Wednesday, October 27, 2010

Kerja itu best

Alhamdulillah walaupun baru mula bekerja tapi aku tetap diberi cuti. Apa ingat senang ke nak cuti? Lebih2 lagi time aku nak cuti time tu lah sibuk nk wat induction. So alamatnya mmg aku tak attendlah induction pgm tu. Nasib baik Mr. A okey. Then, tadi dia offer aku balik awal esok. Ikut aku punya suka hati nak balik kul bape. Xde effect aku punye AL. Dan aku pula jual mahal dgn dia. Aku kata kat dia, "It's okay. I can go back after office hours." Wah, berlagak gile seyh! Dia tu punyalah concern, takut aku sampai lambat sampai beria2 soh aku balik awal tapi aku lak beria2 nk balik lepas waktu pejabat. Ruginya aku. Kalau esok dia offer aku lagi, CONFIRM aku terus cabut. Hahaha.....

Arini aku rasa termalu sedikit. Boleh tak tiba2 aku tak reti nak amik transfer called. Actually bukan tak pandai tapi xtau caranya. Kalo kat RBSB style lain. Then masuk RGS tiponnya canggih bebenor smpai aku jadi takut nk angkat phone. Paling buatkan aku rasa malu bila manager aku sendiri, Mr. A yang ajar aku cara angkat phone. Tiga empat kali gaklah dia ajar. Mesti dia ingat aku nie tak pandai guna tipon. Sampaikan dia asyik2 called aku. Tapi akhirnya aku berjaya juga walaupun agak lambat sedikit :p

Untuk ari ini kerja aku still tak abis lagi. Aku nak dok lama2 kat RGS tu xboleh sbb bahaya. Then, apalagi aku teruslah gi RBSB. Aku nie mmg tak tau malukan. Aku dan RBSB dah xde kena mengena lagi. Ala, diorang sume xkisah. Selalu ajak aku lunch sama2. Lagipun barang2 aku sumenya masih kat sana lagi. Saja aku tak mau angkut. Almaklumlah RBSB tetap di hati. Tapi at least aku gi sana aku tolong diorang wat keje. Boleh tak gitu?.. Ala, bosan2 ape salahnya tolong. Lagipun aku yg mengofferkan diri nak tolong. Tapi kalo Mr. A dapat tau nie abislah aku. Maunya dia serang ex-boss aku walaupun waktu office hours dah tamat.

Monday, October 25, 2010

Antara Global dan Bersekutu

Hari nie hari pertama aku di RGS. Pagi2 sampai terus pergi RB dulu lapor diri. Then, abis urusan kat sana ingatkan person in charge tu nk escort aku ke RGS tapi rupa2nye tidak. Dia boleh kata, "I think you can go there by yourself right. After all you already familiar with them." Lor, ingatkan nk temankan. Aku ni bukanlah familiar sgt pun dgn diorang. Kalau jumpe, just hye hye bye bye jer. Tapi takpelah, aku kan independent girl. Huhu... Sampai2 je kat sana, pergh sambutan mmg meriah. Saje je diorang sume nie nk kenakan aku. Sesi kenal mengenal mmg xdelah sbb dh kenal except bosses jelah.

Berada di RGS mengingatkan aku ketika bekerja di Allianz dulu di mana kaum adam yang memonopoli segalanya. Lebih2 lagi time lunch aku ditemani 6 orang jejaka2. Maklumlah kaum hawa kat RGS hanya 4 orang je termasuklah aku. Seronok gak dapat berkumpul dan bercerita dgn diorang. Diorang tu nampak je gila2, macho2 tapi time rehat tak keluar office. Juz duduk kat office, masak nasi dan makan ramai2. Pelajaran pertama aku dpt di sini, kalo nk beli makan jgn beli utk sorang. Mesti beli utk ramai2. Sbb diorang pun camtu. Pagi2 ikut turn beli breakfast then makan sama2.

Paling wat aku terharu, cehh... terharu ke??... Time lunch tadi aku dilawat oleh rakan2 di RBSB. Diorang nk pastikan aku masih selamat berada di sana. Dan bila jumpe orang2 RBSB soklan yg sering aku dengar mestilah, "seronok tak dok sana? macam mana diorang sume2 nie? teruk ke kena buli?"... lebih kurang gitulah soalannya. Takpe, orang2 kat RGS nie nampak je macam tu tapi sebenarnya diorang okey.

Next week RGS de wat aktiviti jalan2 ke Cherating selama 3 hari. Actually bukan RGS punye aktiviti tp just saja2. Just for Malay staff only. Bosses and non-Malay not allowed. Hahaha.... ini satu diskriminasi ke hape? Whatever..... Diorang dah ajak aku. Katanya, "kitorang tak paksa tapi kalo boleh joinlah sekali sbb Aida dah jadi one of our members. Kalau nk surat kebenaran mak bapak pun kitorang boleh tolong buatkan." Erm.. entahlah. Nantilah aku fikirkan. Dahlah pompuan tak ramai.

Dari segi keje setakat nie aku masih lagi tengah blur2. Almaklumlah first day kan. First day aku kat sini mmg bosan sbb tak wat apa2 compare time practical kat RBSB dulu first day dh kena wat macam2. Aku nie bias kan. Asyik nk compare je antara RBSB dgn RGS. Abis nk wat cmne dah terbiasa. Tapi kalo nk ikutkan dok RBSB sebenarnya leceh. Ada banyak protocol yg perlu kita ikut. Peraturan yang tak boleh kita langgar dan sangat strict.

Kat RGS senang. Buat je apa2 yg kita suka. Internet, facebook, blog, nk online 24 jam tu sume tak jadi hal janji keje siap. Nak datang lewat, nk balik awal, nak rehat lama2 atau nk huha huha time keje mmg boleh sangat2 asalkan tak beri kesan pada kerja. Tapi tu bukan style aku. Aku dah terbiasa dengan peraturan. Dengan disipline. Bila tiba2 dok kat environment yg camni aku jadi culture shock jap. Lebih2 lagi diorang sume balik ON TIME. Cuma satu yg aku tak suka kat sini iaitu bosnya. Bukan tak suka tapi kurang berkenan. Huhu....

Friday, October 22, 2010

Hanya untuk 2 hari

Dua hari di RBSB memang menyeronokkan. Bila aku datang balik sume orang dok menanya pelbagai soalan. Diorang sume ingat aku dah start keje kat RGS. Owh tidak... itu belum lagi. Penat gaklah aku nak mengexplain kat diorang2 tu sume yg aku dipinjam hanya untuk 2 hari sahaja. Hehehe... kelakarkan. Tapi xpelah sbb aku rasa seronok dpt jumpe diorang dan upah pun tetap dibayar.

Semalam aku gi usha bakal tempat baru aku. Hurm... agak sunyi tempat tu. Iye ke? Setahu aku kat situlah tempat yg paling havoc sekali. Mungkin sbb dah lewat petang aku datang makanya ramai orang gi wat job kat tempat lain. Hopefully, aku diterima baik di sana sama macam mana aku diterima di RBSB.

Then, tadi gi RB amik offer letter. Haiyoo... tu pun satu masalah gak. Pagi2 Isnin ke lapor diri kat sana dulu. Alamak, lecehlah nk gi sana. Takpelah, at least aku ada escort bila nak ke RGS nnti. Hehehe....

Wednesday, October 20, 2010

Part time job

Tadi aku baru je dapat call dari secretary my boss. Opps, silap.... bekas... hehe.. almaklumlah dah tamat tempoh kan aku punye service. Okey berbalik pada cerita tadi, aku diminta utk datang keje esok. Actually this is part time job. Aku start keje ari Isnin nie tp kat tempat lain lah walaupun under company yang sama. Dan aku terus je kata, "ya... saya boleh datang esok." Alamak, lupa lak.. Jumaat nie nk kena submit report. Camne ea... Hopefully boleh kaw-tim baik punye dengan my advisor. Dan paling penting demam aku nie cepat2lah baik.

Seminggu di rumah

Dok seminggu di rumah tak rasa apa2 pun sebenarnya. Sebabnya dah 3 ari aku demam. Elok je dah abis keje nie demam pun datang. Mungkin stress sbb nk kena settlekan project paper kot. Iye ke? Ke sebab aku gi Melaka aritu? Atau gi Terminal One? Erm... entahlah. Macam dulu, time aku gi Terminal One je time tu aku demam. Aritu denggi, arini rasanya demam biasa kot.

Tapikan.... dlm aku dok demam2 nie, aku nyer selera makan still tak berubah. Malah, asyik rasa nak makan jer. Even tekak rasa payau semacam pun aku tibai je apa2 makanan. Dan paling penting masih kuat untuk mengupdate blog. Huhu.....

Hopefully cepatlah demam aku nie baik. Jumaat nie nak turun Melaka semula. Mudah2 an penyakit nie taklah berlarutan smpai next week. Susahlah kalo nnti nk kena minta cuti. Dan hari ini ibu pun demam. Erm.. berjangkit dengan aku ke?

Saturday, October 16, 2010

RBSB di hati

Semalam merupakan hari terakhir di RBSB. Bila department aku buat farewell, ramai yg rasa pelik. Rupa2nya selama ni diorang ingat aku ni permanent staff kat situ. Owh tidak... aku hanya trainee sahaja. Makanya, sepanjang 20 minggu aku berada di sana, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada:

Assistant Manager HRA - thanks to AM sbb jadi aku punye supervisor yang sgt baik hati dan begitu sporting sekali. Walaupun kita tak selalu bersama sbb berlainan floor, tapi AM sentiasa mengikuti perkembangan aku dan banyak membantu aku dalam memberikan markah yang terbaik.

HR Coordinator - orang yg paling banyak membantu aku dlm membuat project paper. Juga orang yang paling membantu aku dalam melaksanakan tugasan harian aku.

HR Executive - walaupun sentiasa sibuk tapi terima kasih atas ilmu yg dicurahkan selama ini.

HR Assistant - thanks a lot for everything. Rindu saat2 nk breakfast sama2 di kedai pakcik.

Head of HRA - to my boss, terima kasih kerana banyak memberi nota2 tambahan berkenaan project paper aku.

Manager of HR Group - sangat2 berterima kasih kepada beliau sbb banyak membantu aku, memberi nasihat, kata-kata perangsang serta peluang pekerjaan. Aku sangat menghargainya.

Kepada OSH Officer, walaupun kita jarang berurusan bersama tetapi jasa baik anda akan tetap ku kenang. Tak lupa juga kepada rakan2 Admin yg banyak menolong aku. Thanks a lot juga kepada staff2 di Mechanical department yg selama ni menjadi sebahagian drpd rakan2 aku. Juga kepada rakan2 di QA.

Kalau nk ikutkan mmg ramai yg membantu aku jadi tak dapat aku nk tuliskan sorang2. Apa2 pun terima kasih pada anda semua. Terima kasih juga atas hadiah2 yang diberikan sampai penuh tangan aku nak bawa balik sumenya. Lepas nie mesti sumenya dah jadi lain. Walau bagaimana sekalipun, RBSB tetap akan ku kenang. Insyaallah, panjang umur dan sekiranya tiada aral melintang minggu hadapan kite berjumpa sekali lagi.

Thursday, October 14, 2010

Kenangan Terindah

Setelah hampir seminggu berfikir, aku dah dapat jawapannya. Terima kasih pada mereka2 yg banyak memberikan pendapat dan nasihat. Walaupun mereka tak tahu apa sebenarnya yang tersirat tapi pandangan mereka sangat membantu aku dalam membuat keputusan. Really appreciate it. Semoga keputusan yg aku buat adalah tepat dan segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.

Esok adalah hari terakhir aku di RBSB. Lepas nie keadaannya dah tak sama lagi. Walaupun mereka kata tak ada apa yang berbeza tapi aku tetap dapat merasainya. Di sini banyak pengalaman yg aku dapat. Yang baik, yang buruk, yang manis, pahit semuanya satu pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Tak boleh nak dapat di mana-mana. Paling bermakna bagi aku adalah sifat kekeluargaan dan kasih sayang yg amat mendalam. Sedih rasanya nak meninggalkan RBSB sebelum aku menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar.

Dan hari ini adalah time utk ladies. Opps, bukan! Lady.... Lady's date. Hehehe.... Time utk ladies dah lepas aritu. Sangat best dapat berkumpul ramai2. Tapi arini juz berdua je with one girl yg sangat menyenangkan. Even ada guys yg nk join kami pun kami tak benarkan sbb hari ini just two of us only. Untuk hari ini macam2 cerita yg kami kongsikan. Daripada aku tak tahu sampailah aku tahu segala2nya. Banyak rahsia yang tersimpan selama ini menjadi bualan kami. 4 jam kami menghabiskan masa berkongsi cerita di KLCC. Hari ini juga aku belajar banyak perkara daripada dia. Terima kasih untuk hari ini.

Bersediakah aku untuk hari esok?... Entahlah... Esok juga ada farewall utk aku. Siap ada buat doa selamat + bacaan yassin. Terharu sungguh aku atas persediaan yg mereka lakukan. Tapi boleh tak kalau aku tak nak bagi ucapan esok??...

Tuesday, October 12, 2010

Kenapa mesti di sana??....

Petang tadi Manager dari HR Group panggil aku. Dalam bilik dia ada Manager dari RGS. Oh, tidak... aku tau dia nk apa. Tapi aku belum bersedia lagi. Tanpa ada apa2. Nak tak nak aku masuk gaklah. Bila 2 orang manusia dok mengadap aku sambil tanya pelbagai soalan aku jadi nervous. Aku rasa cam nak lari je dari situ. Entah kenapa aku jadi gagap. Padahal mcmlah aku tak biasa dgr Manager HR Group tu. Lebih biasa daripada boss aku sendiri. Dan Manager RGS, Mr. A tu pun selalu tegur aku dan sangat gentle. Tapi tadi aku rasa macam orang asing.

Hampir satu jam aku dgn mereka. Di akhir perbincangan dapat kata putus. Keluar je dari bilik tu baru aku berada dlm keadaan yg waras. Aku terfikir boleh ke aku hadapi semua ini. Kata orang, utk mendapatkan jawapan yang pasti kita mesti berterus-terang. Ya, akhirnya aku berterus-terang. Tapi bukan akulah yg cakap.... HR Assistant kat situ yang slow talk dgn Manager HR Group tu sbb dia tahu tentang itu.

Lepas dh berbincang, Manager tu datang pada aku. Dia tak sangka apa yg dah berlaku selama ini. Dan dia pun rasa serba salah. Kasihannya dia aku tengok.... sebab aku, dia yg kena selesaikannya. Owh... maafkan saya kak.... Aku minta diberikan masa. Mudah2an aku diberikan petunjuk oleh-Nya. Amin....

Dan baru sekejap ni terjadi lagi satu perkara yang buat aku stress. Buat aku rasa tak senang duduk. Tak senang hati. Kenapa boleh jadi macam ni. Aku tak sukalah hadapi benda2 nie semua. Kenapa lepas nie mesti ada koma(,)? Kenapa tak boleh nak noktahkan(.) terus? AKU TAK SUKA!!!!

Friday, October 8, 2010

Kegembiraan dalam kebimbangan

Alhamdulillah... hari ni segala2nya berjalan dengan baik seperti yang aku harapkan. Masa2 aku di sini hanya di isi dengan momen2 yang terindah. Yang banyak memberikan aku kebahagiaan dan kegembiran dan banyak perkara yg aku tak sangka berlaku di saat2 akhir. Hurm... *_*

Dan untuk hari yang baik ini juga aku dapat berita yang baik. Berita yang gembira sepatutnya tapi entahlah...... dari yang tersurat memang ini satu berita gembira tetapi apa yang tersirat hanya aku yang tahu. Susah aku nak terima tapi kalau tak terima, bak kata orang.. tak baik tolak rezeki kan. Dan advisor aku pun nasihatkan utk ambil peluang ini. Bukan senang nk dapat peluang begitu. Tengoklah nanti camne. Apa2 hal aku nk settlekan project paper aku yg dah 90% siap.

Thursday, October 7, 2010

Syukur

Sedar tak sedar esok dah 29 Syawal. Sekejap je rasa. Mungkin sebab masa aku banyak dihabiskan dengan macam2 kerja. Tak macam tahun2 yg sebelum nie. Erm... tak mengapalah. Aku pun bukanlah kanak2 lagi yang sibuk nak beraya ke sana ke sini. Dah dewasa dah pun dan bakal masuk ke pertengahan 20-an. Terasa dah tua lah pula.

Hari ini aku rasa senang sekali. Lain orang yang aku nk jumpa tapi lain orang yang aku jumpa. Lor... camne tu? Tak apalah. Apapun, terima kasih banyak2 kepada Mr H sebab sangat2 membantu aku. Sangat dan sangat sekali. Tak sangka dia begitu sporting + baik hati dan diluar jangkaan aku. Terima kasih daun keladi. Juga kepada Madam D yang membantu aku dlm bertindak sbg orang tengah. Akan ku kenang jasamu.

Esok dah hari Jumaat, hari yang amat mendebarkan aku. Sama ada aku mendapat reaksi yang positif ataupun sebaliknya. Moga2 esok semuanya berjalan dengan lancar lebih2 lagi pada hari yang dinamakan sebagai Saidul aiyam iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Mudah2 an aku juga melalui perkara yang baik2. InsyaAllah....

Monday, October 4, 2010

Bagaikan Puteri

Dah nak abis praktikal nie barulah aku dapat bersua muka + bertentang mata dengan 'orang besar' which means orang yg duduk paling atas sekali dlm carta organisasi. Bukan carta organisasi company aku tapi the whole of organization. Besar punya!!! The Shareholder... The President... The Director... The Committee... The CEO... Agak cuak gaklah aku bila aku beriringan turun daripada lif dengan dia. Selama nie bila aku pergi office dia kat tingkat 40 tu memanjang je dia takde. Tapi ari nie tak sangka leh terserempak pula dengan dia kat lobby. Aku apalagi, tiba2 tergamam jap. Iyalah, tak tau nk tegur dia atau tak. Takut aku sbb dia pandang aku semacam jerk. Sampaikan masa kereta dia lalu sebelah aku pun dia masih lagi dok jeling kat aku. Gabra gaklah aku sbb tadi aku dh potong dia. Iyalah, lambat sangat jalannya. Pastu yg kelakarnya boleh tak dia potong aku balik masa naik eskalator. Haha, sgt kelakar kot. Macam budak2 pula rasanya.

Bila terserempak dengan 'orang besar', tiba2 aku terfikir... mungkin inilah hari bertuah aku. Sebab apa? Selain dapat jumpa 'orang besar' yg susah sangat nk jumpa, hari ni gak aku rasa sangat dihargai sekali. Macam2 perkara yang manis terjadi pada aku. Walaupun awal pagi tadi aku dan angah mengalami sedikit kesukaran, tetapi Tuhan itu Maha Adil. Dia berikan kegembiraan buat aku sepanjang hari ini. Mungkin disebabkan next week adalah minggu terakhir aku, maka aku dilayan seperti tuan puteri. Tapi bila dilayan sebegitu rupa tiba2 aku rasa sedih pula. Iyalah, hampir 5 bulan aku disini macam2 yg aku pelajari, macam2 yang aku lalui. Pahit, manis, suka, duka semuanya ada. Saat terakhir berada di sini membuatkan aku terlebih rasa.

Farewell utk next week dah dirancang. Dan insyaAllah esok aku ada dinner dgn rakan2 lelaki yg banyak membantu aku selama ini. Tapi of courselah akan ku angkut sekali boss aku punya secretary. Secretary boss secretary aku juga, boleh tak?? Hahaha... Iyalah, takkanlah aku sensorang je kaum hawa kat situ kan walaupun dinner nie utk aku and the boys. Untuk girls.. tunggu lepas farewell nanti okey. Apapun, thanks to all.

[p/s: tunggulah dah betul2 abis nnti baru aku wat ucapan penghargaan]