Wednesday, March 31, 2010

Ragam Seorang Pelajar

Arinie baru terasa penatnya. Malam tadi pas wat keje sket terus nk tido. So kul 3 pagi stoplah wat keje. Tapi dalam kul 4 pagi baru leh tido. Then, esoknya bangun memang terasa malas sekali. Dalam class memang ngantuk gilerlah. Tahan jerk mata tadi. Abis je class, terus gerak gi MC nk gi shopping 12 helai tudung utk sume committee members. Almaklumlah event dah nk dekat. Dan untuk nampak cantik tudung kenalah sekata. Tapi susahkan nk cari 12 helai tudung yg sama corak. So caca-marba saja....

Nasib baik malam nie tak jadi wat rehearsal. Kalo tak mungkin lagi terasa penatnya. Then, esok nk gerak ke suatu tempat yang memakan masa lebih kurang satu jam gaklah. Kat mana??... Adalah..... tunggu!!!!!

Tak sabar nk abiskan 2 minggu dari sekarang. Minggu nie je dah macam2 perkara yg perlu disettlekan. Next week lagilah. Dengan presentationnya, dinner lagi dan paling aku tak suka de finishing school selama 3 hari. So tak leh balik lagi. Sedey~

[p/s: lagi tak sabar nk abiskan semester nie..]

Malam Gala Anugerah Kecemerlangan

Majlis Malam Gala Anugerah Kecemerlangan HRS & INSSO 2010 telah pun tamat diadakan di Botanical Garden, Ayer Keroh. Temanya dah tentu2 lah malam gala ala2 Grammy Award gitu. Gala tak gala, aku pakai je baju ape yang ade. Malas nk ikut tema sangat. Lagipun dh last minute baru diberitahu temanya.
































Ikut tentative majlis start kul 8 malam tp biasalah tunggu VIP sume, kul 9:30 baru dapat makan. Makanan tu pula bukan mengikut citarasa aku. Berbaloi ke bayar RM30??... Tapi tak pelah. Dah nak abis majlis baru aku rasa hepi. Sebab apa? Sebabnya nombor bertuah aku, 168 telah memenangi hadiah cabutan bertuah. Dapatlah hamper sebiji. Hahaha......























Selain dapat hamper, dapat gaklah plague dari pihak urusetia. Then, dapat sijil untuk anugerah dekan. Tahniah juga kepada member2 yang dapat dekan dan juga Ain dan Kyra kerana berjaya dapat Anugerah Tokoh Akademik dan Anugerah Tokoh Kepimpinan.




























Monday, March 29, 2010

Hari Yang Mendung

Hari nie cam terasa cepat je masa berlalu. Selalu aku asyik tertunggu je bilalah class nk abis. Mungkin arini masa aku diisikan dengan macam2 perkara yang perlu aku selesaikan, almaklumlah event dh nk dekat.

Cite pasal event nie, haisy..... susahnya aku nk contact dengan PA Dr. Fazley ni. Aritu email minta biodata terbaru Dr. Fazley, die kata dia akan bagi dlm masa terdekat. Then, minggu lepas message katanya sume org tengah bz skrg sbb Dr. Fazley baru dapat anak kedua. Pagi tadi message sekali lagi, tak berbalas2 smpai ke petang. Message nk minta full address pun still xbalas2.

Then, waktu class tadi madam soh call sbb nk tanya pasal cara pembayaran. Call2 memang tak berangkat. Alamak, camni nie? Esok dh nk kena bitau keputusan kat madam. Takkanlah, nk call malam kot.. cam tak profesional je call malam2 nie...

Tuesday, March 23, 2010

Melacca Heritage

Petang tadi pas abis class aku, Kyra dengan Kak Fiza gi survey souvenir kat bangunan MARA utk seminar kitorang next week. Survey punye survey sekali mahal daa harganya padahal budget kitorang xlah banyak mana pun. Last2 wat decision kat situ gak terus pergi kedai cenderamata kat depan Muzium Samudera area Dataran Pahlawan. Gi naik teksi dan tersangatlah murah teksi tu, kami kena RM2 inggit je sorang.

Then, sampai sana carilah barang2 yg sesuai utk VIP kami seramai 3 orang. So dapatlah around RM40 - RM45 utk satu souvenir. Abis je tawar2 menawar, abang kedai tu yg kami panggil abang Wira soh kami pilih mane2 kipas yang kami nak. Wah, dapat free gift gitu! Kyra amik kipas jenis peacok, kak Fiza punye lagi gempak, kipas Lady Gaga... huhu... dan aku nye simple je. Aku nie semangat patriotik sket. Oleh kerana aku pergi kedai tu utk cari souvenir sempena seminar kami yang bertemakan merah + hitam, so aku pilihlah kipas yang colour merah hitam gak. Cantik tak cantik tu belakang kiralah, janji orang nk bagi. Ape2 pun terima kasih.....

















Thanks to abang Wira....



Then, sambil tunggu teksi yang RM2 tu, sempat gaklah gi shopping2 kerepek kat situ. Tapi aku tak beli satu ape pun. Kak Fiza dengan Kyra yang shopping. Tapi beg plastik kak Fiza lagi banyaklah. Huhu.....


















Tengoklah mereka shopping sambil tawar-menawar

Friday, March 19, 2010

Westport vs CaiRex

Rabu lepas pegi Westport kat Port Klang, memang best. Tempatnye sangat besar, cantik dan lebih teratur. Layanan yg diberi pun amat memuaskan dan makanan yg diberi pun mengenyangkan perut. Malas nk komen byk2, juz tgk je la gmbar2 kat bawah nie.....

















Rombongan dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka


















Kusyuk dengar taklimat

















Nice place

















Salah satu port yg aku suka, pantry.....



















Bilik kawalan yg aku panggil rumah api. Bukan senang nk naik situ, hanya rombongan2 terpilih saje, huhu......


















Bergambar di tingkat 16


















En. Helmy, Abong, Kyra and me



















Sambil tunggu yang lain






















Westport (M) Berhad



















Bergambar dulu sebelum memulakan tour ke pelabuhan



Then, esoknya pergi UiTM Shah Alam pula sbb de career expo (CaiRex). Kami naik bas yg sama dan pemandu yg sama juga. Sebelum pergi cairex, lecturer sume soh prepare resume + salinan2 sijil yg disahkan. Kelam kabut gaklah aku nk sahkan sijil, sampaika ibu terpaksa pos express pd aku. Pastu nk kena minta sijil kat En. Rozmi lagi, macam2lah. Tapi sebenarnya, tak perlu pun sume itu. Aku rasa tak banyak pun yg membantu pergi cairex tu, bosan dan buang masa adalah. Mana taknya, company2 sume utamakan student yg betul2 nk grade bulan 5 ni. Aku??? Hujung taun baru grade. Lagipun kalo nk gi interview, alamatnya malamlah baru kami sampai Melaka, orang ramai sangat. Last2 dok situ menghabiskan masa dgn melayan perasaan ngantuk, penat, tension. Gambar malas aku nk amik sbb bosan punye pasal.

Tuesday, March 16, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni aku rasa sangat terhutang budi pada seorang pakcik yang berkhidmat di Pejabat Pos Besar Melaka. Sebab ape? Begini alkisahnya, ibu de anta pos ekspress utk aku tp de masalah sket. Almaklumlah dok umah 'tinggi' nie peti surat memanglah teramat comel. So, kesimpulannya pos xpress tu tak muat nk dimasukkan dlm peti.

Then, de sorang pakcik nie, staff kat post office tipon ckp pasal benda ni. Pakcik nie tersangatlah baik dan teramatlah baik. Cuba bayangkan ea, kalo orang lain bile dia dh bitau yg barang kite de kat post office dan soh kita dtg amik sendiri, kira abislah keje dia. Dia tak fikirlah tentang masalah kite, de transport ke tak de. Lantaklah, janji aku dh bitau. Tapi dlm kes aku nie lain sket. Pakcik nie seperti yg aku mention td memanglah terserlah KEBAIKAN die. Dia layan aku dengan sebaik mungkin dan paling penting dia sendiri tolong aku selesaikan masalah nie.

Aku nie dh lah tak abis khatam lagi dengan bandar Melaka. Even
pejabat pos besar tu pun aku tak tau kat mana letaknya. Aku soh die tinggalkan je atas peti surat tu, dia kata bahaya sbb takut hilang. Bila aku soh tinggalkan pd pak guard die kata kena ikut policy, jgn bagi pada orang lain. So bila aku cadangkan soh pos kat UiTM lagilah die kata tak boleh sbb dah sah2 lah alamatnya berbeza. Lagilah tak ikut polisi.

Nego punya nego, last2 pakcik tu dengan sukarelanya menawarkan bantuan. Dia kata biar die sendiri yg hantar pada aku. Dia soh aku tunggu kat Elizad Cafe lepas abis waktu keje. Wah, pakcik nie TERSANGATLAH BAIK. Sekali lagi aku ulang, SANGAT BAIK......

Seperti yg dijanjikan, dalam kul 5:40 pakcik tu dah sampai. Selepas ucap terima kasih sume pakcik tu siap tanya lagi, nk dia hantarkan balik tak. Almaklumlah, die tau aku nie xde transport dan umah jauh. Oh tidak, cukuplah die dah bersusah payah hantar pos xpress tu pd tangan aku sendiri. Aku tak mau susahkan dia lagi. Tapi sayangnya, aku terlupa nk tanya siapa nama pakcik tu. Kepada pakcik tersebut, aku sangatlah2 terhutang budi padanya dan mudah2 an hidupnya dilimpahi rahmat dan diberkati. Amin~

2 in 1

Sila jawab soklan tag berikut:

1) Adakah anda rasa anda hot?
...hari2 rasa hot sbb hari2 jalan kaki pegi class


2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan.

















...sgt suka pd waktu kemeriahan gmbar nie dicapture


3) Bila kali terakhir anda makan pizza.
....kalo tak silap awal bulan 2 dengan Kyra


4) Lagu terakhir anda dengar.
....Inilah cinta by Akim. Baru dengar petang tadi kat Soon Seng smbil2 nk mengusha megi~


5) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
...tengah dok pk bilalah aku nk iron baju ni.


6) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
....odah, odd, todah dan bunyi2 yg seangkatan dengannya. Opps!! de lagi, uda dan alang, dua nama yg aku xbrape gemar.


7) Tag lagi 8 orang.
...1. Aisyah Noraziman 2. Farah Umaina 3. Izaidah 4. Emiko Nakamura 5. Hidayah Mansor 6. Huda Kassim 7. Soutul Nadhoh 8. Dr. Sya'ban (er.. boleh ke tag lecturer sendiri???)


8) Siapa orang no. 1 kepada anda.
...my classmate


9) Kata sesuatu kepada orang no. 5
...oitt dayah. Napa kamu dh lama tak update blog?


10) No. 3 ada hubungan dengan siapa.
...dulu dengan Alif tp tak taulah sekarang. Hopefully masih kekal lagi.


11) Bagaimana pula dengan no. 4
...tak tau dgn siapa sekarang


12) Pesanan kepada orang no. 6
...dengar cite homesick, so ape lagi baliklah minggu nie. huhu....


13) Kata-kata cinta untuk orang no. 2
...cintailah alam sekitar


14) Adakah orang no. 7 dan 8 punya persamaan?
...dua2 adalah lelaki


15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda.
....my eldest sis, ibu kepada Izz Firas, kadang2 emo, mentor aku dlm berblogging, dulu jarinya pernah digigit tikus, huhu....


16) Persamaan antara kambing dan lembu.
...lauk kenduri kahwin


17) Adakah anda tahu si Razman tu sengal?
....siapakah itu Razman? Dr. Rozman aku kenallah....


18) Gay or less?

....soalan apakah?


Oleh kerana aku telah jawab segala soklan tag nie dengan jayanya, walaupun terlewat sedikit... maka dengan ini aku berjaya mendapat award blog tercantik giving by bridetomei. Bolehkah begitu???

Sunday, March 14, 2010

Nasibku kurang baik

Rase cam tertipu jer tadi. Bayangkan selama nie aku balik naik teksi kat Mydin selalunya RM10 jer. Paling mahal pun RM15. Tapi tadi aku naik teksi RM20. Alasannya sbb aku masuk dalam. Hello!!!! Selama ni pun aku masuk dalam gak tapi tetap dpt RM10. Kalo taulah mahal cenggini baik aku tak yah susah2 jalan kaki gi Mydin. Baiklah aku naik terus kat MC, RM15 jer.

Padanlah tadi aku rasa kat MC cam nk gi ATM jer. Almaklumlah dlm purse tinggal RM16. So ingatkan nk cucuk esok. Tapi tadi bila sampai je, aku tanya pakcik tu berapa, die kata 20 inggit. Aku mintalah kurang RM15 tp die tak bagi, katanya sbb dia anta aku masuk sampai dalam. Ala, antara kat luar dgn dalam tu bukanlah jauh mana pun. Sedangkan kalo aku call teksi pun tetap dpt RM10 gak tak kisahlah dari mana nk ke mana.

Then, aku cakaplah... "pakcik leh tunggu kejap tak saya ada RM16 jer ni." Konon dgn harapan bile aku cakap camtu bolehlah pakcik tu consider sket. Takde maknanya sume tu. Terpaksalah aku naik ambil duit. Kalo ikut jahat aku, takyah aku turun balik. Lagipun pakcik tu bukannya tau umah aku yg mana satu. Kalo die nk naik pun, die tak leh sesuka hati naik je sbb kawalan keselamatan amatlah ketat. Orang luar xleh naik sesuka hati kalo xde kunci. Dan nasib baiklah bila aku dok sendiri nie aku rajin menabung. So apa lagi, aku koreklah tabung aku semata2 kerana RM4. Sedihnya, pasni kena ganti balik nie......

Hang-Out

Cam biasalah ari Jumaat kalo xde ape2, pas class kul 1230 mesti WAJIB balik ke Seremban. Sampai je umah cam biasa gak terus tido, almaklumlah malam nk kena stay nk siapkan assignment. Dalam aku tgh tido tu, aku dengar sayup2 suara kebisingan di luar bilik. Cam meriah jer kat luar tu. Elok jer aku nk kuar tetiba pintu bilik aku dibuka. Mama ke tu??... Hurm, yelah...

Keluar2 je de mama, kak Ezma, Siti dan Boy. Diorang dari Penang-KL-Seremban, cuti2 Malaysia. Pas Maghrib kami sume pergi makan kat luar. Then, balik around kul 10 malam. Malam cam biasalah kalo sepupu2 dtg dari jauh, xsah kalo xkuar. Diorang sume bercadang nk ke Uptown Danau Kota. Aku malas nk pergi sbb byk keje yg perlu disettlekan.

Tapi dalam tak nak pergi tu, aku berjaya dipujuk oleh sepupu2 ku utk turut serta. Okeylah, fine aku ikut gak almaklumlah bile lg nk kuar bersama kan. So kami berenam pun geraklah ke KL. Nuar jd drive, boy dok seblah. Belakang aku, Siti, kakak dan myBoy. Sampai sana ujan turun dgn renainya. Sharelah satu payung tiga orang. Yang lelaki2 nye kenalah tunjuk macho tanpa menggunakan payung. Sampai sana kakak dh call pakcik kami yang dipanggil Uncle Acet (tapi die xbg kami panggil uncle sbb still muda lagi, around 26 - 30 kot).

Sayangnya aku xdpt nk snap gambar kami di sana. Kamera tak bawa, tipon lak bateri tinggal ciput jer. Tapi xpelah lgpun kat sana xde apa yg aku nk shoppingkan. Yang lain2 sume beli jam tangan kecuali aku dgn myBoy. Dekat kul 3 shopping2 kat uptown, terus gi makan sate celup kat tepi jalan raya tu, pastu terus gerak balik. Kali ni myBoy lak yg drive. Balik de roadblock kat Jalan Tun Razak tp nasib baik kami tak ditahan. Dalam perjalanan sume orang tido except 2 orang Boy tu dengan aku lah. Sampai umah kul 4:30 pagi.

Esoknya, bangun around kul 8 lebih. Mama n family pun dh nk gerak balik. Tapi sebelum mereka sume nk singgah ke rumah Along kat KD. Ibu dengan ayah pun turut serta. Kali ni mereka tidak dpt nk memujuk aku utk turut serta sbb aku tau dh kalo pergi umah along, of coz tengah malam baru balik. Then, bila aku nk mula wat keje. Jadinya, dlm tengahari mereka sume pun geraklah ke KL.

Tuesday, March 9, 2010

Kerja Gila

Guess what??? Semalam abis jer class aku ngan Kyra terus gerak ke Bangi. Wow, memang gile la kami berdua nie. Saja bosan2 smbil nk release tension, pas maghrib terus gerak. Sampai Bangi dalam kul 9 lebih. Kitorang stay kat SMART Hotel. Not badlah hotel tu, RM59 per nite sgt selesa dan berbaloi. Pas check-in terus gi makan sup keting yg agak popular gak kat area Bangi tu.



































Walaupun kitorang cuti2 malaysia tp malam tu kami tetap study compensation utk test malam Rabu nie. Kami bawa segala notes2 compen utk distudy. Esoknya pukul 8 dah bangun sbb de class kul 1230. Tapi sebelum tu breakfast kat Kopitiam Bangi dulu.













Abis je breakfast singgah Petronas dulu. Sambil tunggu Kyra gi ladies jap, tetibe jer de message masuk. "Law tade" kata Huda. Wow, syoknye class dibatalkan. Thanks to Huda and Ziela also (^_^)

Tau je class batal, kitorang terus shoot gi Putrajaya. Saje je jenjalan menghabiskan masa kat Alamanda. Sempat gaklah kami tengok wayang cite Niyang Rapik. Huhu...... Then, yg paling tak disangka2 leh pula terjumpa kawan kitorang, Eddie yg sama2 wat praktikal kat MPS 2 tahun dulu. Borak2 kejap then terus gerak nk balik Melaka. Sampai Melaka dalam kul 5:30 dan terus sambung tidur, almaklumlah malam nk smbung balik study utk compensation. Huhu........

Sunday, March 7, 2010

My Little Nephew

Semalam satu hari masa aku dihabiskan di Kota Damansara which is di rumah Along. Sebab apa aku ke sana? Of courselah sebab ayah yg teringin sangat nk tengok cucu kesayangannya tu, Muhammad Izz Firas. Oh Firas~ Bilakah kamu akan membesar dan boleh berjalan? Agak tak sabar nk tunggu time tu sbb boleh buli die. Tapi sekarang pun dh kena buli ape. Paling aku suka, bile time die baring then kami buat2 nk angkat die. So dia pun apalagi, sedaya upayalah mengangkat dirinya supaya dapat di dukung. Huhu..... Sori kak an, bila lagi kami mau buli Firas, inilah timenya.

Saturday, March 6, 2010

1st week of Mac

Lega sket rasanya sbb first week Mac nie dh berlalu. Start drp Isnin aritu macam2 benda yg perlu aku settlekan. Test Strategic Management, Knowledge, individual presentation dengan program Biro Tatanegara. Settle sudah utk minggu pertama nie.

Paling aku pening nk kena urus pasal tarikh seminar kami. Elok2 dh pilih tarikh 20hb kena tukar lak sbb time tu nk wat opening ceremony utk majlis ulangtahun KBM. So pilihlah 21hb tp yg jadi masalahnye speaker kami lak yg tak boleh. Tukar balik ke 22hb hari Isnin.

Yg jadi masalah besarnye skrg Datuk Pengarah Kampus tak berapa stuju dgn speaker kami sbbkan dia adalah seorang selebriti + penceremah motivasi. Tp setelah dipujuk dan diyakinkan, Datuk pun setuju dgn syarat tak boleh wat waktu class. So tukar lagi tarikh. Dekat 5 kali gak la kami tukar tarikh dan akhirnya tarikh seminar kami adalah pada 3 April. Hopefully dh tak de masalah ape2 lagi pasni.

Utk next week still de lg test + presentation. Next 2 weeks kami akan berjalan2 di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk apa?? Tunggulah aku update nnti.........