Thursday, May 27, 2010

Gerak Gempur

Oleh kerana aritu balik dlm keadaan yang tergesa2 dan rumah pun xsempat nak kemas so hari ni aku dengan Kyra turun semula ke Melaka untuk basuh rumah. Basuh peti ais, basuh bilik air, basuh bilik tidur, ruang tamu, toilet, balcony, dapur dan segala tempatlah. Dari pukul 1 sampailah pukul 4 lebih memang penat giler. Sempat gaklah kami mandi kat sana gak.

Abis je mengemas check balik agreement, kira dan tengok semula barang2 yg tuan rumah bagi. So nanti deposit taklah kena potong. Sebelum balik tu kami tengok rumah nie puas2. Rasa sayu je. Sedih nk meninggalkan rumah kami especially our room yg banyak meninggalkan kenangan. Sob sob sob....



Penat ngemas pi jalan2 kat Dataran Pahlawan. Erm, dah lama tak datang sini. Jalan punya jalan sekali terserempak pula dengan PM Shahariah. Borak2lah kejap dengan PM Sha yang datang bershopping dengan anak dia. Madam memang sangat vogue lah! Pergi DP xbeli apapun, juz temankan Kyra shopping, jalan2 then gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa yg xbrp nk international tu. Huhu.... Sampai rumah pukul 8:30 malam tadi. Next week aku nak gerak gempur bilik baru aku pula.



No comments: