Sedar tak sedar esok dah 29 Syawal. Sekejap je rasa. Mungkin sebab masa aku banyak dihabiskan dengan macam2 kerja. Tak macam tahun2 yg sebelum nie. Erm... tak mengapalah. Aku pun bukanlah kanak2 lagi yang sibuk nak beraya ke sana ke sini. Dah dewasa dah pun dan bakal masuk ke pertengahan 20-an. Terasa dah tua lah pula.
Hari ini aku rasa senang sekali. Lain orang yang aku nk jumpa tapi lain orang yang aku jumpa. Lor... camne tu? Tak apalah. Apapun, terima kasih banyak2 kepada Mr H sebab sangat2 membantu aku. Sangat dan sangat sekali. Tak sangka dia begitu sporting + baik hati dan diluar jangkaan aku. Terima kasih daun keladi. Juga kepada Madam D yang membantu aku dlm bertindak sbg orang tengah. Akan ku kenang jasamu.
Esok dah hari Jumaat, hari yang amat mendebarkan aku. Sama ada aku mendapat reaksi yang positif ataupun sebaliknya. Moga2 esok semuanya berjalan dengan lancar lebih2 lagi pada hari yang dinamakan sebagai Saidul aiyam iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Mudah2 an aku juga melalui perkara yang baik2. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment