Tuesday, November 30, 2010

Ada apa dengan kabel?

Semalam de student practical masuk. Mula2 aku tak perasan. Almaklumlah kat RGS nie memang selalu je de orang datang. Sampailah ke petang baru aku dapat tau. Rasa janggal bila pertama kali aku dgr budak tu panggil aku kak Aida. Aku jadi kaku jap time tu. Padahal camlah tak biasa orang panggil aku kak Aida. Mungkin sbb dia lelaki kot tu yg rasa lain je bunyinya. Budak tu muda lagi. Umurnye baru 19 tahun. Hahaha... tercabar budak practical yg lagi 2 orang tu. Takpe, korang tetap dihati walaupun korang kata aku ni sombong gile masa kat RBSB dulu. Huh, memang pun! Peduli apa aku. Aku mmg tak layan orang2 kat RGS dulu. Almaklumlah diorang sume mmg terkenal dgn 'perangai' masing2. Kim salam jelah aku nk bermesra alam dgn korang sume tu. Tapi de la sorang dua yg aku okey. Memang pilih bulu betul aku nie...

Tapi itu dulu. Sekarang aku baikkan dengan korang sume... *_*. Dan oleh kerana aku nie pernah wat practical kat sana (even different company), dan berpengalaman dalam buat projek paper, maka aku dijadikan rujukan. Bila budak lelaki wat report... hurm.. paham2 jelah. Esok lecturer nk datang baru arini dok bertungkus lumus siapkan. Itupun setelah dicilok drp report yg lepas2 termasuklah report aku sekali. Dahlah tak sama company, bidang lain2, tajuk pun of courselah lain. Jadinya bila dah siap print kale cantik2, tunjuk kat aku soh aku proofread CONFIRM mmg orang tau tu keje last minit. Ejaan mmg banyak salah. Tak justify. Paragraph tunggang terbalik. Alahai diorang nie. Agaknye budak lelaki mmg cenggitu kot. Teringat aku masa Boy dgn Nuar buat report dlu. Lebih kurang begini gak gayanya. Takpelah, hopefully esok bila lecturer korang datang, gud luck lah ye. Dan terima kasih sbb mention nama aku dalam acknowledgement sebagai Cik Nur Aidah.

Dan hari ini bila dapat student practical tiba2 aku teringatkan diri aku 5 bulan yg lepas. Tapi aku xmacam diorang sume. Diorang masuk sini pakai kabel. Masing2 de mak sedara lah, bapak sedara lah. Paling besar kabelnye dah tentulah anak sedara President. Sampaikan bila aku masuk RGS de orang tanya aku, "Aida masuk sini pakai kabel sape?"...

Time tu gak aku terbayangkan nama2 yg penah acik sebutkan. Tapi aku rasa bukan sebab itu sbb aku xde kene mengena langsung dgn mereka2 itu semua. Mungkin nasib aku baik sbb aku dok kat HR so bila de vacancy je diorang terus letak nama aku. Lebih2 lagi aku baik dgn Manager dari HR Group. Itu satu peluang keemasan bagi aku. Dan mungkin dah rezeki aku kat sini.

Even sampai arini, dah 5 peluang aku dapat interview kat tempat lain, tapi aku rasa berat je nak pergi. Rasa malas je. Jadinya sume tu aku tolak walaupun salary dan position yg ditawarkan adalah sepatutnya menjadi milik aku. Sebab apa aku tak nak pergi? Sebab aku dah suka dgn keje aku sekarang. Dan aku suka kawan2 di sekeliling aku sekarang.

2 comments:

my.u.my said...

same goes with me..fara ingtkn kabel mengabel ni just in g0men je..but private pun sgt kuat ek smangat mengkabel ni..cm bosan jek bler nak ingt2 balik..huhu..btw, just nak bgtau blog fara yg lame tu dah bertukar taw..follow ek kat www.meumaina.blogspot.com..thanx!

aIDA sULAIMAN said...

biasalah farah.. mane2 tmpat pun ada kan. owh.. dh tukar blog ea. padanlah tgk lama dh xupdate.