Showing posts with label RGS. Show all posts
Showing posts with label RGS. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Hari Pertama di Tahun 2012

Selamat tahun baru you olls!!... Ape azam kali nie?.. Erm aku ada satu impian yg penting utk dicapai. Tapi xleh ar nak bitau sekarang. Kalau nk tau ape die kenalah tgu next year... hahahah.....

First day di tempat kerja pada tahun baru - sangatlah memboringkan. Even ramai orang dah mula bekerja tapi still rasa mood utk bekerja tu takde. Haish.. pe mau jadi sama aku nie. Rasa cam dah takde feel utk datang kerja. Tiap2 pagi mesti aku rasa malas je nak gi keje. Camne nie??? Padahal baru 2 bulan aku kat GENP.

Kadang2 rasa seperti "bestnya kalau aku still kat RGS lagi". Boleh datang lambat, kuar lunch balik lunch anytime, balik seawal yg boleh, jalan2 time waktu keje, boleh buat apa saje2 tanpa sekatan.... hurm... agak2 kalau aku minta balik position aku yg dulu, Mr VP leh consider tak?? hikhikhik...

Takpelah.. aku bersyukur sbnrnya dapat keluar drp RGS. Ada hikmah sebenarnya. Cuma skarang aku dah rasa letih untuk bekerja. Letih utk datang awal pagi pastu terus buat keje walaupun jam masih lagi belum kul 8.30 pagi. Lletih sbb everyday aku balik lambat. Kadang2 tu bila berpeluang balik awal rasa serba salah nak keluar. Padahal dalam offer letter terang2 dah tertulis working hours aku dari pukul 8.30 pagi - 6 petang. Apa nak buat... dah nama pun KERJA. Mudah2an penyakit malas aku nie cepatlah hilang.

Tuesday, November 22, 2011

kring.. kring..

Aku : Hello??
Dia : Aida ye?.... Nie kak xxx nie. Aida kat mane?
Aku : Kat opis la kak, mane lagi..
Dia : Nape akak tipon opis tak angkat? Extension Aida 3150 kan?....
Aku : Hehehe.... saya kat opis baru lah kak!
Dia : La ye ke. Bila resign? Tak tau pun...

Malam tadi lak otw balik keje, my ex-boss.. Mr A call aku. Die nampak aku kat area Pavilion. Almaklumlah opis belakang Pavi je kan.. So, chit-chat la jap. Aku tanye pasal RGS, pasal Mr VP. Mr VP still xde secretary lg sampai sekarang. Aku tertanya2 gak, sape yg selalu sediakan air utk dia, sape yg amikkan newspaper utk die, sape yg nak tolong bind, scan atau photostat utk die... Sian.... bila lah die nk cr pengganti. Aritu die ada tanye aku. Tapi malaslah aku nak recommendkan sape2. Pandai2 lah die cari sendiri.

Monday, October 31, 2011

Menghitung Hari

Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat di RGS. Selama setahun di RGS plus 6 bulan di RBSB memang satu pengalaman yang amat berharga bagi aku. Perasaan sedih tu taklah rasa sangat sebab aku rasa aku akan sentiasa keep-in-touch dengan member2 rapat aku di RGS. Cuma rasa sedikit terkilanlah sebab tak dapat nak jumpa orang2 yang sentiasa bersikap baik dan ramah dengan aku. Tak kiralah dari RGS ke, RBSB ke, RB ke, REC, RP, RUB, RWT mahupun SDE. Terima kasih semua!!

Dengan melepaskan jawatan aku sebagai secretary kepada Mr VP, bermakna kenikmatan utk bersenang-lenang di waktu pejabat secara rasminya telah pun hilang. No more Internet, broadband, facebook, youtube, YM, blogger dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Walaupun tadi Mr VP try utk pujuk aku supaya stay kat RGS then offer lak gaji yang lebih tinggi... erm, nasib baik aku nie bukanlah jenis yang bekerja semata2 kerana duit. Erk.. maksud aku bukanlah duit tu tak penting tapi biarlah sekali dengan kepuasan yang kita dapat. Siapa yang taknak kan kalau orang offer gaji yg agak best pastu byk kemudahan yg kite dapat, boleh rilex2, sesuka hati je nak masuk opis kul bape. Tapi disebabkan aku ingin belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang dicari.. makanya.... "Im sorry boss"!

Aku tak tau camne cara kerja di tempat baru tu nanti, tapi bahang 'kepanasan' tu rasa semakin dekat jer. Apa yg aku harapkan semoga aku dapat serasikan diri dengan rakan2 yang baru dan of course aku boleh adapt dengan environment di sana. Mudah2 an segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.

Monday, October 24, 2011

24 Oktober

Hari ini genap setahun aku bekerja di RGS. Banyak yang aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku kutip. Pahit manis baik buruk semuanya ada. Dulu aku mmg berat hati utk masuk ke RGS. Dan aku pernah berkata pada diri sendiri yg aku akan berada di sini hanya utk setahun sahaja.

Ya, tepat sekali. Mulai minggu hadapan aku akan mula berkhidmat di syarikat yang lain. Mencari angin baru.. mencari pengalaman baru dan mencari sesuatu yg aku pelajari. Mudah2 an semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Berada di RGS selama setahun.. berkawan dengan rakan2 yang datang dari latar yang berbeza menjadikan aku seorang yang lebih berfikiran terbuka dan of course banyak pengalaman yang aku dapat.

Dan sepatutnya hari ini aku patut berasa gembira kerana hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Bukan tak gembira tapi aku rasa sayu je lebih2 lagi apabila aku dirai secara mengejut. Itu membuatkan aku bertambah sedih utk meninggalkan mereka semua. Walaupun hanya tinggal 3 orang rakan yang rapat, perasaan sayu dan sedih itu tetap ada.

Buat teman2 ku yang sudi meraikan hari jadiku sambil membuat surprise kononnya, menyanyikan lagu 'happy birthday to you' dan membelanja aku makan terima kasih banyak2. Tak lupa juga buat cik Niniey yang telah meraikan hari jadi aku di restoran yang eksklusif lagi gempak... Terima kasih kawan2!. Semoga anda semua dimurahkan rezeki oleh-Nya.



(p/s: erm.. baru perasan satu perkara. kat RGS akulah yang paling muda sekali dan tinggal aku sorang je yang bujang kat situ.. hehe...)

rutin harian

Hari2 aku biasa jer. Macam orang lain gak. Pergi kerja balik kerja. Tapi mungkin waktu dan rutin kite yang berbeza. Macam aku hari2 kuar rumah pukul 8.20 pagi. Tunggu driver datang, sampai opis dalam kul 8.30++. Tapi kalau Isnin tu awallah lagi sebabnya datang dari Seremban. Sampai2 jer kena amik newspaper utk Mr VP dulu. Duduk jap then buka pintu bilik dia. Pastu kena tukar air, kemas meja, cek mana2 dokumen yg dia dah sign dan teruskan kerja cam biasa.

Time lunch mesti kuar dalam kul 12 suku. Tp kalau Mr VP takde kul 12 dah kuar dah. Hehehe... Masuk opis balik dalam kul 2. Sesuka hati je kan. Takpe.. Mr VP tak kisah pun (walaupun kdg2 aku rasa guilty gile). Time balik aku tak selalu balik on time. Paling awal pun dalam kul 6. Sambil tunggu driver datang mesti pk nak balik rumah terus atau nk jalan2 ke Ampang Park dulu. Huhu... Tapi kalau ari Jumaat lain lak citenya. Kul 5 je aku dah siap kemas2 barang. Dalam 5 suku get ready nk curik2 balik kalo Mr VP ada. Kalau die takde senang sket nak balik. Hehehe....

Dalam masa sekarang ini itulah daily routine aku. Tapi lepas nie dah tak sama dah. Aku kena jadi orang yang berdisplin. Must be punctual. Bila dah tinggalkan benda tu sume rasa kekok pula nak kena mulakan semula. Harap2 semuanya akan okey. Mesti aku akan rindukan saat2 sekarang nie...

Thursday, September 29, 2011

kenapa meja aku bersih?

Selalunya kan orang kata kalo time keje meja tak leh bersih sangat. Kalau meja orang tu bersih maknanya dia takde keje. Eh, betul ke??? Aku tak setuju sama sekali. Sebab meja aku bersih tapi aku banyak keje. Banyak sesangat. Tapi aku cam biasalah... cool itu penting. Huhu...

Btw workstation aku taklah bersih sangat pun cuma kemas dan teratur je. Tu yang sebenarnya. Lgpun aku ni mmg suka tgk keadaan yang tersusun. Bak kata kawan aku, aku ni terlebih rajin dok nyusun segala benda yg boleh nak di susun. Hehehe.. nk wat camne..

Tapi ada masa meja aku mmg penuh dengan timbunan fail2, kertas2 dsb. Tapi sebelum balik aku mesti pastikan meja aku berada dalam keadaan yg kemas dan tersusun. Kerusi kena sorong masuk dalam. Kalau tak mau simpan fail2 atau pun kertas2 yang banyak tu at least susunlah cecantik. Baru de motivasi nak buat keja bila datang pagi2 esoknya. Tapi lain orang lainlah penyuntik motivasinya.


Ni workstation aku yang dlu. Time tu tgh bz wat P&P. Tempat pun tak berapa nak besar dan tak berapa nak strategik


Inilah kawasan aku sekarang. Tempat mmg strategik gila. Jauh sket terselindung. Nak tido ke, nak online sesuka ati ke buatlah. Memang orang tak nampak. Even Mr VP pun xleh npk aku. Hahahahah....


Kat sini juga tempat aku dan kawan2 yg lain berkumpul sambil bergosip2. Huhu... At least leh release tension sambil dok ngadap KLCC atau nak tambah lagi tension tengoklah kereta yg berderet2 kat Jalan Tun Razak tu


Dan juga boleh berposing tanpa pengetahuan yang lain2. Hehehe.... Tengok tu meja aku taklah bersih sangat pun cuma teratur je

Thursday, September 22, 2011

Jeritan Batinku

Pe kehalnya aku hari ni. Itulah padahnya bila otak tak berapa nak jalan. Lately nie kebizian memang super duper triple quadrupole dahsyat. Tapi aku tetap mengekalkan tahap kemaintainan aku. Rilex, cool dan curi2 masa nk update blog. Kalau orang len dia suka post kat fb tapi aku suka menzahirkan perasaan dalaman aku dalam blog.

Lepas ni aku rasa nak kiralah dalam satu hari berapa kali Mr VP panggil nama aku. Dahlah tadi kawan aku terkejut sbb takde deringan aku dah terus angkat phone. Tu sume sbb Mr VP lah. Actually tipon aku ni kdg2 pelik sket. De masanya dia kasi gegaran dlu kat aku pastu baru anta deringan kat caller. Sekarang nie hp kena pegang 24jam sbb Mr VP akan call bila2 masa je dia nak. Tu yang payah. Paling payah bila Mr VP sesuka ati rasa dia je nak kasi nombor aku entah kat sape2. Client dialah.. kawan seperniagaanlah. Senang katanya kalau dia takde kat sini diorang tu sume leh call aku direct. Hello!!! even incoming calls je tapi tu personal number okey bukan company yg provide. Tapi tak sampai ati lak nak cakap camtu....

Dulu masa time praktikal kat RBSB ingat lagi, keje mmg banyak giler sampaikan kena bawa balik rumah. Ku fikirkan perkara camtu dah takde dah rupenya ada lagi. Dengan tak pasal2 aku kena sambung keje kat rumah. Ingatkan nak dok opis je, tp bile memikirkan nt susah aku nak balik lupakan jelah. Lagipun Mr VP ada. Tak nak aku dok berdua je kat situ dengan dia. Kang lagi bertambah2 keje aku. Dahlah nak kena submit pagi2. Nak tak nak mmg kena datang awallah besok. Lupa sudah camne nak datang awal. Almaklumlah selama nie mmg aku datang lambat. Sesuka ati aku je kan. Takpelah as long as Mr VP okey aku lagilah ok. Janji kena sampai dulu daripada dia.

Korang nak tau tak.. semalam mmg aku rasa sunyi. Rindu pada kawan2 lama. Aku tak taulah hari ni.... tapi tiba2 pagi tadi salah seorang kawan lama dlm gambar tu muncul kat opis. Terkesima japlah aku tadi. Tak taulah kebetulan ke atau dia baca blog aku ke.. tu tak dapat nak dihuraikan. Allah itu Maha Mendengar kan. But more surprisingly dia akan kembali join RGS.

(p/s: kdg2 terfikir gak.. aku nie kerja utk company mana sebenarnya???)

Wednesday, September 21, 2011

Sexy-tary

Hahahahah.... sungguh lawak perkataan itu. Ada-ada saja mereka semua ni. Hari ini... ramai yang takde. Tiba-tiba.... aku rasa sunyi, rasa rindu.... pada mereka2 semua...


9 bulan yang lepas semuanya happy. Tapi sekarang... 8 daripada mereka bukan lagi berada di sini. Agak2 lepas ni giliran siapa pula? Semoga anda sume berjaya dalam hidup masing2...

Monday, September 19, 2011

Request or Demanding?

Kus semangat!!!! terkejut mak!.. Agak2 kalau hari2 camni leh dapat sakit jantung tak? Daripada ngantuk terus buntang biji mata aku. Telinga lak nak kena alert selalu. Kalau tak mmg confirm melompat aku daripada kerusi nie. Hehehe....

Btw, ini ari Mr A sangat concern pada aku. Adalah sket misunderstanding tadi. Tapi xde kena mengena dengan aku pun. It's between Mr VP and Mr A. But for sure Mr VP akan refer pada aku. When things like that happen, Mr A thoughts I was scolded by Mr VP. Owh.. aku sangat terharu bila Mr A menanyakan tentang keadaan aku. I really appreciate it. But dont worry... xde pun adegan baling2 fail atau maki hamun macam Adyputra dalam cite Suria di Cordoba tu. Tu dah kira melampau dah tu. Apa punya bosslah kan.. Syukurlah aku dapat boss yang boleh bertoleransi dalam sesetengah perkara.


(p/s: Cepatnya aku dapat feedback. Tapi yang mana satu? Do the right things or do the things right?...)

Wednesday, September 7, 2011

cerita aku

Cerita I

Orang yang bernama MANUSIA nie tak boleh nak berfikir ke? Kenapa perlu pentingkan diri sendiri? Tak kasihan ke pada orang2 sekeliling?... Aku bukanlah nak berkira sangat tapi adakalanya aku pun perlukan ruang untuk bernafas. Bila difikir2kan semula betullah kata sesetengah pihak yang MANUSIA tu memang dilahirkan sebegitu. Tindakan segera perlu dilakukan!!!!

Cerita II

Arini dah raya yg ke-9 bagi umat Islam. Aku masih bebas berkejar2an kat RGS nie sbbnya dah 3 minggu Mr VP tak masuk office. Rindu nak dengar die jerit nama aku. Rindu nk 'communicate' dengan dia. Rindu nak curi2 balik awal time die ada. Hahahahaha.... Nak kata dia pergi beraya dah tentulah tak sbb dia bukan sambut raya pun. Tapi cutinya mengalahkan aku. Jeles sungguh ai tau! Seronok tu mmg la seronok sbb aku leh jadi 'mem besar' kat sini.. huhu... tapi banyak benda tak settle nie tau.... fening... fening...

Cerita III

First time cakap dengan CFO company. Agak nerbes di situ. Selama ni mmg berurusan dengan dia. Tapi melalui PA die jelah. Ini ari PA die cuti so nak tak nak aku yg kena masuk bilik die, direct jumpe die, direct cakap dengan die. Sat lagi nk pi jumpe sekali lagi nie. Doa2 kan lah aku berjaya ye...

Cerita IV

Ini malam de pot luck utk raya. Aku dan 3 lagi orang kawan akan mempot luck ayam golek. Thanks to my sis sbb kasi hint utk ke sana. Huhu... Next monday de pot luck kat opis. Kami staff2 di RGS dijemput utk ke open house RP. Almaklumlah RGS nie brp kerat je.. So kami dtg bw badan je.

Friday, August 26, 2011

menjelang hari raya

Malam tadi kami staff2 di RGS ramai2 pegi shopping di Jalan TAR. Alah... tempat standard orang shopping raya tu. Termasuk aku adalah dalam 9 orang. Ramainye orang toksah cakaplah. Jalanraya lagilah pula. Bila jalan ramai2 nie rasa seronok je. Tak rasa penat pun. Bayangkanlah dari Medan Tuanku tu kitorang jalan kaki smpai ke Masjid Jamek. Pastu patah balik semula ke MT. Jalan punye jalan dapatlah aku sambar sehelai baju. Hehehe.... Tak abis kat situ lagi.. kitorang teruskan perjalanan ke area2 Gombak pulak. Member2 aku kebanyakannya borong macam2. Aku cukuplah sekadar sepasang baju kurung.

Dah alang2 kitorang shopping sakan, pe lagi sebelum balik singgahlah bersahur kejap kat NZ. Pukul 10 kuar rumah pukul 6 baru kitorang balik. Balik umah kemas2 pe yg patut then tido jap. Kul 7.30 aku dah bangun. Bangun dengan penuh semangat. Pegi keje pun ceria je sbb arini kira ari terakhir aku keje. Jalan pun dah tak jem sgt. Smalam mmg jem teruk. Hopefully arini oklah. Tapi takpe... ini ari aku mau pulang awal. Sejam lebih awal... hahahha.. sesuka ati aku je kan. Tu yg syoknye keje baru aku skrg nie. Lagipun Mr VP takde. Bila boss takde leh balik awal.

Kepada semua umat Islam, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin... hati2 pada mereka yang akan pulang ke kampung masing2.

Tuesday, August 16, 2011

itu bukan aku

Arini ramai yg bertanya betul ke aku nak berenti? Kebanyakannya orang dari RBSB. Ini sume gara2 internal job vacancy yg dh dipostkan. Penat gaklah aku nk mengexplain. Tu adalah utk post aku yg terdahulu. Apapun, tunggulah dapat good news nanti baru aku resign. Huhu.....


(p/s: dalam sebulan dua nie, 2 orang dah kuar dari RGS.. sorang lagi bakal menyusul lepas raya nanti. apa sudah jadi??)

Tuesday, July 12, 2011

Counting days

Baru 2 hari dah terasa penat yang teramat sangat. Letih + ngantuk... sume ada. Esok lagi teruk. Mesti lagi penat gila. Jumaat nie macam2 kena buat. Tapi aku camne??????

Wednesday, July 6, 2011

Keinginan vs Keseronokan

50-50.... tak berapa nak pasti lagi. Kena tunggu sikit masa lagi. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Biarlah benda nie selesai dengan cepat barulah aku rasa lega. Tapi baru nak bernafas sket ada lagi cabaran yang datang. Sumenya berlaku secara serentak. Membuatkan aku dalam dilema. Dalam keadaan rasa bersalah.

Monday, July 4, 2011

I'm alone

Jumaat lepas aku cuti sbb de perkara yg perlu aku selesaikan. So arini memang bersemangat nk mulakan keje. Baru je nak cek email, suddenly nampak de orang baru sampai. Tak sempat aku nk wat ape2 kat PC terus aku dh kena hand over sume keje2 aku pada staff baru yg telah pun menggantikan tempat aku sekarang.

Tiba2 je rasa sedih. Sebab ape aku pun tak berapa nak pasti. Mungkin sbb sume benda nie berlaku secara tiba2. Yelah, Khamis lepas Mr VP panggil masuk bilik dia offer pasal tawaran Secretary tu. Jumaat aku cuti. Time tu gak aku dapat message dari Sec Mr VP yg mengatakan Mr VP nk cari orang baru utk gantikan aku kalau aku setuju nk jadi Sec dia. Pastu tiba2 pagi tadi baru je 5 min duduk dah de orang lain lak yg masuk. Bukan calang2 orang lak tu yg gantikan tempat aku.

Tak sangka begitu cepat sume ni berlaku. Dan aku tiba2 rasa lost. Rasa kehilangan yang teramat sangat. Sedih sbb kena meninggalkan keje yg dah 9 bulan aku buat. Aku belajar daripada zero. Baru nk belajar sket terus dah kena tinggalkan. Dan tadi Sec Mr VP brief aku mana2 yg patut. Oh God! Rasa cam nak lari je time tu. Sbb aku tak pasti camne keadaan aku nnti. Aku ada seminggu je utk belajar daripada dia. Sempatkah aku? Bolehkah aku? Harap2 sumenya berjalan dgn lancar. Perkara pertama yg Mr VP soh aku buat ialah... "make a milo for me".

Thursday, June 30, 2011

nothing can be changed until it is faced

Nape ye aku selalu dipanggil bila aku tak bersedia???... Erm.. tau2 jelah kalau time tak bersedia tu camne gayanye. Sape2 yg mengikuti blog aku sblm nie dia taulah yg skrang ni RGS dah semakin berkurangan orang. Atas sebab itu secara tidak langsung aku dioffer untuk jadi Secretary pada Mr VP, the Vice President of RGS - the big boss.

Semalam my frenz, cik Nur Mustika tu yang tak berselera makan sbb nak berpisah dengan bos kesayangan dia. Arini aku lak yg tak berselera makan sebab bakal menggantikan tempat dia. Walaupun aku masih belum putuskan sama ada aku nk ke tidak post tu, tapi secara tak langsung aku dah kata "yes" pada Mr VP. Mana taknye time2 aku tak ready die tanya macam2. Of courselah jawapan aku pun jawapan yg tak pk panjang.

Dan bermulanya saat itu juga aku dah kena wat sikit2 kerja Sec. Paling tak syok tadi kena jadi tea lady jap. Mr VP ada guests 4 orang. Uish... mintak plain water. Terfikir2 gak kalau plain water nie lagi senang kasi mineral je. Tapi kat ofis takde mineral. Tak tau nk wat camne. Last2 aku wat style aku jelah. Masuk je meeting room tu sume orang pandang. Uish.. segan gila kot. Dahlah pakai selipar je. Tak professional langsung!

Aku sayang kerja aku sekarang. Walaupun keje skrg nie asyik kena marah je tapi at least ia mengajar aku jadi orang yg sabar. Dapat Mr A sebagai boss... walaupun ramai tak suka Mr A tapi dengan aku dia okey. Dia banyak backup aku. Bila tau Mr VP nk amik aku dia agak keberatan nk benarkan. Tapi yelah, sape yg big boss kan. Bila dia kata dia amat memerlukan aku (memandangkan aku sorang je pompuan kat team tu) terus aku rasa berbelah bahagi.

Kerja bawah Mr VP??? Erm.. bukan tak nak. Okey je jadi secretary. Walaupun bukan dlm bidang HR tapi aku dlu penah gak amik course yg ala2 secretary nie. Lagipun entahlah.. rasa cam susah jer jadi secretary Mr VP. Sebabnye:-

- Bukan kena entertain Mr VP je tapi si G dan si J juga. Tu yg paling aku tak mau!!!

- Cam susah je jadi secretary nie. Sume nak kena buat. Sume nak cepat.

- Mr VP tak tau cakap Melayu dan tak paham bahasa Melayu! Uwawaaa.......

So keputusan aku = TAK TAU LAGI. Kena tunggu esok dlu then baru decide.

Tuesday, June 28, 2011

Farewell

One of my good frenz akan resign arini. Lagi sorang akan menyusul 2 minggu kemudian. Daripada 13 orang akan jadi 11 orang la kat RGS lepas nie. Makin sunyi dan makin sejuklah kat sini. Hurm... 2 orang akan pergi. Apakah maknanya itu? Adakah aku perlu menunggu di sini atau mencari peluang yang lebih baik?

Wednesday, June 1, 2011

1st Anniversary

Hari ini 1 Jun 2011. Bermakna dah genap setahun aku di sini. Tetiba teringat kenangan pertama kali menjejakkan kaki di sini. Selama setahun di sini pelbagai perkara aku tempuh. Pelbagai kenangan aku dapat. Pahit manis sumenya aku tempuhi. Adakalanya kenangan itu menyakitkan tapi adakalanya ia memberi kita kekuatan untuk hadapi tiap cabaran yang datang.

Wednesday, May 18, 2011

My new stori mori

Lately ni mmg agak sibuk dan keje pun makin lama makin bertambah. Sedar tak sedar dah 7 bulan aku kat RGS dan hampir setahun aku di sini. Makin hari makin stress. Makin tension. Nak update blog pun dah tak berapa nak sempat. Skrg ni nk update blog kena curik2. Huhuhu... Rasanya byk kot yg aku terlepas nk stori mori kat sini. De latest story, my convocation day last Sunday. Nak tau lebih silalah ke blog my sis http://msinsiyur.blogspot.com/. Untuk makluman sume tu adalah blog baru beliau. Tp baru tak baru sgtla. Sbb b4 dis die mmg dh de blog tp dh kena hacked. Jadi pd sesiapa yg slalu follow blog dia, rajin2 la pegi sana ya.


Sekian, terima kasih



Saturday, April 9, 2011

Dinner Treat & Birthday Party

Khamis, 7hb April ada dinner treat oleh one staff yg dapat project baek punye. Sambil belanja makan sambil sambut birthday si isteri. Actually ikut perancangan, kitorang nak ke Tony Romas tempat yg Mr. VP belanja aritu. Tapi mengikut kata tuan empunya diri yg nak membelanja, dia kata kalo Tony Romas dia hanya boleh belanja orang2 yg ada staff id saja. Maknanya tak boleh bawa isteri/suami, anak2, tunang, gf/bf atau sape2 jelah.

Makanya setelah perbincangan dibuat, utk memeriahkan lagi suasana Seoul Garden menjadi pilihan. Bolehlah bawa anak2, suami/isteri ataupun tunang masing2. Abis je keje kami ramai2 konvoi ke sana. Dengan bertemakan hitam... Seoul Garden di One Utama terus kami serang!!!!... Kali nie aku takmo cite panjang2, tengok jelah gambar2 kat bawah ni.




Buffet sytle.. makan sampai lebam!


Aku yang kelaparan






Home made cake











Paling best time birthday session. Start je kek keluar, kami pun beramai2 nyanyi lagu. Dan tak sangka satu restaurant turut sama2 menyanyikan lagu. Kebanyakan guests yg datang adalah org Cina. Mereka semua sgt sporting nyanyi bersama2 kitorang smbil bertepuk tangan. Wow, kalau akulah jadi birthday girl time tu mesti terharu gile. Huhu....


Birthday girl.. kak Aida with her daughter, Ain


Inilah orang yg bermurah hati membelanja kami semua, thanks abg Mus!