Monday, November 23, 2009

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Abis je kenduri barulah terasa betapa penatnya, sakit pinggang, lenguh kaki.... macam2 lagilah. Ari Jumaat aritu kat rumah xde orang. Tapi nasib baik usu datang awal. Jadi usu lah yang banyak tolong sampaikan tangan kami dah luka akibat mengupas bawang putih. Bila dah petang tu barulah ibu balik dari keje. Then, pas maghrib aku gi Port Dickson teman angah gi nikah kawan die. Boleh tahan meriah gaklah kenduri tu. Lepas nikah, de percikan bunga api then pengantin terus tukar baju utk majlis berinai.

Dekat kul 11 malam baru kitorang sampai umah. Dari dalam kete aku dah nampak abang Zeli. Kalo dh npk abg Zeli of course lah mak long n pak long pun ade. Abang Zahar pun ade. Then, nampak kete in-law along. Masuk2 je rumah orang dah ramai. Kat depan de abang ipar along. Masuk je dapur lagi ramai. De acik, mak long, usu, mak mertua along. Kat belakang... hui!!! lagi meriah!... Sume orang tengah sibuk nk memasak. Kalo style pak long die akan masak lepas tengah malam. Dalam kul 2 camtu lah. So kaum2 adam nie kenalah stay-up sampai pagi. Ala... xpe diorang nie dah biasa. Hehe....

Pagi esok kul 7 aku dah bangun. Bangun2 je terus mandi then kemas rumah. Pastu tolong Azie wat sarapan. Die nak masak nasi goreng. Sarapan pagi tu memang mengenyangkan. De nasi goreng, nasi lemak, roti canai, jemput2, ubi goreng, kuih koci. Tapi banyak2 makanan tu, ramai yang tertunggu2 lauk daripada pak long.

Dalam kul 10, majlis dimulakan dengan doa selamat daripada saudara abang long. Pastu dalam kul 11 majlis marhabban dan cukur jambul pula. Aku pun apa lagi ambillah kesempatan nie utk mencukur sekali jambul Firas tu. Huhu..... Tapi yg tak syoknye, time aku nk gunting rambut die, time tulah die nk nangis. Time orang len x pula. Sabar je lah.....

Time tengah marhabban tu atuk itam dari Singapore pun datang. Kali nie atuk itam de bawa cucu die sekali Muhd Fitri Amir. Budak nie memang best. Tak takut dengan orang. Pastu kalo cakap nk speaking je. Padahal umur baru je 4 tahun. Almaklumlah tak mau kalah dengan abang2 sepupunya.

Ramai gaklah yang datang majlis kali nie. Kebanyakkan sedara mara, kawan2 dan jiran tetangga. Sampaikan tetamu terakhir pulang pada pukul 1:40 pagi. Ya Allah........ time tu hanya Tuhan je yg tau betapa ngantuknye aku!

Then, pagi Ahadnya tu de lagi yang datang. Acik Samsor sekeluarga pula. Tapi nasib baik time tu ayah n ibu dah bersiap2 nk ke Johor de kenduri kahwin. Jadi acik Samsor pun xlah lama kat sini. Lagipun time tu pak long pun dah nak balik. Juz borak2, makan pastu dalam kul 12 diorang pun berangkat pulang. Elok je tetamu pulang, aku pun apa lagi terus tido sampailah ke petang.

p/s: gambar2 x dapat nk transfer sbb kabel kat angah. So kene tunggu next week.

No comments: