Thursday, February 25, 2010

Terima kasih untuk hari ini

Malam tadi kemas2 beg nak balik Seremban. So cdg pakai t-shirt dgn jeans je sng sket. Elok je abis gosok baju, dpt call drp kak Fiza soh kami berdua pergi jumpa Pengarah Kampus, Datuk Dr. Mizan kat kampus Alor Gajah (KAG) . Terpaksalah gosok baju kurung. Iyalah nk jumpa Datuk kenalah pakai ikut sahsiah rupa diri UiTM. Actually jumpe Datuk nie sbb nk convince kan pada die ttg speaker utk seminar kami nnti. Bak kata PM Zainuddin Datuk mungkin takkan setuju dgn speaker yg bakal kami nk jemput nnti. Aku tak tau sbb ape tp mungkin speaker nie bukanlah alumni UiTM tu yg susah sket. So abis je class CTU terus jumpa PM Shahariah. Petang tu patutnya aku de class law tp madam dh minta pelepasan drp Miss Afzan.

Ikut PM Shahariah pergi KAG memang best. First time aku naik Merce. Hehe.... Sblm pegi tu madam ajak kami lunch dlu. Siap tanya lagi "u all nk makan kat mane, biar saya belanja." Wah, kali kedua kami dibelanja lecturer. Sem lepas dgn En. Azree. Huhu... Tapi sebelum tu singgah amik anak madam yg bongsu kat sekolah dulu. Anak dia sangat comel + manja + pemalu, Imran namanya. Dah besar tu mesti handsome.

Pastu madam terus bawa kami makan nasi ayam yg katanya mmg sedap. Tapi sayangnya sampai je kat sana orang tu kata dah abis. So xdelah rezki kami nk merasainya. Then, madam bawa kami makan nasi beriyani batu pahat. Dalam kul 2:15 kami dh dok tunggu Datuk kat office dier. Hampir 1 jam setengah kami tunggu, smpai nk tertido2 aku dgn Kyra kat sofa tu dan akhirnya Datuk tak masuk2 office. Jadi set balik appointment baru dengan Datuk ari Isnin nie. Tapi kami akan jumpa Datuk kat kampus bandar je la.

Keluar je dr KAG, madam kata lagi, "I teringinlah nk makan cendol. Jom I belanja lagi u all lagi. Kali ni kita makan cendol pula. You all pernah pergi Masjid Tanah tak?" Dan jawapan kami dah tentulah tidak sbb kami ni bukanlah kaki jalan di hujung minggu sbb every week akan balik rumah. Madam kata kami nie tak enjoy student life sbnrnya. Dan oleh sebab kami ni jarang mengexplore tempat di Melaka ni, so sepanjang perjalanan madam menjadi pemandu pelancong tak rasmi kitorang. Madam siap boleh kata lagi, "kalo senang2 lepas ni, I bawa you all pergi makan ikan bakar pula." Wah, madam memang best! Dari Lendu terus Masjid Tanah. Tapi sygnya kedai cendol tu tutup lak ari ni. So xde rezki lagi. Then madam bawa kami makan kuih keria antarabangsa kat Sungai Udang pula.

Sampai sana sekali lagi........... kuih keria tu pula dah abis. Jadi madam soh pesan makanan yg lain tp kami juz makan kuih kacang. Anak madam je yg order laksa. Abis je makan, madam terus hantar kami ke Melaka Sentral pula.

Memang best dpt bersama PM Shahariah hari ni. Walaupun madam tu Prof. Madya tp dia punya sporting memang tahap terbaik. Macam2 yg die cerita., macam mana bila cita2 & kerjaya die ditentukan ayahnya sendiri, macam mana frustnya die bila sbnrnya dia dapat tawaran belajar ke overseas tp ayahnya sorokkan surat tawaran tu, kehidupan dia sbg seorang isteri dan ibu kepada 4 orang hero kesemuanya.... bak kata madam, hari2 die jadi tarzan. Actually madam kata die sbnrnya teringin nk anak perempuan sbb leh temankan die gi shopping. Huhu.... Tp madam kata dlm masa yg sama dia bersyukur sbb kalo ade ank perempuan, dia mungkin akan manjakan anaknya tu. Bak kata madam dgn adanya 4 orang ank lelaki, mereka tu adalah semangat die apabila husbandnya terpaksa bertugas jauh dr keluarga.

Dan yg paling aku suka ttg PM Shahariah, dia memang sangat positif + supportive + sporting. Bukan sj pada anak2 nya tp pada kami juga sbg studentnya. Banyak sebenarnya kalo nk citer pasal madam nie. Dalam class die lain tp bile kat luar die jadi macam orang lain. Sangatlah best sampaikan kami leh gelak2 besar dgn madam dan madam pun boleh bercerita ttg kehidupan die sekeluarga. Untuk hari ni, walaupun hajat sebenarnya nk jumpa Datuk tp tak berkesampaian, actually de gak hikmahnya tu. Terima kasih buat Prof. Madya Shahariah Haji Osman.

2 comments:

l said...

wow..sronoknye hari dia..

xhn said...

eheee
ini mcm leh dpt dean list lg nmpknyerr ;p