Tuesday, October 12, 2010

Kenapa mesti di sana??....

Petang tadi Manager dari HR Group panggil aku. Dalam bilik dia ada Manager dari RGS. Oh, tidak... aku tau dia nk apa. Tapi aku belum bersedia lagi. Tanpa ada apa2. Nak tak nak aku masuk gaklah. Bila 2 orang manusia dok mengadap aku sambil tanya pelbagai soalan aku jadi nervous. Aku rasa cam nak lari je dari situ. Entah kenapa aku jadi gagap. Padahal mcmlah aku tak biasa dgr Manager HR Group tu. Lebih biasa daripada boss aku sendiri. Dan Manager RGS, Mr. A tu pun selalu tegur aku dan sangat gentle. Tapi tadi aku rasa macam orang asing.

Hampir satu jam aku dgn mereka. Di akhir perbincangan dapat kata putus. Keluar je dari bilik tu baru aku berada dlm keadaan yg waras. Aku terfikir boleh ke aku hadapi semua ini. Kata orang, utk mendapatkan jawapan yang pasti kita mesti berterus-terang. Ya, akhirnya aku berterus-terang. Tapi bukan akulah yg cakap.... HR Assistant kat situ yang slow talk dgn Manager HR Group tu sbb dia tahu tentang itu.

Lepas dh berbincang, Manager tu datang pada aku. Dia tak sangka apa yg dah berlaku selama ini. Dan dia pun rasa serba salah. Kasihannya dia aku tengok.... sebab aku, dia yg kena selesaikannya. Owh... maafkan saya kak.... Aku minta diberikan masa. Mudah2an aku diberikan petunjuk oleh-Nya. Amin....

Dan baru sekejap ni terjadi lagi satu perkara yang buat aku stress. Buat aku rasa tak senang duduk. Tak senang hati. Kenapa boleh jadi macam ni. Aku tak sukalah hadapi benda2 nie semua. Kenapa lepas nie mesti ada koma(,)? Kenapa tak boleh nak noktahkan(.) terus? AKU TAK SUKA!!!!

1 comment:

Emiko said...

knape nih??..ape masalahnye....