Tuesday, November 30, 2010

Ada apa dengan kabel?

Semalam de student practical masuk. Mula2 aku tak perasan. Almaklumlah kat RGS nie memang selalu je de orang datang. Sampailah ke petang baru aku dapat tau. Rasa janggal bila pertama kali aku dgr budak tu panggil aku kak Aida. Aku jadi kaku jap time tu. Padahal camlah tak biasa orang panggil aku kak Aida. Mungkin sbb dia lelaki kot tu yg rasa lain je bunyinya. Budak tu muda lagi. Umurnye baru 19 tahun. Hahaha... tercabar budak practical yg lagi 2 orang tu. Takpe, korang tetap dihati walaupun korang kata aku ni sombong gile masa kat RBSB dulu. Huh, memang pun! Peduli apa aku. Aku mmg tak layan orang2 kat RGS dulu. Almaklumlah diorang sume mmg terkenal dgn 'perangai' masing2. Kim salam jelah aku nk bermesra alam dgn korang sume tu. Tapi de la sorang dua yg aku okey. Memang pilih bulu betul aku nie...

Tapi itu dulu. Sekarang aku baikkan dengan korang sume... *_*. Dan oleh kerana aku nie pernah wat practical kat sana (even different company), dan berpengalaman dalam buat projek paper, maka aku dijadikan rujukan. Bila budak lelaki wat report... hurm.. paham2 jelah. Esok lecturer nk datang baru arini dok bertungkus lumus siapkan. Itupun setelah dicilok drp report yg lepas2 termasuklah report aku sekali. Dahlah tak sama company, bidang lain2, tajuk pun of courselah lain. Jadinya bila dah siap print kale cantik2, tunjuk kat aku soh aku proofread CONFIRM mmg orang tau tu keje last minit. Ejaan mmg banyak salah. Tak justify. Paragraph tunggang terbalik. Alahai diorang nie. Agaknye budak lelaki mmg cenggitu kot. Teringat aku masa Boy dgn Nuar buat report dlu. Lebih kurang begini gak gayanya. Takpelah, hopefully esok bila lecturer korang datang, gud luck lah ye. Dan terima kasih sbb mention nama aku dalam acknowledgement sebagai Cik Nur Aidah.

Dan hari ini bila dapat student practical tiba2 aku teringatkan diri aku 5 bulan yg lepas. Tapi aku xmacam diorang sume. Diorang masuk sini pakai kabel. Masing2 de mak sedara lah, bapak sedara lah. Paling besar kabelnye dah tentulah anak sedara President. Sampaikan bila aku masuk RGS de orang tanya aku, "Aida masuk sini pakai kabel sape?"...

Time tu gak aku terbayangkan nama2 yg penah acik sebutkan. Tapi aku rasa bukan sebab itu sbb aku xde kene mengena langsung dgn mereka2 itu semua. Mungkin nasib aku baik sbb aku dok kat HR so bila de vacancy je diorang terus letak nama aku. Lebih2 lagi aku baik dgn Manager dari HR Group. Itu satu peluang keemasan bagi aku. Dan mungkin dah rezeki aku kat sini.

Even sampai arini, dah 5 peluang aku dapat interview kat tempat lain, tapi aku rasa berat je nak pergi. Rasa malas je. Jadinya sume tu aku tolak walaupun salary dan position yg ditawarkan adalah sepatutnya menjadi milik aku. Sebab apa aku tak nak pergi? Sebab aku dah suka dgn keje aku sekarang. Dan aku suka kawan2 di sekeliling aku sekarang.

Monday, November 29, 2010

Kalau dah benci...

Nape nk cite kisah umh tangga kau kat aku. Aku xsukalah! Even ko dh divorced dgn wife ko tp ko jgnlah nk memburuk2 kan dia. Masalah tu ko smpnlah sndri. Stakat dgr cite sblah phk je ape igt aku nk caye ke. Stakat jd pndgr aku leh accept but not more than that. FULL STOP!!!..

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010

Tengahari tadi kami ke rumah Pak Teh di Ampang. Gi makan kenduri sempena khatan Iman. Kat sana jumpalah Omm dengan Pak Su. Orang nak khatan pun siap de pelamin tau. Style minang lagi tu. Tak caya moh layan gmbar kat bawah nie.



Oleh kerana temanya ala2 minang gitu, so makanan yg disediakan pun lebih kurang gitu gak. Makan nasi putih dgn lauk pauk style minang. Then, minum petang lak kami dijamu dengan bakso. Memang mengenyangkan.

Lepas tu kami terus gerak ke Serdang sbb ayah teringin nak ke MAHA. Ada apa dengan MAHA? Takde apapun sebenarnya. Macam expo2 pertanian yg lain gak. Cuma kali nie secara besar2an. MAHA International 2010. Walaupun di peringkat antarabangsa tp still masih de lagi orang yg tak tahu pasal benda nie. Kiranya tak peka langsung ttg kewujudan MAHA.

Kami smpai sana pun dah petang. Dekat pukul 6 camtu. Paling menyampah bila kena naik bas. Dahlah bas kecik sesak lak tu. Kalah bas mini. Padahal boleh je naik kereta ke sana. Pergi sana pun bukan wat pe sangat. Ayah dan ibu je yg dok sibuk dgn barang2 asas tani nie sume. Aku dgn angah juz duduk2 sambil cuci mata kemudian jalan2 cari makan.



Saturday, November 27, 2010

Cara untuk menghilangkan stress

Keje kat opis makin ari makin bertambah. Almaklumlah dh nk dekat ujung tahun jadi macam2 persiapan nak kena buat. Jadi utk menghilangkan rasa stress tu, kami sume pergilah mereleasekan tension dgn berkaraoke. Mak ai! Dahsyat tu. Jangan terkejut kalo aku kata satu opis pergi. Tapi yg Melayu jelah. Actually kat tempat aku nie Melayu tak ramai. Cume de 9 orang je. Yg selebihnya bangsa2 yg lain. Disebabkan xramai tu lah kami sume sgt rapat. Tak kisahlah dari yg pgkat besar atau pgkat kecik.

Mula2 mmg aku tak nak pergi tapi bile memandangkan dh sume orang pergi dan bila kisah Cherating itu diperbangkitkan so aku pun menjoinkanlah diri. Lebih2 lagi bila diorang kata gaji dah masyuk. Lagilah semangat rasanya. Gila awal gaji aku masuk. Cam keje gomen lak. Tau orang kat RBSB mst jelous diorang.

Pergi jalan2 dgn diorang sume mmg best. Diorang sume sgt sporting. De tu siap bawa isteri dan anak2 sekali. Lepas je karaoke terus gi makan kat Kampung Baru. Then, cadang nk tgk movie tp disebabkan esoknye keje maka hajat dihati terpaksalah dilupakan.

[p/s: utk CNY nnti, diorang dah rncang nk gi holiday lagi. aku??? dalam dilema]

Wednesday, November 24, 2010

Spiritual Practices

Doing something good for someone else can make us feel better about ourselves. It's true! Kadang2 bila aku nak tolong seseorang aku mesti bayangkan diri aku. Aku tak tahu orang lain, tapi kalau aku... bila aku dah niat nak tolong orang tu tapi aku tak buat, aku mesti akan teringat. Terbawa2 sampai ke rumah. Contohnya kalau dalam train. Aku nak bagi orang lain duduk tapi sampai ke sudah aku tak bangun2. Ataupun kasi duit kat peminta sedekah or holding a door for someone.

And for today, I want to thank you very much for the things that I get. Aku percaya itu semua berkat daripada apa yang kita lakukan. It's not going to ask for recompensated but at least kita rasa diri kita dihargai. Terima kasih untuk semuanya.

Monday, November 22, 2010

Pagi yang indah

Awal gile smpai office arini. Disebabkan aku sampai awal, aku dptlah mengupdate blog kat office. Ala, sebenarnya boleh je nk update blog bile2 masa. Tapi aku kan pekerja cemerlang, ne leh salah guna waktu office. Hahaha.... gile skema. Takdelah, saje2 suka2 smbil minum teh tarik nie. Almaklumlah xde keje nk buatkan.

Dan arini juga ramai yang datang awal ke office. Aku ingat aku org pertama yang sampai dulu almaklumlah staff kat sini sume sangat 'punctual'. Masa dtg tadi, office mmg gelap. Sekali aku masuk aku tgk de 2 orang jejaka sdg nyenyak tido dpn pc msg2. Amboi2.. dh seminggu cuti masih tak cukup tido lagi ke?... Erm.. xpelah, orang baru balik kampung. Baru balik dr Kelantan lah katakan. Dok sibuk cuti beraya seminggu smpai tak ingat dunia. Nie mesti diorang smpai kul 4 pagi nie. Tu yg sampai2 office je terus tido.

Thursday, November 18, 2010

"You have been eliminated"

Dah bertahun2 aku tak guna public phone. Tapi arini aku terpaksa gunakan gak sbb ari ini tipon aku tertinggal kat Seremban. Ingatkan tak nak balik tp bile pk2 balik camne aku nk bangun pagi esok maka terpaksalah aku balik gak. Kat umah persinggahan aku tu entah ada orang ke tidak, almaklumlah tgh dalam musim cuti lagi.

Okey, berbalik pada cite public phone tadi. Aku tak tahulah pula zaman skrg nie public phone dah canggih. Dah kena pakai i-talk. Tergamam aku kejap masa kat CM tadi sbb tak tau camne nk gunakan. So, tawakal jelah. Tapi nasib baiklah kat tol Senawang tu ada satu tipon yg old school. Style masuk duit. Kalo tak confirm aku jalan kaki sampai ke Shell. Silap2 sampai umah tak. Entah apa2 lah kan i-talk tu. Kalo nk call kena masukkan pin number. Ala.. konon2 macam topup card tu. Tapi topup card tu pun aku tak tau camne rupenya skrang nie. Almaklumlah, dh lama tinggalkan zaman tu. Huhu....

Balik umah bersemangat gile konon nk tengok TARA secara live. Last2 kecewa sungguh aku. Satu2nya pasukan harapan Malaysia telah tersingkir. Ini sume gara2 salah pilih cabaran detour. Huish........ GERAMNYA AKU!!!.. Tak bersemangat dah nak tengok next week.

Tapi takpelah, dah takde rezeki nk wat camne (padahal dalam hati manyak kiciwa owh....). Mohlah kite layan gambar terbaru Drama King yg dah berusia 1 tahun 1 bulan nie.



Drama King yang suka dengar lagu Maher Zain. Jangan sesiapa pun berani ambil handphone tu daripadanya. No~ No~ No~. Ayat yg selalu disebut.




Susah betul nak tangkap gambar budak nie. Almaklumlah Drama King katakan.




Tengok tu, tak nak pandang kamera pun. Budak sombong.... Nanti balik sini lagi kite pergi class sama2 lagi ye. Tapi janganlah tidur.

Thursday, November 11, 2010

Makan angin

Air Asia de wat promo free seat utk terbang next year. Dan secara kebetulan tahun depan RBSB de wat trip ke Jakarta. Sebagai ex-team-of-RBSB, aku dijemput sama utk sertai trip mereka. Masalahnya sekarang bukan tak nak tapi nanti apa pula kata orang2 RGS. Last week masa diorang gi Cherating aku tak join dan takkanlah aku yg xde kene mengena dgn RBSB lagi tetibe je nk join diorang. Taulah over the sea kan. Pada rakan2 di RGS, pasnie cuti2 Malaysia kat Pulau Perhentian, insyaallah I ikut you all even I rasa tersangatlah segan nk join kamu semua yg ganteng2 gitu. Iya ke? Hahaha....

Wednesday, November 10, 2010

Al-Kuliyyah

Mengikut kalendar Islam, hari ini 3 Zulhijjah. Bulan Zulhijjah adalah bulan haji. Aku tak tahulah boss aku, Mr. A tu tahu ke tidak pasal benda nie memandangkan dia bukanlah Muslim. Tapi hari ini, dia tanya banyak soalan tentang haji. Nak kata ada staff dia yg pergi haji takde pula. Entah... Mungkin dia mmg tahu atau mungkin hanya kebetulan.

Pagi tadi tiba2 je dia datang kat meja aku time aku dok leka berborak dgn sorang mamat nie. Then dia tanya, "eh, you all... I nak tanya sikitlah. Why do peole perform haji until 1 month? I just wondering." Bila dia tanya je soalan tu, aku dgn mamat tu pandang antara satu sama lain. Ko nak jawab ke aku nak jawab. Tak abis soalan tu, Mr. A tanya lagi.. "What I know they are going to visit the holy places right? Then, why they pusing2 itu kotak?"... Kotak yang dimaksudkan itu adalah Kaabah ye. Dan soalan terakhir dia, "I used to drink air zamzam. What is the meaning of zamzam?"

Hurm... xtau nape dia tanya soalan macam itu. Mungkin saja nak tau. Mungkin berminat nak tau. Atau mungkin takde maksud apa2. Tapi takpelah, at least dia amik kisah gak pasal hal2 orang Islam. Banyak gak perkara2 yg dia peka. Macam aritu time dia nak belanja breakfast masa meeting. Dia bagi duit tapi dia soh kami yang Muslim nie pergi beli. Then, de sorang Chinese girl nie offer diri nak tolong belikan. Dia xbagi sebab dia kata lebih elok kalau orang Muslim yang beli. Barulah takde rasa ragu2. Bagus juga aku dapat bos yang macam ni. Compare dgn big boss aku lagi sorang, kontra pula perangai dia dengan Mr. A. Tapi betul ke?

Tuesday, November 9, 2010

Hasta la Vista

Ada orang komen kata blog aku dh lama tak bergambar. Hurm.. aku pun perasan gak benda tu. Actually aku malas nk upload jer. Okeylah, utk kali nie meh tgk byk gmbr2 aku dan rakan2. Memang banyaklah n3 kali ni. Ambik ko~ Tapi cite nie dh basi sketlah (pinjam tajuk entry angah) sbb 2 minggu lepas punye cite. Cite apa? Meh tgk gambar kat bawah nie....

Hasta la vista bebeh!! Nama tak boleh blah kan... cam nama ala2 La Usurpadora gitu. Hehehe... Apakah benda alahya ini? Erm, actually ini adalah program akhir yang WAJIB student HR buat. Kalo tak attend program nie takleh grade. Iye ke? Ada gak student yg tak pergi. Kite tengok jelah nnti die grade ke tidak.

Oklah, berbalik pada cite tadi. Program nie lebih pada camping yang ala2 rilex gitu. Yg tu mmg betul sbbnya mmg aku betul2 rilex gile. Takde byk aktiviti, xmcm camping yg selalu aku pergi. Mmg tersangatlah santai. Tapi paling best dh tentulah bab makan. Sangat sedap okey. I like~


Tengoklah meja kami. Dahlah kami je yg dok meja paling panjang kat situ. Penuh dgn makanan lak tu. Takpe, yg penting aku punye makanan LICIN!!


Dah kenyang kita bergambar pula


Opps! Lupe lak nk mention katne kitorang ber-astala. Tada.....


Eagle Ranch Resort. Di mana lagi kalo tak Port Dickson pantai nan indah. Indah ker?? Aku sebenarnya tak gemar wat kat sini. Asyik2 kalo nk camping mst kat PD cam takde tempat lain. Masa awal sem dulu pun kat PD gak. Alamak bosanlah. Nak gak aku gi tempat jauh2 sket cam Terengganu ke, Perak ke, Johor ke takpun kat Melaka. Tapi iyelah kan. Sbb aku dok N9 aku jd bosan. Kalo org negeri lain diorang pun xnk wat kat negeri diorang gakkan. Tapi okeylah kat resort ni mmg sesuai utk wat xtviti camping atau training. Macam2 ada.

Yang kat bawah nie lak tempat kitorang tido. Ada dua cabin yg masing2 leh memuatkan seramai 20 orang. Kat sini decorationnya style cowboy. Sume tempat ada unsur2 cowboy. Bukan eagle okey walaupun namanya Eagle Ranch Resort. Masa nk check-in kat cabin nie group kami sume dalam dilema. Antara cabin dan go cart. Kenapa? Hanya kami saje yg tahu sebabnya. Hahaha.....

Kat sini jugalah tempat kami bergosip bersama Miss Afzan sampailah ke lewat malam



Pinky girls. Tapi aku tak se-pinky Kyra dari tudung, baju, kasut, beg..... hahahaha, jangan marah dear~


Aku dan Kyra adalah orang pertama yg tiba di sini. Almaklumlah kami dok Seremban so pegi sendiri. Yang lain2 berkumpul kat kampus, gerak dari Melaka dengan bas. Dekat sejam kami menunggu diorang.

Bila diorang sampai je, game pertama kami adalah Treasure Hunt. Aku ingat TH nie masuk utan ke, daki bukit ke tapi rupa2nye cari harta karun atau cari benda tersembunyi. Yang ala2 amazing race tu tapi taklah mencabar mana sbb dlm resort tu je. Tak mencabar pun mencungap gaklah aku time tu. Paling penting, kami dapat nombor 1 tau utk game nie. Cam tak caya lak sbb kami adalah group yg ala2 nk akhir dapat cari. Mungkin sbb banyak betul kot sbb tulah leh menang.


Inilah group aku yg menang tu. Alamak, tak cukup lagi 2 oranglah!


Bergambar lagi...


Peace no war



Trend gambar sekarang.... lompat si katak lompat


Then, malam tu de malam kebudayaan. Tapi xde pun apa2 yg menunjukkan ciri2 kebudayaan. Yang ada pun budaya makan-sampai-tak-hengat-dunia. Mana tak.... macam2 makanan yg dihidangkan, sedap2 lak tu (kecuali spagethi) sampaikan ada yg amik makanan sampai orang len tak dapat rasa. Favorite aku malam tu adalah kambing panggang. Marvellous! Selain makan2, adalah ucapan dari rakan2 yg terpilih ttg pengalaman diorang praktikal dengan pengalaman semasa viva. Dan of courselah ada sesi karaoke. Hampir2 saja group kami nk nyanyi kat atas pentas tapi lagu pula xde yg sesuai.



Paling penting tak ade pun sesi bacaan surat wasiat yang dimomok2 kan oleh En. Helmy sebelum nie. Iyelah, kalau ada dah tentu surat wasiat kami bertujuh yg dibaca. Mana taknya wasiat tu ditulis masa zaman kami muda2 dulu. Time bercamping kat PD bersama senior2 kami. Time tu hanya kami bertujuh je yg pergi utk badge kitorang. Jadinya, kalaulah ada sesi bacaan surat wasiat, CONFIRM wasiat kami yang tersangatlah entah hape-hape tu yg akan dibaca.


Sebagai tanda kenang-kenangan, kami dapatlah jam loceng sorang satu

Hari kedua ada 2 games sahaja. Alah, macamlah ari pertama tu banyak game. Tapi sebelum main tu kena breakfast dlu. Jangan tak tau, kamilah group pertama yang pergi breakfast. Sangat seronok dapat amik macam2 makanan tanpa perlu berebut2. Then, abis je breakfast terus bersenam. Mana taknye, sambil tunggu group lain bersarapan kitorang dok sibuk buat aktiviti bebas. Main galah panjang, bola beracun, bola tampar... sumenya nk main.

Jom kite main~

Sekarang nak cite pasal management game dulu. Game ini byk mengajar ttg erti sabar, fokus, bekerjasama dan akal. Camne nk bawa bola pingpong then tuang dlm cawan dengan hanya menggunakan tali mengikut peraturan yang ditetapkan. Paling membanggakan, kami adalah kumpulan pertama yang berjaya dlm games ini dengan 2 kali cubaan. Kali ke-3 kami berjaya. Wah, sangat gembira time tu! Tapi sayang games ini tak termasuk dlm senarai game yg dipertandingkan. Alasannya susah nk dikira. Entah ape2 ntah.

Our group yg sentiasa relax and cool


Saat2 kemenangan menjadi milik kami.


"Kami tak hot tapi kami brilliant".... Ho ho ho liau~


Berkongsi kegembiraan bersama group B. Yang penting dorm kami memang HEBAT!!!


Apalagi...... lompatlah!


Hepinya bila berjaya

Okey, satu lagi aktiviti. Roop course. Tapi sebelum tu, jom kite warm-up dulu.

Cuba teka aku kat mane?


Kenapa kena warm-up ek. Cuba tengok gambar kat bawah nie...


Takut tak? Ada banyak tali kan. Sumenya tinggi2. Tapi kami taklah buat sumenya. Cuma satu je. Tapi satu tu pun dah rasa takut. Alah, tak takut pun sebenarnya tapi biasalah mula2 mmg nervous. Yang penting time aku buat nie, aku tiba2 teringat kat TARA. Agaknye camnilah perasaan diorang kan bila berdepan dgn ketinggian. Paling sukar bagi aku bila nk panjat naik atas. Aku rasa cam tak kuat je time tu. Rasa cam nk jatuh walaupun de tali yang membantu. Sampai atas rasa semput jap. Tapi bila dah abis buat tu rasa seronok sangat. Macam tak puas pula.


Cam biasa amik gambar dulu sblm memulakan perjuangan

Abis je kedua2 games, terus balik cabin bersihkan diri sebelum nk berangkat pulang. Sebelum balik tu cam biasalah de sesi ucapan + sesi bergambar + sesi rebut hamper. Sesi rebut hamper tu group aku jelah. Hehehe....

Lepas nie tak dapat nk jumpe diorang lagi. Masing2 sibuk dgn urusan masing2. Kerja... belajar. Ke ada yg nk kahwin dah. Kalau nk jumpe pun mgkin time konvo nanti. Itu pun kalaulah dapat jumpe. Memang hasta la vista - see you later.

Bergambar kenangan with our lecturers


BBHR di hati~


[p/s: terima kasih pada rakan2 yg upload gmbr utk aku tagged... huhu...]

Friday, November 5, 2010

Viva Forever

Seronok rasanya bila project paper aku dah settle. Paling syok, lepas nie tak perlulah aku tido lambat lagi. Dan barulah aku boleh rasa senang hati sbb xyah nk minta cuti. Iyalah, kite ni baru je start keje tapi asyik amik cuti jer. Buruklah rekod aku kan. Tapi nk wat camne, dah terpaksa. Alhamdulillah, viva aku dah sudah. Sebagai first presenter aku rasa sangat lega sbb tak perlu tunggu lama. Cuma aku sbnrnya tak bersedia langsung. Tak prepare apa2 pun. Bayangkan esok nk present, tengah malam baru aku sibuk nk wat slide. Akibatnya kul 4 pagi baru aku tido tanpa ada apa2 persediaan. Then, kul 7 pagi dah gerak gi Melaka. Owh... sangat mengantuk.

Nasib baik ayah dan ibu yang anta aku. Sekali dengan Boy lah sebagai peneman. Thanks to them yg sanggup tunggu aku hampir 4 jam. Juga pada my advisor, Pn. Habsah yg banyak back up aku semasa sesi soal jawab dengan Pn. Lina. Paling best tak perlu aku nk redo report aku semula. Tak yah nk pening2 pale. Sume dah settle. Juz nk anta untk En. Wan saja. Ni pun masalah gak. Perlu ke aku cuti lagi semata2 nk anta report utk En. Wan? Susah kot nk cuti lagi. Dahlah masa nak balik Seremban aku aku rasa geram je dgn sikap penumpang2 bas yg amat menjengkelkan.

Ari Khamis aritu aku balik Seremban. Cam biasalah naik bas laluan khas ke Senawang. Aku pun sebelum naik bas tanyalah driver tu dulu. "Pakcik, saya nk turun kat tol Senawang. Nak naik bas mana ye?". Dan pakcik tu pun tunjuklah bas yang sepatutnya.

Then, sampai je kat tol aku dh ready nk turun. Pastu aku leh dengar lak suara2 sumbang mambang kata, "lain kali naik bas Paroi ye". Aku dengar tapi aku wat bodoh jer.. Suara2 tu pun tak putus asa. Asyik cakap berulang kali. "lain kali naik bas Paroi ye. Dengar tak". Amboi2.... sedap2 je nk ngarah kite naik bas apa. Pakcik driver tu pun xcakap ape. Lagipun pakcik tu yg soh aku naik bas die. Huish.. berbulu je dgr. Lagipun x salah rasanya naik bas Senawang. Lalu jalan yg sama gak. Bukan kena patah balik. Aku tak faham betullah. Alah... diorang tu sume lagi dahsyat. Dahlah geng2 die memekak dlam bas, then main cop2 tempat lak. Apa dia ingat, dia sorang je yg bayar tambang bas????

Monday, November 1, 2010

Bercuti dalam kepenatan

4 hari aku bercuti tapi 4 hari aku kepenatan yang teramat sangat. Bermula ari Jumaat lepas sampailah ke hari ini. Penat gila... Ari Jumaat rasanya masa aku banyak dihabiskan begitu saja. Tension gila aku rasa. Sampai Seremban dalam pukul 2, then terus tido. Sedar2 dah pukul 8 malam. Tu pun sbb angah dah balik. Kalo tak confirm aku tido sampai esoknya.

Sabtu dan Ahad de program hastalavista di Port Dickson. Camping yang sgt santai bagi aku. Tak pernah kot rasanya bercamping macam tu. Aktiviti tak banyak tapi bab makan mmg banyak. Hahaha... itu nntilah aku update citenya.

Then, balik je dari camping terus tido. Tapi setakat 2 jam jelah. Bangun tido barulah terasa lenguh satu badan. Thanks to my brother sbb tolong urutkan kakiku yang amat sakit sekali. Dan malam tu gak aku terfikir nak sambung cuti sampai ke hari Isnin. Tapi apa alasan aku nak bagi? Aku dah terlalu banyak ambil cuti. Next Thursday nk kena cuti lagi. Bila memikirkan byk perkara yg perlu aku selesaikan cepat, aku pun memberanikanlah diri anta message pada Mr. A. Puaslah aku mengarang ayat panjang2 dan jawapan yg aku terima 'ok'.

Hari ini masa aku banyak dihabiskan di Melaka. Dari pagi sampailah ke petang. Esok aku dah kena start keje. Dulu aku suka kerja. Tapi sekarang np rasa lain. Mgkin sbb aku belum bersedia sepenuhnya utk bekerja. Lebih2 lagi bila aku sbnrnya masih belum abis belajar. Byk benda yg aku tak settlekan lagi.

Bila dah lama bercuti aku rasa takut pula nk pegi keje esok sbb kerja2 aku byk dah terbengkalai sejak dari minggu lepas. Mana taknya, ari Khamis aritu abis meeting lambat. Terkejar2 aku ke sana sini. Penyudahnya aku tinggalkan segala macam keje2 aku macam tu je. Padanlah muka aku esok.