Monday, November 30, 2009

Kenduri Kahwin

Hari rasa penat sangat. Pagi tadi ikut ibu dengan ayah balik Johor. De kenduri kahwin anak mak long kimah kat simpang renggam. Erm.... rasa cam dah lama tak pegi sana. Walaupun setiap tahun akan balik tengok kubur atuk harun tapi kitorang tak pernah singgah sana. So tadi pergi sana dapatlah gak aku tengok rumah pusaka tempat ayah membesar, Kampung Sahari.



Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Kalo dah balik Simpang tu, of course lah kena dok lama2 kat situ. Almaklumlah dah lama x jumpa sepupu sepapat, dua pupu, tiga pupu, kawan2 lama ayah, nenek tu.. nenek nie... So, kitorang yang muda2 nie (muda ke...??) juz dok dalam umah sambil tengok Astro. Hehe.....

Dekat kul 3:15 gerak balik Seremban. Xsinggah pun Kluang sbb nk elak jem. Kat highway kete memang banyak almaklumlah orang dh nk start keje. Sampai je kat Ayer Keroh dh start jem, beratur punyelah panjang, so terus masuk tol Pedas-Linggi. Konon nk elak jem, tapi sama jerk. Start kat Pedas memang jem giler. Lagi dahsyat daripada highway aku rasa. Haha... padan muka!

Opps!!! lupe lak.. juz nk post gambar2 semasa kenduri akikah aritu. Tapi gambar xbanyak amik sbb juru2 kameranya bz memanjang...


Majlis Doa Selamat



Sekitar majlis berzanji, marhabban & cukur jambul



Corat-coret

No comments: