Yahoo!!! seminggu mid-term break memang syok. Sempena CNY yang lepas cuti aku byk dihabiskan di Kluang, Johor. Bermula dari hari Jumaat smpailah Selasa memang amat menyeronokkan + memenatkan juga. Almaklumlah sempena majlis pernikahan Amal yang berlangsung pada CNY nie dah tentulah byk kerja nk kena bantu.
Jumaat, 12 Februari
Pagi-pagi lagi ayah dh message tanye aku balik camne. Jadi aku pun cakaplah yang aku tunggu di Melaka je so tak perlulah aku susah2 nak patah balik. Dalam kul 4 petang, aku dijemput di Melaka. Then, teruskan perjalanan ke Kluang. Sampai sana dalam kul 9. Bila kami sampai pelamin tengah siap dipasang. Temanya merah-putih. Memang Chinese New Year. So sweet and simple. Kemudian, mak uda siapkan makan malam. Ade sup gear-box. Memang best. Aku jerk yg makan nasi yang lain sume dh kenyang. Pas makan, tolong2 ape yang patut. Tolong pasang bunga telur dan juga siapkan duit utk orang rewang (bunga roset yang disematkan di dada). Dalam kul 12 lebih kami sekeluarga berangkat pergi rumah Usu kat Taman Sri Lambak. Nak tido umah mak uda dah tentu nnti tak muat. So sepanjang kami di sana, kami menginap di rumah Usu. Thanks to Usu n family.
Remp-it??
Sebelum balik kena tolong apa yang patut
Sabtu, 13 Februari
Pagi2 lagi satu rumah dah kena kejut. Walaupun kami tidur di rumah Usu tapi still kena bangun awal gak. Mak2 dan ayah2 pergi dulu. Kami yang 4 beradik nie pergi kendian. Dalam kul 9 baru kami gerak ke rumah mak uda. Tapi sebelum tu kami singgah breakfast kat Kluang Station dulu. Sampai umah mak uda orang dah ramai datang. Masuk2 rumah jer tengok orang ramai membantu wat bunga telur, bunga pahar, paper bag. Uish... aku agak malas sket bab2 nie. So aku pun larilah ke dapur tolong mak long goreng ikan masin untuk makan tengahari dengan kenduri malam nanti. Barulah syiok bila bergelumang dengan kuali dan minyak panas. Abis tolong keje2 dapur pergilah ke depan tolong mereka wat ape yang patut.
Malam tu lak de majlis berinai, khatam quran, berzanji, marhaban dan majlis cukur jambul utk Firas. Sekali serentak sumenya dijalankan senang sket. Dekat kul 11 majlis tamat dan kami pulang ke rumah usu hampir jam 1 pagi.
Makan sampai kenyang supaya ada tenaga nk wat keje
Memasak + paper beg + bunga telur + bunga roset + bunga rampai = PENAT
Majlis berinai
Farah dan Gegirl - khatam quran
Amal berzanji
Marhabban dan cukur jambul Firas
Akhirnya...... Firas yang kepenatan
Ahad, 14 Februari
CNY, besday Ijah dan majlis pernikahan Amal adalah pada 14 Februari. Dan tarikh nie jugalah buat pertama kalinya aku diminta utk jadi pengapit bagi Amal. Jadi pengapit dari A smpai Z. Dari majlis pernikahan, persandingan di pihak perempuan dan lelaki, pengapit masa tukar baju, masa mekap malah masa makan beradap juga. Sangat memenatkan tapi seronok.
Bak kata Ijah kalo aku jadi pengapit aku boleh makan sedap2 dengan pengantin. Ya, tu memang betul. Memang time makan beradap tu aku berpeluang makan macam2 dan memang aku lapar sangat. Tapi aku kenalah control makan. Takkanlah nak melantak beriya-iya. Mengalahkan pengantin pula nanti. So, tugas aku di meja makan hanyalah membantu Amal utk menyendukkan lauk pauk. Elok je Amal salin baju untuk kali ke-2, aku dengan cepatnya terus ajak Gegirl makan. Makan sepuas2 nya. Hahaha........
Jadi pengapit ni memang seronok dan byk pengalaman yg aku dapat. Selain drp banyak gambar2 aku yg tersnap sekali, antara yg paling aku suka adalah bila aku dapat tengok betul2 adat orang Johor di mana tol dikenakan. Selalunya aku tgk gitu2 jerk tp bile dh jadi pengapit baru dapat tgk dari mula smpai abis. Dekat pintu masuk kena tol dekat pelamin kena tol dan yg paling susah dgn mak andamnya.
Mak andam duduk di sebelah pengantin perempuan smbil menutup muka pengantin meminta tol daripada pengantin lelaki. Dan of cozlah yang teruk kena adalah pengapit pengantin lelaki. Bila mak andam kata "tak de pun duit merahnya" maka terseluk2 lah pengapit lelaki tu cari ang-pow yang lain. Adalah dalam 5, 6 ang-pow die kasi smpailah mak andam tu berpuas hati baru pengantin lelaki boleh duduk. So nasihat aku sp yg jadi pengapit pengantin lelaki bila pengantin perempuannya orang Johor, maka berhati2 lah anda dan bersedialah sepenuhnya. Tapi nasib baik kedua2 pengantin orang Johor jadi masing2 dh tau adatnya.
Kenduri abis lebih kurang dalam kul 5. Abis kemas2 kami pulang selepas Maghrib. Then, datang balik utk majlis buka hadiah dan nk makan kek sempena besday Ijah. Tapi memandangkan kesemuanya dah kepenatan, hadiah dibuka lewat tengah malam dan kek pun kami simpan utk esok.

Majlis pernikahan
Bukakan kasut pengantin... salah satu tugas aku
Membantu Azie yg ditugaskan di meja pengantin
Sekitar majlis
Bergambar kenangan.... yang penting kek pengantin yang acik buat memang best! Tiramisu, Strawbery dan cup cake
Isnin, 15 Februari
Ikut perancangan pukul 10 pagi sume orang kena berkumpul di rumah mak uda. Dalam pukul 8:30 aku dapat panggilan daripada Amal. Amal soh aku datang awal sket sbb kena ikut dier pergi JB dulu sekali dengan Farah. Angah dengan Boy antar aku gi umah mak uda dulu. Then, sampai sana je Amal ajak angah & boy ikut sekali. So aku naik kereta pengantin bersama Farah manakala angah dan boy ikut dari belakang.
Sebelum sampai Kulai, kami singgah di Senai dulu sbb pengantin nk mandi sebelum bersolek. Sambil tunggu mereka mandi, kami sempat gaklah menonton siaran MediaCorp, Singapore punye siaran. Teruja sekejap kami sbb dah lama tak tengok tv Singapore. Kebetulan time tu de anugerah marah paling takut. Pergh..... memang kelakar. Farah rilex jer tengok almaklumlah orang dok JB dah tentu2nya senang dapat siaran Singapore.
Dalam kul 12 terus gerak pergi Kulai, pergi Izad Gallery. Kami disambut oleh seorang gadis yg cantik. Sambil tunggu Amal bersolek sempat gaklah kami tengok2 baju kat butik tu. Memang cantik sekali. Then, belek pula album gambar. Tengok model perempuan tu memang cantik sekali. Sesuai betul jadi model pengantin perempuan. Pastu datanglah Emran, pengantin lelakinya sambil berkata, "inilah Izad" sambil menunjuk ke arah 'gadis' yg sedang menyolek Amal. Wah, sungguh kami tak duga.
Selesai make-up tunggu Fadhil datang untuk membawa pengantin. Tadi takpelah sbb pengantinnya belum bertanjak, belum berkeris lagi. Sekarang dah siap bersolek bagai takkanlah nk biarkan pengantin yg memandu. Sebelum berarak kami singgah rumah penanggah dulu. Di rumah pengantin lelaki acara yg paling aku suka adalah tarian zapin. Sambil kami bersantap, kami dihiburkan dengan tarian zapin secara live. Memang best.
Dalam kul 3 kami gerak balik Kluang. Tapi sebelum tu singgah Simpang Renggam dulu utk solat Asar. Abis solat, singgah gerai cendol depan masjid. Tapi sayangnya kedai tu ditutup. So minum jelah kat kedai yg lagi satu tu. Pukul 6 sampai Kluang.
Sebelum pelamin anganku musnah kenalah ambil gambar dulu
Berarak ke rumah pengantin lelaki
Boys and Girls
Purple di rumah pengantin lelaki
Rombongan ke Kulai
Selasa, 16 Februari
Hari terakhir kami berada di Kluang except Along yg dah balik pada pagi Isnin sbb abg Long nk kerja. Bak kata Usu kalo kami balik lambat sket bolehlah pergi mandi laut kat Mersing. Oh tidak!!! Tak pelah Usu, mungkin lain kali jelah. Tak dapat pergi Mersing pergi Gunung Lumut yg dekat tu pun jadilah.
Lepas makan tengahari kami terus ke rumah mak uda dulu. Sampai sana tolonglah kemas apa yang patut almaklumlah ramai orang yg dah balik. Yang tinggal cuma family acik je. Ingat singgah umah mak uda dapatlah amik gambar daripada Afiq. Tapi Afiq masih lagi dalam proses mengedit gambar. Banyak tu kot dekat 500 keping nk kena edit. Alamatnya next weeklah baru boleh dapat.
Pukul 4 kami gerak dari Kluang. Tak singgah mana2 pun cuma pergi Melaka je. Tapi ibu dengan ayah singgah shopping jap kat Ayer Keroh dan kami 4 beradik terus gerak balik Seremban sbb Nuar dah nak balik malam tu. Highway tok sah cakaplah. Memang jam yg teramat sangat. Lalu highway jam lalu jalan lama pun jam. Dan kesimpulannya kami lalu jalan Rantau. Sampai Seremban pukul 7:45 petang. Balik rumah tolong angah masak dan pukul 11 lebih dah masuk tido.

Sebelum balik tolong Afiq lap pinggan dulu
Jalan dah start sesak daripada Ayer Keroh
Lain-lain perkara:
Sepatutnya kawan Amal yang jadi pengapit. Tapi kawan Amal de banyak jemputan pada hari tu dan akulah yg menjadi penggantinya.
Time tetamu nk tepung tawar, aku pun stand-bylah dengan bunga telur di tangan. Dengan tak semena-mena, pap!!! alamak, telur dah terlepas dari bunganya. Hehehe..... malunya.
Paling aku suka di majlis Amal, bila air minuman dibuat seperti dijual di gerai. Ade air teh bunga, asam boi, sirap, bandung hijau dan cincau yang diletakkan dalam tong seperti di pasar malam dan tetamu yang datang boleh ambil sendiri air apa yg mereka nak tanpa perlu berebut.
10 buah kereta berkonvoi ke rumah pengantin lelaki di Kulai.
Semasa singgah minum di Simpang Renggam, Nuar, Afiq, Fadhil dan Ashiq sempat bergambar di dua buah motorsikal polis yg turut minum di gerai tersebut.

2 comments:
rajinnye wat entry pjg2..huhuu
nama pun pengapit kan
mesti la entry kali ni edisi gempak punye cite :D
errr..tiru gamba entry~*~*
Post a Comment