Thursday, September 1, 2011

Syawal 1432H

Hari raya selalunya ape yang aku buat?



Kalau sebelum2 nie tugas aku menganyam ketupat. Tapi dis year aku dapat buat satu je. Tu pun tak berapa nak abis. Sebabnya banyak benda yang aku perlu settlekan. Dan oleh kerana dis year my eldest sis balik Senawang so tugas2 menganyam ketupat tu dialah yg perlu buat. Aku pula ditugaskan utk berada di dapur. Kalau tahun2 sebelum nie aku hanya perlu memasak sambal goreng tp tahun nie bertambah lak menu yg perlu aku masak. Sambal kacang daaa..... Tapi takpe, at least aku dapat belajar dan yang penting cepat je sambal kacang tu abis ye.. dapat sambutan tau!!!

Malam raya apalagi susun2 lah kuih raya dalam balang. Tapi banyak cabarannya tau. Sebab si kecil Firas tu sibuk je mau nolong. Orang menganyam ketupat dia pun nak... orang nak masuk kuih dalam balang dia pun sibuk nak buat. Siap tak bagi tu orang tolong dia. Dia mau buat sorang2. Suka atilah Firas... janji balang tu tak pecah ye.



Raya pertama kami sambut di Senawang je. Malam hari raya tu baru kami semua bertolak pulang ke Johor. Almaklumlah my ayah keje pada hari raya. Bila dah balik Johor tu, tempat wajib yang perlu dikunjungi bila tiba hari raya dah tentulah ke kubur.




Kalau kat Johor ikutkan mmg ramai sedara mara kami kat sana. Tapi memandangkan masa tak cukup dan my ayah dan ibu pun akan keje pada raya ke-3 makanya hanya sehari semalam je kami beraya di Johor.

Tempat pertama yg kami pergi of courselah ke Kluang. First kami ke rumah Usu. Sambil beraya sambil melawat sepupu kami yang terakhir yang baru saja dilahirkan.





Pagi raya ke-2


Lepas tu terus ke rumah Mak Uda. Pun tempat wajib yang perlu disinggah bila berada di Kluang. Tapi tahun nie takde gambar ramai2 cam selalu. Almaklumlah pagi2 lagi kami dah sampai. Lagipun kami tak lama kat sana. Then, terus ke rumah mak ndak pula. Ha... kat sana agak lama lah juga kami beraya. Mak ndak siap hidangkan laksa johor lagi utk kitorang.


Tengoklah Firas tu. Bukan tak sabar nak makan tapi sibuk nak menolong



Kat sini wajib bergambar. Sebab kitorang selalunya akan berjumpa pada Hari Raya saja.


Dari Kluang kami terus ke Simpang Renggam. Lepas tu terus balik Senawang. Jalan tak jem dan kereta pun taklah banyak sangat pun. Kira okeylah perjalanan kali ni. Ingatkan bila dah balik Senawang nak terus update blog tapi tak boleh sbbnya bila Firas ada sume keje tak menjadi.


Firas yang kusyuk tengok Upin dan Ipin


Jadinya raya tahun nie masa banyak di habiskan di Senawang saja. Gambar satu famili pun kami tak sempat nak snap sbbnya first raya my ayah kena keje. Yang ada ni pun hanya gambar kami 5 beradik ni je..


Ee eh... Firas pun ada?? Sibuk jer. Owh... lupa lak. Dia tu adik bongsu kami. Dia panggil ayah kami pun dengan panggilan AYAH juga



Ladies... tapi cam biasa, Firas tu mesti nak menyelit sama..


(p/s: tahun nie aku tetap dapat duit raya lagi walaupun dah berkurang. syukur Alhamdulillah)

No comments: