Monday, January 31, 2011

Keranamu mee bandung

Wah... bestnya cuti CNY kali nie. Sape2 yg dok KL confirmlah leh cuti lama, almaklumlah sbb de cuti hari wilayah. Tapi aku tak amik cuti pun. Pekerja contohlah katakan... pergh.. ayat tak bleh tahan!... Malam nie separuh rakan2 di RGS dah pegi bercuti kat Hadyai. Wow, seronok gile diorang gi sana. Actually ikut perancangan aku pun patutnya menjoinkan diri ke sana. Tapi atas sebab2 yang tertentu maka terpaksalah aku menarik diri saat2 akhir. Seronoknye dapat pegi sana. Pergi Hadyai pergi Krabi. Diorang nak wat scuba diving. Sangat jeles okey!

Tapi takpe, ada separuh lagi rakan2 RGS yang tak bercuti. So makanya secara tak langsung aku ikutlah mereka2 yang tak bercuti nie berjalan dalam Malaysia jer. Hari Sabtu petang aku keluar jenjalan sekitar KL bersama teman di RGS. Pastu, malamnye kami buat keje gile. Kalo dulu time study aku dgn Kyra wat keje gila berjalan dari Melaka - Bangi. Tapi kali nie, time keje aku dan rakan2 wat keje gile berjalan dari KL - Muar semata2 kerana mee bandung.



Mee bandung Muar yang sangat lazat. Kami dapat layanan 1st class dari tauke kedai.


Bayangkan kul 9 lebih kitorang bertolak dari KL then singgah di Melaka kejap. Lepas tu, kul 1 pagi kitorang smpai di Muar. Abis makan, dekat kul 2 terus gerak balik KL. Sampai KL dalam pukul 4 pagi. Lepas tu terus masuk opis baru. Rajin gilakan kami nie sume. Huhu... Dalam pukul 6 pagi kami breakfast kat Kampung Baru. Then, kul 7.30 barulah aku sampai Keramat dan terus zzzzzzz.....

Pukul 6 petang ari Ahad jalan2 lagi sekitar KL. Then, malam lepak kat tempat favorite kitorang, AU4 Keramat. Lepak2 sampailah kul 11 malam. Pastu cam biasa masuk opis jap. Ni aku baru je smpai umah nie terus update blog. Almaklumlah dh de PC baru. Huhu...

Sunday, January 30, 2011

Thanks to all



Akhirnya satu set PC telah selamat sampai di rumah aku. Terima kasih abg Lan, Syaiful, Umar dan Akim. Juga Mr. A sbb kasi green light untuk hadiahkan aku PC.

Monday, January 24, 2011

Time is running out

Bosan! bosan! ngantuk! ngantuk!... Semalam dahlah tido lambat gara2 menyiapkan 'tugasan' dari kakak angah. Hehe.... By da way msinsiyur, I dh settlekan assignment yg u kasi I. Don't forget to read ur email okey. Thank u very much. Then cam biasalah, setiap ari Isnin akan bgun seawal jam 5 pagi. Dalam bas lak tak leh tido. Lepas Sg. Besi baru mata nie terhegeh2 nk tertutup. Bencinye.... Sampai office seperti yg aku jangkakan = KOSONG. Ingatkan hanya kosong je tp nie betul2 punye KOSONG. Pantry, surau, toilet sumenya takde. Erm.. xpaham kan? Never mind, biarlah hanya aku je yg memahaminya. Yang penting aku kena bersiap sedia selalu sbb bila2 masa saja aku akan meninggalkan ET yang gah lagi exclusive ni. Goodbye my sweetheart~

[p/s: dalam kepala tgh pk, apa aku nk masak malam nie??...)

Friday, January 14, 2011

Aku suka makan

Semalam lepas abis keje ingatkan nak balik awal sbb nak anta form to my sis. So, around 5:30 aku dah keluar. Tapi elok je lif tu nk turun ke lobby, benti lak kat level 21. Paling tak syok bila aku tgk Mr. VP and all the datuk2 baru abis meeting. Aku pun tunggu jelah dlm lif tu kasi diorang masuk. Pastu tetibe Mr. VP panggil aku keluar. Ingatkan nak kasi Datuk2 tu masuk dulu tp rupa2nye dia minta aku kemaskan meeting room tu. Tunggu kat situ smpai secretary dia datang. Okey, fine.. Aku pun tunggulah situ smbil mengemas. Abis je chow cincaulah.

Then, ikut perancangan aku nk jmpe my sis kat Asia Jaya tapi last minit tukar venue. Jumpe kat stesen Universiti. My favorite station actually sbb kat situ byk makanan. Hahaha.... Okey, sebut pasal makan semalam aku jmpe sorang staff RBSB nie. Dia kata sejak aku dok RGS aku dah makin berisi especially tang pipi. Owh.. yeke.. Mana tak berisi sbb orang2 kat RGS nie sumenya suka makan. Ada je tempat makan yg nak di cubanya. Tu pasallah aku pun secara tak langsung dah terikut budaya diorang. Heheh... Tapi napalah asal aku timbang je berat aku still 45kg dari dulu. Ke timbang kat umah tu dah rosak??

Lepas tu semalam bila dah ke Universiti tu macam2 lah aku rasa nak beli. Aku rasa cam excited je tgk orang jual2, buka gerai kat tepi jalan. Menu pilihan aku dah tentulah nasi kukus. Walaupun simple je nasi kukus dia tapi sedap gile. Aku suka sambal die yg manis2 pedas tu. Terangkat beb! Rasa cam tak cukup je. Kalaulah dari tempat aku nk ke sana tu kejap, confirm selalulah aku ke sana. Ini tak... pergi balik je dah hampir satu jam.

Morning Story

Semalam hari yang memenatkan bagi aku. Pagi2 lagi dah kena kemaskan barang2. Penatnye. Dahlah banyak habuk. Bertambah teruklah batuk aku. Aiyo... Pastu aku terima satu berita yg agak mengejutkan. Suddenly, one of my friends akan resign dalam masa terdekat ni. She's Chinese but different with others. So nice and humble. Hanya dia sorang saja Chinese yg rapat dalam group Malay kitorang. Lunch together, gossip2 together. Then, bila tau die nak resign, aku rasa sedih jer. Lagipun dia kat sini banyak tolong aku. Dahtu dia dok sebelah aku so byklah cerita2 kitorang kongsikan. Even kalau die tak datang pun aku rasa sunyi je sbb xde orang aku nk gaduh. Huhu...

Sume kat RGS nie terkejut bila dengar berita tu. Apalagi, telefon aku pun berdering2 lah. Kawan2 kat tempat baru sume tanye betul ke berita yg diorang dengar. Amboi, cepat sungguh berita tu sampai sana!... Untuk dapatkan kepastian, diorang kat tempat baru sume datang sini lunch together dengan all ladies yg masih tinggal kat sini. Time lunch tu lah kitorang buat sesi interview. Yelah, we all pun faham... this Chinese lady de masalah yg tersendiri. Lagipun die baru je dapat baby and always EL because of her baby. Takpelah, mgkin dia dah pk masak2 mana yg terbaik untuk dirinya. Cuma paling tak best, before CNY nie dia dah resign dah. Cepat sungguh. Nampak gayanya nnti tinggal 3 orang je kaum hawa di RGS. Sob... sob... sob...

Okey, lupakan cite sedih. Kita cite yg hepi2 pula. Oleh sebab kitorang akan berpindah dlm masa terdekat nie so banyaklah barang2 yg perlu dilupuskan. Dan aku sangat bernasib baik sbb Mr. A kasi green light untuk bagi satu set komputer kepada aku. Wah, bestnye. So lepas nie leh la aku on9 malam2 kat umah. Laptop aku tu suka wat hal. Almaklumlah benda dah lama. Takpe2, lepas nie aku leh bawa laptop aku gi opis minta tolong my fren tengokkan.

Tuesday, January 11, 2011

Mood mood mood~

Today's mood:-

Suram sebab kat opis nie sunyi je. Sometimes rasa kosong walaupun orang selalu keluar masuk. Tapi tulah, masing2 sibuk buat hal sendiri. On-off pegi sana sini.

Hepi bila dah petang sket. Biasalah mood kdg2 boleh berubah. Tadi sempat tu aku main kejar2 dlm opis dgn sorang sis yg sangat vogue! Tak peduli aku Mr. VP de guests ke, Mr. A tgh dok bz pasal connection ke, yg penting aku kena kejar dia sbb kemain lagi die mengusik aku. Hahaha.. satu opis riuh tadi. Conpius tgk adegan kejar mengejar.

Dalam dilema sbb tak tau mau ikut mana satu. Actually utk CNY nie diorang dh wat perancangan nk gi holiday. Dah lama dah rancang. Tapi tulah, last2 minute ni de je benda yg berlaku membuatkan aku dalam dilema lak. Aku tak suka betullah berada di tengah2 nie..

Excited sbb macam2 berita aku terima arini. Kalo dah excited tu of cozlah berita yg hepi kan. Huhu...

Tension sbb arini je telefon tetibe asyik berdering je. Then, mailbox penuh. Penat nak jawab sume. Tapi xpe sbb arini aku seronok sket compare others day. Hehehe...

Friday, January 7, 2011

Makan free lagi!!

Hari ini sekali lagi Mr. A belanja breakfast. Wah, dah 2 ari berturut2 nie. Kalo semalam hanya aku yg dibawanya tapi arini die belanja sume staff di RGS. Ikutkan tadi kami nk breakfast kat luar tp disebabkan ada something yg berlaku so maka juz tapau jelah. Rakan2 yg berada di tempat baru yg tolong tapaukan dan kami makan ramai2 di Empire Tower nie. Thank you thank you.

(p/s: Lunch ni mau pergi SOGO. Almaklumlah rehat lama kan.. Let's go!)

Thursday, January 6, 2011

Time aku jadi student

Oleh kerana aku dah ditag oleh my fren, merangkap ex-roomate aku dlm bab2 jarah-menjarah nie, so aku pun nk gaklah menceritakan detik2 masam manis time study dulu. Alrite, straight to the point...

1. Kalau cik Kayra Kamal kata die rindu nk bawa payung 7E die tu, aku pula rindu nak menggayakan payung Watson aku. Hahaha.... payung yg ku beli semata2 utk menuntut ilmu. Dan sekarang payung tu telah ku wasiatkan kepada my brother yang kini telah pun pulang ke kampusnya minggu lepas. Rindu untuk aku sangkutkan payung kesayanganku itu pada beg coklat yg byk berbakti pada aku selama ini.

2. Aku rindu pada sardin yg selalu kitorang masak. Pedas baek punye! Sangat memikat. Lagi satu ikan bilis goreng dengan lobak asin. Pergh... my favorite. Jangan tak tau smpai ke hari ni aku masih lg mencari lobak asin yg macam kat Melaka punye. Tapi tak jumpe2. Yang ada pun xmemikat citarasa aku. Mana taknye kalo jenamanya dari kategori non-Muslim. Tak naklah aku.

3. Rindu nak pergi HRS meeting. Sebabnya kat sana jelah aku leh nyanyi lagu Negaraku, lagu UiTM di Hati dgn Wawasan Setia Pelajar. Lepas ni kalo nk nyanyi lagi camtu kenalah tunggu time konvo nnti. Kalo tak pun, karaoke lah sendiri dalam bilik. Huhu...

4. Rindu nak pakai baju korporat HR. Aku hanya penah pakai baju tu sekali jer. Beli mahal2 pastu tak pakai dah. Pakai pun sebab time pergi trip ke MMHE. Tak tau bile lagi mau pakai baju tu lepas ni.

5. Rindu nak buat aktiviti2 menarik dgn Kayra. Karaoke dlm bilik tengah2 malam terutamanya time2 tgh final exam. Yelah, time tu kan tengah mereng sket. Otak tak berapa nk betul sbb tido tak cukup. Betullah cakap Kayra, kami mmg selalu berlumba2 sape tido dlu, berkepang, bergosip, jadi mak jarah kejap, "menconteng" dinding rumah auntie tempat kami sewa tu. Ingat lagi time tu, kami dok sedap2 tido tetiba dgr sore auntie tu dalam rumah. Dengan muka cemberut yg baru bangun tido, rambut kusut masai terus kitorang buang balik hasil2 seni lukisan kat dinding dalam bilik tu. Hehehe...

6. Then, aku rindu nak wat keje gila dengan pergi membawa diri ke Bangi pd waktu malam sedangkan malam esoknye ada test Compensation. Gila tak gila. Tapi mmg fun abes. Ha.. lagi satu rindu nk berpoco-poco masa zaman2 dok kat kolej dulu. Kan Kayra kan kan...

7. Rindu nak main rebut2. Rebut2 kat lif dengan rebut2 nak naik bas. Walaupun time tu rasa hangin je tapi bile difikirkan balik sangat seronok apa. Bila rebut nak naik bas mesti ada yg tercicir seliparnya. Takpun beg tersangkut. Heheh... macam budak2 pun ada gak. Then kalo naik lif kdg2 tu adakalanya kena marah dengan lecturer sbb sibuk nak naik lif staff. Kononnye lah yg tu lif staff....

8. Rindu nak masuk class Employment Law. Sebabnya rindu nk kena denda naik kerusi oleh Miss Afzan yg konon2 nye garang tapi sebenarnya gila2 gak.

9. Rindu dengan makanan2 kat sana. Rindu nak makan kat kafe, makan kat depan Bank Rakyat, MARA, Subaidah, makan nasi goreng ayam kat kedai uncle dan paling aku rindu nak minum air three layer yg sedap yg sukar nk dapat kat mana2. Bilalah aku nk rasa tu sume lagi ek?

10. Rindu nak abiskan masa dengan kawan2, pergi jenjalan, naik river cruise, pergi funfair, naik kete kancil Kayra yg leh memuatkan 8 orang... memang satu kenangan yang manis.

11. Rindu nak berpuasa masa zaman belajar dlu. Pergi bazar kat Taman Cempaka takpun masak kat umah. Then buka pose... sahur. Pastu jalan kaki dari rumah ke kampus 20 minit. Sangat mencabar keimanan time2 pose dengan panas teriknya, anjing yg bersepah2... sangat penat. Serious tak tipu!!

12. Actually kalo nk diikutkan mmg byk perkara2 yg aku rindu time study dulu. Rindu nak pergi class, rindu nk jalan kaki walaupun penat, rindu dengan kg. morten, rindu dgn lecturer2 yg baik hati + garang + kekwat, rindu nak tgk tv kat library, rindu dgn abg teksi Pierre Andre yg baik tu, rindu nk kena marah dengan MJ sbb tak kasi kitorang balik Seremban, rindu dgn kenangan bersama En. Fad yg suka marah2 sayang dgn kitorang especially bile hampir satu class fail test QMT. Hehehe.... sangat sweet je rasa time tu. Betullah, rindu nk kembali pada zaman itu.

Orait, now time for me to tag others. Aku tak tau nk tag sape, ingatkan nak tag org yg tgh aktif berblogging skrg sape lagi kalo bukan ms insiyur. Tapi rasa2 nye die dh penah cite kot kat blog die. Tapi kalo die still mau cite xpelah. Takpe2... aku nk tag org yg xbrp nk aktif blogging, sape lagi kalo bukan cik sweetzme. Lagipun die dah lama meninggalkan campus life die. Silalah jawab ye. Hehehe....

What a good day

Kalau semalam kira hari yg mendung bagi aku tapi hari ini pelangi yg menyinar. Syukur Alhamduillah... kan best kalo ari2 camni. Sekarang kat opis tinggal berdua je. Yang lain on-off tempat baru. Aku???.. Hurm, Mr. A kata tunggu arahan dari Mr. VP. Buat masa ni Mr. VP soh aku dok sini lagi, so tunggu jelah. Okey gak tu. At least leh aku abiskan masa2 terindah aku di sini. Sunyi sepi tanpa gangguan. Huhu....

Awal2 pagi tadi time aku smpai Mr. A dah cakap pasal MAKAN. Actually petang semalam die kata nk belanja KFC tp dh nak dekat balik baru die inform. So kami minta postpone lah soh belanja breakfast. (Agak tak malu sebenarnya kan minta orang postpone belanja. Tapi watpe nk malu dgn Mr A... hihi..)

Then pagi tadi Mr. A bawa aku breakfast kat opis baru. Yang wat aku surprise juz ME, MYSELF ONLY yg dia ajak pergi sama. 2 of us. Staff yg lain die tak pelawa pun. Hurm...... Mula2 tu segan gak aku nak ikut tp bila pk balik, mesti kawan2 aku kata sana pun ada sekali so kira okey la tu. Kdg2 aku rasa aku nie dh jadi macam secretary die lah pula. Ikut mana dia pergi, sediakan apa dia nak, tolong die pack barang, cari document yg dia nak. Masuk meeting catit apa yg dia cakap. Arrange appoitnment untuk dia. Almaklumlah orang xde secretary walaupun jd Manager. Nak tak nak ikut jelah. Apapun, thanks to him coz belanja aku breakfast hari ini.

Wednesday, January 5, 2011

Iceberg = Dingin

Hari ini hari yg mendung bagi aku. Aku rasa something... macam2 yg aku fikirkan. Sedih, kecewa, terasing, tertipu, nak marah.. semuanyalah. Dan seperti yg aku duga, soalan itu akan ditanya pd aku. Tapi kali ini aku bersedia menjawab. Menjawab dgn penuh keyakinan. Ya.. aku maksudkan apa yg aku luahkan. Dan aku tahu apa yang dia fikirkan. Bila berkongsi cerita, dengar pengalaman rakan2 di sini membuatkan apa yg aku fikir selama ini memang ada kebenarannya. Thanks for sharing that things with me. And now I know.... and I always know...

Aku ke??

1) Salah aku ke kalo aku wat keje aku?

2) Salah aku ke kalo die yang mulakan dulu?

3) Salah aku ke kalo die kata begitu?

4) Salah aku ke kalo aku disini?

5) Salah aku ke kalo aku yg berprasangka bukan2?

6) Dan salah aku ke kalo sume ini terjadi?


(p/s: nie sume xde kene mengena pasal keje atau kawasan2 yg sewaktu dengannya..)

Monday, January 3, 2011

Bila kebosanan datang melanda

Hari pertama keje dalam tahun baru sepatutnye bersemangat. Tapi aku lain. Malas.. tak bersemangat.. ngantuk.. bosan yg teramat amat... Sebabnye? Entah.. mungkin sini orang tak ramai. Juz tinggal berempat jer. Kadang2 berdua. Tapi still rasa cam keseorangan. Walaupun macam2 entertainment yg ada tapi still ttp rasa sunyi. BOSAN!!!!

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Today is the first day of the year 2011. Wish you all happy new year. Bila melangkah ke tahun baru rasa2nye takde apepun yg berbeza. Bagi aku tetap sama. Yang berbeza pun mungkin dari status aku: student - employees. Starting from January until December. Azam seorang pelajar dgn seorang pekerja mestilah lain kan. Azam aku ??? Hurm... Cakap pasal keje ni, pagi2 lagi aku dah dapat message dari my boss, Mr. A. Katanya, "hye Aida.. Happy new year 2011". Owh, nasib baik msg tu yg die bagi. Kot2 die bagi msg untuk stand-by keje tak ke haru jer rasa. Huhu...