tak banyak nangis dan makin kurang bercakap. Huhu... selama nie die penah bercakap ke??





















Tengoklah si Firas nie. Bila letak je dalam buaian terus tertidur sambil menggigit teether nye.



Oleh kerana balik dh last minute, so petang Sabtu tu terus gi Petronas nk beli tiket. Sampai sana computer system die dh xberfungsi selama 2 hari. Malas nk ajak along gi Seremban so minta tolong angah yang nun jauh di Kuantan tu tolong belikan tiket.

Then, pagi tadi angah call kata tiket yg tinggal hanya jam 5:45 je. Aik... 5:45??? Erm, cam pelik je. Sbb setahu aku tiket slalunya dijual setengah2 atau 1 jam-1 jam macam 5 stengah, 6 stengah, 7 stengah atau kul 2, kul 3, kul 4. Tapi bila angah kata 5:45 aku cam terdiam jap. Okeylah fine. Tiket ada dijual dan dah dibeli pun. So mestilah ada kan.

Bila angah bagi je tiket kat aku, aku lagilah rasa pelik bila tengok seat aku nombor 13. Selama aku naik bas transnasional seat paling last adalah 11. Pelik bin ajaib sungguh. Tadi masa tengah bersiap2 nk balik aku rasa malas je nk balik. Terdetik dihati aku untuk balik esoknya.

Dan betullah naluri aku selama ini. Sampai terminal 2 angah pergi tanya kaunter dan kakak kaunter tu kata bas jam 5:45 nie tak wujud. Paling tak boleh blah die kata kaunter untuk bas tu dah ditutup. Pergh...... gila dahsyat!

Then, rush pergi terminal 1 minta kepastian. Makcik kat situ pun cakap benda yg sama gak. Dia kata orang kat Kuantan tu yg silap. Patutnya tiket tu tak boleh dijual sbb kaunter bas tu dh ditutup. Hanya orang di Seremban je yg tahu pasal hal nie. Mana boleh camtu, patutnya pakai sistem online kenalah standardized, nie tidak. Makcik tu kata kami leh wat aduan kat persatuan pengguna kalau pihak Kuantan tu tak nak bertanggungjawab atau tak mahu bayar ganti rugi.

Aku dah tak de hati nk fikir pasal perkara2 sebegini lagi sbbnya aku memang dh selalu terkena dengan bas transnasional nie. Aku dh penat nak rasa marah, geram, tak puas hati dan sebagainya. Dan sebagai kesimpulannya aku beli tiket balik ari Isnin jam 6:30 pagi. Ha, awal tak... Leh balik sekali dengan angah. Apapun yg berlaku tetap ada hikmahnya. At least aku leh smbung wat assignment aku yg banyak tertangguh. Alhamdulillah, aku berjaya siapkannya.

Saturday, April 3, 2010

Sharpen your Knowledge Strive for your Success

Selepas berjumpa dengan angkasawan negara, Dr Faiz tahun lepas, kali nie aku berpeluang berjumpa dengan Dr Fazley pula. Dua Dr F yang aku jumpa. But still aku lebih admire pd Dr Faiz lagi. Hehehe.... Apapun, alhamdulillah.. tamatlah sudah seminar kami. Dr Fazley memang sporting giler. Actually slot die start kul 11 smpai 1. Then, oleh sebab tetamu VIP kami, Datuk Pengarah tiba agak lewat maka perjalanan majlis juga telah berubah. So, utk tidak membuang masanya, aku sarankan dia tiba lebih kurang jam 1130. Actually pukul 10 pagi lagi die dah sampai di Melaka. Tapi Dr. Fazley pergi minum dulu bersama crew2nya iaitu En. Farid, En. Jefry, En. Azizul.

Then, kul 11 aku call katanya on da way. Bangunan UiTM dah nampak tapi still tak jumpa2 jalan. Dan akhirnya, die pun tersesatlah sampai ke Jonker Walk. Time tu aku dh jadi serabut dah. Mana tak serabut kalo PM Sha asyik tanya bile Dr Fazley nk sampai sedangkan masa dh makin suntuk. Nasib baik abong ade. Abonglah yang pergi menjemput Dr. Fazley dengan naik motor honda die yg cantik tu. Dan tak boleh blah, ade ke abang cameraman tu soh aku ikut abong naik motor. Abang tu cakap, "pergilah ikut abong naik motor. Nanti sampai sana, mesti Dr Fazley ajak awak naik kereta sekali dengan dia." Pergh... tak kuasa aku!

Nasib baiklah selepas tu sumenya berjalan dengan lancar. Cuma adalah beberapa perkara yang aku tak berapa nk puas hati. Banyak sebenarnya tapi takpelah, benda pun dah berlalu kan. Selain Dr Fazley, aku salute gaklah kat Datuk Ameer Mydin yang sangat punctual orangnya dan tak berkira. Juga kepada yang lain2. Kat sini aku nk bagi credit pada:

Dr. Fazley - Thanks sbb sangat sporting utk mengorbankan sedikit masa bagi menyumbangkan sebuah lagu, Bila April + photography session. Especially time nk bergambar tu keadaan memang tidak terkawal. Walaupun ramai yang menyerbu dia, tapi die tetap layan dengan baik.

En. Ahmad - PA die yg masih dalam tanda tanya aku. Dari hari pertama aku berurusan dgn dia sampailah ke hari ni, macam2 persoalan yg timbul dlm kepala yg aku tak boleh nak luahkan disini. Walaupun aku tak pernah jumpa die tapi aku rasa die nie sorang yg sangat unik. Sebab apa aku kata dia unik?? Jeng... jeng... jeng!!!

Selain tu, die juga sgt committed dlm bekerja. Sebelum event start, dia de anta message ucapkan kata2 semangat dan good luck then pas abis event die tanya progress dan ucapkan terima kasih. Tersangatlah professional. Thanks to En. Ahmad kerana byk bersabar dengan aku especially bile time perubahan tarikh, khabar angin yg diterima dan macam2 lagi. Terima kasih atas segala2nya.

En. Farid - Seorang yg sangat peramah, bertolak ansur dan bersifat terbuka. Walaupun aku baru berurusan dengan dia tapi macam2 perkara yg kami boleh bualkan bersama. Mungkin sbb tarikh lahir kami cuma beza satu hari saja... huhu.....

Pakcik Library a.k.a cameraman - thanks sbb tanpa pakcik nie mungkin Dr Fazley & the crew akan sesat selama2nya. Sbb pakcik ni yg tolong terangkan pada En. Farid ttg jalan2 di sekitar Melaka nie bila kalanya Dr. Fazley sesat.

Paling penting, dah tentu2 lah pada sume committee members yg telah bertungkus lumus dlm menjayakan event kali ini juga kepada PM Shahariah. Thanks to all. Tak lupa juga kpd ad hoc marketing yg banyak membantu kami. Juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak.

















Rehearsal

Tinggal beberapa jam lagi seminar kami akan berlangsung. Tadi de rehearsal. Tengah aku bersiap2 nk gi kampus, dpt panggilan dari PA Dr. Fazley, Encik Ahmad. Macam2 gaklah die tanya pasal seminar esok. Sempat lagi tu wat lawak dengan aku pasal April fool. Amboi2 sebelum nie, bukan main serious die tp skrg dh pandai lak wat lawak spontan. Then, die cakap esok die tak dapat datang juz 4 orang staff pengurusan bersama Dr. Fazley. Alamak, aku baru nk tengok muka die camne. Sbb kak Fiza kata aritu masa die pergi pejabat Dr. Fazley pun die tak jumpa Encik Ahmad nie. So aku rasa orang bernama Ahmad nie tak wujud kot.....

Rehearsal tadi start agak lambat gaklah. Almaklumlah banyak lagi perkara yg belum disettlekan lagi sebenarnya. Around kul 9:30, PA Datuk Amer Mydin (owner of Mydin) datang. Wah, bagusnye PA die. Datang nk tengok kitorang rehearsal plus setting ape2 yang patut. Hopefully besok, seminar kami berjalan dengan lancar dan sume pihak berpuas hati. Insyaallah......

[p/s: yeay! yeay! pas abis seminar boleh balik. Dapat jumpa Firas ^_^]