Sunday, February 28, 2010

Welcome Back

Berjalan memang seronok. Tapi kalo berjalan time2 keje banyak, time2 dekat test memang menyesakkan. Khamis malam lepas je balik Seremban malam tu terus gi Jusco dengan ibu dan boy. Tengah malam sket wat asignment. Then, esoknya ari Jumaat satu hari aku menghabiskan masa dok bercinta dengan laptop nie. Wat asignment Issues, Law dan Compensation. Pastu sambung pagi Sabtu pula.

Petang Sabtu keluar temankan Angah pergi Seremban. Pas Maghrib ayah ajak balik Kluang sbb de kenduri kahwin. Mula2 igt xnk pegi sbb keje banyak. Then ayah kata, "nanti malam kang ko boleh abiskan keje kat umah usu ko." Owh, gitu ea.. Nampak gayanya memang aku kena pergilah. Dan rasa2 nya baru je aritu balik Kluang.

Sampai umah usu dalam kul 11 lebih. Kat sana mak uda dgn ijah dh tunggu kedatangan kami. Elok je mereka balik rumah, aku terus mandi dan buka kembali laptop ku ini smbil menyambung membuat asignment yg entah bile2 nk settle. Dalam kul 4 pagi baru tido. Kul 7 esoknya bangun dan terus siap2 nk pergi sarapan kat Kassim Lontong.

Actually malam tadi, kitorang de cakap2 pasal kedai makan yg sedap kat daerah Kluang nie. Antaranya tempat favourite aku utk breakfast dh tentulah Kluang Railway. Tapi bile mak uda dan usu bercerita ttg Kassim lontong yg sentiasa ramai orang, so ayah pun teringinlah nk try. Tp sayangnya kami lewat sampai. Kul 8:30 datang, lontong dh abis.

Abis je sarapan terus ke rumah usu balik. Sampai sana paklong dgn maklong dh sampai. Then, tengahari terus konvoi 5 biji kete. Kami, usu n family, paklong + maklong, mak uda n family dan atuk itam dari Singapore.

















Sambil menunggu lagi 2 biji kereta










Menghabiskan masa menunggu



















Bergambar kenangan


















Baek punye posing.......



















Bersama atuk itam


Dekat kul 3 petang baru kami gerak menuju ke destinasi masing2. Kami terus ke Melaka. Bila dh sampai Melaka je bermulalah episod yg paling aku tak suka. Kejar masa nk siapkan asignment, dengan test yg melambak2, class gantinya, presentation lagi dan macam2 lah yg perlu dihabiskan demi utk sekeping ijazah.

Friday, February 26, 2010

Counting Days

Tahap kebizian dh mula menyerang. Time2 ginilah aku mula merasakan yg aku dh bosan nk belajar, bosan nk pergi class. Alangkah seronoknya kalo aku dpt bermalas-malasan kat rumah smbil tgk tv, tido sepuas2 hati dan leh wat sesuka ati aku tnpa memikirkan dateline yg semakin hari semakin hampir. Oh..... buhsannya~~


1hb Test Strategic Management + Presentation Issues
2hb Presenation Law
3hb Ceramah BTN
5hb Test Knowledge Management
10hb Test Compensation
17hb Trip to West Port + Due date utk CTU report
18hb CaiRex di UiTM Shah Alam
21hb Seminar Issues
24hb BEL presentation
25hb CTU presentation

* tarikh tsb mungkin akan dipinda dari masa ke semasa


Tu belum lagi masuk program PPKPnye, trip utk Issues, group + individual assignment utk compensation dan macam2 lagilah. Tak sabar nk abiskan study nie.

Thursday, February 25, 2010

Terima kasih untuk hari ini

Malam tadi kemas2 beg nak balik Seremban. So cdg pakai t-shirt dgn jeans je sng sket. Elok je abis gosok baju, dpt call drp kak Fiza soh kami berdua pergi jumpa Pengarah Kampus, Datuk Dr. Mizan kat kampus Alor Gajah (KAG) . Terpaksalah gosok baju kurung. Iyalah nk jumpa Datuk kenalah pakai ikut sahsiah rupa diri UiTM. Actually jumpe Datuk nie sbb nk convince kan pada die ttg speaker utk seminar kami nnti. Bak kata PM Zainuddin Datuk mungkin takkan setuju dgn speaker yg bakal kami nk jemput nnti. Aku tak tau sbb ape tp mungkin speaker nie bukanlah alumni UiTM tu yg susah sket. So abis je class CTU terus jumpa PM Shahariah. Petang tu patutnya aku de class law tp madam dh minta pelepasan drp Miss Afzan.

Ikut PM Shahariah pergi KAG memang best. First time aku naik Merce. Hehe.... Sblm pegi tu madam ajak kami lunch dlu. Siap tanya lagi "u all nk makan kat mane, biar saya belanja." Wah, kali kedua kami dibelanja lecturer. Sem lepas dgn En. Azree. Huhu... Tapi sebelum tu singgah amik anak madam yg bongsu kat sekolah dulu. Anak dia sangat comel + manja + pemalu, Imran namanya. Dah besar tu mesti handsome.

Pastu madam terus bawa kami makan nasi ayam yg katanya mmg sedap. Tapi sayangnya sampai je kat sana orang tu kata dah abis. So xdelah rezki kami nk merasainya. Then, madam bawa kami makan nasi beriyani batu pahat. Dalam kul 2:15 kami dh dok tunggu Datuk kat office dier. Hampir 1 jam setengah kami tunggu, smpai nk tertido2 aku dgn Kyra kat sofa tu dan akhirnya Datuk tak masuk2 office. Jadi set balik appointment baru dengan Datuk ari Isnin nie. Tapi kami akan jumpa Datuk kat kampus bandar je la.

Keluar je dr KAG, madam kata lagi, "I teringinlah nk makan cendol. Jom I belanja lagi u all lagi. Kali ni kita makan cendol pula. You all pernah pergi Masjid Tanah tak?" Dan jawapan kami dah tentulah tidak sbb kami ni bukanlah kaki jalan di hujung minggu sbb every week akan balik rumah. Madam kata kami nie tak enjoy student life sbnrnya. Dan oleh sebab kami ni jarang mengexplore tempat di Melaka ni, so sepanjang perjalanan madam menjadi pemandu pelancong tak rasmi kitorang. Madam siap boleh kata lagi, "kalo senang2 lepas ni, I bawa you all pergi makan ikan bakar pula." Wah, madam memang best! Dari Lendu terus Masjid Tanah. Tapi sygnya kedai cendol tu tutup lak ari ni. So xde rezki lagi. Then madam bawa kami makan kuih keria antarabangsa kat Sungai Udang pula.

Sampai sana sekali lagi........... kuih keria tu pula dah abis. Jadi madam soh pesan makanan yg lain tp kami juz makan kuih kacang. Anak madam je yg order laksa. Abis je makan, madam terus hantar kami ke Melaka Sentral pula.

Memang best dpt bersama PM Shahariah hari ni. Walaupun madam tu Prof. Madya tp dia punya sporting memang tahap terbaik. Macam2 yg die cerita., macam mana bila cita2 & kerjaya die ditentukan ayahnya sendiri, macam mana frustnya die bila sbnrnya dia dapat tawaran belajar ke overseas tp ayahnya sorokkan surat tawaran tu, kehidupan dia sbg seorang isteri dan ibu kepada 4 orang hero kesemuanya.... bak kata madam, hari2 die jadi tarzan. Actually madam kata die sbnrnya teringin nk anak perempuan sbb leh temankan die gi shopping. Huhu.... Tp madam kata dlm masa yg sama dia bersyukur sbb kalo ade ank perempuan, dia mungkin akan manjakan anaknya tu. Bak kata madam dgn adanya 4 orang ank lelaki, mereka tu adalah semangat die apabila husbandnya terpaksa bertugas jauh dr keluarga.

Dan yg paling aku suka ttg PM Shahariah, dia memang sangat positif + supportive + sporting. Bukan sj pada anak2 nya tp pada kami juga sbg studentnya. Banyak sebenarnya kalo nk citer pasal madam nie. Dalam class die lain tp bile kat luar die jadi macam orang lain. Sangatlah best sampaikan kami leh gelak2 besar dgn madam dan madam pun boleh bercerita ttg kehidupan die sekeluarga. Untuk hari ni, walaupun hajat sebenarnya nk jumpa Datuk tp tak berkesampaian, actually de gak hikmahnya tu. Terima kasih buat Prof. Madya Shahariah Haji Osman.

Monday, February 22, 2010

Akukah yang bersalah???

Susahnya nak katakan tidak pada seseorang. Nape ek? Adakah aku nie terlalu menjaga hati orang lain atau aku nie terlalu mudah utk dipergunakan. Entahlah... tapi apa yang aku tahu setiap yg aku buat tu aku mesti nk jaga hati orang. Kadang2 tak sampai ati nk tolak permintaan seseorang. Susah aku nk katakan TIDAK pada seseorang walaupun kadang kala hati aku memberontak utk melakukannya. Tapi demi menjaga hati dan perasaan orang lain, aku terpaksa melakukannya. Dan salah ke kalau kita sentiasa bersangka baik pada seseorang???

Sunday, February 21, 2010

Banyaknya alasan

Cuti selama seminggu macam tak terasa langsung. Almaklumlah cuti aku kali nie byk dihabiskan di kampung. So mmg rasa sekejap sesangat. Sebelum cuti aritu, azam aku nk settlekan sgale macam assignment yg melambak2 tapi hurm.......... separuh je yg dapat aku siapkan. Actually aku dah target dah tapi sumenya tak menjadi. Hari Selasa balik Seremban dah malam. So cadang nk start wat asemen ari Rabu. Tapi tak leh gak, sbb Acik datang umah.

Then, ari Khamis aku nk rehat secukup2 nya. Ala, actually boleh je kot nk wat asement tp malas punye pasal tangguhkan je la. Lagipun aku nk wat preparation utk interbiu esoknya (Jumaat) kat KL. Interview ape???... Ibu pun pelik bile aku cakap aku de interview. Actually aku interbiu utk practical bulan 6 nnti. Haiseyman, nk practical pun kena de interbiu. Soklan yg die tanya dah tentulah byk pasal HR dan research yg penah aku buat. Company tu memang gempak la especially kat lobby die. Sampaikan aku terlajak bangunan sbb igtkan tu hotel 5 bintang. Hehehe.....

Dan satu perkara lagi, aku yg selama nie dh biase nk lif kat KBM pun leh jd blur bile naik lif kat company tu. Almaklumlah die takde simbol turun naik. Asyik2 mesin kat lif tu cakap, "please enter your floor level".... agak lama gaklah aku dok tercongok dpn lif tu sbb tak tau nk tekan nombor 23 camne. Punyelah ketat keselamatan dier sampaikan aku dengan tak sengaja tertekan butang utk orang kurang upaya... hehehe.. Dan alhamdulillah, interbiu tu berakhir dgn jayanya. Aku hanya perlu tunggu surat daripada mereka.

Balik umah tengahari tu terus tido smpai petang. Dah petang tu, angah pun balik dari keje cakap malam nie along balik. So, terus kemas barang nk balik Melaka. Along dah balik memang lagi tak leh wat keje sbb de Firas. Walaupun dh jumpe Firas aritu tp time tu xleh nk main2 dgn die sgt almaklumlah tgh sibuk kenduri. Nie die balik nie mmg jadi rebutanlah dengan tok ayah + tok ibunya dan of coz gak uncle2 dan auntie2 nya.



Thursday, February 18, 2010

5 hari 4 malam

Yahoo!!! seminggu mid-term break memang syok. Sempena CNY yang lepas cuti aku byk dihabiskan di Kluang, Johor. Bermula dari hari Jumaat smpailah Selasa memang amat menyeronokkan + memenatkan juga. Almaklumlah sempena majlis pernikahan Amal yang berlangsung pada CNY nie dah tentulah byk kerja nk kena bantu.


Jumaat, 12 Februari

Pagi-pagi lagi ayah dh message tanye aku balik camne. Jadi aku pun cakaplah yang aku tunggu di Melaka je so tak perlulah aku susah2 nak patah balik. Dalam kul 4 petang, aku dijemput di Melaka. Then, teruskan perjalanan ke Kluang. Sampai sana dalam kul 9. Bila kami sampai pelamin tengah siap dipasang. Temanya merah-putih. Memang Chinese New Year. So sweet and simple. Kemudian, mak uda siapkan makan malam. Ade sup gear-box. Memang best. Aku jerk yg makan nasi yang lain sume dh kenyang. Pas makan, tolong2 ape yang patut. Tolong pasang bunga telur dan juga siapkan duit utk orang rewang (bunga roset yang disematkan di dada). Dalam kul 12 lebih kami sekeluarga berangkat pergi rumah Usu kat Taman Sri Lambak. Nak tido umah mak uda dah tentu nnti tak muat. So sepanjang kami di sana, kami menginap di rumah Usu. Thanks to Usu n family.

















Jalan Keembong, Kampung Melayu, Kluang

















Merah + Putih
















Remp-it??


















Sebelum balik kena tolong apa yang patut


Sabtu, 13 Februari

Pagi2 lagi satu rumah dah kena kejut. Walaupun kami tidur di rumah Usu tapi still kena bangun awal gak. Mak2 dan ayah2 pergi dulu. Kami yang 4 beradik nie pergi kendian. Dalam kul 9 baru kami gerak ke rumah mak uda. Tapi sebelum tu kami singgah breakfast kat Kluang Station dulu. Sampai umah mak uda orang dah ramai datang. Masuk2 rumah jer tengok orang ramai membantu wat bunga telur, bunga pahar, paper bag. Uish... aku agak malas sket bab2 nie. So aku pun larilah ke dapur tolong mak long goreng ikan masin untuk makan tengahari dengan kenduri malam nanti. Barulah syiok bila bergelumang dengan kuali dan minyak panas. Abis tolong keje2 dapur pergilah ke depan tolong mereka wat ape yang patut.

Malam tu lak de majlis berinai, khatam quran, berzanji, marhaban dan majlis cukur jambul utk Firas. Sekali serentak sumenya dijalankan senang sket. Dekat kul 11 majlis tamat dan kami pulang ke rumah usu hampir jam 1 pagi.

















Makan sampai kenyang supaya ada tenaga nk wat keje


















Memasak + paper beg + bunga telur + bunga roset + bunga rampai = PENAT

















Majlis berinai
















Farah dan Gegirl - khatam quran

















Amal berzanji
















Marhabban dan cukur jambul Firas






















Akhirnya...... Firas yang kepenatan



Ahad, 14 Februari


CNY, besday Ijah dan majlis pernikahan Amal adalah pada 14 Februari. Dan tarikh nie jugalah buat pertama kalinya aku diminta utk jadi pengapit bagi Amal. Jadi pengapit dari A smpai Z. Dari majlis pernikahan, persandingan di pihak perempuan dan lelaki, pengapit masa tukar baju, masa mekap malah masa makan beradap juga. Sangat memenatkan tapi seronok.

Bak kata Ijah kalo aku jadi pengapit aku boleh makan sedap2 dengan pengantin. Ya, tu memang betul. Memang time makan beradap tu aku berpeluang makan macam2 dan memang aku lapar sangat. Tapi aku kenalah control makan. Takkanlah nak melantak beriya-iya. Mengalahkan pengantin pula nanti. So, tugas aku di meja makan hanyalah membantu Amal utk menyendukkan lauk pauk. Elok je Amal salin baju untuk kali ke-2, aku dengan cepatnya terus ajak Gegirl makan. Makan sepuas2 nya. Hahaha........

Jadi pengapit ni memang seronok dan byk pengalaman yg aku dapat. Selain drp banyak gambar2 aku yg tersnap sekali, antara yg paling aku suka adalah bila aku dapat tengok betul2 adat orang Johor di mana tol dikenakan. Selalunya aku tgk gitu2 jerk tp bile dh jadi pengapit baru dapat tgk dari mula smpai abis. Dekat pintu masuk kena tol dekat pelamin kena tol dan yg paling susah dgn mak andamnya.

Mak andam duduk di sebelah pengantin perempuan smbil menutup muka pengantin meminta tol daripada pengantin lelaki. Dan of cozlah yang teruk kena adalah pengapit pengantin lelaki. Bila mak andam kata "tak de pun duit merahnya" maka terseluk2 lah pengapit lelaki tu cari ang-pow yang lain. Adalah dalam 5, 6 ang-pow die kasi smpailah mak andam tu berpuas hati baru pengantin lelaki boleh duduk. So nasihat aku sp yg jadi pengapit pengantin lelaki bila pengantin perempuannya orang Johor, maka berhati2 lah anda dan bersedialah sepenuhnya. Tapi nasib baik kedua2 pengantin orang Johor jadi masing2 dh tau adatnya.

Kenduri abis lebih kurang dalam kul 5. Abis kemas2 kami pulang selepas Maghrib. Then, datang balik utk majlis buka hadiah dan nk makan kek sempena besday Ijah. Tapi memandangkan kesemuanya dah kepenatan,
hadiah dibuka lewat tengah malam dan kek pun kami simpan utk esok.




















Majlis pernikahan






















Bukakan kasut pengantin... salah satu tugas aku


















Membantu Azie yg ditugaskan di meja pengantin






















Sekitar majlis



















Bergambar kenangan.... yang penting kek pengantin yang acik buat memang best! Tiramisu, Strawbery dan cup cake



Isnin, 15 Februari

Ikut perancangan pukul 10 pagi sume orang kena berkumpul di rumah mak uda. Dalam pukul 8:30 aku dapat panggilan daripada Amal. Amal soh aku datang awal sket sbb kena ikut dier pergi JB dulu sekali dengan Farah. Angah dengan Boy antar aku gi umah mak uda dulu. Then, sampai sana je Amal ajak angah & boy ikut sekali. So aku naik kereta pengantin bersama Farah manakala angah dan boy ikut dari belakang.

Sebelum sampai Kulai, kami singgah di Senai dulu sbb pengantin nk mandi sebelum bersolek. Sambil tunggu mereka mandi, kami sempat gaklah menonton siaran MediaCorp, Singapore punye siaran. Teruja sekejap kami sbb dah lama tak tengok tv Singapore. Kebetulan time tu de anugerah marah paling takut. Pergh..... memang kelakar. Farah rilex jer tengok almaklumlah orang dok JB dah tentu2nya senang dapat siaran Singapore.

Dalam kul 12 terus gerak pergi Kulai, pergi Izad Gallery. Kami disambut oleh seorang gadis yg cantik. Sambil tunggu Amal bersolek sempat gaklah kami tengok2 baju kat butik tu. Memang cantik sekali. Then, belek pula album gambar. Tengok model perempuan tu memang cantik sekali. Sesuai betul jadi model pengantin perempuan. Pastu datanglah Emran, pengantin lelakinya sambil berkata, "inilah Izad" sambil menunjuk ke arah 'gadis' yg sedang menyolek Amal. Wah, sungguh kami tak duga.

Selesai make-up tunggu Fadhil datang untuk membawa pengantin. Tadi takpelah sbb pengantinnya belum bertanjak, belum berkeris lagi. Sekarang dah siap bersolek bagai takkanlah nk biarkan pengantin yg memandu. Sebelum berarak kami singgah rumah penanggah dulu. Di rumah pengantin lelaki acara yg paling aku suka adalah tarian zapin. Sambil kami bersantap, kami dihiburkan dengan tarian zapin secara live. Memang best.

Dalam kul 3 kami gerak balik Kluang. Tapi sebelum tu singgah Simpang Renggam dulu utk solat Asar. Abis solat, singgah gerai cendol depan masjid. Tapi sayangnya kedai tu ditutup. So minum jelah kat kedai yg lagi satu tu. Pukul 6 sampai Kluang.
















Sebelum pelamin anganku musnah kenalah ambil gambar dulu

















Berarak ke rumah pengantin lelaki











Boys and Girls

















Purple di rumah pengantin lelaki


















Rombongan ke Kulai




Selasa, 16 Februari

Hari terakhir kami berada di Kluang except Along yg dah balik pada pagi Isnin sbb abg Long nk kerja. Bak kata Usu kalo kami balik lambat sket bolehlah pergi mandi laut kat Mersing. Oh tidak!!! Tak pelah Usu, mungkin lain kali jelah. Tak dapat pergi Mersing pergi Gunung Lumut yg dekat tu pun jadilah.

Lepas makan tengahari kami terus ke rumah mak uda dulu. Sampai sana tolonglah kemas apa yang patut almaklumlah ramai orang yg dah balik. Yang tinggal cuma family acik je. Ingat singgah umah mak uda dapatlah amik gambar daripada Afiq. Tapi Afiq masih lagi dalam proses mengedit gambar. Banyak tu kot dekat 500 keping nk kena edit. Alamatnya next weeklah baru boleh dapat.

Pukul 4 kami gerak dari Kluang. Tak singgah mana2 pun cuma pergi Melaka je. Tapi ibu dengan ayah singgah shopping jap kat Ayer Keroh dan kami 4 beradik terus gerak balik Seremban sbb Nuar dah nak balik malam tu. Highway tok sah cakaplah. Memang jam yg teramat sangat. Lalu highway jam lalu jalan lama pun jam. Dan kesimpulannya kami lalu jalan Rantau. Sampai Seremban pukul 7:45 petang. Balik rumah tolong angah masak dan pukul 11 lebih dah masuk tido.
















Sebelum balik tolong Afiq lap pinggan dulu

















Jalan dah start sesak daripada Ayer Keroh


Lain-lain perkara:

Sepatutnya kawan Amal yang jadi pengapit. Tapi kawan Amal de banyak jemputan pada hari tu dan akulah yg menjadi penggantinya.

Time tetamu nk tepung tawar, aku pun stand-bylah dengan bunga telur di tangan. Dengan tak semena-mena, pap!!! alamak, telur dah terlepas dari bunganya. Hehehe..... malunya.

Paling aku suka di majlis Amal, bila air minuman dibuat seperti dijual di gerai. Ade air teh bunga, asam boi, sirap, bandung hijau dan cincau yang diletakkan dalam tong seperti di pasar malam dan tetamu yang datang boleh ambil sendiri air apa yg mereka nak tanpa perlu berebut.

10 buah kereta berkonvoi ke rumah pengantin lelaki di Kulai.

Semasa singgah minum di Simpang Renggam, Nuar, Afiq, Fadhil dan Ashiq sempat bergambar di dua buah motorsikal polis yg turut minum di gerai tersebut.


Wednesday, February 10, 2010

Takde kena-mengena kot

Hari ni sekali lagi de seminar, University Pathfinder Investment Camp (UPIC) anjuran Finance student. Yang jadi masalahnya napalah kami student HR pun terlibat sama sedangkan dah tentu2 lah fokus pada investment. Cite pasal corporate banker, financial analyst, investment banker, stock broker, macam2 lah. Mula2 konon kata takpe, student HR pun de kena mengena tp sampai ke sudah aku tak dapat nk kaitkan UPIC dengan HR. Begitu jugalah dengan kawan2 ku yg lain sampaikan HR student yg pada mulanye de lebih kurang 40++ tinggal 8 orang jerk utk sesi petang. Takpelah, dulu aku pun penah lari dr seminar so skrg kasi can lah sama diorang lak. Huhu.....

Then, utk sesi petang tu de competition. Competition ape?... Ianya adalah permainan jual-beli saham. Oh my God! Tengok stock2 saham yg terpapar di board tu memang aku lost teramat sangat. Pe mendenya ntah. Nasib baiklah kami yang 8 orang ni join dengan student Finance. Then die de tanya soklan, tentang term2 dalam finance. Sume orang berlumba2 angkat tangan. Kami yang student HR ni tercengang2 je lah. Dengar kat belakang aku dak finance kata, "soalan.... bapak senang." Iyelah, mana tak senang kalo diorang dah biasa dengan term2 tu sume. Lainlah kalo die tanya tentang annual leave, breach of contract, job spec, selection atau payroll dah tentu2 lah kami juaranya.

Jadi kesimpulannya kami yang HR nie jd tukang sorak je lah. Asal group kami menang jawab soklan, kami pun bersoraklah utk support. Walaupun group kami menang utk sesi soal jawab tapi kalah pula dlm jual-beli saham. Group 2 yang menang. So hadiahnya dapatlah sijil time tu gak plus sesi bergambar dengan pihak Airgate Media Network Sdn. Bhd.

Tapi tak pelah, yang penting pihak Airgate bagi kami t-shirt sorang satu. Tu pun dah kira okey ape. Harap2 pasni kalo de seminar lagi janganlah libatkan course2 yang tak berkaitan.

Tuesday, February 9, 2010

Cerita Santai


Kisah Uban


Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak, Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya "emak, kenapa rambut emak bewarna putih?" tanya Nurul Janah.

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih." jawab emaknya.

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? Emak selalu membuat nenek menangis ye?"


Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah
dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri. Masa berputar… pukul 8 pagi, 8:30 pagi sehingga jam 9 pagi.

Tiba-tiba pintu bilik ICU itu terbuka dan masuklah Makcik Bedah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat. Makcik Bedah masuk dan terus mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum cleaner’nya…


Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : Kenapa menangis?
Anak : Duit saya hilang sepuluh ringgit cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit.

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.
Anak : Iya cikgu... tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.
Guru : ??!!!

Sunday, February 7, 2010

Jalan-jalan makan angin

Jumaat lepas Jusco Bandaraya Melaka dah dibuka selepas hampir 2 bulan ditutup. Elok je pas abis test Law petang Jumaat tu, aku, Kyra dan Abong pergilah melawat ke JJ malam tu. Saje je nk tengok ape yg best sangat kat sana tu. Kalo nk pergi weekend dah tentu ramai orang so pergilah ari Jumaat. Tu pun ramai orang gak. Jem pun leh tahanlah. Tapi rasanya sama kot dengan JJ yang lain cuma yang paling aku suka kat JJ sini die ada garden kat tingkat atas. Sapa2 yang rasa sejuk atau rasa nk merokok bolehlah ke taman sana tu. Wah, sungguh mendamaikan.

Dalam kul 10, pergi makan asam pedas kat Kota Laksamana. Kira popular gaklah tempat nie. Aku nie tak berapa nak minat makan asam pedas sbb dah bosan. Tapi dah pergi Kota Laksamana tu rugilah kot kalo tak rasa main dishes die. So aku pun pesanlah asama pedas ketetel. Yang bestnya kat sini die kira package. Minta asam pedas datang sekali dengan set nasi putih, sayur lemak, telur masin dengan sambal belacan. Harganya pun kira okeylah, dalam RM6++.

Pastu terus gerak pegi Dataran Pahlawan tengok midnite movie cite Tooth Fairy. Abis wayang saje jerk jalan2 makan angin kat belakang kapal lanun tu. Entah ape ntah tempatnya aku pun tak tau. Si abonglah yang bawa ke situ. Pergi sana just jalan2 amik gambar, dengar orang karaoke. Sebelum balik singgah minum kat McDonalds.

Pagi Sabtu rasa malas jerk nk pergi class BEL. Tapi memandangkan Dr. Sujatha yang agak garang orangnya, ku gagahkanlah jua diriku ini. Balik dari class, zzzzzzzzz........... Malam dak Niniey ajak kuar. Mula2 rancang nak pergi TESCO. Bile pk-kan jalan jem kat sana sbb JJ tu, terus ubah fikiran. So kami pergilah ke Pantai Puteri. Aku amat suka view kat sana. Tempat makan die betul2 tepi laut dan berpantaikan pasir. Dan paling aku suka sebab die guna pinggan kampung, ala pinggan yang ada bunga2 tu. Bestnye.........

Pastu tetibe je Niniey ajak tido umah dier. Oleh kerana aku pun dah bertaun tak pergi umah die, so aku pun setuju je la. Singgah 7E jap beli berus gigi dengan pencuci muka Almaklumlah benda tak dirancang. Baju pun aku pinjam jerk baju Niniey. Pagi tadi, lepas sarapan kitorang pegi Jusco Ayer Keroh. Saja jalan2 dan singgah makan kat Johnny's. Dekat pukul 4 petang barulah aku balik ke Apartment Kenanga nie.













Actually ikut perancangan, Jumaat malam aku nk ikut balik kampung, balik Kluang. Sebelum kuar dengan Kyra aritu ayah de tipun tanya nk ikut tak. Kalo aku takde class ganti BEL tu dah tentu aku akan ikut. Tapi nk wat camne kan, pelajaran itu lebih penting. Iye ke??? Ke Dr. Sujatha tu lebih penting??...

Tapi tak pelah, next week dapat gak balik Kluang. Tunggu, de beberapa hari jerk... Kepada kakak angah, jangan lupa singgah di Melaka ambil Aidah dulu yea... Jangan tinggalkan daku keseorangan di sini. Tapi kalo boleh datanglah lepas Zohor ye, sbb Aidah abis class kul 12:30... Ape2 kite roger nanti.....

Thursday, February 4, 2010

Bila PM Datang Melaka

Hari nie Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak datang ke Melaka, de lawatan kerja. Dan tempat pertama yg beliau singgah adalah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Dan of courselah, kami student2 UiTM wajib hadir untuk turun menyambut kedatangan beliau.

Seminggu sebelum kedatangan PM, macamlah persiapan yang dilakukan di sekitar bandar Melaka. Tempat parking kereta yang selama ni bertanah, dah bertar sedikit. Pasu-pasu bunga dihias di tepi jalan raya. Tu belum lagi bab2 banner dan bunting2 yang dipasang di bangunan2, di jalan raya dan macam2 lagilah persiapan. Almaklumlah orang besar nk datang melawat.

Ikutkan hati memang malas nk datang kampus arini sbb class sume dibatalkan. Datang tadi pun juz nak amik kedatangan je. Dalam pukul 3:00 dah ramai orang berbaris menanti kedatangan beliau. Tapi biasalah, pukul 4:30 barulah dia muncul bersama MB Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ramainya orang nak salam die, tok sah cakaplah. Memang sesak giler. Juz dapat tangkap gambar die dari jauh sajalah.

Walaupun aku tak dapat salam PM, tapi aku dapat gaklah salam VC baru UiTM . Tu pun bukan aku yang menunggu menghulurkan tangan tapi Dr. Mizanlah yang kata "ha... salam salam..."



















Vice Canselor UiTM - Dato' Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

















Student MASCOM berbaris menunggu kedatangan PM

















Antara pelajar yang hadir

















Dapat gak zoom gambar Datuk Najib

















Bila PM diserbu



Monday, February 1, 2010

Al-Fatihah

Semalam dapat berita, my lecturer BEL Encik Ishak bin Ismail telah kembali ke rahmatullah. Lebih kurang jam 4 pagi arwah menghembuskan nafas terakhir disebabkan serangan jantung. Macam tak percaya lak bile dapat tahu dia dah meninggal. Padahal minggu lepas jumpa die, nampak macam sihat jer. Tapi nk buat camne, ajal dia dah sampai.

Orang yang paling terkesan akan kehilangannya mestilah keluarganya, terutama his wife, lecturer UiTM gak. Lagipun diorang berdua nie berkongsi bilik yg sama di kampus. Arwah En. Ishak nie pun selalu gaklah mention ttg isterinya dalam class.

Walaupun baru sebulan arwah mengajar kitorang, tapi kehilangannya tetap terasa gak. Dalam class, die slalu soh kite jawab sampai dapat. Kalo salah jawab, dia akan kata, "Wrong. Same person again." Itu maknanya kite kena jawab sampai betul. Lepas nie, tak tahulah sape pula yg mengajar kami subject BEL. Arwah En. Ishak de gak bagi kitorang kalendar sorang satu. Die pesan soh kite ingat tarikh2 penting. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah..................