Monday, May 10, 2010

Finishing School

Apa itu finishing school? Hurm.. entahlah tak tau camne nk jawab. Intipati programnya lebih kepada persiapan menuju ke alam pekerjaan. Resume, interview, dress code, communication skill, benda2 nie sume adalah basic yg rata2 sume student mmg dah tahu. Pgm sebegini dh byk kali dibuat. So impaknya memang kurang dan memang ramai yg dgn sengajanya tidak menghadirkan diri. Bayangkan daripada 7 course yg rata2 de lebih kurang seramai 300 lebih hanya berapa kerat je yg datang. Tak sampai 80 orang kot. Sangat sadis sekali.

Mana taknya kalo wat pgm lepas final, sume org sibuk nk balik. So memang xramailah yg datang walau sedap macam mana sekalipun nasi lemak dan nasi ayam yg telah diberikan secara percuma. Siap boleh bawa balik lagi tu. Tapi aku tau, sbb paling kukuh kenapa ramai org tak nk join program sebegini adalah kerana kami telah dipisahkan dgn rakan masing2. Maksudnya, kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut kursus yg berlainan. Tu paling aku tak berkenan sekali.


Aku?? Entahlah.. aku hadirkan diri pun de sebab. Pertama, dh alang2 datang kampus tu takkan nk balik gitu je. Sebenarnya tak kisah pun nk balik tp kalo aku tau begini, sure2 lah aku tak balik Melaka semalam. Baik aku dok goyang kaki kat umah sambil tgk season finale amazing race, abiskan novel2 yg bersepah kat umah ataupun layan movie. Lagi syok, huhu...


Sebab kedua... alangkah bertuahnya nama aku tersenarai dalam kumpulan yg fasilitatornya adalah lecturer HR dan paling penting lecturer aku sendiri, Miss Afzan. Oh tidak!!! Disebabkan Miss Afzan yg telah pesan pd aku awal2, aku hadirkan diri dengan jayanya dari pagi smpai ke petang. Pgm ni masih berbaki lagi 2 hari. Utk ari esok dan lusa, aku tak pasti adakah aku mampu menghadapinya tanpa rakan2 yg lain? Kyra tak pe, die ada Abong yg sama kumpulan tapi aku??? Dan aku bertambah tak pasti bile En. Idris yg juga merupakan lecturer HR dan merangkap fasilitator aku mengatakan esok adalah hari utk kite berdebate, public speaking dan communication skills. Jadi, apakah maknanya itu??

No comments: