Tuesday, March 16, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni aku rasa sangat terhutang budi pada seorang pakcik yang berkhidmat di Pejabat Pos Besar Melaka. Sebab ape? Begini alkisahnya, ibu de anta pos ekspress utk aku tp de masalah sket. Almaklumlah dok umah 'tinggi' nie peti surat memanglah teramat comel. So, kesimpulannya pos xpress tu tak muat nk dimasukkan dlm peti.

Then, de sorang pakcik nie, staff kat post office tipon ckp pasal benda ni. Pakcik nie tersangatlah baik dan teramatlah baik. Cuba bayangkan ea, kalo orang lain bile dia dh bitau yg barang kite de kat post office dan soh kita dtg amik sendiri, kira abislah keje dia. Dia tak fikirlah tentang masalah kite, de transport ke tak de. Lantaklah, janji aku dh bitau. Tapi dlm kes aku nie lain sket. Pakcik nie seperti yg aku mention td memanglah terserlah KEBAIKAN die. Dia layan aku dengan sebaik mungkin dan paling penting dia sendiri tolong aku selesaikan masalah nie.

Aku nie dh lah tak abis khatam lagi dengan bandar Melaka. Even
pejabat pos besar tu pun aku tak tau kat mana letaknya. Aku soh die tinggalkan je atas peti surat tu, dia kata bahaya sbb takut hilang. Bila aku soh tinggalkan pd pak guard die kata kena ikut policy, jgn bagi pada orang lain. So bila aku cadangkan soh pos kat UiTM lagilah die kata tak boleh sbb dah sah2 lah alamatnya berbeza. Lagilah tak ikut polisi.

Nego punya nego, last2 pakcik tu dengan sukarelanya menawarkan bantuan. Dia kata biar die sendiri yg hantar pada aku. Dia soh aku tunggu kat Elizad Cafe lepas abis waktu keje. Wah, pakcik nie TERSANGATLAH BAIK. Sekali lagi aku ulang, SANGAT BAIK......

Seperti yg dijanjikan, dalam kul 5:40 pakcik tu dah sampai. Selepas ucap terima kasih sume pakcik tu siap tanya lagi, nk dia hantarkan balik tak. Almaklumlah, die tau aku nie xde transport dan umah jauh. Oh tidak, cukuplah die dah bersusah payah hantar pos xpress tu pd tangan aku sendiri. Aku tak mau susahkan dia lagi. Tapi sayangnya, aku terlupa nk tanya siapa nama pakcik tu. Kepada pakcik tersebut, aku sangatlah2 terhutang budi padanya dan mudah2 an hidupnya dilimpahi rahmat dan diberkati. Amin~

3 comments:

xhn said...

wehh edit blk picture tuh.padam segala particulars..alamat,no tepon,etc.selamba je publish kt tmpat awam ekk.

remove cpt!it's an order!

p/s : ibu pos ape tu?

l said...

ape yg ibu hantar tu?cm urgent je smpai kn pos laju....;)[sure tertinggal brg ni]

aIDA sULAIMAN said...

kak an: kene padam ea. dah padam dah. ala, lgpun bukan de pe pun. huhu.....
kakak angah: bkan tinggal barang la. tu sume salinan sijil2 yg dh disahkan. kan nk gi career expo kat shah alam tu, ingatkan pentinglah sgt.. xde benda pun... buhsan!!