Sunday, May 30, 2010

Takde mood

Arini lain perancangan yang dibuat tapi lain pula jadinya. Takpelah, janji aku dah settlekan hal2 urusan tu sume. Dari Keramat ke Wangsamaju kemudian menuju ke Kota Damansara, memang penat. Yang penting sumenya dah selesai.

Cume nape ek aku rasa malas je nak memulakan latihan praktikal. Kalo selama nie aku rasa bersemangat je nk keje tp skrg rasa cam nk dok umah je. Mungkin cuti aku nie terlalu singkat agaknya ataupun memikirkan kenduri kendara yg banyak berlangsung di ujung minggu menyebabkan aku malas nk mula praktikal.

Thursday, May 27, 2010

Gerak Gempur

Oleh kerana aritu balik dlm keadaan yang tergesa2 dan rumah pun xsempat nak kemas so hari ni aku dengan Kyra turun semula ke Melaka untuk basuh rumah. Basuh peti ais, basuh bilik air, basuh bilik tidur, ruang tamu, toilet, balcony, dapur dan segala tempatlah. Dari pukul 1 sampailah pukul 4 lebih memang penat giler. Sempat gaklah kami mandi kat sana gak.

Abis je mengemas check balik agreement, kira dan tengok semula barang2 yg tuan rumah bagi. So nanti deposit taklah kena potong. Sebelum balik tu kami tengok rumah nie puas2. Rasa sayu je. Sedih nk meninggalkan rumah kami especially our room yg banyak meninggalkan kenangan. Sob sob sob....



Penat ngemas pi jalan2 kat Dataran Pahlawan. Erm, dah lama tak datang sini. Jalan punya jalan sekali terserempak pula dengan PM Shahariah. Borak2lah kejap dengan PM Sha yang datang bershopping dengan anak dia. Madam memang sangat vogue lah! Pergi DP xbeli apapun, juz temankan Kyra shopping, jalan2 then gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa yg xbrp nk international tu. Huhu.... Sampai rumah pukul 8:30 malam tadi. Next week aku nak gerak gempur bilik baru aku pula.



Wednesday, May 26, 2010

Rezeki Buah

Dok umah nie xde mende nk postkan juz cite pasal makan jelah ea. Okey, tadi ibu gi lawat kawan ibu kat hospital. Slalunya kalo melawat orang sakit kita akan bagi dia buah tangan. Tapi nie terbaliklah pula. Kawan ibu tu yang bg buah tangan kat ibu. Dia bagi selambak buah mangga. Terima kasih banyak2.


Mangganya memang sedap, isinya manis. Colournya pun kuning cantik je. Berkali2 gaklah aku makan sampai naik kembung dah perut nie.



Selain mangga ibu dapat gak nenas. De dalam 2 biji. Tapi yang nie kawan ibu yang lain yang bagi. Nasib baik durian lom berbunga lagi, kalo tak mesti dapat seguni durian. Huhu.... Nenas yang dapat tu aku malas nak potong sbb banyak mata. Tadi ibu masak lauk nenas. Nenas masak ape ntah, yang kalenya macam coklat keperang2an tu. Memang marvelous! Last sekali, menu tengah pagi aku, tadaaa..............


Tuesday, May 25, 2010

Supper

Supper ataupun dikenali sebagai last meal of the day biasanya orang akan ambil dalam pukul 10 malam. Tapi berbeza dengan aku, supper aku jam 1 pagi dengan makanan yang berat lak tu. Ala, actually bukanlah supper sangat pun saje je tetibe lak terajin nak masak. Masak apa??


Nasi goreng daging


Inilah dia makanan tengah pagi aku, nasi goreng daging bersama keropok. Yummy, yummy! Walaupun org kata tak elok makan malam2 tp aku bantai je. Xde aku nak diet2. Nasi goreng nie nampak je ala2 tak berapa nk cerah gitu. Tapi kalo sape yg dah pernah rasa masakan aku, mereka tau yg warna tak mencerminkan rasa. Rasa sesudu confirm berasap telinga dan tebal bibir. Maka berhati2 lah. Huhuhu....

Monday, May 24, 2010

Bila aku duduk rumah

Cam biasa kalo time2 cuti nie mmg aku jadi suri rumahlah jawabnya. Menyidai baju walaupun kadang2, angkat kain dan masak. Even tinggal berdua dengan ayah pun aku still kena masak dan walaupun arinie aku berpuasa tapi aku tetap kena masak gak.

Tapi yang tak syoknya kalo aku dok umah nie, mulalah macam2 luka yang aku dapat. Aritu time nk kupas kentang, entah camne jadinya ntah sedap je aku dok kupas jari aku sekali. Then tadi masa nak buka vitagen, kuku ibu jari aku tercucuk la pula kat jari telunjuk nie. Pergh.... memang pedih. Padahal kuku taklah panjang baru je potong. Tu lah, banyak sangat berangan kot. Wat keje tak berhati2 itulah padahnya.

Then, masa aku banyak dihabiskan dengan blogging walaupun xde cite nk postkan. Iyalah, kalo time belajar dulu leh post macam2 tp skrg dok umah benda yg sama je aku buat. Nak tukar layout pun malas aku rasa. Nak berFB lagilah bosan. Aku lebih suka penulisan blog berbanding FB. Jadinya masa aku byk dihabiskan dgn menonton tv. Kalau selama nie aku paling tak berkenan dengan channel Anime saluran 715 tu, tapi skrang nie channel tu gaklah yg aku buka. Bukan aku tengok cartoon ya tp aku tengok cite2 Korea yg ditayangkan setiap malam. My Girl dan Goong menjadi pilihan aku. Okeylah tu, daripada tak de mende nak buat.

Baru seminggu dok kat umah aku rasa cam dah sebulan je. Tapi itu xbermakna aku tak suka. Bosan tu memanglah bosan tapi bila memikirkan minggu nie merupakan minggu terakhir aku dok rumah rasa cam sekejap je cuti ni. Next week dh start practical. Owh, tidak! Nape tetibe je aku rasa malas je nak wat practical. Rasa cam nak dok kat umah aje. Boleh tak???


[p/s: teringin nak makan kek lapis masam manis. tunggulah dis weekend nie, kalo rajin leh wat]

Sunday, May 23, 2010

Women at all times

Baru2 ini KTM de memperkenalkan koc wanita yg dikhaskan utk para2 wanita. Koc Wanita - Wanita Sepanjang Masa. Erm... bunyi cam diskriminasi je kan. Tapi tak pelah, utk keselamatan dan keselesaan khususnya buat ibu mengandung kiranya baguslah tu. Cuma yg tak berapa nk bestnya bila sesetengah kaum lelaki tidak respect pada peraturan yang dibuat.

Semalam masa aku naik komuter de sorang budak lelaki Melayu ni dengan selambanya duduk di bahagian koc wanita. Aku tak salahkan dia seratus peratus mungkin sebab poster yg ditampal tu terlalulah kecil. Kertasnya ala2 saiz A4 gitu. Manalah orang nak perasan. Aku ni pun dah 15 minit duduk dlm tu baru perasan yg rupa2nya aku duduk dibahagian koc wanita. De sorang makcik depan aku tu, asyik dok jeling2 kat budak tu tp budak tu buat donno je.

Then, smpai kat stesen Bandar Tasik Selatan, uish... lagilah ramai kaum lelaki dgn selambanya masuk bhgian ladies coach tu. Padahal diorang tahu koc tu khas utk wanita saja. Aku dgr de sorang mamat tu kata, "ala... lantaklah tempat perempuan pun".

Sepatutnya pihak pengurusan lebih peka pada hal sebegini. Lebih2 lagi dekat waiting area. Dah tentu2 lah waiting area kat Seremban tu dekat dgn bilik pengurusan. Tapi diorang wat xtau je bila waiting area utk wanita dipenuhi kaum lelaki. Sampai kat KL Sentral barulah de kawalan yg ketat sket.

Walau macam manapun tak sumenya lelaki yang ego yang tak mau ikut peraturan. De gak lelaki2 budiman dan gentleman yang sanggup pergi koc lain bila dia tau tu kawasan wanita. Respectlah sama mereka.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Tinggal Bumi Hang Tuah

Akhirnya masa yg aku tunggu2 selama ini telah tiba. Even aku masih lagi sebahagian daripada pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka, tp aku tak perlu lagi utk menetap di sana. Itu yg aku nanti2 kan selama ini. Tapi tipulah kalo aku kata aku tak seronok langsung menetap di sana. Banyak kot kenangan pahit manis selama aku disana yang aku kutip.

Ingatkan aku mungkin balik pada hari Sabtu tp rupa2 nye ari Jumaat petang daa... Tak sangka lak aku ibu nk datang jemput ari Jumaat. Actually ibu tak cakap pun nk dtang ari apa, ibu juz kata kalo ibu tak boleh cuti, ari Sabtu lah ibu datang. So aku assumelah ibu dtg ari Sabtu. Then, tetibe je ari Jumaat petang tu dlm kul 4 ibu kol kata dlm kul 5:30 ibu datang. Ibu kata ayah yg ajak ke Melaka aritu. Aiyo.... ne sempat nk berkemas. Satu hape pun aku tak kemas lagi kot. Ape lagi, aku rushing la balik umah. Hampir satu jam setengah aku mengemas pergh... memang meletihkan sesangat.

Hurm... lepas ni mesti dah tak dapat aku lalui detik kehidupan aku sebagai pelajar. Mesti akan merindui saat2 tu. Lecturer pun tak sempat nk jumpe sume. Juz sempat jumpa Dr. Rozman je. Tu pun sbb Dr. Rozman kendalikan taklimat thesis bg course HR. Tapi kami pun sempat gak jumpe En. Azree utk kali terakhir. Borak2 kejap then En. Azree tunjukkan gambar baby dia yg terkini. Sangat comel. Untuk practical nanti hopefully aku dapatlah advisor yang senang nak bekerjasama. Tapi kalo diberi pilihan, of courselah aku akan pilih En. Za'bah. Haha......

Wednesday, May 12, 2010

Hampir Tiba

Dua hari duduk dirumah tanpa berbuat apa2 memang bosan giler. Nak pergi finishing school... hurm, kirim salam je lah. Malam tadi juz hang-out pergi makan luar then lepak2 kat Pantai Klebang, memang best giler. Sangat mendamaikan hati yang semakin tak keruan. Ari nie satu hari masa aku dihabiskan dgn membaca novel. Andai itu takdirnya, memang meruntun jiwa.

Teman2 serumah yang lain sibuk mengemas barang masing2. Aku masih lagi menanti waktu yg sesuai utk mengemas. Bukannya apa, aku kalo dh mengemas memang susah nk menahan diri dari utk balik terus. So tunggulah sehari sblm berangkat pulang baru aku akan mula mengemas. Biarlah aku menikmati saat2 terakhir disini. Lepas ni, tak dapat lagi aku menyaksikan orang bermain bola sepak di waktu petang, kanak2 dengan riangnya bermain air di kolam renang, nyanyian dan jeritan daripada jejaka2 di rumah atas nie yg kononnya perasan suara mereka sedap dan setiap momen yg berlaku sepanjang aku berada di bumi Melaka ini selama hampir 2 tahun setengah.

Monday, May 10, 2010

Finishing School

Apa itu finishing school? Hurm.. entahlah tak tau camne nk jawab. Intipati programnya lebih kepada persiapan menuju ke alam pekerjaan. Resume, interview, dress code, communication skill, benda2 nie sume adalah basic yg rata2 sume student mmg dah tahu. Pgm sebegini dh byk kali dibuat. So impaknya memang kurang dan memang ramai yg dgn sengajanya tidak menghadirkan diri. Bayangkan daripada 7 course yg rata2 de lebih kurang seramai 300 lebih hanya berapa kerat je yg datang. Tak sampai 80 orang kot. Sangat sadis sekali.

Mana taknya kalo wat pgm lepas final, sume org sibuk nk balik. So memang xramailah yg datang walau sedap macam mana sekalipun nasi lemak dan nasi ayam yg telah diberikan secara percuma. Siap boleh bawa balik lagi tu. Tapi aku tau, sbb paling kukuh kenapa ramai org tak nk join program sebegini adalah kerana kami telah dipisahkan dgn rakan masing2. Maksudnya, kami dipecahkan kepada kumpulan mengikut kursus yg berlainan. Tu paling aku tak berkenan sekali.


Aku?? Entahlah.. aku hadirkan diri pun de sebab. Pertama, dh alang2 datang kampus tu takkan nk balik gitu je. Sebenarnya tak kisah pun nk balik tp kalo aku tau begini, sure2 lah aku tak balik Melaka semalam. Baik aku dok goyang kaki kat umah sambil tgk season finale amazing race, abiskan novel2 yg bersepah kat umah ataupun layan movie. Lagi syok, huhu...


Sebab kedua... alangkah bertuahnya nama aku tersenarai dalam kumpulan yg fasilitatornya adalah lecturer HR dan paling penting lecturer aku sendiri, Miss Afzan. Oh tidak!!! Disebabkan Miss Afzan yg telah pesan pd aku awal2, aku hadirkan diri dengan jayanya dari pagi smpai ke petang. Pgm ni masih berbaki lagi 2 hari. Utk ari esok dan lusa, aku tak pasti adakah aku mampu menghadapinya tanpa rakan2 yg lain? Kyra tak pe, die ada Abong yg sama kumpulan tapi aku??? Dan aku bertambah tak pasti bile En. Idris yg juga merupakan lecturer HR dan merangkap fasilitator aku mengatakan esok adalah hari utk kite berdebate, public speaking dan communication skills. Jadi, apakah maknanya itu??

Sunday, May 9, 2010

Aku Happy

Hari ini pertama kali aku rasa seronok gile nak balik Melaka. Tau kenapa? Dah tentulah aku balik ni bukan tujuan utk menghadapi peperiksaan mahupun untuk menghadiri kuliah. Tapi semata2 utk menghadiri program utk pelajar2 semester akhir. Aku tau ramai di kalangan kawan2 aku yg bila dh balik ke rumah masing2 mulalah rasa malas nk balik Melaka semula. Ha... samalah dgn aku. Tapi kali ni aku rasa hepi je balik Melaka sbb tak perlu nk semakkan otak aku dengan assignmentlah, testlah, examlah dan apa2 jua yg berkaitan dengan STUDY.... penat dah wei!!!

Mother's Day

Buat ibuku tersayang, Puan Norwaiti binti Mohd Noor... selamat ari ibu Aida ucapkan. Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan Aida selama ini. Segala kepayahan dan pengorbanan ibu akan Aida kenang. Semoga ibu tabah menghadapi dugaan yg mendatang dan dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki. Love you very much ^_^

To my sis, Nor Zaihan binti Sulaiman yg first time celebrate hari ibu, selamat ari ibu ye kak an. Semoga dpt menjadi ibu yg baik dan sentiasa cool. Jangan emo sangat. Huhu... Do not forget to all mak-mak sedara plus kakak sedara yg bergelar ibu. Happy Mother's Day....

Saturday, May 8, 2010

Layaaannn....

Sekali sekala layan cite hindustan nie syok gak. Lebih2 lagi kalo cite yg popular masa zaman persekolahan dulu. Tadi tengok cite Maan memang best. Syok gile lah tgk cite tu. Sedey pun ada. Dah lama tak tengok Amir Khan dengan Manisha Koirala berlakon. Suka tgk time dorang menari kat atas kapal tu. Lagipun cite nie byk lagu yg best2.

Ingat lagi masa aku form 2. De sorang cikgu nie die tanya sape de tape cite Kuch Kuch Hota Hai. Almaklumlah masa tahun 1998/99 zaman tu kan tgh meletop dengan cite hindustan. Lagi satu waktu tu CD masih lagi baru diperkenalkan. DVD apatah lagi, tak wujud kot time tu. Then, pengaruh hindustan nie gak makin besar time tu smpaikan cikgu Hazlin tu kami panggil die Miss Briganza, watak dlm cite kuch2 hota hai. Cikgu tu cantik dan Miss Briganza tu pula ala2 ratu gitu! Lebih kuranglah...

Byk koleksi2 cite Hindustan yg de kat umah nie. Dulu mmg minat tgk Hindustan tp skrg minat tu dah kurang. Tp yg aku tahu, dulu kak An memang hantu Hindustan. Rasa2 nye time panggung Sabtu tu mmg die xpernah miss kot tengok kecuali de satu cite tu, tajuknya Aan... hahaha, cam nama dia gak. Sampai sekarang aku ingat.

Pastu, zaman pun berubah bile tahun berikutnya cite2 dari Korea pula yg byk muncul di TV macam Winter Sonata dgn Autumn in My Heart. Tu pun aku layan gak. Then, bila cite dari Mexico paling aku suka La Usurpadora walaupun ramai yg kata cite Maria Mercedes lg best. Bila zaman cite Philiphine lak, dah tentulah cite Pangako Sayo' yg aku minat. Huhu....

Thursday, May 6, 2010

Finally it's final

Setelah lama menunggu, hari ni tamatlah segala bagai exam untuk semester yang terakhir nie sblm aku menjalani latihan praktikal. Pada kawan2 yg amik paper IR tu selamat berjuang ea utk ari Ahad nanti. Nasib baik aku amik Issues, so takyah tempuh final exam. Juz wat event, presentation dengan test yg sangat best (open book + discussion test.. huhu)... Paling best PM Sha dh cakap awal2 yg event kami dapat full mark. Alhamdulillah...

Berita yg baru aku terima, ingatkan next week de finishing school je selama 3 ari. Tetibe ditambah pula dengan 2 ari taklimat praktikal. Mak ai, lamanya taklimat.. Alamak, tak syoklah. Tapi takpelah, janji dah tak perlu nk baca buku lagi. Dah boleh bungkus terus dah. Nak buang tak boleh, sayang. Nak jual lagi sayang. Bak kata En. Helmy, "kamu jangan jual buku2 kamu, especially compensation. Tu sume berguna untuk masa depan." Ya, betul.... memang sangat berguna.

Monday, May 3, 2010

Satu saja lagi

Seronoknye rasa bile tinggal 1 paper je lagi. Makin dh nk abis nie makin malas aku nk study, nape ek? Tak sabar dah aku nk abiskan sumenya. Walaupun last paper aku 6hb nie tapi still aku tak boleh balik lg sbb next week de pgm finishing school 3 hari. Tak pelah, janji aku tak perlu nk study sampai ke subuh. Tak larat dah nk lalui sume tu. Tapi dalam byk2 paper, paling aku suka dh tentulah knowledge management yg baru aku ambil tadi. Mana tak suka kalo soklan yg kuar tadi sebiji2 dari test kami aritu. Thanks to En. Za'bah...

Satu perkara lagi, makin lama di sini makin bosan aku rasa. Bukan aku sorang je yg rasa perkara sebegini, Kyra pun sama. Sampaikan die boleh call aku dan kami sempat berborak melalui phone. Padahal satu rumah nie, satu bilik lagi. Cuma time die call tu, aku dlm bilik dan die di balcony. Bosan punya pasal...